Monday, October 7, 2013

Pemilihan UMNO, Gandingan Tan Sri Isa, Datuk Mohd Ali Dan Datuk Mukhriz Tidak Mantap..


Betul ke apa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 30 September ini?? Jika tidak betul apakah Utusan akan disaman oleh DSH nanti??  Mari baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan atau apa yang dimaksudkan oleh DSHTH seperti di bawah.
 
 
  

Pilih gandingan mantap yang telah terbukti



Hishammuddin
 
 
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Para perwakilan UMNO perlu memilih gandingan yang mantap dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu Presiden serta Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Oktober ini.
 
Justeru, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan sedia ada wajar dinilai bagi memperkemaskan gerak kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Menurutnya, dalam memilih pucuk pimpinan, perwakilan yang berjumlah 146,500 perlu mengekalkan kematangan diri dengan membuat penilaian berdasarkan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti.
 
Beliau yang memuji kematangan ahli-ahli UMNO kerana bertindak bijak tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden berkata, sikap tersebut perlu diteruskan ketika mengundi jawatan tertinggi lain.
 
"Kematangan seperti ini diharap terus kekal dalam kalangan ahli UMNO bagi memilih pemimpin tertinggi berpaksikan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambah Hishammuddin, hasil kematangan politik ahli UMNO telah membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan jayanya baru-baru ini.
 
Katanya, hal itu tidak mungkin berlaku jika wujud pertandingan bagi jawatan Presiden kerana tumpuan Perdana Menteri mungkin terjejas sedangkan beliau perlu berdepan dengan pemimpin-pemimpin dunia.
 
"Malaysia juga bakal melakar sejarah apabila dua Presiden kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan China bakal mengunjungi negara pada Oktober. Ini pengiktirafan terbesar kepada negara, UMNO dan Barisan Nasional (BN).
 
"Jika UMNO serta BN memimpin negara dengan prestasi yang kurang memberangsangkan, mana mungkin dua kuasa besar dunia ini berminat sehingga (Presiden) mahu berkunjung ke Malaysia," jelasnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 
   


Kisah Chin Peng nampaknya masih menguasai berita. Ingatkan sudah habis, maklumlah sudah mati sejak 16 September lagi. Apa perlunya media arus perdana berterusan menyiarkan berita tentang si Komunis ini tidaklah kita ketahui.
 
Sampaikan semalam Lee Kuan Yew juga dikatakan pernah mendapat bantuan Komunis. Kisah pengeboman Tugu Peringatan dan kisah Tan Sri Osman Aroff meminjamkan mukanya untuk dibuat tugu.
 
Kisah pemilihan UMNO nampaknya semakin rancak. Pelbagai kenyataan di keluarkan. Kita tidak berasa hairan sekiranya ada kenyataan-kenyataan tersebut yang akan memakan diri sipenuturnya kelak. Lagi banyak cakap lagi banyak silap nanti. tidak bolehkah mereka ini hanya tersenyum sahaja sambil bersalaman dengan para perwakilan???
 
Sekarang ini kita lihat semua calon seolah-olah ingin dilihat rasis supaya boleh menarik undi perwakilan. Hairannya di masa yang sama juga mereka mengatakan para perwakilan sudah bijak-bijak belaka.
 
Semuanya berebut untuk membuat kenyataan, membidas itu ini, hendak membela agama bangsa dan negara dan akhirnya kelak apabila Melayu dihina, agama dicerca, raja dipersenda, NGO juga yang akan bersuara. Pemimpin UMNO samada yang menang atau yang kalah akan pilih jalan selamat dengan menikus dan menyepikan diri.
 
Beberapa hari yang lalu Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri terus dihina di dalam fb, tak adapun orang UMNO atau pemimpin UMNO yang membela beliau. Sebaliknya NGO yang yang ke depan dan membuat laporan polis.
 
Berbalik kepada kenyataan DSHTH di atas, apa yang kita dapat fahami ialah hanya mereka bertiga iaitu DSZH, DSSA dan beliau yang 'telah terbukti' merupakan gandingan mantap untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam PRU14 kelak. Betul ke???
 
Mengikut tafsiran mudah, gandingan lain tidak akan cukup mantap. Gandingan DSMAR, DSZH dan DSSA, atau gandingan DSHTH, TSIS dan DMM tidak akan mantap. Kata mudahnya mereka bertiga sudah terbukti mantap dan Berjaya membantu Presiden.
 
 
 tokmat2
 
 
Ahli UMNO, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan para pemimpin dunia sebenarnya amat sedar dan faham bahawa pemilihan para pemimpin UMNO ini amatlah penting kerana ia bakal menentukan para pemimpin yang bakal menerajui Negara ini.
 
Para pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, PAS MCA tidak akan berpeluang untuk menjadi pemimpin nombor satu, dua atau tiga. Sebab itu Nuar Brahim meroyan tak habis-habis untuk kembali kepada UMNO kerana UMNO sahaja yang memungkinkan dia untuk menjadi Perdana Menteri.
 
Pemilihan Naib Presiden UMNO menjadi amat penting kerana apa sahaja terjadi kepada Presiden atau Timbalan Presiden maka merekalah yang akan naik mengambil kekosongan tersebut. Ini semua orang tahu.
 
Lalu melihat kepada enam calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, siapakah dikalangan mereka yang kita harapkan untuk menjaga Negara, menjaga rakyat, menjaga agama dan menjaga bangsa ini sekiranya berlaku kekosongan di peringkat atasan kelak.
 
Umur bukanlah penentu lama atau singkatnya seseorang itu berada di tampuk kuasa. kita lihat TSMY lebih tua dari DSMN. Sekiranya TSMY terpaksa pergi dulu, maka DSMN terpaksalah memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh TSMY. Jadi siapa dia yang layak???
 
Ditakdirkan pula DSMN terpaksa pergi dulu, maka TSMY akan mengisi kekosongan yang beliau tinggalkan dan beliau terpaksa juga memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk berada di kerusi Timbalan Presiden UMNO merangkap mungkin Timbalan Perdana Menteri. Jadi siapa dia yang layak???
 
Mengikut maksud tersirat DSHTH di atas tidak ada yang layak melainkan mereka bertiga. Maknanya DSMAR, TSMISAS dan DMM tidak layak, belum layak, belum terbukti atau tidak mantap.
 
Enam calon, semuanya mempunyai pengalaman luas dalam hiruk pikuk politik UMNO dan politik Malaysia. Mereka juga punyai kelebihan dan kekurangan. Mereka juga pernah diberikan pelbagai gelaran yang buruk-buruk samada oleh ahli UMNO, pemimpin lawan mahupun rakyat jelata.
 
DSHTH mempunyai kelebihan menguasai Bahasa Inggeris. Ini sangat diperlukan kerana kita tidak mahu para pemimpin lain yang difikirkan, lain pula yang dicakapkan. Tetapi tidak menguasai Bahasa Inggeris tidak bermakna mereka tidak boleh dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Cuma dalam hal ini DSHTH dilihat mempunyai kelebihan.
 
Beliau juga dilihat sebagai gagal semasa mengetuai KDN dan sering dikatakan atau dirujuk sebagai 'Menteri Amaran' Ini sangat tidak membantu beliau dan ternyata beliau berusaha keras untuk mengikis imej tersebut. Payah.
 
Biarlah ahli UMNO yang menilai mereka ber enam tersebut, tidak manis rasanya untuk blog ini memperincikan buruk baik dan kelebihan atau kekurangan mereka. Lagipun Jokiden telah lama membuat pilihan sebelum mereka mengisi borang pencalonan lagi iaitu TSMIAS, DSMAR dan DMM selaku pemimpin pelapis UMNO di peringkat Naib Presiden ini. Rasanya setakat hari ini pilihan itu masih kekal.

 
Di Kelana Resort 8 Oktober, beribu hadir, banyak duit keluar ni..


 

2 comments:

  1. Pada pandangan akulah Hisham tak sesuai .Ias dah lupus tarikh dan banyak defect .Ali rustam Jantung dia tak kuat walaupun semengat melayunya kuat .Yang tingal adalah zahid,Safie dan Mukriz.Walaupun Hisham berpengalaman katanya ...Tapi pengalaman yang tidak banyak membantu malahan pengalaman pahit terpaksa mintak maaf kepada cinabing dan Paria ......malang sungguh dan sangat memalukan seolah olah kita orang melayu tiada adat yang perlu disanjung .Kita mahu pemimpin yang berani tunjuk prenumbuk dan bagi penerajang pada yang kurang ajar adakah Hisham ciri ciri ini?Bukan kita nak suruh dia bergaduh atau tikam orang cina atau India tapi lebih dari itu.
    Sukar nak dinyatakan secara jelas disini...tapi apa yang tersirat dan tersurat oleh orang orang melayu semuanya .........Kita sudah diasak hinga ke penjuru tanah adakah kita masih setakat memberi amaran ?

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ali rustam macam mahathir dah tua jangtung tak kuat masih nak menyibuuukkk... heh heh

    ReplyDelete