Tuesday, October 22, 2013

Dah Kalah Tu Ontok-Ontok (Diam) Yolah..


Dalam menjalani kehidupan ini, siapa diri kita suatu masa dulu adalah tidak penting. Yang penting siapa kita pada hari ini dan apa kedudukan kita.
 
DAR seharusnya memahami perkara ini terutamanya dalam dunia politik yang serba kemungkinan. Jika sehari selepas menganakat sumpah sebagai Senator tempoh hari beliau dilantik oleh PM sebagai Menteri Pengangkutan, maka situasi pemilihan dalam jawatan Naib Presiden UMNO mungkin berlainan dan mungkin ada sinar yang beliau boleh harapkan.
 
Beberapa hari atau minggu selepas beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, DAR masih meneruskan aktiviti hariannya walaupun keceriaan di wajahnya jelas berkurangan. Jokiden pernah meninggalkan pesanan di fb beliau agar beliau mengurangkan sedikit demi sedikit aktiviti harian beliau. "Kurangkan sedikit Dato nanti Dato' penat" begitu Jokiden tulis.
 
'Penat' bermaksud luas, seperti kecewa, merajuk, tak puas hati, terkilan, kecil hati, rasa tertipu, bosan, enough is enough, tidak ikhlas, duit akan habis dan pelbagai tafsiran lagi. Beliau tidak mengurangkan aktiviti harian dan ini dapat dilihat dengan kehadiran orang ramai ke rumah beliau atau beliau terus menghadiri pelbagai majlis.
 
Biarkan Sam Kemetot pula yang mengambil tanggung-jawab menguruskan kebajikkan rakyat di Bukit Katil tersebut. Takkan dia nak makan gaji buta sahaja. 
 
Kitapun rasa terkedu apabila Bahagian Ketua Menteri dan lain-lain Bahagian UMNO di Melaka tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden atas dasar sekurang-kurangnya hendak menjaga 'air muka' beliau. Ini tidak selamba sahaja para perwakilan mengundi tokoh luar, seolah-olah DAR tidak wujud dalam senarai calon tersebut. "Ini tidak adillllllll!!!!!"
 
Jika DAR masih kecewa ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan menjadi Ketua UMNO di Kubang Pasu selama berpuluh tahun tetapi apabila tidak menjadi Perdana Menteri maka dia kalah dalam pertandingan untuk menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur. Peristiwa tersebut turut menyebabkan Nelson Mandela dan Bush terkejut besar.
 
Begitu juga tidak ada sesiapa yang peduli dengan rekod cemerlang TRTC semasa menjadi Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu. Masanya telah berlalu dan beliau juga tidak mendapat undi daripada rakyat Melaka. TSMIAS juga mengalami nasib yang sama. Jadi terimalah hakikat.
 
Inilah dunia politik. Siapa kita dulu tidak penting, siapa kita hari ini yang lebih penting. Jika dulu kita merupakan seorang yang sangat alim, banyak ilmu ugama, berceramah ke sana sini dan selalu menjadi imam, tiba-tiba kita disabitkan dengan kes rogol budak bawah umur, masuk penjara dan kena sebat, maka reputasi kita akan lenyap.
 
Jika dulu kita seorang yang sangat kaya dan suka menderma, tetiba kita jatuh muflis dan tidak mampu lagi untuk menghulurkan derma, maka kita tidak akan lagi dijemput untuk menghadiri mana-mana majlis.
 
Jika dulu kita merupakan gelandangan, mengemis pagi dan petang, tetiba kita menang SPM (Sijil Simpanan Premium) kita jual kereta mewah tersebut dan gunakan duitnya untuk modal berniaga dan akhirnya kita menjadi kaya, maka putaran hidup kita pasti berubah dan masyarakat mula memberikan perhatian kepada kita.
 
Jika kita dulu artis terkenal dan disanjung siang dan malam, jika hari ini kita sudah tua dan rambutpun sudah jarang2, jangan cuba-cuba hendak memberikan pendapat tentang dunia artis hari ini. Banyak lagilah kisah dan tauladan sekiranya kita ingin mengambil iktibar.
 
Kepada Dato' Mohd Ali Rustam, jagalah PUNB tersebut sebaik mungkin kerana itu juga merupakan khidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara.
 

Mohd. Ali terkilan Melaka tidak beri sokongan



 
 
MELAKA 20 Okt. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
 
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.
 
“Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.
 
“Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.
 
“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya.
 
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini.
 
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian.
 
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.


© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 
 
Ini Jokiden amik daghi Blog Paneh...
 
 

2 comments:

  1. pergilah baik dng cina lagi, pergilah mintak kat cina alor gajah yang buat ladang babi tu

    ReplyDelete
  2. Apo polak nie,dah kayo duduk ontok-ontok... dah tu po ei makan angin.. duit bayak tu nak buek apo

    ReplyDelete