Monday, March 12, 2012

SOHEH, PEMBANGKANG RANCANG BERSIH 3

”Pihak kita dan rakan-rakan kita dari NGO sedang mmbuat penelitian, jikalau kami mendapati daftar pemilih dan lain-lain perkara masih lagi tidak diselesaikan oleh Umno-BN, kemungkinan besar kita akan berkumpul sekali lagi untuk BERSIH 3.0,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam sempena Sambutan empat tahun pentadbiran PR. 
.
” Kalau pilihanraya tidak bersih belum tentu kita dapat mengambil alih sebab itu pertubuhan BERSIH berusaha daripada tahun 2007 yang lalu diikuti tahun lepas di himpunan BERSIH 2.0 yang menuntut lapan perkara antaranya ialah daftar pemilih hendaklah bersih,” katanya. Dipetik dari blog MPP.

Laa..masih lagi nak memainkan isu SPR rupanya Mat Sabu ni. Siapalah yang dia nak ajak supaya mempercayai kenyataan dia ni.  Lagi bersih piliharaya diadakan, lagi lah tiada peluang  pembangkang untuk meraih kemenangan. Lagi bersih, lagilah angan-angan nak ke Putra Jaya, tinggal angan-angan. Selama ni mereka menang adalah atas isu fitnah, isu rasis, isu provokasi, isu baling batu sembunyi tangan, isu persepsi, isu adu domba, isu menggunakan agama Islam, isu emosi dan pelbagai lagi isu negatif.

Kalaulah mereka berkempen dengan isu-isu pembangunan, menuju negara maju, keselesaan, keselamatan, kebajikan, hubungan luar negara, pendidikan, kesihatan, kekayaan, keamanan dan isu keharmonian, pastilah mereka tidak akan dapat satu kerusipun di dalam PRU. Jika isu ini yang dijaja rakyat dengan mudah dapat menilai bahawa negara berada dalam keadaan seperti hari ini adalah hasil pemerintahan BN. Memang berlaku kecacatan dan kelemahan dimana-mana, namun pada hakikatnya rakyat di Malaysia ini selamanya aman, selamat dan bahagia di bawah BN. Yang tak bahagia dan tenteram siapa??? jawablah sendiri.  

Hari ini menjelang tarikh pembubaran Dewan Rakyat, pembangkang sibuk siang malam untuk mengatur strategi, memikirkan cara terbaik untuk menentang BN. Mereka tengah berhempas pulas untuk mencipta isu-isu yang boleh dimainkan untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Pembangkang seboleh mungkin ingin mewujudkan sentimen  'membenci' dikalangan rakyat supaya rakyat mengzahirkan kebencian dan kemarahan di peti undi.

Kerajaan, UMNO dan BN cuba diberi gambaran yang sangat buruk, hina, keji, zalim, menyeksa rakyat, merampas dan menyamun duit rakyat, dengan harapan rakyat akan menjadi benci!!!! Hakikatnya ialah mereka pemimpin dan penyokong pembangkang yang sering melakukan perkara-perkara buruk dan keji tersebut, cuma mereka berjaya mengalihkan perhatian tentang keburukan mereka. Namun sampai bila??? Sampai bila nak putar belit??? Sampai bila nak menipu???

Ingat rakyat tak tahu?, ingat rakyat tak nampak?, ingat rakyat tak memerhati? Rasuah?, apakah mereka tak mengamalkan rasuah, bapak segala rasuah ada bersama mereka. Kroni? apakah mereka tidak mengamalkan kroni? bapak segala kroni ada bersama mereka. Menyamun? mereka lebih hebat menyamun. Konspirasi? bapak segala konspirasi ada bersama mereka. Membela rakyat? jauh sekali.

Melebihkan suku sakat dan kaum keluarga? bukti di depan mata, parti anak beranak, bertanding tak cukup satu kawasan, tamak haloba nak kaut duit elaun wakil rakyat, parliamen sapu, DUN pun sapu.Kereta besar? semua pemimpin mereka berkereta besar.

Bila SPR nak buat peraturan ni, dalam satu keluarga hanya seorang saja boleh bertanding.
 
Moral??? tak yah cakaplah, moral mereka jauh lebih rendah daripada moral pemimpin BN. Kita boleh sebut satu persatu jika kita mahu. Bersih? pemimpin BN jauh lebih bersih dalam serba serbi daripada mereka. Lalu apa lagi modal yang nak mereka gunakan untuk mengalih perhatian rakyat?? Tak ada.

Mereka cuba mengwujudkan suasana supaya rakyat merasakan mereka (rakyat) berada dalam situasi yang tidak baik, tidak mendapat faedah, tidak harmoni, tidak aman, tidak selamat dan terpinggir. Semua yang baik2 itu dimiliki oleh pemimpin UMNO dan BN, yang buruk-buruk semua hak rakyat.. Inilah yang cuba ditanam dalam hati sanubari rakyat supaya mengalihkan undi kepada mereka.

Mari kita buat sedikit pertanyaan, jika benarlah daftar pemilih tidak bersih, bagaimana mereka boleh menang begitu banyak kerusi dalam mana-mana pilihanraya. Jika mereka mengatakan BN menang sebab undi hantu (kalaulah hantu boleh mengundi) maknanya di Kelantan tak ada langsung pengundi hantu, sebab itu BN tak menang di sana. Atau Kelantan ni bukan diuruskan oleh SPR, atau ada badan lain? Nak tipu sapa ni?? Ada kawasan di KL yang BN tak pernah menang, apakah hantu2 di situ semuanya mengundi pembangkang.

Dimana tak bersihnya daftar pengundi seperti yang mereka dakwa. SPR mempamirkan daftar pemilih, pergilah semak. Nak mengundi sok bawa IC, pernahkah dalam Malaysia ni orang mengundi dua kali. Pernahkah orang tak bawak IC dapat mengundi? Nama orang yang dah meninggal kadang-kadang masih ada dalam daftar SPR, biasalah, sebab yang mengemas kinikan pun manusia. Kesilapan boleh terjadi, namun nak mengatakan orang dah meninggal boleh mengundi kan ke pembohong namanya tu. Bila meninggal IC kena serahkan pada polis. Tengok apa SPR kata kat bawah ni:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang kata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.


Beliau berkata, mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh. Utusan

Cer citer.., macam mana pengundi boleh mengundi dua kali, tiga kali atau empat kali, atau pendatang gunakan IC orang yang dah meninggal untuk mengundi bagi memenangkan calun BN. Petugas yang menjaga peti undi sudah pasti dapat menangkapnya jika perkara ini terjadi. Sanggupkah BN mengambil risiko dalam hal-hal semacam ini??? Jika tanpa IC tak boleh mengundi, apa perlunya kembali ke sistem kuno nak tiru macam India guna dakwat kekal??? Inipun soal dakwat kekal dengan mudah mereka boleh manipulasikan esok.. mereka suruh CNN, WSJ standby, kemudian seorang pengundi totok mereka masuk mengundi, calit di tangan, keluar dan nama di kertas daftar sudah dipangkah. 10 minit dia datang balik nak mengundi lagi sekali, petugas tengok nama dia dah dipangkah, tapi jarinya bersih tak ada kesan dakwat, maka dia akan buat heboh satu dunia. CNN gila ambil gambar dan ulang2 siar. Tak tahulah dakwat tu boleh tahan berapa lama, sebab saya pernah tengok video Gomo buat demo menghilangkan dakwat tu dalam tempoh 5 minit.

Cer citer..apa akan berlaku sekiranya semasa undi di kira di pusat2 undi didapati jumlah undi dengan jumlah pengundi tak sama???, agaknya mahu satu dunia gempar, mahu mereka panggil CNN, WSJ, BBC, CNBC supaya menyiarkan berita penipuan BN tersebut. Tak betul tu, kelemahan SPR memang ada tapi penipuan seperti yang pembangkang dakwa sebenarnya tidak ada, cuma mereka wujudkan persepsi seolah-olah pembangkang dizalimi, ditipu, dinafikan hak..tujuan supaya rakyat marah dan benci lalu undi mereka.

Cer citer lagi, tunggul ke wakil-wakil mereka dalam pusat pengundian tersebut jika tak dapat mengecam orang mengundi dua tiga kali. Kalau mereka kata pengundi yang sama selepas mengundi di Kuala Pilah akan bergegas pula ke Kuala Lipis untuk mengundi lagi sekali, sempat ke? naik kenderaan apa, helikopter ke? kalaupun dia berjaya sampai sebelum peti undi ditutup dan berjaya mengundi, ala satu undi boleh tentukan kemenangan ke???

Lainlah di Kelantan memang ada PAS menang dengan satu undi, patutnya pegawai SPR yang kira undi tu telan dua kertas undi dan menangkan BN. Menelan dua kertas undi bukannya boleh sakit perutpun. Apa lagi yang mereka dakwa SPR tak bersih ni??? Cer Citer..nak kempen guna RTM, TV3, Utusan, itu bukan kuasa SPR. Lagipun Harakah tak akan benarkan ruang untuk BN kempen, Roket tak akan benarkan apalagi akhbar Keadilan.

Sebenarnya bersyukurlah atas jasa baik SPR, atas budi pekerti mulia petugas SPR, pembangkang boleh menang banyak kerusi. Di negara lain belum tentu. SPR menjamin satu warga satu undi. Bersyukurlah atas ketelusan SPR Penang jatuh ketangan pembangkang. Bersyukurlah atas ketelusan SPR Selangor, Kedah berpindah tangan.

Di Malaysia selepas pukul 5 petang peti undi ditutup, undi mula dikira di pusat yang sama, jam tujuh atau lapan penjumlahan undi di pusat penjumlahan dikira lagi sekali...lalu jam sembilan sudah tahu parti mana yang membentuk kerajaan atau paling lewatpun jam 3 pagi sudah boleh angkat sumpah. Bukan senang nak menguruskan 13 juta pengundi. Kecekapan SPRlah yang memungkinkan semua itu. Bersyukurlah wahai Mat Sabu. PAS nak mengira undi 3 Timbalan Presiden pun terlangkau waktu subuh, baru berapa orang tu??? Malulah sikit sebelum menuduh orang lain.

Di negara lain belum tentu kerajaan dapat dibentuk setiap kali selesai rakyat membuang undi. Di Amerika mengambil masa 3 bulan. Di Thailand paling cepat sebulan begitu juga di Indonesia. Di Pakistan, Bangladesh, Tunisia tak yah cakaplah..kalah dengan SPR.
  
Jadi wahai Timbalan Presiden PAS, carilah isu lain kalau nak berdemontrasi, tak yahlah gunakan isu bersih daftar pemilih ni doh, bincanglah dengan bos kau S. Ambiga tu, apa isu yang sesuai..Kan pembangkang selalu cakap, rakyat bukannya bodoh..jadi tak yahlah ajak rakyat keluar ke jalanan dengan isu yang akan membodohkan mereka.

Pembangkang juga selalu mengwar-warkan bahawa rakyat hakim negara, pesan Jokiden esok dalam PRU13, apabila rakyat menjadi hakim dan membuat keputusan menolak pembangkang, carilah alasan munasabah, janganlah katakan kalah sebab SPR tak adil, berat sebelah, pengundi hantu, DS Najib membela rakyat, DS Rosmah dah pandai senyum, hujan lebat, BR1M dan sebagainya. Sebaliknya terimalah hakikat rakyat nampak jelas bahawa PAS, PKR dan DAP gagal membela rakyat apabila diberi peluang. BN terbukti berjaya selama 54 tahun.. tak caya??? tanya pelancung dan pelabur asing.  Stop.
        

No comments:

Post a Comment