Terkejut Jokiden membaca kenyataan Tuan Guru ni kalau benarlah seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan. Kalau tak benar maknanya ini 'putar belit' utusan lah.
"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka.
"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini. Utusan
Kalau dah orang politik tu, bahasanya pun bahasa orang politik juga. Seorang ulamak tidak akan terkeluar dari mulutnya bahasa sekesat itu. Lidahnya sentiasa terpelihara.
Berjiwa besarlah sikit Tuan Guru, Nelson Mandela dipenjarakan selama lebih 30 tahun, apabila dia keluar dan akhirnya menjadi Presiden dia telah memaafkan kesemua mereka yang terlibat memenjarakan dirinya.
Sebenarnya pentadbiran di Kelantan dipenuhi dengan pelbagai slogan sejak 22 tahun dahulu. Rakyat dibiasakan dengan sikap 'tak apalah' 'cukuplah' sebab itu kurang maju, bukannya tak maju langsung. Orang ramai ke sana, pantang cuti sekolah berduyun-duyunlah wanita UMNO dan Puteri UMNO pergi melancung dan membeli belah di sana.
Banyak pihak yang menyumbang kepada kemunduran Kelantan ni, Orang Politik, pegawai kerajaan, orang koperat, peniaga kecil, para perantau yang keluar bekerja di luar Kelantan dan apabila tiba musim pilihanraya balik memberikan undi kepada PAS semuanya terlibat dan ada saham dalam kemunduran Kelantan. Cerita penuh di sini
No comments:
Post a Comment