Tuesday, December 3, 2013

Menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO 2013


 

Apakah hanya Pas layak disertai ulama?




SEPERTI diduga pelantikan Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyebabkan penyokong Pas dan segelintir pemimpin parti itu bagaikan cacing kepanasan.

Facebook milik pendakwah itu diserang habis-habisan manakala pemimpin Pas pula membuat kenyataan menganggap ulama yang menyertai UMNO akan tenggelam dibawa arus.

Demikianlah hebat dan taksub penyokong-penyokong Pas memusuhi sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.

Membaca komen-komen yang dilontar, ada antara mereka begitu mudah menuduh Ustaz Kazim akan menjadi orang kaya baru, sekadar membaca doa pada majlis UMNO dan paling teruk akan masuk neraka.

Inilah sikap Pas, bagi mereka alim ulama, ustaz, tok guru dan pendakwah hanya layak menyertai parti mereka sahaja, kalau masuk Pas baru betul, kalau masuk UMNO tidak boleh. 

Kalau mahu mengambil kira ulama yang menyokong UMNO dibawa arus, ulama Pas sudah lama menerima nasib tersebut.

Kajilah apakah ulama-ulama di dalam Pas mempunyai keberanian luar biasa dalam menegakkan perjuangan Islam parti itu? Apakah ulama Pas berjaya melaksanakan hukum hudud yang dicita-citakan oleh mereka?

Apa yang kita saksikan ialah Islam yang diperjuangkan Pas semakin buruk. Pas tunduk kepada penentangan DAP dalam perjuangan Islam dan bersedia menukar matlamat perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Segala-galanya kerana ketaksuban untuk menawan Putrajaya bersama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Sebab itulah, suara ulama dalam Pas semakin terpinggir dan tidak dipedulikan.

Oleh itu tidak perlulah, penyokong mahupun pemimpin Pas termasuk mereka yang bertaraf ustaz hendak memperlekehkan mana-mana pendakwah yang memegang jawatan dalam UMNO.

Sebenarnya, penyokong Pas berasa resah dengan kehadiran lebih ramai pendakwah dan agamawan dalam UMNO kerana ia akan mampu mengukuh perjuangan parti itu dalam memartabatkan agama Islam dan membela nasib Islam.

Ia memandangkan para ustaz ini seperti Ustaz Kazim akan mampu mendedahkan fakta sebenar mengenai Islam yang selama ini lebih banyak dijadikan alat oleh Pas bagi meraih sokongan dalam pilihan raya.

Berikutan itulah, ada antara pemimpin parti tersebut sanggup memanggil pelbagai gelaran kepada ulama yang bersama atau menyokong UMNO termasuklah 'terompah kayu' dan sebagainya.

Tetapi persoalannya, apakah kita pernah mendengar pemimpin UMNO mencerca dan menghina mana-mana ulama, pendakwah, penceramah atau artis menyokong Pas? 

Selama ini UMNO menerima sahaja yang menyertai parti lawannya itu atas semangat demokrasi biar pun ada sebahagian besar mereka terutamanya bekas pegawai kanan kerajaan terhutang budi dengan kerajaan.

UMNO tidak pernah membuat apa juga tuduhan dan andaian ke atas kemasukan mereka, biar pun ada antara mereka menjadikan pentas ceramah pembangkang medan untuk memaki hamun kerajaan.

Tetapi alim ulama atau pemimpin Pas bertaraf ustaz atau tok guru tidak menegur perbuatan tersebut, bagi mereka kalau sudah menyokong Pas, hendak kata apa pun kepada BN dan UMNO tidak mengapa.

Oleh itu, hentikanlah perbuatan jumud hendak menyerang insan-insan seperti Ustaz Kazim. Pas juga perlu berjiwa besar dan jika benar berjuang mahu memartabatkan Islam maka mereka perlu menyokong langkah UMNO melantik alim ulama ke dalam parti itu. Bukankah cara itu akan memudahkan lagi perbincangan antara kedua-dua parti dalam usaha memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam?

Tidakkah langkah itu boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada golongan ulama dan pendakwah untuk terus turut serta dalam memberikan nasihat kepada kerajaan khususnya dalam memartabatkan Islam?

Kalau Pas bersetuju dengan dua hujah ini, maka hentikan segala cercaan bukan sahaja kepada Ustaz Kazim tetapi juga semua golongan agama yang ada dalam UMNO, jika tidak Pas akan dianggap berpolitik bukan untuk Islam tetapi memperalatkan Islam untuk politik.





Thursday, October 31, 2013

Mahpooozzz Beans Dah Ikut Style Lim Kit Siang Pulak Dah..


 

Lain kali kalau nak buat sesuatu tu, fikir beribu kali jika tidak mahu terkantoi. Niat di hati hendakkan laba, tetapi sebaliknya mendapat bala pula. 

Tetapi apa nak hairan, seperti kisah orang buta yang tidak mahu mengaku dia buta, maka Hj Hadi dan Mahpooozzz Bean pastilah ada alasan yang munasabah kenapa mereka beria-ia sangat menabur benih padi ke dalam bendang yang penuh dengan air.

Setidak-tidaknya esok apabila padi tidak tumbuh kerana semua benih telah dihanyutkan oleh air, maka mudahlah mereka nak menuduh ini semua salah UMNO.. Kah..kah..kah..kah.. kihkihkih..

Sebagai 'pengamal agama' tak kan puak-puak PAS ini tidak menyedari bahawa menyerahkan sesuatu amanah kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya. Kepakaran Hj Hadi ialah sebagai Nelayan. Jika dia tidak lagi memimpin PAS dan berhenti daripada menjadi YB, makan duit pencen selepas itu dangan isteri-isterinya maka dia mengatakan dia akan kembali menjadi 'Nelayan' 

Yang si Mahpooozzz Bean ni mengajak Hj Hadi membuat gimik menabur padi dalam bendang yang penuh dengan air, maka makan diri strategi ini nampaknya. Orang PAS merungut dan merasa malu dengan gimik tersebut sementara jentera BN ketawa terbahak-bahak dan terguling-guling. Mahpooozzz dikatakan sudah hilang idea dan keyakinan diri.

Mahpooozzz mengatakan majoriti lantai PAS hanya tinggal 500 sahaja. Maknanya jika jentera BN masih mampu menarik dalam 300 undi lagi maka calon PAS boleh bungkus di Sungai Limau ini.

Mahpooozzz nampaknya terdesak menggunakan taktik yang biasa sangat digunakan oleh lim Kit Siang setiap kali dia terdesak. Kit Siang akan mengatakan BN kuat, susah nak lawan BN, harapan kita kabur dan bla..bla..blaa... maka itu cara Kit Siang merayuuuuuuu undi pada saat-saat akhir. Bila Mahpooozzz mengatakan majoriti lantai PAS sudah tinggal 500 daripada 2700 undi maka kelihatan dia cuba meniru cara 'mentor' DAP dia itu. Untung-untung pengundi akan bersimpati dan mana-mana yang awal-awal lagi telah membuat keputusan untuk berhijrah, ada kemungkinan akan berpatah balik. Atau ada pengundi yang pada awalnya tidak mahu keluar atau pulang mengundi maka mungkin rayuan Mr Bean ini akan membuatkan mereka berfikir semula.

Secara kasarnya Sg Limau dikatakan sebagai 'kubu kuat PAS' sejak 5 penggal lalu menguasi DUN tersebut. Realitinya bukan mudah untuk BN untuk mengurangkan majoriti PAS di situ apa lagi untuk memenanginya. Lalu jika BN keluar sebagai pemenang maka pujian haruslah diberikan kepada YAB DSMM. Faktor dia yang memungkinkan pengundi beralih angin.

Di Sungai Limau dikatakan pengundi tegar UMNO/BN ialah 30.2%. Sementara pengundi tegar PAS pula ialah 32.3%. Pengundi di atas pagar dikatakan ada seramai 3000 orang lebih untuk direbutkan oleh UMNO dan PAS.

Sifir mudahnya ialah jika semua pengundi tegar PAS keluar mengundi, maka peluang BN adalah tipis. Namun jika pengundi tegar PAS ramai yang tidak keluar dan di pihak UMNO/BN pula berjaya menyakinkan lebih ramai pengundi pulang mengundi maka keputusan pasti akan memihak kepada calon BN walaupun dengan kelebihan yang tipis seperti di bawah 50 undi. Rasanya perhitungan ini ada di dalam pemikiran jentera kedua-dua pihak.

Kepada pengundi Sg Limau berhijrahlah kepada keadaan yang lebih baik.
  


Tuesday, October 22, 2013

Dah Kalah Tu Ontok-Ontok (Diam) Yolah..


Dalam menjalani kehidupan ini, siapa diri kita suatu masa dulu adalah tidak penting. Yang penting siapa kita pada hari ini dan apa kedudukan kita.
 
DAR seharusnya memahami perkara ini terutamanya dalam dunia politik yang serba kemungkinan. Jika sehari selepas menganakat sumpah sebagai Senator tempoh hari beliau dilantik oleh PM sebagai Menteri Pengangkutan, maka situasi pemilihan dalam jawatan Naib Presiden UMNO mungkin berlainan dan mungkin ada sinar yang beliau boleh harapkan.
 
Beberapa hari atau minggu selepas beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, DAR masih meneruskan aktiviti hariannya walaupun keceriaan di wajahnya jelas berkurangan. Jokiden pernah meninggalkan pesanan di fb beliau agar beliau mengurangkan sedikit demi sedikit aktiviti harian beliau. "Kurangkan sedikit Dato nanti Dato' penat" begitu Jokiden tulis.
 
'Penat' bermaksud luas, seperti kecewa, merajuk, tak puas hati, terkilan, kecil hati, rasa tertipu, bosan, enough is enough, tidak ikhlas, duit akan habis dan pelbagai tafsiran lagi. Beliau tidak mengurangkan aktiviti harian dan ini dapat dilihat dengan kehadiran orang ramai ke rumah beliau atau beliau terus menghadiri pelbagai majlis.
 
Biarkan Sam Kemetot pula yang mengambil tanggung-jawab menguruskan kebajikkan rakyat di Bukit Katil tersebut. Takkan dia nak makan gaji buta sahaja. 
 
Kitapun rasa terkedu apabila Bahagian Ketua Menteri dan lain-lain Bahagian UMNO di Melaka tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden atas dasar sekurang-kurangnya hendak menjaga 'air muka' beliau. Ini tidak selamba sahaja para perwakilan mengundi tokoh luar, seolah-olah DAR tidak wujud dalam senarai calon tersebut. "Ini tidak adillllllll!!!!!"
 
Jika DAR masih kecewa ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan menjadi Ketua UMNO di Kubang Pasu selama berpuluh tahun tetapi apabila tidak menjadi Perdana Menteri maka dia kalah dalam pertandingan untuk menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur. Peristiwa tersebut turut menyebabkan Nelson Mandela dan Bush terkejut besar.
 
Begitu juga tidak ada sesiapa yang peduli dengan rekod cemerlang TRTC semasa menjadi Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu. Masanya telah berlalu dan beliau juga tidak mendapat undi daripada rakyat Melaka. TSMIAS juga mengalami nasib yang sama. Jadi terimalah hakikat.
 
Inilah dunia politik. Siapa kita dulu tidak penting, siapa kita hari ini yang lebih penting. Jika dulu kita merupakan seorang yang sangat alim, banyak ilmu ugama, berceramah ke sana sini dan selalu menjadi imam, tiba-tiba kita disabitkan dengan kes rogol budak bawah umur, masuk penjara dan kena sebat, maka reputasi kita akan lenyap.
 
Jika dulu kita seorang yang sangat kaya dan suka menderma, tetiba kita jatuh muflis dan tidak mampu lagi untuk menghulurkan derma, maka kita tidak akan lagi dijemput untuk menghadiri mana-mana majlis.
 
Jika dulu kita merupakan gelandangan, mengemis pagi dan petang, tetiba kita menang SPM (Sijil Simpanan Premium) kita jual kereta mewah tersebut dan gunakan duitnya untuk modal berniaga dan akhirnya kita menjadi kaya, maka putaran hidup kita pasti berubah dan masyarakat mula memberikan perhatian kepada kita.
 
Jika kita dulu artis terkenal dan disanjung siang dan malam, jika hari ini kita sudah tua dan rambutpun sudah jarang2, jangan cuba-cuba hendak memberikan pendapat tentang dunia artis hari ini. Banyak lagilah kisah dan tauladan sekiranya kita ingin mengambil iktibar.
 
Kepada Dato' Mohd Ali Rustam, jagalah PUNB tersebut sebaik mungkin kerana itu juga merupakan khidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara.
 

Mohd. Ali terkilan Melaka tidak beri sokongan



 
 
MELAKA 20 Okt. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
 
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.
 
“Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.
 
“Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.
 
“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya.
 
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini.
 
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian.
 
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.


© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 
 
Ini Jokiden amik daghi Blog Paneh...
 
 

Wednesday, October 9, 2013

Nik Aziz Sudah Kembali...

  

 
Admin Fb Nik Aziz merapu untuk kesekian kalinya tanpa sedikitpun memikirkan bahawa punca kehancuran Melayu adalah disebabkan oleh propaganda PAS sejak dulu kini dan mungkin selamanya. Kembali dah dia bersuara setelah lama menyepikan diri..
 
Dia masih tidak Nampak yang menghancurkan agama ini ialah puak lebai PAS. Yang menggunakan agama sewenang-wenangnya untuk tujuan politik sempit adalah puak lebai PAS. Yang menjatuhkan imej agam Islam selama ini ialah puak PAS.
 
Yang memalukan Islam ialah puak PAS. Orang kafir terutamanya puak DAP sudah terlalu berani menghina orang Islam, mempersendekan Islan disebabkan oleh pemimpin PAS memberikan sokongan.
 
Ikut jalan mana sekalipun yang meletakkan Islam berada di bawah dalam segala segi atau sudut ialah PAS, namun mereka tidak mahu mengakui kesilapan mereka dan tidaak mahu memperbetulkan sikap dan nawaitu mereka.

Kenyataan Admin Nik Aziz seperti berikut:

 Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya tertarik apabila membaca akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas berkenaan Sidang DUN Kelantan kelmarin. Antaranya memuatkan ucapan seorang ADUN UMNO di DUN Kelantan yang menyebut bahawa Melayu sudah di ambang kehancuran.

Pada saya, Melayu tidak akan hancur selagi berpegang dengan Islam. Orang yang hanya bimbang bangsanya hancur tetapi tidak bimbang agamanya hancur ialah orang yang lemas dalam lautan kebangsaannya

Tidak insaf lagi nampaknya dia ni. Mula kembali dah nak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain. Orang Melayu sememangnya berpegang dengan agama Islam. Orang Melayu dalam UMNOlah. Orang Melayu dalam PAS???? tanyalah hati sendiri. Betul ke orang Melayu dalam PAS berpegang dengan Islam???
 
Kalau betul kenapa sampai kiamat ingin bermusuh dengan UMNO, apakah itu tuntutan Islam. Kenapa kutip derma tetapi tidak diperincikan penggunaannya, apakah itu ajaran Islam?? Kenapa mengkafirkan orang UMNO, kenapa mengatakan sembahyang orang UMNO tidak sah??? adakah itu perkara benar atau hanya hendak mengongkong penyokong sendiri?? Kenapa mengatakan Tuhan mencarut, atau jika Tuhan mencarut apakah manusia juga boleh mencarut.??
 
Kalau PAS berpegang kepada Islam kenapa sibuk pulak nak bekerjasama dengan musuh-musuh Islam?? apakah itu suruhan agama Islam?? Nak menang undi sanggup pulak mengambil syaitan sebagai kawan, apakah itu juga ajaran Islam.
 
Kenapa sibuk sangat nak mengelirukan pengikut dengan semangat Assobiyah, semangat kebangsaan sedangkan pengikut PAS lagi totok kepada para pemimpinnya.
 
Kesilapan kecil UMNO/BN dibesar-besarkan, sedangkan kesilapan BESAR PAS sehingga melibatkan akidah cuba dikatakan betul sepanjang masa.
 
Kalau tak adalah UMNO/BN ini tidak tahulah apa nak jadi dengan agama Islam di Negara tercinta ini?? Sebab UMNO inilah Islam berada ditempat yang istimewa dan terpelihara tidak seperti kedudukan Islam di Negara lain, dimana orang Islam tidak memegang kuasa.
 
Dulu sibuk sangat PAS ini dengan kilang arak dan kandang babi. Selepas PAS berkuasa di Selangor, wakil PAS sanggup pulak melawat kilang arak tersebut dengan alasan kilang itu terletak dalam kawasan Parlimennya.. Ehwah!!
 
Kandang babi tak yah ceritalah, berjuta peruntukan disediakan oleh kerajaan PAS. Rumah urut tak yah ceritalah. Pusat SPA tak yah ceritalah, semuanya PAS tutup mata semata-mata menikus dengan rakan kongsi DAP dan PKR. Ada tokoh PAS yang sanggup menentang itu semua namun kemudian dipecat pula dengan cara paling zalim dan paling kuno dalam dunia ini. Itupun PAS masih nak mendabik dada mengatakan UMNO ni tak baik, PAS je yang betul.
 
Mana baiknya PAS ini??? tak nampakpun, pemimpinnya asyik-asyik cakap UMNO tolak Islam, UMNO tolak Islam.. APO BONDO ea ni??
 
Sebelum PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR dulu, ada berani pemimpin DAP yang tidak mandi junub tu membaca ayat suci Al-Quran dengan tunggang langgang. Siapa yang membenarkannya??? Pemimpin PAS dengan alasan hendak menguatkan hujah. Adakah itu ajaran Islam???
 
Kalau pemimpin UMNO/BN melakukan kesilapan, tak sempat siang atau tak cukup air liur atau tidak cukup dakwat mereka mengutuk dan mencaci, walaupun pemipin itu belum tentu bersalah.
 
Jika puak mereka melakukan kesilapan dan kesalahan pandai pulak puak mereka untuk coverline, fitnahlah, rekasayalah, putar belitlah, besi tak bulih pakailah, kamera tipulah, diperangkaplah dan pelbagai cara lagi. Comeonlah pemimpin PAS janganlah selamanya hendak mengelirukan pengikut. Husam Musapun sejak memakai songkok hitam dan baju Melayu ini sudah juga pandai mengkritik kerajaan PAS, pada hal benda yang dia kritik itu berlaku dizaman dia. Macam mana tu??
 
Manusia tetap manusia. Ini yang pengikut PAS kena faham dan jangan percaya 100 peratus apa yang pemimpin cakap. Manusia mempunyai kelemahan dan manusia jangan dibuat perbandingan dengan Nabi dan Rasul apa lagi Allah Azawajjala.
 
Sibuk mengkritik laporan Audit Negara nak dibandingkan pula dengan Audit Akhirat. Yang pemimpin pakatan dedahkan itu yang buruk sahaja sedangkan beribu dalam laporan Audit itu yang baik-baik tentang kerajaan UMNO/BN ini.
 
Laporan baik tentang kerajaan pakatan sibuk pula mereka mencanangkan sedangkan ada beribu keburukan pentadbiran kerajaan pakatan tidak pula mereka dedahkan. Itu ajaran agama ke tu??
 
Siapa nak jawab di akhirat kelak kalau rakyat masih terbiar, terpinggir dan tidak mendapat keperluan asas?? PAS terlepas ke?? Fardhu Kifayah, PAS boleh serahkan semua ke atas bahu UMNO/BN ke. Apa guna menjadi pemerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor jika semua hendak diserahkan tanggung jawab menjaga rakyat kepada Kerajaan Pusat?? PAS tidak disoal ke dalam hal ini nanti sedangkan gaji pemimpin PAS juga dibayar dengan duit cukai dari rakyat.
 
Hospital tidak sempurna, ubat tidak ada, nurse tidak cukup, ambulance tidak sampai pada waktunya PAS boleh lepas tangan ke?? UMNO buat segalanya apa yang agam ini tuntut, hospital, rumah, sekolah, university, api air, biasiswa, jalan raya, bank, farmasi, kedai runcit, pertahanan, polis dan macam-macam lagi. Ada PAS, DAP dan PKR berterima kasih??? Tak ada malah dihasut pula rakyat supaya jangan berterima kasih kepada pemerintah kerana itu memang tanggung-jawab pemerintah..
 
Malas nak tulis banyak tentang PAS ini. Mereka masih tidak sedar dan mereka ingat mereka boleh terlepas tanpa dikira bersyubahat dalam memperlekehkan Islam bersama pemimpin DAP dan PKR ini. Tidak terlepas. Jawablah nanti, macam pemimpin PAS asyik mengatakan UMNO berpegang kepada fahaman kebangsaan dan itu menjadi alasan untuk meruntuhkan silaturrahim..
 
 

Monday, October 7, 2013

Pemilihan UMNO, Gandingan Tan Sri Isa, Datuk Mohd Ali Dan Datuk Mukhriz Tidak Mantap..


Betul ke apa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 30 September ini?? Jika tidak betul apakah Utusan akan disaman oleh DSH nanti??  Mari baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan atau apa yang dimaksudkan oleh DSHTH seperti di bawah.
 
 
  

Pilih gandingan mantap yang telah terbukti



Hishammuddin
 
 
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Para perwakilan UMNO perlu memilih gandingan yang mantap dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu Presiden serta Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Oktober ini.
 
Justeru, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan sedia ada wajar dinilai bagi memperkemaskan gerak kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Menurutnya, dalam memilih pucuk pimpinan, perwakilan yang berjumlah 146,500 perlu mengekalkan kematangan diri dengan membuat penilaian berdasarkan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti.
 
Beliau yang memuji kematangan ahli-ahli UMNO kerana bertindak bijak tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden berkata, sikap tersebut perlu diteruskan ketika mengundi jawatan tertinggi lain.
 
"Kematangan seperti ini diharap terus kekal dalam kalangan ahli UMNO bagi memilih pemimpin tertinggi berpaksikan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambah Hishammuddin, hasil kematangan politik ahli UMNO telah membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan jayanya baru-baru ini.
 
Katanya, hal itu tidak mungkin berlaku jika wujud pertandingan bagi jawatan Presiden kerana tumpuan Perdana Menteri mungkin terjejas sedangkan beliau perlu berdepan dengan pemimpin-pemimpin dunia.
 
"Malaysia juga bakal melakar sejarah apabila dua Presiden kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan China bakal mengunjungi negara pada Oktober. Ini pengiktirafan terbesar kepada negara, UMNO dan Barisan Nasional (BN).
 
"Jika UMNO serta BN memimpin negara dengan prestasi yang kurang memberangsangkan, mana mungkin dua kuasa besar dunia ini berminat sehingga (Presiden) mahu berkunjung ke Malaysia," jelasnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 
   


Kisah Chin Peng nampaknya masih menguasai berita. Ingatkan sudah habis, maklumlah sudah mati sejak 16 September lagi. Apa perlunya media arus perdana berterusan menyiarkan berita tentang si Komunis ini tidaklah kita ketahui.
 
Sampaikan semalam Lee Kuan Yew juga dikatakan pernah mendapat bantuan Komunis. Kisah pengeboman Tugu Peringatan dan kisah Tan Sri Osman Aroff meminjamkan mukanya untuk dibuat tugu.
 
Kisah pemilihan UMNO nampaknya semakin rancak. Pelbagai kenyataan di keluarkan. Kita tidak berasa hairan sekiranya ada kenyataan-kenyataan tersebut yang akan memakan diri sipenuturnya kelak. Lagi banyak cakap lagi banyak silap nanti. tidak bolehkah mereka ini hanya tersenyum sahaja sambil bersalaman dengan para perwakilan???
 
Sekarang ini kita lihat semua calon seolah-olah ingin dilihat rasis supaya boleh menarik undi perwakilan. Hairannya di masa yang sama juga mereka mengatakan para perwakilan sudah bijak-bijak belaka.
 
Semuanya berebut untuk membuat kenyataan, membidas itu ini, hendak membela agama bangsa dan negara dan akhirnya kelak apabila Melayu dihina, agama dicerca, raja dipersenda, NGO juga yang akan bersuara. Pemimpin UMNO samada yang menang atau yang kalah akan pilih jalan selamat dengan menikus dan menyepikan diri.
 
Beberapa hari yang lalu Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri terus dihina di dalam fb, tak adapun orang UMNO atau pemimpin UMNO yang membela beliau. Sebaliknya NGO yang yang ke depan dan membuat laporan polis.
 
Berbalik kepada kenyataan DSHTH di atas, apa yang kita dapat fahami ialah hanya mereka bertiga iaitu DSZH, DSSA dan beliau yang 'telah terbukti' merupakan gandingan mantap untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam PRU14 kelak. Betul ke???
 
Mengikut tafsiran mudah, gandingan lain tidak akan cukup mantap. Gandingan DSMAR, DSZH dan DSSA, atau gandingan DSHTH, TSIS dan DMM tidak akan mantap. Kata mudahnya mereka bertiga sudah terbukti mantap dan Berjaya membantu Presiden.
 
 
 tokmat2
 
 
Ahli UMNO, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan para pemimpin dunia sebenarnya amat sedar dan faham bahawa pemilihan para pemimpin UMNO ini amatlah penting kerana ia bakal menentukan para pemimpin yang bakal menerajui Negara ini.
 
Para pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, PAS MCA tidak akan berpeluang untuk menjadi pemimpin nombor satu, dua atau tiga. Sebab itu Nuar Brahim meroyan tak habis-habis untuk kembali kepada UMNO kerana UMNO sahaja yang memungkinkan dia untuk menjadi Perdana Menteri.
 
Pemilihan Naib Presiden UMNO menjadi amat penting kerana apa sahaja terjadi kepada Presiden atau Timbalan Presiden maka merekalah yang akan naik mengambil kekosongan tersebut. Ini semua orang tahu.
 
Lalu melihat kepada enam calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, siapakah dikalangan mereka yang kita harapkan untuk menjaga Negara, menjaga rakyat, menjaga agama dan menjaga bangsa ini sekiranya berlaku kekosongan di peringkat atasan kelak.
 
Umur bukanlah penentu lama atau singkatnya seseorang itu berada di tampuk kuasa. kita lihat TSMY lebih tua dari DSMN. Sekiranya TSMY terpaksa pergi dulu, maka DSMN terpaksalah memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh TSMY. Jadi siapa dia yang layak???
 
Ditakdirkan pula DSMN terpaksa pergi dulu, maka TSMY akan mengisi kekosongan yang beliau tinggalkan dan beliau terpaksa juga memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk berada di kerusi Timbalan Presiden UMNO merangkap mungkin Timbalan Perdana Menteri. Jadi siapa dia yang layak???
 
Mengikut maksud tersirat DSHTH di atas tidak ada yang layak melainkan mereka bertiga. Maknanya DSMAR, TSMISAS dan DMM tidak layak, belum layak, belum terbukti atau tidak mantap.
 
Enam calon, semuanya mempunyai pengalaman luas dalam hiruk pikuk politik UMNO dan politik Malaysia. Mereka juga punyai kelebihan dan kekurangan. Mereka juga pernah diberikan pelbagai gelaran yang buruk-buruk samada oleh ahli UMNO, pemimpin lawan mahupun rakyat jelata.
 
DSHTH mempunyai kelebihan menguasai Bahasa Inggeris. Ini sangat diperlukan kerana kita tidak mahu para pemimpin lain yang difikirkan, lain pula yang dicakapkan. Tetapi tidak menguasai Bahasa Inggeris tidak bermakna mereka tidak boleh dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Cuma dalam hal ini DSHTH dilihat mempunyai kelebihan.
 
Beliau juga dilihat sebagai gagal semasa mengetuai KDN dan sering dikatakan atau dirujuk sebagai 'Menteri Amaran' Ini sangat tidak membantu beliau dan ternyata beliau berusaha keras untuk mengikis imej tersebut. Payah.
 
Biarlah ahli UMNO yang menilai mereka ber enam tersebut, tidak manis rasanya untuk blog ini memperincikan buruk baik dan kelebihan atau kekurangan mereka. Lagipun Jokiden telah lama membuat pilihan sebelum mereka mengisi borang pencalonan lagi iaitu TSMIAS, DSMAR dan DMM selaku pemimpin pelapis UMNO di peringkat Naib Presiden ini. Rasanya setakat hari ini pilihan itu masih kekal.

 
Di Kelana Resort 8 Oktober, beribu hadir, banyak duit keluar ni..


 

Tuesday, September 24, 2013

Pemilihan Pemimpin UMNO


            
"Tak ado sapo-sapo yang sughuh sei botanding doh.., ini koputusan sei."



             
Siapalah antara mereka yang akan terkeluar nanti..??

Sebelum pergi jauh Jokiden dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kerana 'membiarkan' blog ini tidak diupdate seperti sepatutnya. Anggaplah penulis mempunyai halangan yang tidak memungkinkan untuk membuat catatan di sini sejak kebelakangan ini.

Chin Peng bapa Komunis Malaya telahpun meninggal dan tarikh kematiannya dikatakan bertepatan pada sambutan Hari Malaysia. Maka hiruk pikuklah puak-puak pakatan hendak menjadikannya sebagai isu politik dan bersungguh sangat mengemukakan hujah untuk membawa pulang abu mayatnya ke Negara ini. Kerajaan telah memberi peluang kepadanya selama setahun untuk kembali menjadi warga Negara, namun keputusan beliau adalah sebaliknya. Dia tiada hak di sini.
 
Begitu juga dengan Hishammuddin Rais, jika dia tidak kembali ke Negara ini selepas Nuar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memilih untuk terus menjadi pelarian politik dan tidak mempunyai kad pengenalan maka dia juga tidak layak untuk disemadikan di sini. Apapun ketentuan di mana kita mati dan dimana kita dikuburkan pastilah menjadi rahsia Allah swt.
 
Apa perlunya rakyat Negara ini  mensensasikan tentang kematian Chin Peng ini yang ada juga khabar mengatakan dia sebenarnya telah mati sebelum itu, cuma sekadar di istiharkan sahaja pada 16 September.  Adakah untung dan faedahnya kepada rakyat dan Negara selain daripada cubaan puak pakatan hendakkan keuntungan politik???
 
Dia bukan hero Negara seperti Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja memenangi Terbuka Jepun untuk kali ke empat. Datuk LCW patut diberikan penghargaan dan kemuliaan oleh semua pihak termasuk oleh puak pakatan kerana mengharumkan nama Negara melalui sukan badminton.
 
Beberapa hari yang lalu sempena dengan musim pemilihan UMNO ini, Nuar kelihatan sibuk pulak mempersoalkan kenapa Datuk Shafie Abdullah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan liwat Saiful Bakhari. Susah juga kalau orang tidak mahu memahami proses undang-undang ini. Lama dah senyap sunyi dan aman damai system kehakiman tidak diserang oleh Nuar, kini pastilah dia akan kembali menuding jari kepada mahkamah dan Pejabat Peguam Negara. Itu je modal yang dia ada.
 
Beria-ia dia mengatakan semua orang kampong sudah tahu yang Datuk Shafie adalah peguam UMNO yang akan berat sebelah, bla..bla.. bla.. Amenda nya Nuar oii.. Yang membuat keputusan nanti ialah Tuan Hakim, bukannya Shafiee. Nuar ni terlupa ke bahawa orang kampong juga sudah tahu bahawa pada tahun 1997 dahulu Karpal Singkilah yang beria-ia menimbulkan isu liwat ini dalam Parlimen dan mendesak Dr Mahathir memecat Nuar, yet tanpa rasa segan dan malu Nuar amik juga Karpal Singki sebagai Peguam Belanya.
 
Orang kampong juga sudah tahu bahawa Ketua Pendakwaraya dalam kes Saiful ialah Datuk Yusoff, pun Nuar lantik juga dia sebagai Peguam Belanya. Amenda ni Nuar oii.. Kelihatan juga muka Nuar berkilat-kilat, licin macam buah tembikai atau telur ayam dara. Ada yang mengatakan bahawa dia menyuntik botox, betul ke???? jangan besok bila muka sudah berubah dia menyalahkan pulak UMNO dan BN.
 
PAS berpendapat Pakatan kini bertambah kuat. Kerjasama harus dipertahankan. Betul ke??? Hj Hadi menyokong pulak saranan Kit Siang Ikan dengan mengatakan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra tidak sepatutnya berlaku. Wee Kah Siong kelihatan celupar mempertikaikan tindakan Perdana Menteri yang ingin memberikan bantuan kepada Bumiputra supaya kedudukan ekonomi Orang Melayu bertambah baik. Presiden MIC juga cuba hendak menjadi jaguh sementara. Pelik kita.
 
Pemerkasaan Ekonomi Orang Melayu ini menyusahkan kaum lain ke??? Bahagian kaum lain merosot ke, kurang ke atau dihapuskan ke???? Tidak!!! Malah penguasaan ekonomi kaum Cina dan India akan bertambah meriah lagi dengan adanya bantuan daripada kerajaan kepada Bumiputra ini.
 
Orang kampong juga seperti yang Nuar cakap sudah tahu bahawa 10 Orang Melayu mendapat kontrak nilainya cuma RM100 juta, namun satu Orang Cina mendapat kontrak bernilai RM100 juta. Yang 10 orang kontraktor  Melayu dapat RM100 itu pun akhirnya 90 peratus akan pergi kepada kontraktor atau pembekal Cina juga. Apa susah. Seperti pemberian BR1M akhirnya apabila duit itu dibelanjakan untuk apa tujuan atau bidang sekalipun berbillion akan pergi kepada Orang Cina juga. Jadi apa susah??? Wee Kah Siong Dan G Palanievel ontok-ontok lah.. PRU lambek laie..
 
UMNO sedang menjalani proses pemilihan kepimpinan. Sistem baru ini memungkinkan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri. Sistem ini memberi peluang kepada lebih banyak ahli untuk mengundi dan memilih pemimpin. Ok, namun jumlah perwakilan atau pemilih yang ingin di 'sort' ataupun dibeli oleh pemimpin tentulah juga bertambah. Berakhirkah politik wang dengan system ini???? atau bertambah meriah kah penggunaan wang untuk mendapatkan undi?? Hanya orang UMNO yang tahu.
 
Pelbagai alasan diberikan oleh para pemimpin yang ingin bertanding merebut jawatan pada kali ini. Alasan biasa ialah untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Orang Melayu. Betul ke tu??? Kita anggap betullah, nanti alas an tidak logic pula atau tidak kreatif.
 
Ramai ke pemimpin kita ini yang menjerit apabila kesucian agama Islam dalam Negara ini dicabar, dihina dan dipersendakan??? Berapa kerat pemimpin ini yang bersuara lantang membela institusi diraja apabila ia dipersendakan oleh warga Negara yang jahil?? Untuk 'melanyak' Namawee pun para pemimpin UMNO ini berfikir 1000 kali. Balik-balik pemimpin Perkasa yang dituduh rasis juga yang berani bersuara.
 
Apabila kedudukan istimewa orang Melayu diperkotak katikan oleh DAP, PAS dan PKR, mana suara lantang pemimpin Melayu yang bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk merebut jawatan ini menyanggah sebarang cubaan untuk menggugat kedudukan Orang Melayu ini??? Balik-bali NGO juga yang lantang bersuara. Pemimpin yang memberikan alasan untuk menjaga Agama, menjaga bangsa dan Negara tadi tetap terus membisu seribu bahasa. Matanglah kononnya, cerdiklah kononnya, tetapi sebenarnya mereka pilih jalan selamat yang tidak kontroversi.. Hahaha..
 
Lama dalam posting yang terdahulu Jokiden sudahpun menetapkan pilihan tentang siapa yang harus menerajui UMNO ini. Seperti orang lain, Jokiden juga mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri. Apapun kita doakan segalanya berjalan lancar dan UMNO bakal mempunyai para pemimpin yang benar-benar akan memperjuangkan Agama, bangsa dan Negara kelak. 

 

Tuesday, September 3, 2013

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! NAK BERDIALOG PULAK DAH...


           

 
Angin tidak, ribut pun tidak, namun tetiba sahaja Jokiden teringat kepada 'spender gergasi stopa' Apa hal dengan kes itu hah??? senyap je sehingga ke hari ini. Orang telah mula melupakannya. Sekarang ini isu semasa yang amat relevan untuk diperkatakan ialah tentang pemilihan UMNO dan penayangan Filem Tanda Putera. 
 
Sebagai Orang UMNO Jokiden telah menetapkan pilihan hati. Presiden YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Tim Presiden YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Naib Presiden Tan Sri Mohd Isa Samad, Dato' Seri Ali Rustam dan Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin. Ketua Wanita Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak bersetuju tidak apa, kita mempunyai ramai calon seperti Dato' Mustapha Mohamed, Bung Mokhtar, Razali Ibrahim atau Suraya Yaakob. 
 
Sehari dua ini timbul pulak isu dialog yang ditimbulkan oleh Nuar anak Brahim. Bijak sungguh Nuar ni hendak mengletakkan dirinya dalam polimik yang bakal memberikan dia publisiti percuma. Sedikit sahaja dia mencuit maka lintang pukanglah para pemimpin UMNO memberikan jawapan 'terbaik' yang membuatkan Nuar tersenyum kambing.
 
Di dalam respon di fb Jokiden telah mengatakan bahawa Nuar ini hanya layak berdialog dengan Nik Aziz sahaja. Dengan yang lain-lain dia tidak layakkkkkkkkkkk!!!! sebabnya??? Banyakkkkkk!!!!!! 
 
Nuar cuba mengheret para pemimpin UMNO supaya mengikut rentak tari dia. Sudah beratus kali Nuar menggunakan taktik ini namun para pemimpin UMNO masih seronok untuk dimanipulasi oleh Nuar. Dikaitkan nama Zahid Hamidi, Tengku Nan, Ezam Md Nor dan ramai lagi. Tentulah Anuar Shaari atau Lokman Nor Adam juga akan turut memberi ulasan nanti.
 
Dilaporkan oleh akhbar bahawa pemimpin UMNO berpendapat Nuar sebenarnya tidak 'ikhlas' untuk berdialog ini. Baru sekarang ke mereka sedar yang Nuar ni tidak ikhlas???? Sejak 174 lagi!!!! sejak peristiwa Baling lagi... mana pernah dia ikhlas??? Jusoff Kalla pun kono tipu, apo laie pemimpin UMNO???? Cukuplah tu, jangan menari ikut rentak dia. Nokhtah.

Seorang rakan menghantar sms kepada Jokiden mengatakan sebenarnya perbincangan telahpun diadakan di beberapa lokasi seperti London, Phuket, Jakarta dan KL. persetujuan telah 'dicapai' seperti Nuar akan berhenti, Tian Chuak, Khalid dan Nurul Izah akan jadi Menteri. Azmin akan jadi Presiden PKR, BN jadi CM dan Wan Azizah akan masuk pondok. Mak oii aaii bermacam andaian dan lagi kata sms tersebut DAP akan diharamkan selepas CEC. Akhirnya dengan kemasukan PKR ke dalam BN, maka BN mempunyai majority 2/3.
 
Samada kita perasan atau tidak sejak penyokongnya tergulin-guling di Padang Merbok dan di depan Bangunan Parlimen tempoh hari, kisah Nuar sudah dilupakan orang. TV3 yang amat dibenci oleh Nuar dan penyokongnya sudah tidak menyebut lagi kisah dia. Utusan Malaysia yang selamanya memedihkan jiwa dia sudah tidak kerap lagi menyiarkan tentang dirinya.
 
Yang paling Nuar tidak suka dalam dunia ini ialah apabila dua media utama ini tidak menghiraukan lagi tentang dirinya, tentang kewujudannya dan apa sahaja tentang beliau sudah tidak menjadi berita sensasi lagi.
 
Dia kena melakukan sesuatu supaya kisah tentang dirinya mesti dipaparkan di media arus perdana. Jika tidak rakan-rakan sekongkolan dia dari Amerika, Turki dan Australia akan terlupa tentang kewujudnya di alam maya ini.
 
Sungguh, Jokiden sudah agak terlupa tentang diri Nuar ini. Tak tahu perkembangannya. Ada lagi ke atau sudah tiada. Masih sihat kah atau selalu sakit dan masuk wad. Sudah masuk penjara semula ke atau masih bebas. Ada dalam Negara ke atau luar Negara??? Ada buat open house ke atau buat majlis tahlil sahaja??? Itulah bagusnya apabila  Utusan dan TV3 'memboikot' tentang Nuar ini, pasti lambat laun dia akan menggelabah.
 
Dalam kesunyian yang abadi itu muncullah isu hendak berdialog ini. Maka timbullah pelbagai persepsi dan pendapat, pro dan kontranya. Timbullah isu kerajaan perpaduan. Dia ingin rakyat percaya bahawa dia ini seorang yang baik, lembut, berbudi bahasa, penyayang, mementingkan Negara dan bla...bla... bla... Soalan, apa perlunya para pemimpin UMNO respon kepada retorik Nuar ini??? Tak ada Nuar ni politik Malaysia tidak ceria ke???, tidak meriah ke??? Lupakan je dia ni sehingga ke PRU14 kelak.
 
Penciptaan isu 'Kerajaan Perpaduan' nampaknya tidak beberpa menjadi. Sebenarnya ini satu lagi kisah penglipur lara yang tragis dalam senario politik Negara. Apa Nuar ingat DAP itu batu dan PAS itu kayu dengan sewenang-wenangnya membenarkan PKR nak bergabung dengan UMNO/BN.???
 
Ingat PAS dan DAP tidak ada hati perut dan dengan mudah sahaja hendak diketepikan oleh PKR?? Mana logiknya saranan Nuar tentang kerajaan perpaduan ini. Berani pula nak minta jawatan itu dan jawatan ini??? Para pemimpin UMNO nak tertipu lagi ke??? Dulu apabila Hj Hadi dalam ucapan di Muktamar PAS menyatakan tentang idea 'Kerajaan Perpaduan' ini, PKRlah yang paling lantang menentang dan dalam satu sidang media selamba je Hj Hadi menafikan apa yang dia perkatakan kerana waktu itu Nuar Brahim berada di sebelah dia. Hj Hadi kata itu semua adalah putar dan belit media milik UMNO.
 
Kali ini apakah kita ingat DAP dan PAS akan membiarkan sahaja PKR hendak menikam mereka dari belakang??? Payah!!!
 
Sejak kebelakangan ini rakyat termasuk penyokong pakatan telah mula ingin menyayangi semula PDRM. Rakyat telah mula menunjukkan rasa terima kasih kepada apa yang PDRM lakukan demi untuk kesejahteraan mereka terutama setelah Negara hampir menjadi Negara koboi dengan berlakuknya tembak menembak di jalanan dan bom diletakkan di merata tempat.
 
Rakyat telah mula kembali menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis terutamanya di musim perayaan yang lalu di mana di kala orang bercuti sakan merayakan Aidilfitri, anggota keselamatan tetap bertugas di serata tempat. Jokiden setiap kali melalui pos kawalan mereka akan membunyikan hon kereta sambil mengangkat tangan tanda hormat dan terima kasih. Siapa sebenarnya yang selalu memperlekehkan polis dan menyebabkan kredebiliti polis begitu merudum dalam Negara ini??? Kita tahu jawapannya kan.
 
Kembalinya rakyat menyayangi PDRM tentulah tidak menggembirakan Nuar. Kembalinya rakyat menyakini usaha dan tindakan PDRM pastilah membuatkan Nuar terkedu. Terbaru usaha pemimpin Hindraft bertaraf menteri yang cuba hendak menyalahkan polis dalam kes 5 orang penjenayah di tembak mati tempoh hari ternyata gagal dan menggerunkan Nuar. Tambahan dua hari selepas itu di Nibong Tebal berlaku lagi kes tembakan dan enam orang India cedera ketika sedang menjamu selera.
 
Di Pulau Pinang kes tembak ini kerap sangat berlaku dan Lee Kuan Yew telah mula sedar bahawa Johor lebih selamat untuk para pelabur jika dibandingkan dengan Pulau Pinang.
 
Ada juga aktivis kaum India yang cuba hendak menyalahkan polis dalam cubaan untuk membentras geng kongsi gelap ini dan mengkaitkannya dengan isu perkauman, namun rakyat tidak memberikan respon kepada mereka.
 
Rakyat masih ingat kes Sosilawati dan 3 Orang Melayu yang lain dileburkan hingga menjadi debu oleh Peguam India, namun tidak ada Orang Melayu yang mengarak keranda sebagai tanda protes. Orang Melayu membiarkan proses undang-undang mengambil tempatnya.
 
Begitu juga dengan Orang Melayu yang dibunuh kejam di sebuah ladang di Perak tidak lama dahulu, tidak berlaku perarakan untuk membantah. Sekali lagi Orang Melayu membiarkan proses undang-undang dijalankan. Berlainan dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang apabila 5 penjenayah tegar ditembak mati oleh polis, maka beraraklah mereka dan bersimpang siurlah kenyataan yang cuba membela penjenayah tersebut dan cuba digambarkan betapa zalimnya polis dalam melakukan tindakan tersebut.
  
  
 
Bertuahnya Negara Malaysia ini, dan beruntungnya sesiapa yang menjadi rakyatnya. Selama 56 tahun UMNO/BN menabur bakti membangunkan nusa bangsa sehingga mendapat pengiktirafan dunia, malangnya segelintir rakyat Negara ini yang buta mata, buta perut  dan buta hati telah memilih untuk menafikan segala jasa baik kerajaan selama ini.
 
Dikala sebahagian besar rakyat menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, maka segelintir makhlok perosak memilih caranya yang tersendiri untuk menyatakan rasa terima kasih atas pengurusan cemerlang Negara ini oleh UMNO/BN. Maka dicarilah segala titik bengik yang mengharuskan mereka bercakap seolah-olah merekalah pejuang tulin dan merekalah yang paling berjasa dalam menjadikan Malaysia ini seperti apa yang kita dapat lihat pada hari ini.
 
Sebahagian aktivis politik memilih untuk mengadakan ceramah umum pada malam menjelangnya sambutan hari Kemerdekaan Yang Ke 56. PAS umpamanya mengadakan ceramah di seluruh Negara dan pastilah antara tujuan utama mereka ialah untuk mencaci dan mengutuk UMNO/BN supaya rakyat terkeliru dan melupakan segala jasa baik serta sumbangan besar UMNO/BN dalam membangunkjan Negara ini yang memungkinkan ramai para pemimpin PAS hidup senang lenang dan kaya raya. Tentulah mereka berselindung di sebalik jenama jubbah, penampilan dan jenama agama. Apa lagi yang PAS mampu lakukan selain daripada memanipulasi agama untuk tujuan dunia dan tujuan politik sempit mereka. Lalu daripada para pemimpinya sehinggalah kepada pengikut tegarnya sentiasa bergelumang dengan maksiat yang dicantikan dan diindahkan oleh iblis seolah-olah semua itu adalah perkara baik yang mereka telah lakukan. 

Disaat rakyat jelata sedang menyayangi Jalur Gemilang, muncul pula individu yang inginkan publisiti secara hina terpekik, terlolong mengibarkan bendera yang bagi mereka itulah yang sebenarnya patut dihormati dan bukannya Jalur Gemilang. Singkat sungguh pemikiran mereka yang tidak tahu bersyukur ini dan rakyat masih tertanya-tanya apakah sumbangan penting mereka dalam memelihara keamanan, kestabilan, kedaulatan, keselamatan dan pembangunan Negara ini??? Tidak ada yang signifikannya. 


  
Tak ado kojo lain yang lobih bopaedah ko, yang kawan Nuar ni nak buek??? Memilih cara songsang untuk menyumbang???
 

Sebelum terlupa ingin juga dicatatkan di sini bahawa pentadbiran Kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah semakin bercelaru. Pemimpin mereka lidahnya berbelit-belit dalam membuat kenyataan. Kisah jenayah telah semakin meningkat dan pelaburan asing di Pulau Pinang sudah merudum akibat daripada kecekapan pemerintahan DAP.
 
Orang Melayu dan Agama Islam telah mula menerima kesan pemerintahan kuku besi DAP. Jika dulu ramai yang memuji segala tindakan dan pendekatan LGE sehingga ada yang menyamakan beliau dengan Khalifah Umar Abdul Aziz, maka kalian tunggulah sedikit hari lagi. Kita tidak akan melupakan perkara paling hina dan memalukan yang pernah PAS lakukan iaitu mendoakan LGE dalam setiap khutbah Jumaat.
 
Berbillion peruntukan untuk kemajuan Agama Islam di Pulau Pinang yang diberikan oleh kerajaan UMNO/BN sepanjang 56 tahun merdeka ini, peruntukan ciput dari DAP juga yang PAS sanjung. Berbillion ringgit disediakan oleh kerjaaan UMNO/BN sejak Merdeka melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan fakir miskin yang memerlukan, namun pemberian untuk menggabui mata yang sejemput dari DAP juga yang mereka agung-agungkan.
 
Selangor pula menunggu masa untuk hancur sedikit demi sedikit dalam pelbagai bidang. Dan jangan lupa PAS turut bersubahat dalam ke semua kemusnahan tersebut. Kisah air pastilah akan berakhir tidak lama lagi kerana Khalid sudah tentu dengan segala alas an dangkalnya akan bersetuju dengan segala syarat kerajaan Persekutuan kerana PRU13 telah berakhir dan mereka telah kembali memerintah negeri kaya tersebut.
 
Jokiden teringat sangat akan kata-kata Khalid apabila ditanya oleh wartawan kenapa beliau berpindah dari Ijuk ke Pelabuhan Klang. Jawapannya ialah, "pengundi sudah tidak suka, kita kena pindahlah... bla..bla..." Rupa-rupanya di kedua-dua kawasan tersebut PKR telah menang. Anih.
 
Keanihan turut berlaku di Lembah Pantai, Gelang Patah dan juga di Bukit Katil. Rakyat sudah tidak peduli lagi dengan jasa dan pengorbanan para pemimpin mereka dalam membuat keputusan atau pilihan. Sesiapa yang celupar, 'berani', banyak cakap, gila memaki hamun, gila rasis dan gila melawan polis akan lebih mudah dipilih sebagai pemimpin. 
 
Jokiden ingin mengulangi lagi, DAP tidak akan berjaya memenangi banyak kerusi jika rakyat memilih berdasarkan rekod perkhidmatan. Sebaliknya DAP menang kerana isu perkauman. Ini yang berlaku di seluruh kawasan bandar yang mempunyai majority pengundi Cina. Sudah tentulah sebagai rakan sekongkolan PKR dan PAS akan meraih sedikit keuntungan politik.
 
Para pemimpin UMNO/BN dan NGO Melayu Islam, jangan sekali-kali cuba bercakap untuk mempertahankan kepentingan Orang Melayu, Agama Islam dan Raja-raja, termasuk apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, maka secepat kilat mereka akan dilihat sebagai rasis. Inilah cara terbaik pemimpin pembangkang untuk menutup segala salah laku mereka.
 
Melihat Datuk Lee Chong Wei bertanding di mana sahaja, dada pasti berdebar-debar dan setiap saat Jokiden mengharapkan beliau akan menang dan terus menaikkan nama Negara. Namun melihat Tian Chua walaupun dengan songkok tinggi 10 inci di atas kepalanya dengan berbaju kebangsaan, Jokiden tetap meluat. Begitu juga apabila melihat LGE dalam apa urusan sekalipun, hati pasti berdetik dan rasa menyampah menguasai fikiran ini. Rasiskah Jokiden.??? 
 
56 tahun Negaraku Merdeka, rakyat terus dapat hidup dengan aman dan makmur, bukti sohih UMNO/BN telah Berjaya dalam mentadbirkan Negara ini. Sehingga posting ini ditulis, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa dan jamuan masih berjalan di sana sini, merangkumi pula majlis meraikan mereka yang bakal ke Tanah suci.
 
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..
   
 

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


 
 

Ramadan sudah berlalu. Jokiden berdoa agar dipanjangkan usia oleh Allah SWT supaya bertemu dengan Ramadan yang akan datang.
 
Syawal pastinya akan dirayakan sehingga sebulan oleh setiap lapisan rakyat di Negara ini seperti lazimnya pada tahun-tahun yang lalu. Yang kaya, yang miskin, yang berada, yang cukup makan, yang mulia, yang hina, yang berpangkat, yang ternama, yang biasa-biasa semuanya berpeluang meraikan Syawal mengikut citarasa masing-masing.
 
Jokiden mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf lahir dan batin setulus hati daripada semua pihak yang mengikuti blog ini.
 
Pulang beraya di kampong, pada hari raya kedua, sekembali dari mengziarahi kubur, tayar kereta telah bocor. Gunakan tayar spare dan bergegas ke Pekan Batu Kikir. Semua kedai kaum asing meneruskan perniagaan seperti biasa, tidak ada yang menutup operasi. Sempat berbual dengan budak yang menukar tayar kereta penulis dengan pakaian comot dan lengan penuh dengan minyak hitam. Dia budak Melayu. Kami berbual.
 
"Semalam pun saya kerja, tidak bercuti.." Itu penjelasan dia. Bermakna dia menyambut hari lebaran mengikut citarasa dia sendiri. Jika pada hari raya pertamapun dia tetap 'bertugas' ada kemungkinan pada hari-hari lain dia langsung tiada peluang untuk bercuti pada sepanjang tahun, melainkan kedai tayar itu ditutup.
 
Jika pada sepanjang Ramadan peniaga kuih muih, kain baju dan pelbagai peralatan telah Berjaya meraih pendapatan lumayan, kini giliran pengusaha petrol pump pula meraih keuntungan berganda kerana berjuta kenderaan terpaksa membakar petrol sepanjang seminggu ini.
 
Sesungguhnya pada bulan Ramadan rezeki adalah melimpah ruah bagi sesiapa yang kuat berusaha. Apa sahaja boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Kawan Jokiden berniaga di Pasar Ramadan di Ampangan Seremban dan dia selamba je memberitahu bahawa jualan dia tidak pernah kurang daripada RM1500 sehari.
 
Peniaga tudung, kain baju, butang Baju Melayu, Baju Melayu, samping, selipar dan tuala mandi semuanya meraih pendapatan yang bukan kepalang banyaknya. Terdapat ribuan khemah untuk para peniaga sementara di seluruh Negara menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
 
Di Lembah Kelang kebanyakan bekalan samada tudung, kain batik, kain pelikat, jubbah, baju kurung, dan bahan-bahan untuk membuat kuih muih adalah diambil di Kuala Lumpur seperti di Pudu dan di Lorong Hj Taib. Beribu-ribu peniaga bertandang ke sana untuk mendapatkan bekalan dan akibatnya ialah peniaga borong di tempat-tempat tersebut telah menjadi jutawan sebelum hari lebaran menjelang tiba. Sementara peniaga terpaksa pula menghabiskan stok mereka untuk mendapatkan keuntngan dan modal. Apapun rata-rata semuanya Berjaya menambah pendapatan menjelangnya takbir raya.
 
  
Membeli belah di Jalan TAR di penghujung Ramadan 
 
 
Ramadan dan Syawal sesungguhnya menjana putaran ekonomi yang bukan sedikit. Berbillion duit yang terlibat sepanjang tempoh dua bulan tersebut. Beribu kali diingatkan oleh pelbagai pihak supaya berhemah dalam perbelanjaan, berjimat cermat dan jangan membazir, namun istilah 'membazir' itu hanyalah kepada mereka yang berpendapatan kurang. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang akan mengaku bahawa dia telah melakukan pembaziran sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
 
Seorang kawan Jokiden berulang alik berbuka puasa di hotel empat dan lima bintang dengan setiap kali bersama dengan orang yang berlainan. Mengkagumkan ialah kerana pembayar kepada setiap kali berbuka puasa itu ialah dia sendiri. Mungkin dia sangat menghayati kongsep 'memberi makan orang yang berpuasa, maka pahala puasa orang tersebut akan pergi kepadanya.'
 
Ada lebih 2,000 buah hotel, kecil, sederhana dan hotel bertaraf 6 bintang menyediakan pakej berbuka puasa dari serendah RM28 kepada RM120 setiap kepala. Ini tidak termasuk inisiatif pengusaha restoren yang jumlahnya beribu buah juga di seluruh Negara. Bayangkan jumlah RM yang terlibat. Ini tidak termasuk jamuan berbuka puasa oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan tokoh koperat serta pemimpin Negara secara besar-besaran sepanjang Ramadan yang pastinya akan diikuti oleh jamuan hari raya pula dan pemberian 'duit raya' serendah RM100 setiap seorang. Malaysia mewahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Apabila melihat jadual para pemimpin Negara, kebanyakan mereka hanya berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di rumah sebanyak dua hari sahaja. Selebihnya iaitu sebanyak 27 hari lagi mereka terpaksa menghadiri pelbagai jemputan dan majlis yang tentunya memerlukan persiapan dan perbelanjaan yang besar juga untuk berbuka puasa. Kesimpulan kepada semua suasana tersebut ialah Malaysia Negaraku rakyatnya cukup mewah. Syukurrrrrrrrr!!!!
 
Samada secara kebetulan ataupun sememangnya perkara tersebut sudah menjadi lumrah dan tidak mampu dielakkan lagi. Pada musim perayaan, Ramadan dan Syawal terdapat peristiwa yang terjadi berulang kali. Pertamanya terdapat ramai yang putus jari dan buta mata akibat main mercun buatan sendiri. Di Kelantan nampaknya gejala ini terus berulang. Ingatan beribu kali sudah tidak berguna lagi.
 
Kejadian rumah terbakar. Sebahagian puncanya ialah di sebabkan oleh percikan bunga api. Tiga hari lepas berlaku kebakaran besar di Sentul dan Keramat. Di Sabah dan Perak juga berlaku. Mengikut laporan akhbar sebahagian lagi punca kebakaran ialah disebabkan kelalaian. 
 
Peristiwa seterusnya ialah kejadian pecah rumah yang berleluasa pada musim perayaan ini yang mengakibatkan kerugian berjuta ringgit juga. Mesin ATM dan kedai emas terus menjadi sasaran.
 
Jangan pula kita melupakan statistik kemalangan jalan raya. Setiap hari pasti ada yang menjadi korban terutamanya penunggang motosikal.
 
Akhbar juga melaporkan kegiatan pendatang asing dan pekerja asing yang tidak pulang ke Negara masing-masing untuk menyambut hari lebaran. Mereka dikatakan memenuhi pusat-pusat membeli belah kelas pertama dan membuang sampah merata-rata. Apa mereka peduli, bukan masuk penjarapun jika membuang sampah sarap sesuka hati mereka. Lagipun ini bukan Negara mereka, kotor dan busuk apa mereka kisah.
 
Ada yang ditemu ramah dengan riang gembiranya mengatakan mereka menyambut raya di sini seolah-olah seperti menyambutnya di Negara sendiri. Eh tidak menghairankan kerana keluar sahaja mereka dari bangsal, dari asrama, dari kilang atau dari bawah jambatan mereka telah boleh Nampak jiran sekampung mereka atau jiran se pekan mereka atau jiran sebandar mereka atau senegara mereka.  Tidak ada masalah punya. Di merata tempat bersepah warga Nigeria, Bangla, Myanmar, China, Taiwan, Siam, Iran, warga Indon dan warga India. Tengoklah nanti salah satu daripada sebab musabab runtuhnya kerajaan UMNO/BN ini ialah angkara kegagalan melayani karenah pendatang asing ini. Apabila penguatkuasaan lemah dan rakyat tempatan merasa tidak selamat lagi, maka ketika itulah segalanya sudah terlambat dan kerajaan akan runtuh.
 
Kemudian punca kejatuhan UMNO/BN lagi ialah kegagalan meletakkan atau mempertahankan Agama Islam terus berada di tempat yang sepatutnya. Dulu ahli PAS cuma 300,000 orang sahaja, tetapi apabila orang Melayu melihat PAS ni kononnya memperjuangkan Islam, maka secara mendadak ahlinya meningkat kepada satu juta orang.

Hari ini secara tersirat, tersurat, secara terang, sengaja, terselindung atau secara tidak sengaja agama Islam terus dihina dalam pelbagai cara. Kegagalan UMNO/BN menangani isu ini kelak pastinya merupakan satu lagi punca jatuhnya kerajaan UMNO/BN ini. Pembangkang amat suka melihat cara UMNO/BN menangani isu ini kerana akan menguntungkan mereka.

Penghinaan berterusan terhadap agama ini juga salah satu sebabnya ialah konspirasi pembangkang. PAS memanglah selamanya menghina agama ini, disokong pulak oleh PKR dengan agenda pluralismenya dan di semarakkan oleh DAP tanpa segan silu. Segala-galanya tentang agama ini dilihat dari sudut politk oleh PAS kerana agama amat sensitive kepada orang Melayu.

Penghinaan terkini ialah jawapan Naib Presiden PAS yang menyamakan isu Syiah sama dengan keropok lekor  dan isu Syiah telah berlalu bersama dengan kuih raya. Mahpooozzz Bean ni terlupa agaknya bahawa fahaman syiah ia kelak yang bakal melenyapkan PAS dari muka bumi ini jika tersalah layan. Awak tu orang nombor tiga penting dalam parti, jawapan biarlah munasabah dan masuk akal.

Selepas ini mimbar masjid pulak mungkin akan diletakkan bangkai dan kepala babi, terutamanya jika pagar2 masjid telah dirobohkan oleh Ketua Menteri Melaka yang baru ini. Mana tahu. Suraupun sudah tergamak mereka gunakan untuk upacara agama mereka, Jika yang melakukan kesalahan agama ini tediri daripada orang Melayu, maka segera sahaja tindakan diambil, namun jika dilakukan oleh kaum lain, sebolehnya hendak disenyapkan, supaya lama-lama orang akan lupa.

Orang Melayu juga mempunyai had terhadapa tahap kesabaran  mereka. Jika keadaan telah melampau nanti, tidak mustahil orang Melayu akan mengambil undang-undang dalam tangan sendiri. Setakat hari ini memanglah Orang Melayu masih sanggup mendengar arahan dan pujukan pemimpin mereka, namun jika sudah diasak sehingga ke dinding, Orang Melayu pasti akan gustan semula dan ketika itu kerajaan sudah terlewat untuk bertindak dan huru hara mungkis tercetus.
 
Kegagalan UMNO/BN mempertahankan agenda Melayu pastilah akan mengundang padah yang akhirnya kelak melenyapkan segala jasa baik UMNO/BN selama 55 tahun ini. Jika para pemimpin UMNO hari ini tidak menyedari perkara ini, mereka pastilah akan dikenang pada akhir zaman sebagai punca kepada lenyapnya kuasa UMNO dalam Negara tercinta ini nanti.

Faktor ke empat kenapa para pemimpin Melayu dalam UMNO dan kerajaan akan tumbang ialah kegagalan mereka menangani isu-isu perkauman secara berkesan. Isu perkauman ini sebenarnya ibarat api dalam sekam atau sebagai bom jangka. Bila-bila masa sahaja dan secara tiba-tiba mungkin boleh merebak dan meletup. Para pemimpin UMNO yang kelihatan lemah dalam nenangani isu perkauman ini pastinya akan kalah dalam pemilihan jawatan dalam Pemilihan UMNO kali ini nanti.
 
Sebelum melalut tentang kisah politik ini, baik Jokiden kembali kepada suasana Ramadan dan Hari lebaran. Di kebanyakan surau dan masjid di Seremban, jumlah Jemaah yang terus mengerjakan solat tarawih nampaknya tidak terlalu surut. Walaupun pada awal Ramadan keadaan tempat ibadah tersebut penuh sesak dan selalunya menjadi nipis di penghujung Ramadan, namun pada kali ini para Jemaah nampaknya terus memeriahkan masjid dan surau hingga ke saat akhir. Malah di sebuah masjid di tepi lebuh raya akhbar melaporkan pada minggu terakhirpun masih mampu menggamit Jemaah melebihi 1,000 orang untuk berbuka bersolat tarawih.

  
Raya di kediaman PM

Peningkatan rakyat terhadap penghayatan mengenai ibadah dalam bulan Ramadan nampaknya sudah semakin tinggi. Biarlah sekali sekala mereka berbelanja membeli belah sambil mengsyukuri nikmat dan limpah kurnia Allah untuk meraikan bulan penuh barakah ini. Tidak ada salahnya asalkan tidak melampau.
 
Suasana di pusat membeli belah seperti di SOGO dan Mid Valley serta Jalan TAR pada minggu terakhir Ramadan adalah luar biasa sesaknya. Puluhan atau mungkin ratusan ribuan manusia membanjir kawasan tersebut, semuanya ingin membuat persiapan raya. Kerana jumlah yang tersangat ramai tersebut budak-budak yang menjual air tin atas troly juga turut mendapat pendapatan yang sangat lumayan mencecah ribuan ringgit setiap hari. Begitulah besarnya kurniaan Allah kepada manusia pada bulan Ramadan.
 
Pendapatan peniaga kain dan baju serta kasut di Jalan TAR pastinya berlipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa. Jackel melaporkan telah Berjaya menjual sehingga 1/2 juta pasang baju Melayu pada kali ini dan mungkin juga atas faktor iklan pelakon terkenal tersebut, AA. Pembaca kiralah sendiri berapa jumlah hasil jualan itu jika purata sepasang dijual dengan harga RM149.00.
 
Seperti biasa tahun-tahun sebelumnya akhbar dan media kali ini, turut memainkan peranan dalam menyiarkan keadaan golongan yang kurang bernasib baik menjelangnya hari lebaran. Tersiar sahaja maka mencurah-curahlah bantuan tiba dan untuk sementara waktu pastinya masalah keluarga daif tersebut akan selesai.
 
Akhbar juga menyiarkan kisah anak-anak di perantauan terutamanya yang sedang menuntut ilmu. Mereka berposing dengan latar belakang yang menarik bersama rakan taulan, boyfren, girlfriend, kaum keluarga dan anak isteri. Kita melihatnya dari merata tempat samada dari Negara Padang Pasir, kepulauan Australia dan New Zeland sehinggalah ke Amerika dan Utara Rusia. Semuanya kelihatan ceria dan bersyukur. Sebahagian besar pelajar tersebut adalah ditaja oleh pihak kerajaan dan mereka merupakan insan-insan bertuah dikalangan 28 juta rakyat Malaysia. Malangnya segelintir daripada mereka walaupun menerima sumbangan dari kerajaan, masih ada yang sanggup menggigit tangan yang menyuapkan makanan ke mulut mereka. Kembali nanti mereka akan melahirkan kesyukuran mereka dengan berpihak kepada pembangkang yang bijak menguasai minda mereka.
 
 
SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN SETULUS HATI.
 
 
   

Friday, July 19, 2013

Berita Baik Kena Kongsikan..


Abby Abadi akui nikahi jejaka berusia 24 tahun


ABBY Abadi bergambar mesra dengan seorang pemuda di laman Facebook yang kemudian disahkan sebagai suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dinikahi 12 hari lalu.
 
KUALA LUMPUR 19 Julai - Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, hari ini mengakui dia sudah melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka berusia 24 tahun.
 
Pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas itu berkata, beliau dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 12 hari lalu.
 
"Ya. Kami sudah bernikah 12 hari lepas kenal. Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan.
 
"Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa. Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu)," kata janda beranak tiga itu kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.
 
Sebelum ini, Abby mengejutkan para peminatnya apabila memuatkan gambar dia dengan seorang pemuda dalam keadaan mesra di laman Instagramnya.
 
Menerusi laman sosial itu, beliau mengaku menikahi suaminya setelah berkenalan hanya selama dua minggu. - UTUSAN ONLINE
 
 
  


Harga lelongan  RM1,010



PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT BERPUASA RAMADAN


  
Langkawi
 
 
 

Jokiden mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam walau berada di mana jua. Mohon maaf atas apa juga kesilapan dan bersyukurlah kita kerana Allah swt masih memberikan kesempatan kepada kita untuk menyambutnya.
 
Disiarkan kembali artikel Pengarang Utusan ini jika ada sesiapa yang tidak berkesempatan mengikutinya tempoh hari.
 

Ramadan bukan sekadar iftar, tarawih, tazkirah

 
MENJELANG malam ini, umat Islam di negara kita akan dimaklumkan sama ada puasa pada bulan Ramadan bermula esok atau Rabu. Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi malam ini. Semoga kita diberi kekuatan kesihatan untuk menunaikan salah satu daripada Rukun Islam itu serta mengisi bulan yang penuh keberkatan ini dengan pelbagai amalan baik yang dijanjikan ganjaran pahala yang besar.
 
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia turut mengingatkan umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh mengurangkan ganjaran pahala seterusnya membatalkan puasa itu. Bukanlah bermakna di luar Ramadan, kita bebas melakukan apa yang dilarang. Ramadan mampu mengajar atau membentuk diri kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Apa pun fadilat puasa lebih daripada itu. Begitu juga pengisian pelbagai amalan pada bulan yang penuh keberkatan ini. Eloklah ketika berehat pada waktu makan tengah hari pada bulan Ramadan ini, kita penuhkan surau dan masjid untuk solat berjemaah serta menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan. Pada sebelah malamnya pula diisi dengan solat sunat tarawih dan witir.
 
Kehadiran Ramadan menandakan satu lagi bulan yang telah kita tinggalkan. Masa begitu pantas berlalu. Setiap kali Ramadan, beberapa isu pasti menjadi perbualan dan perhatian ramai. Ada ketikanya isu-isu ini menjadi perbahasan hangat dalam kalangan masyarakat. Bagaimanapun semuanya tidak menjejaskan ibadah Ramadan ini.
 
Bazar Ramadan serta berbuka (iftar)


 
 
 
Sudah menjadi kelaziman, bazar Ramadan akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Di seluruh pelusuk negara akan muncul gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka termasuk yang jarang kelihatan pada hari-hari biasa. Rambang mata yang melihat seribu satu macam juadah. Elakkanlah pembaziran. Bersederhanalah. Bendung nafsu makan. Ini bukan bulan makan atau pesta makan. Jika tidak, akan berlaku pembaziran apabila tiba waktu berbuka. Lihat sahaja di bazar Ramadan. Setiap orang pasti akan membawa pulang sekurang-kurangnya sejenis kuih dan sejenis minuman untuk berbuka. Tidak menghairankan jika setiap jari di tangan akan memegang plastik berisi makanan atau minuman. Begitulah nafsu bagi sesetengah orang menjelang waktu berbuka. Apakah habis makanan yang dibeli itu atau menjadi ‘habuan’ bakul sampah? Nafsu makan terserlah apabila menjelang waktu berbuka, pinggan diisi penuh tetapi selepas azan berkumandang, makanan tidak mampu dihabiskan. Akhirnya berlakulah pembaziran. Mengikut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pada tahun lalu, sebanyak 129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari di negeri itu. Unjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menjangkakan Malaysia akan menjana 31,500 tan sisa pepejal setiap hari dan daripada jumlah itu, 45 peratus atau 14,000 tan adalah makanan, menjadikan kira-kira lima juta tan sisa makanan bakal dilupus dalam tahun 2020. Mungkinkah Ramadan ini turut menjadi penyumbang?
 
Kaki masuk dalam sink@singki
 
Jangan kerana terlalu mengikut nafsu makan terutama ketika menghadiri majlis berbuka di hotel, anda kekenyangan sehingga leka untuk menunaikan solat maghrib. Ingat, solat itu tiang agama. Mendahulukan berbuka atau solat? Tentulah berbuka. Kita diminta segera berbuka apabila tiba waktunya. Berbukalah sebelum mengerjakan solat maghrib. Ada sesetengah orang yang sekadar menjamah dua tiga biji kurma dan segelas air, kemudian menunaikan solat. Di Masjidil Haram, ada masa untuk jemaah mengambil kurma, buah-buahan lain, meneguk air zam zam, sebotol air, susu atau jus serta sekeping roti. Kemudian solat berjemaah. Sesudah solat berseleraklah jemaah mencari restoran. Di Malaysia, sesuatu yang menarik perhatian ialah apabila berbuka di hotel bertaraf empat atau lima bintang. Bufet Ramadan di hotel bukannya murah. Ada yang sampai mencecah RM100 seorang dan mungkin lebih. Sia-sialah kalau tidak makan sepuasnya. Di sebalik harga yang tinggi ini, orang Islam masih mampu berbelanja besar untuk berbuka. Malangnya harga bufet tidak sepadan dengan kemudahan yang disediakan sempena Ramadan. Di sesetengah hotel, memang ada surau atau ruang khusus untuk solat, sama ada kecil atau besar. Malangnya tidak ada tempat khusus untuk berwuduk. Kebanyakan pelanggan terpaksa mengambil wuduk di dalam tandas. Amat sedikit yang memperuntukkan ruang khusus untuk berwuduk. Seorang sahabat berkata, kalau pelancong nak tengok kaki masuk sink@singki, datanglah ke Malaysia pada waktu berbuka di hotel-hotel ini.
 
Pengurusan hotel tolong lihat keadaan ini. Bangunan dan kemudahan hebat tetapi akhirnya kaki terpaksa diangkat ke dalam sink@singki. Bagaimana pula bagi yang berbadan besar atau tidak mampu mengangkat kaki ke dalam sink@singki?
 
Tazkirah dan tarawih 8+3, 20+3
 
Solat sunat tarawih datang hanya sekali dalam setahun. Siang berpuasa, malam beribadah dengan solat sunat tarawih serta membaca al-Quran. Tidak ada tarawih dalam bulan Syaaban. Maka manfaatkanlah peluang untuk mendirikan solat sunat ini. Tidak perlulah berkomentar sama ada hendak dilakukan lapan rakaat tarawih campur tiga witir (8+3) atau 20+3. Terpulanglah kepada anda sama ada untuk melakukannya 20 atau sebaliknya. Apa yang penting ialah pelaksanaannya yang menekankan soal kualiti, bukan kuantiti. Apa gunanya 20 + 3 tetapi makmum sekadar mengikut imam. Ada juga yang melakukan secara ‘ekspres’ sehingga bacaannya tidak berkualiti.
 
Banyak masjid dan surau mengambil kesempatan kehadiran ramai jemaah pada bulan Ramadan untuk mengadakan tazkirah selepas isyak atau selepas empat rakaat pertama tarawih. Jarang yang mengadakannya selepas selesai semuanya. Langkah ini bagi memastikan jumlah jemaah yang mengikuti tazkirah tidak berkurangan. Jika selepas tarawih, pasti ramai ‘angkat kaki’. Maka tidak ada pilihan kecuali tazkirah selepas empat rakaat. Makmum yang mahu menghabiskan lapan rakaat terpaksa menunggu tazkirah.
 
Tarawih datang setahun sekali tetapi tazkirah boleh diadakan pada bila-bila masa. Jangan jauhkan ahli jemaah yang berkobar-kobar untuk menunaikan solat sunat setahun sekali itu. Seperkara lagi, elakkan tazkirah daripada unsur-unsur politik, sama ada yang memihak kepada kerajaan yang memerintah atau sebaliknya. Jangan musnahkan hubungan erat silaturahim, kasih sayang dan perpaduan semasa solat berjemaah dengan tazkirah berunsurkan politik. Ingatlah tidak semua jemaah adalah ahli parti. Akhirnya, kehadiran Ramadan harus dijadikan ruang terbaik kepada orang Melayu merapatkan hubungan seterusnya mewujudkan perpaduan yang lebih utuh.
Marhaban ya Ramadan. Selamat berpuasa! Jangan rosakkan puasa anda

 

Persiapan menyambut Ramadan

 
BULAN Syaaban kini sudah hampir melabuhkan tirainya. Ini bermakna fajar Ramadan kembali menyingsing lagi dan umat Islam di serata pelosok dunia mula bersiap sedia untuk berpuasa di bulan Ramadan.
 
Justeru segala persiapan bagi menemuinya patut dimulakan bagi merealisasikan nilai puasa tingkatan tinggi seperti yang diharap-harapkan. Adalah tidak molek jika bertahun-tahun dikurniakan nikmat bertemu Ramadan sedangkan kualiti puasanya tetap tidak berbeza. Akhirnya setelah Ramadan sekali lagi berlalu pergi, tiada nilai takwa mahupun ganjaran setimpal berjaya diraih setelah bersusah payah berpuasa selama sebulan.
 
Justeru , umat Islam diseru melakukan yang terbaik bagi menghargai kesempatan terpilih bertemu Ramadan sekali lagi dengan secukupnya. Mukminin yang merindukan ketibaan bulan al-mubarak ini pasti sangat bersyukur dan bergembira atas nikmat terpilih untuk meraih sebesar-besar anugerah yang hanya diberikan oleh Allah SWT.
 
Malah setiap individu Muslim perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup mereka sehingga membangkitkan motivasi untuk beramal dengan seikhlas jiwa dan raga. Sementara itu bagi golongan yang lalai, kedatangan Ramadan pasti meresahkan dan akan disambut dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa. Mereka ini diingatkan supaya bertaubat dan berusaha untuk melaksanakan kewajipan ini kerana ia akan dipersoalkan pada hari kemudian.
 
Setiap Muslim juga disarankan agar menyucikan diri daripada kekotoran zahir dan batin. Ini dapat dilakukan dengan mula berazam untuk menghindari diri daripada terlibat melakukan perkara keji dan mungkar selain bertekad dengan untuk mengimarahkan Ramadan dengan segala bentuk amalan kebajikan.
 
Begitu pula segala penyakit mazmumah yang boleh merosakkan nilai ibadah di sisi Allah SWT hendaklah segera dijauhi. Sifat negatif seperti riak, sombong, takbur dan hasad dengki termasuk dalam kategori penyakit hati yang perlu dijauhi. Selain itu pekerjaan buruk berupa perbuatan dosa dan maksiat juga hendaklah dihindari sebagai persediaan mendidik jiwa dan rohani dengan sifat takwa kepada Allah SWT. Ia juga bertepatan dengan pendidikan Ramadan yang terfokus kepada melawan runtunan hawa nafsu yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan manusia dengan perlakuan negatif.
 
Setiap Muslim perlu mengikhlaskan niat semata-mata melaksanakan ibadah puasa kerana Allah SWT. Ini kerana setiap amalan akan dinilai berdasarkan niat melakukannya. Sementara itu niat yang betul kerana Allah SWT berupaya mendorong seseorang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh pelbagai ganjaran di bulan Ramadan.
 
Adalah tidak molek jika matlamat dan tujuan berpuasa yang tiba setahun sekali diarahkan semata-mata untuk menyambut hari raya, sehingga segala persiapan seperti pakaian, kuih muih, mengecat rumah dan lain-lain semuanya untuk hari raya yang masih jauh sedangkan Ramadan di depan mata terabai dan tidak dipedulikan. Malah kecenderungan seperti itu elok diganti dengan membuat persiapan menyambut Ramadan dengan berpakaian serba baharu, menghias rumah dengan langsir baharu dengan niat serta tekad yang baharu. Ini selari dengan perintah Allah SWT supaya syurga dihias dan dicantikkan bagi menyambut Ramadan al Mubarak.
 
Bagi meraih bonus berlipat kali ganda dan yang tidak ternilai sewaktu Ramadan, persediaan dari sudut fizikal, mental dan material juga perlu diusahakan. Individu Muslim disarankan menjaga kesihatan tubuh badan, bersedia mental untuk melawan nafsu tidur, makan dengan berlebih-lebihan serta keinginan lain yang boleh menjejaskan kesempurnaan berpuasa. Begitu pula seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan dan material untuk memperbanyak amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud; "Sesiapa yang memberi ifttar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka".
 
Seyogianya Ramadan dipenuhi dengan segala kerja-kerja ibadah. Amalan biasa seperti berzikir, tadarus al-Quran, solat tarawih dan qiamullail patut disemarakkan lagi. Umat Islam diseru untuk mengimarahkan surau dan masjid secara berjemaah dan berterusan sepanjang Ramadan agar semua beroleh ganjaran rahmat, pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka di sepanjang Ramadan. Di samping itu segala kegiatan harian hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Elakkan daripada membazirkan masa dengan kerja-kerja yang kurang berfaedah lagi berdosa.
 
Di sudut pandang yang berbeza, terdapat segelintir umat Islam menyangka bahawa berpuasa terhasil dengan hanya menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari serta tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Namun sebenarnya pengertian puasa yang cukup luas dan menyeluruh itu kurang difahami. Ini kerana selain makan dan minum seluruh anggota dan pancaindera juga selayaknya berpuasa yakni berhenti daripada berbuat kemungkaran. Dalam masa yang sama segala kewajipan lain seperti solat lima waktu dan perintah menutup aurat tetap dikerjakan. Masyarakat Islam juga diseru untuk mengelak daripada mengumpat, mengeji orang lain kerana dikhuatiri bakal mengurangkan pahala berpuasa ketika berpuasa.
 
Ramadan yang tiba setahun sekali turut menjanjikan kenikmatan bertemu malam lailatulqadar yang didambakan oleh setiap hamba yang beriman. Kesempatan yang sangat berharga ini hendaklah dicari dengan bersungguh-sungguh. Setiap individu Muslim perlu menanam azam dan tekad untuk berjihad mencari malam kemuliaan tersebut seraya beroleh ganjaran yang tidak ternilai harganya. Inilah masa paling sesuai untuk semua yang merasa pernah berbuat dosa memohon keampunan dan bertaubat kepada-Nya.
 
Individu Muslim disaran untuk meningkatkan kualiti puasa daripada sekadar tingkatan puasa awam kepada puasa tingkatan khusus. Ia boleh dilakukan dengan tidak membatasi puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat turut dilaksanakan. Apalah ertinya seseorang berpuasa jika hanya tak makan dan tak minum tetapi kewajipan agama yang lain diabaikan.
 
Akhirnya setiap Muslimin perlu menaruh harapan tinggi kepada Allah SWT agar puasanya kali ini akan diterima dengan sempurna. Ini kerana dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan;
"Setiap amalan anak Adam dilipatgandakan sebanyak 10 kali hingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk aku dan aku yang akan membalasnya, kerana dia meninggalkan syahwat dan makanan keranaku". (Hadis riwayat Imam Ahmad)


 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.