1. Pakatan pembangkang dengan muka tak malunya dari pemimpin tersohor hinggalah kepada pencacai hingusan mengatakan pembatalan SBPA adalah hasil perjuangan mereka demi untuk membela nasib masa depan kakitangan awam di negara ini. Kenyataan 'tumpang semangkuk' mereka dapat dikesan melalui kenyataan dalam ceramah-ceramah serta penulisan dalam blog-blog mereka. Ini amat menjijikan Datuk Zul Kulim.
2. Mereka seolah-olah gembira sangat apabila PM dengan penuh keyakinan mengumumkan pembatalan tersebut dan disambut dengan tepukan gemuruh di dewan PCC tempoh hari. Sedangkan dalam hati mereka sebolehnya biarlah SBPA diteruskan kerana dengan cara itu mereka ada 'peluru emas' untuk dihalakan kepada UMNO, BN dan kerajaan.
3. Kehilangan peluang untuk mengutuk kerajaan lalu mereka mendabik dada mengatakan pembatalan tersebut adalah hasil perjuangan mereka, hasil tekanan mereka kepada PM. 'Tekanan???' bunyinya macam hampir sama dengan kenyataan Nuar bila ketika Mahkamah Tinggi membebaskan beliau dari tuduhan meliwat pada 9 Januari lalu dimana dia mengatakan dia dibebaskan hasil daripada 'tekanan' negara luar terhadap PM.
Saya baca kisah orang takut kena cucuk/suntik, kalau tak biasa dicucuk di blog RBF, so ini buktinya..hahaha, janganlah jadi polis kalau kek jarum yang konitpun takut. |
4. Kini sekali lagi mereka kehilangan bola tanggung atau peluru emas apabila Datuk Syahrizat mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet apabila tempohnya sebagai Senator tamat pada 8 April kelak.
5. Siapa kali ini yang ingin mendabik dada??? mengatakan itu hasil perjuangan mereka. Bung Mokhtar, Tuan Syed Cheras, Saifuddin Nasaution, Rafizi Ramli, Nuar Brahim, Nurul Izzah, Raja Nong Cik, Tun Raffidah atau Tun M???
6. Dengan perletakan jawatan tersebut diharapkan cemuhan pembangkang terhadap kerajaan, BN dan NFC akan kendur sedikit atau lenyap terus.
7. Jangan berharap sangat... Pembangkang akan terus memainkan isu ini apabila tiba musim PRU13 kelak dan mereka akan lebih yakin nanti dengan mengatakan tohmahan mereka sebenarnya berasas dan betul sebab itu Ketua Wanita ini meletakan jawatan. Persepsi yang akan diwujudkan dan dipupuk ialah berlaku ketirisan, berlaku kronisme, penyelewengan, rasuah, pilih kasih dan berbagai lagi dalam BN, lalu rakyat yang malas berfikir segera mempercayainya. Mereka akan mengatakan jika tuduhan mereka tidak benar, masakan Datuk Syahrizat sanggup meletakan jawatan.
8. Fakta lain pastinya tidak akan diambil kira, jauh sekali untuk menghargai pengorbanan berani Datuk Syahrizat.. Siapa lagi agaknya yang terpaksa meletakan jawatan sebelum bermulanya gendang perang PRU13 ini bergema??? Apapun "wanita BN tidak akan berpecah belah.." saya teringat kembali ayat tersebut.
No comments:
Post a Comment