Thursday, March 15, 2012

NUAR MEMANG HEBAT??? SOHEH!!!

 Ramai sangat yang mengakui bahawa Ketua Umum PKR @ Ketua Pembangkang adalah seorang yang hebat dalam serba serbi. "Anwar seorang yang hebat" Nurul Izzah pernah berkata begitu. Pencacai Pakatan pernah berkata begitu. Orang PAS beranggapan demikian. Orang UMNO juga ramai yang berpendapat begitu. Orang BN ada yang terpegun dengan Nuar.

Dari segi berpidato ada yang menyamakan beliau setaraf dengan Bung Karno, Presiden Indonesia dahulu. Kehebatan beliau memukau hadirin di mana-mana pentas ceramah diiktiraf oleh kawan dan lawan. Tidak ramai yang berani berhadapan dengan Nuar di pentas debat. Pernah Menteri Penerangan suatu ketika dahulu berhadapan dengan beliau secara terkawal dalam satu pentas debat dan persepsi ramai ketika itu ialah "Menteri Penerangan itu tergolek lumpuh akhirnya.." Hahaha!!!!
.
Kemuncak segala pengiktirafan tersebut datangnya daripada isteri kesayangan Nuar iaitu Presiden PKR sendiri dengan mengatakan bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan.. Jokiden no komen.
 .
Pertayaan, hebat apa? mungkin senarainya ialah hebat berlakon, hebat mengkritik, hebat manipulasi, hebat membuat penafian, hebat putar belit, hebat memfitnah, hebat mengalihkan isu, hebat memindahkan isu, hebat berpidato, hebat ekonomi, hebat saiko, hebat berpakaian, hebat menari, hebat menyanyi lagu Bengawan Solo, hebat mengumpulkan orang, hebat berdemontrasi, hebat menangguhkan kes, hebat keluar negara, hebat mengeluarkan kenyataan, hebat memaki hamun, hebat berkhutbah, hebat menabur janji dan banyak lagi kehebatan Nuar yang orang nampak. Kehebatan tersebut membuatkan beliau disanjung sana sini dan disandarkan harapan menggunung oleh segelintir rakyat. Tidak salah untuk menjadi hebat.
.
Pengurusan ekonomi dalam sesebuah negara amatlah penting. Tanpa pengurusan ekonomi yang baik negara boleh porak peranda dan boleh muflis. Rakyat boleh hilang pekerjaan dan mala petaka mungkin terjadi. Selain daripada pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh koperat, pengurus bank, ahli politik dan seseorang yang bakal menerajui sesebuah kerajaan juga seharusnya tahu tentang selok belok ekonomi.
.
Suatu ketika dahulu Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri telah menlantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Yang tersurat daripada perlantikan tersebut ialah keyakinan Dr Mahathir terhadap Anwar selaku pengawal dan pengurus kewangan yang baik untuk negara. Sementara yang tersirat pula ialah harapan Dr Mahathir agar Anwar mempelajari dan memahami tentang masalah kewangan dan selok belok ekonomi sebagai persediaan beliau untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara. 
.
Walaupun negara mempunyai pakar-pakar ekonomi dalam pelbagai sektor, dan boleh dijadikan penasihat kepada kerajaan, sebagai ketua peneraju seseorang Perdana Menteri mestilah tahu tentang ekonomi supaya tidak mudah dikelentongkan oleh para pegawai dan penasihat, supaya tidak tersilap dalam membuat sebarang keputusan penting.
.
Penilaian Dr Mahathir akhirnya ialah "he knows nothing about economic..." Peristiwa kegawatan ekonomi 1997/1998 menyerlahkan kegagalan Anwar dalam bidang tersebut.
.
Tun Daim Zainuddin baru-baru ini membuat temu-bual dengan Mingguan Malaysia dan beliau juga sependapat dengan Tun Dr Mahathir, bahawa Nuar tidak memahami permasalahan ekonomi. Bercakap secara retorik bolehlah namun untuk berhujah secara ilmiah dan fakta dalam bidang tersebut dia tidak mampu, begitulah kesimpulan Tun Daim.

YB Datuk Zulkifli Noordin yang suatu ketika dahulu amat rapat dengan Nuar dan pernah menjadi peguam belanya ada memberitahu bahawa muka Nuar pucat lesi 'dituris pun tak berdarah' semasa di Hotel Quality Shah Alam ketika dia dapat tahu yang Saiful telah membuat lapuran polis tentang dia diliwat. Kemudian dengan pelbagai alasan keselamatan dia menyurukan diri ke Kedutaan Turki. Dia tidak lupa tu, Zulkifli tidak lupa dan rakyat tidak lupa. Bila dia keluar dari Kedutaan Turki, bukan main lagi dia puji polis-polis yang ada di situ, tetapi pada masa yang sama dia memaki pegawai-pegawai polis yang berpangkat tinggi, mengatakan itu semua konspirasi jahat polis.
.
Pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia, namun itu sebenarnya adalah penghargaan  terhadap kerajaan Malaysia sendiri.
.
.Kadang-kadang Nuar ni bercakap bukan perlu berfikirpun, kerana dia mengharapkan semua orang akan terpegun dengan mimik mukanya. Suatu ketika dahulu di dalam Parliamen masa pembentangan Bajet 2012, apabila Nuar cuba memanipulasi tentang jumlah peruntukan JPM, dengan garangnya dia menyebut RM3 billion...billion...billion. Apabila KJ bertanya balik mana ada billion..billion.. RM300 juta je..Nuar lari lintang pukang, tak cukup tanah, keluar Dewan. Namun dia nak berhujah kembali tidak sekali-kali, dia takut!!!!!!, dia memang pengecut!!!!!!
.
Baru-baru ni dia ingat semua orang malaysia tidak faham dengan maksud 'contigent', dia ingat orang Israel tak faham, dia ingat rakyat Palestine tak faham dan dia ingat orang Amerika memang tak faham apa yang dia cakap dalam WSJ tu. Bila KJ cuba berhujah dengannya di dalam Parliamen...untuk sebentar dia benarkan, bila dia tersepit langsung dia tak benarkan lagi..Nak berhujah secara ilmiah lupakan, Nuar takut!!!!! tak berani!!!!! kantoi!!!!

Bila Yb Zahrain, YB Woo Chee Keong dan YB Zulkifli Noordin berhujah di Parliamen, berkenaan dengan penipuan 16 September, dia langsung tidak berani duduk di dalam Dewan.

Di pentas ceramah dia kelihatan hebat sebab dia seorang sahaja yang memegang microphone, orang lain tak merasa, maka suka hati dialah apa yang dia nak cakap. Hujahnya tidak disanggah ketika itu. Cuba dia benarkan sebarang pertanyaan diajukan oleh pendengar yang hadir.. masak dia, silap haribulan cabut!!!!!

Dipentas ceramah bolehlah dia tunjuk berkeping-keping kertas, bukan orang dapat tengok pun. Entah apa-apa kertas dia angkat dan goyang, dia kata dokumen soheh, bukti soheh..ihihih!!! Di pentas ceramah juga dia boleh kata dia pergi sana, pergi sini, jumpa orang itu, rujuk orang ini, gambar superimpose dia jumpa pemimpin Hamas pun dia boleh tunjuk. Di pentas ceramah bolehlah dia kata orang tu call dia, pemimpin itu call dia, cakap bolehlah...

Kini sibuk dia nak mengajak orang berdebat, terutamanya PM. Kata PM dia bersedia, namun mesti secara rasional, langsung Nuar diam. Sebenarnya mencabar orang berdebat bukanya hendak mencari kebenaran, cuma nak mencari publisiti. Dia tahu menerusi debat perhatian orang akan lebih, masa itulah dia nak memutar belitkan isu dengan cara dia. Soal benar atau salah bukan pertimbangan dia, soal menang atau kalah juga bukan persoalannya. Yang penting orang dapat lihat dan dapat liputan CNN.

Dia cabar PM berdebat, sebab dia tahu PM tidak akan terima. Cuba dia cabar Dr Hassan Ali atau seorang lagi anak Ali iaitu Ibrahim Ali. ada berani??? Dia kaki putar belit, jadi yang harus berhadapan dengan dia ialah orang yang petah mematahkan hujah dia. Dalam hal ini Dato' Ali Rustam soheh tak sesuai, begitu juga dengan MB Perlis. Yang sesuai YB Tan Sri Isa Samad, Utz Fathul Bari Yahya, YB Ezam Md Nor, YB Zahraien Hashim dari Penang tu, YB Zulkifli Noordin, YB Khairy Jamaluddin atau YB Ahmad Maslan mungkin juga sesuai. Ada berani Nuar??? cabarlah..kalau nak tahu langit tinggi rendahnya.
   Bukti Anwar Hebat??? Klik Sini

Pertanyaan lagi, Karpal Singh tak tahu ke siapa Nuar ni?, kan ke dia beria-ia dalam Parliamen pada 1997 dulu nak mendedahkan salah laku Nuar. Dia tahu tapi apa pilihan dia? Hari ini dia sokong Nuar sebab Nuar boleh membantu menjayakan cita-cita politik DAP.

Mat Sabu tahu tak siapa Nuar ni, kan ke dia yang memberi gelaran istimewa kepada Nuar dan dicanang dalam setiap ceramahnya suatu waktu dulu. Dia tidak lupa, pendengar tidak lupa dan rakyat juga tidak akan lupa. Nik Aziz tahu tak?, Hj Hadi tahu tak?, LGE tahu tak? LKS tahu tak???? Khalid Samad tahu tak? Khalid Ibrahim tahu tak??? Mahfoozzz Bean tau tak!!!!!???? atau semua mereka kena masuk Haward atau Oxford dulu baru nak faham.

  Ini lama dulu. Hahaha!!

Mereka tentu tahu dan kenal Nuar ni. Tapi apa pilihan mereka??? Matalamat menghalalkan hubungan..

1 comment:

  1. Jokiden, dah lamo tak monulih...nak botanding ko lopeh ni? Den raso Lenggeng kono lotak orang muko baru..

    ReplyDelete