Sunday, April 1, 2012

SELAMAT TINGGAL UMNO...AKHIRNYA TERKENA JUGA

 

Dalam posting yang terdahulu Jokiden telah menulis tentang sedikit sebanyak kebimbangan di hati ini sekiranya perkara-perkara besar  berlaku menjelangnya PRU13, yang boleh merencatkan kemenangan BN kelak. Layan kembali tajuk "Blogger2 Otai BN Yang Berpindah Kem, point no 6. Klik sini. 

Antara kebimbangan itu termasuklah tokoh-tokoh UMNO/BN mengumumkan keluar parti dan menyertai parti lawan. Ini sedikit sebanyak akan mencalarkan imej UMNO dan BN.

Di dalam blog hari ini termasuk juga dalam Harakah tersebar berita mengenai keluarnya seorang tokoh veteran UMNO iaitu Datuk Shahrir Abdul Samad daripada UMNO dan mengistiharkan dirinya menyertai PAS. Turut bersama beliau ialah sebanyak 2000 orang ahli UMNO Bahagian Johor Bahru.

Blog Ulu Kelate pula melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah semasa menemui jentera pilihanraya Parliamen Gua Musang bagi Paloh 1, 2, dan 3 semalam, berkata hanya dua kawasan Parliamen yang paling selamat di negara ini iaitu parliamen Gua Musang dan Parliamen Johor Bahru. Apa sebenarnya kaitan berita ini iaitu keluarnya Datuk Shahril Samad dari UMNO dan masuk PAS dengan kenyataan Tengku Razaleigh.

Mungkinkah Tengku Razaliegh akan mengikut jejak langkah Tan Sri Kadiaq yang akhirnya keluar UMNO kerana merasakan diri sudah tidak dihargai lagi. Pengorbanan sudah dilupakan dan semua jasa baik dulu sudah lenyap ditelan masa.

Jokiden bukanlah berminat sangat dengan Datuk Shahrir Samad ni, terutamanya ketika dia menentang Tun M dan dalam PRK Parliamen JB dia bertanding atas tiket bebas dan menggunakan lambang Payung atau kunci dan mengalahkan Setiausaha Politiknya yang mewakili BN ketika itu.

Namun ketokohan Datuk Shahrir ni khususnya di JB memang tidak dapat dinafikan. Warga JB samada Melayu, Cina mahupun India amat menyokong beliau. Oleh itu jumlah 2000 orang yang dilaporkan mengikuti jejak langkah beliau menyertai PAS tidaklah mengejutkan, malah beliau mampu menarik lebih ramai lagi pengikutnya untuk turut serta. Jika itu terjadi, alamatnya UMNO JB akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Hari ini 1 April 2012. sejak subuh Jokiden menantikan apakah berita April Fool yang akan membuatkan orang terkejut setengah mati, kemudian terguling-guling ketawa terbahak-bahak lantaran berita tersebut hanyalah berita palsu di pagi 1 April.

Tunggu punya tunggu akhirnya inilah mungkin kisah April Fool hari ini, berita Datuk Shahrir Abdul Samad buat sidang media, keluar parti, bawa 2000 pengikut, dan pergaduhan berlaku semasa sidang akhbar, polis datang menyuraikannya. Harakah melaporkan adik beliau Khalid Samad tidak mempercayai berita tersebut.

Apapun  berita berkenaan mampu membuatkan Jokiden tersentak dan termenung memikirkannya.    

No comments:

Post a Comment