Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


 
 

Ramadan sudah berlalu. Jokiden berdoa agar dipanjangkan usia oleh Allah SWT supaya bertemu dengan Ramadan yang akan datang.
 
Syawal pastinya akan dirayakan sehingga sebulan oleh setiap lapisan rakyat di Negara ini seperti lazimnya pada tahun-tahun yang lalu. Yang kaya, yang miskin, yang berada, yang cukup makan, yang mulia, yang hina, yang berpangkat, yang ternama, yang biasa-biasa semuanya berpeluang meraikan Syawal mengikut citarasa masing-masing.
 
Jokiden mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf lahir dan batin setulus hati daripada semua pihak yang mengikuti blog ini.
 
Pulang beraya di kampong, pada hari raya kedua, sekembali dari mengziarahi kubur, tayar kereta telah bocor. Gunakan tayar spare dan bergegas ke Pekan Batu Kikir. Semua kedai kaum asing meneruskan perniagaan seperti biasa, tidak ada yang menutup operasi. Sempat berbual dengan budak yang menukar tayar kereta penulis dengan pakaian comot dan lengan penuh dengan minyak hitam. Dia budak Melayu. Kami berbual.
 
"Semalam pun saya kerja, tidak bercuti.." Itu penjelasan dia. Bermakna dia menyambut hari lebaran mengikut citarasa dia sendiri. Jika pada hari raya pertamapun dia tetap 'bertugas' ada kemungkinan pada hari-hari lain dia langsung tiada peluang untuk bercuti pada sepanjang tahun, melainkan kedai tayar itu ditutup.
 
Jika pada sepanjang Ramadan peniaga kuih muih, kain baju dan pelbagai peralatan telah Berjaya meraih pendapatan lumayan, kini giliran pengusaha petrol pump pula meraih keuntungan berganda kerana berjuta kenderaan terpaksa membakar petrol sepanjang seminggu ini.
 
Sesungguhnya pada bulan Ramadan rezeki adalah melimpah ruah bagi sesiapa yang kuat berusaha. Apa sahaja boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Kawan Jokiden berniaga di Pasar Ramadan di Ampangan Seremban dan dia selamba je memberitahu bahawa jualan dia tidak pernah kurang daripada RM1500 sehari.
 
Peniaga tudung, kain baju, butang Baju Melayu, Baju Melayu, samping, selipar dan tuala mandi semuanya meraih pendapatan yang bukan kepalang banyaknya. Terdapat ribuan khemah untuk para peniaga sementara di seluruh Negara menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
 
Di Lembah Kelang kebanyakan bekalan samada tudung, kain batik, kain pelikat, jubbah, baju kurung, dan bahan-bahan untuk membuat kuih muih adalah diambil di Kuala Lumpur seperti di Pudu dan di Lorong Hj Taib. Beribu-ribu peniaga bertandang ke sana untuk mendapatkan bekalan dan akibatnya ialah peniaga borong di tempat-tempat tersebut telah menjadi jutawan sebelum hari lebaran menjelang tiba. Sementara peniaga terpaksa pula menghabiskan stok mereka untuk mendapatkan keuntngan dan modal. Apapun rata-rata semuanya Berjaya menambah pendapatan menjelangnya takbir raya.
 
  
Membeli belah di Jalan TAR di penghujung Ramadan 
 
 
Ramadan dan Syawal sesungguhnya menjana putaran ekonomi yang bukan sedikit. Berbillion duit yang terlibat sepanjang tempoh dua bulan tersebut. Beribu kali diingatkan oleh pelbagai pihak supaya berhemah dalam perbelanjaan, berjimat cermat dan jangan membazir, namun istilah 'membazir' itu hanyalah kepada mereka yang berpendapatan kurang. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang akan mengaku bahawa dia telah melakukan pembaziran sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
 
Seorang kawan Jokiden berulang alik berbuka puasa di hotel empat dan lima bintang dengan setiap kali bersama dengan orang yang berlainan. Mengkagumkan ialah kerana pembayar kepada setiap kali berbuka puasa itu ialah dia sendiri. Mungkin dia sangat menghayati kongsep 'memberi makan orang yang berpuasa, maka pahala puasa orang tersebut akan pergi kepadanya.'
 
Ada lebih 2,000 buah hotel, kecil, sederhana dan hotel bertaraf 6 bintang menyediakan pakej berbuka puasa dari serendah RM28 kepada RM120 setiap kepala. Ini tidak termasuk inisiatif pengusaha restoren yang jumlahnya beribu buah juga di seluruh Negara. Bayangkan jumlah RM yang terlibat. Ini tidak termasuk jamuan berbuka puasa oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan tokoh koperat serta pemimpin Negara secara besar-besaran sepanjang Ramadan yang pastinya akan diikuti oleh jamuan hari raya pula dan pemberian 'duit raya' serendah RM100 setiap seorang. Malaysia mewahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Apabila melihat jadual para pemimpin Negara, kebanyakan mereka hanya berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di rumah sebanyak dua hari sahaja. Selebihnya iaitu sebanyak 27 hari lagi mereka terpaksa menghadiri pelbagai jemputan dan majlis yang tentunya memerlukan persiapan dan perbelanjaan yang besar juga untuk berbuka puasa. Kesimpulan kepada semua suasana tersebut ialah Malaysia Negaraku rakyatnya cukup mewah. Syukurrrrrrrrr!!!!
 
Samada secara kebetulan ataupun sememangnya perkara tersebut sudah menjadi lumrah dan tidak mampu dielakkan lagi. Pada musim perayaan, Ramadan dan Syawal terdapat peristiwa yang terjadi berulang kali. Pertamanya terdapat ramai yang putus jari dan buta mata akibat main mercun buatan sendiri. Di Kelantan nampaknya gejala ini terus berulang. Ingatan beribu kali sudah tidak berguna lagi.
 
Kejadian rumah terbakar. Sebahagian puncanya ialah di sebabkan oleh percikan bunga api. Tiga hari lepas berlaku kebakaran besar di Sentul dan Keramat. Di Sabah dan Perak juga berlaku. Mengikut laporan akhbar sebahagian lagi punca kebakaran ialah disebabkan kelalaian. 
 
Peristiwa seterusnya ialah kejadian pecah rumah yang berleluasa pada musim perayaan ini yang mengakibatkan kerugian berjuta ringgit juga. Mesin ATM dan kedai emas terus menjadi sasaran.
 
Jangan pula kita melupakan statistik kemalangan jalan raya. Setiap hari pasti ada yang menjadi korban terutamanya penunggang motosikal.
 
Akhbar juga melaporkan kegiatan pendatang asing dan pekerja asing yang tidak pulang ke Negara masing-masing untuk menyambut hari lebaran. Mereka dikatakan memenuhi pusat-pusat membeli belah kelas pertama dan membuang sampah merata-rata. Apa mereka peduli, bukan masuk penjarapun jika membuang sampah sarap sesuka hati mereka. Lagipun ini bukan Negara mereka, kotor dan busuk apa mereka kisah.
 
Ada yang ditemu ramah dengan riang gembiranya mengatakan mereka menyambut raya di sini seolah-olah seperti menyambutnya di Negara sendiri. Eh tidak menghairankan kerana keluar sahaja mereka dari bangsal, dari asrama, dari kilang atau dari bawah jambatan mereka telah boleh Nampak jiran sekampung mereka atau jiran se pekan mereka atau jiran sebandar mereka atau senegara mereka.  Tidak ada masalah punya. Di merata tempat bersepah warga Nigeria, Bangla, Myanmar, China, Taiwan, Siam, Iran, warga Indon dan warga India. Tengoklah nanti salah satu daripada sebab musabab runtuhnya kerajaan UMNO/BN ini ialah angkara kegagalan melayani karenah pendatang asing ini. Apabila penguatkuasaan lemah dan rakyat tempatan merasa tidak selamat lagi, maka ketika itulah segalanya sudah terlambat dan kerajaan akan runtuh.
 
Kemudian punca kejatuhan UMNO/BN lagi ialah kegagalan meletakkan atau mempertahankan Agama Islam terus berada di tempat yang sepatutnya. Dulu ahli PAS cuma 300,000 orang sahaja, tetapi apabila orang Melayu melihat PAS ni kononnya memperjuangkan Islam, maka secara mendadak ahlinya meningkat kepada satu juta orang.

Hari ini secara tersirat, tersurat, secara terang, sengaja, terselindung atau secara tidak sengaja agama Islam terus dihina dalam pelbagai cara. Kegagalan UMNO/BN menangani isu ini kelak pastinya merupakan satu lagi punca jatuhnya kerajaan UMNO/BN ini. Pembangkang amat suka melihat cara UMNO/BN menangani isu ini kerana akan menguntungkan mereka.

Penghinaan berterusan terhadap agama ini juga salah satu sebabnya ialah konspirasi pembangkang. PAS memanglah selamanya menghina agama ini, disokong pulak oleh PKR dengan agenda pluralismenya dan di semarakkan oleh DAP tanpa segan silu. Segala-galanya tentang agama ini dilihat dari sudut politk oleh PAS kerana agama amat sensitive kepada orang Melayu.

Penghinaan terkini ialah jawapan Naib Presiden PAS yang menyamakan isu Syiah sama dengan keropok lekor  dan isu Syiah telah berlalu bersama dengan kuih raya. Mahpooozzz Bean ni terlupa agaknya bahawa fahaman syiah ia kelak yang bakal melenyapkan PAS dari muka bumi ini jika tersalah layan. Awak tu orang nombor tiga penting dalam parti, jawapan biarlah munasabah dan masuk akal.

Selepas ini mimbar masjid pulak mungkin akan diletakkan bangkai dan kepala babi, terutamanya jika pagar2 masjid telah dirobohkan oleh Ketua Menteri Melaka yang baru ini. Mana tahu. Suraupun sudah tergamak mereka gunakan untuk upacara agama mereka, Jika yang melakukan kesalahan agama ini tediri daripada orang Melayu, maka segera sahaja tindakan diambil, namun jika dilakukan oleh kaum lain, sebolehnya hendak disenyapkan, supaya lama-lama orang akan lupa.

Orang Melayu juga mempunyai had terhadapa tahap kesabaran  mereka. Jika keadaan telah melampau nanti, tidak mustahil orang Melayu akan mengambil undang-undang dalam tangan sendiri. Setakat hari ini memanglah Orang Melayu masih sanggup mendengar arahan dan pujukan pemimpin mereka, namun jika sudah diasak sehingga ke dinding, Orang Melayu pasti akan gustan semula dan ketika itu kerajaan sudah terlewat untuk bertindak dan huru hara mungkis tercetus.
 
Kegagalan UMNO/BN mempertahankan agenda Melayu pastilah akan mengundang padah yang akhirnya kelak melenyapkan segala jasa baik UMNO/BN selama 55 tahun ini. Jika para pemimpin UMNO hari ini tidak menyedari perkara ini, mereka pastilah akan dikenang pada akhir zaman sebagai punca kepada lenyapnya kuasa UMNO dalam Negara tercinta ini nanti.

Faktor ke empat kenapa para pemimpin Melayu dalam UMNO dan kerajaan akan tumbang ialah kegagalan mereka menangani isu-isu perkauman secara berkesan. Isu perkauman ini sebenarnya ibarat api dalam sekam atau sebagai bom jangka. Bila-bila masa sahaja dan secara tiba-tiba mungkin boleh merebak dan meletup. Para pemimpin UMNO yang kelihatan lemah dalam nenangani isu perkauman ini pastinya akan kalah dalam pemilihan jawatan dalam Pemilihan UMNO kali ini nanti.
 
Sebelum melalut tentang kisah politik ini, baik Jokiden kembali kepada suasana Ramadan dan Hari lebaran. Di kebanyakan surau dan masjid di Seremban, jumlah Jemaah yang terus mengerjakan solat tarawih nampaknya tidak terlalu surut. Walaupun pada awal Ramadan keadaan tempat ibadah tersebut penuh sesak dan selalunya menjadi nipis di penghujung Ramadan, namun pada kali ini para Jemaah nampaknya terus memeriahkan masjid dan surau hingga ke saat akhir. Malah di sebuah masjid di tepi lebuh raya akhbar melaporkan pada minggu terakhirpun masih mampu menggamit Jemaah melebihi 1,000 orang untuk berbuka bersolat tarawih.

  
Raya di kediaman PM

Peningkatan rakyat terhadap penghayatan mengenai ibadah dalam bulan Ramadan nampaknya sudah semakin tinggi. Biarlah sekali sekala mereka berbelanja membeli belah sambil mengsyukuri nikmat dan limpah kurnia Allah untuk meraikan bulan penuh barakah ini. Tidak ada salahnya asalkan tidak melampau.
 
Suasana di pusat membeli belah seperti di SOGO dan Mid Valley serta Jalan TAR pada minggu terakhir Ramadan adalah luar biasa sesaknya. Puluhan atau mungkin ratusan ribuan manusia membanjir kawasan tersebut, semuanya ingin membuat persiapan raya. Kerana jumlah yang tersangat ramai tersebut budak-budak yang menjual air tin atas troly juga turut mendapat pendapatan yang sangat lumayan mencecah ribuan ringgit setiap hari. Begitulah besarnya kurniaan Allah kepada manusia pada bulan Ramadan.
 
Pendapatan peniaga kain dan baju serta kasut di Jalan TAR pastinya berlipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa. Jackel melaporkan telah Berjaya menjual sehingga 1/2 juta pasang baju Melayu pada kali ini dan mungkin juga atas faktor iklan pelakon terkenal tersebut, AA. Pembaca kiralah sendiri berapa jumlah hasil jualan itu jika purata sepasang dijual dengan harga RM149.00.
 
Seperti biasa tahun-tahun sebelumnya akhbar dan media kali ini, turut memainkan peranan dalam menyiarkan keadaan golongan yang kurang bernasib baik menjelangnya hari lebaran. Tersiar sahaja maka mencurah-curahlah bantuan tiba dan untuk sementara waktu pastinya masalah keluarga daif tersebut akan selesai.
 
Akhbar juga menyiarkan kisah anak-anak di perantauan terutamanya yang sedang menuntut ilmu. Mereka berposing dengan latar belakang yang menarik bersama rakan taulan, boyfren, girlfriend, kaum keluarga dan anak isteri. Kita melihatnya dari merata tempat samada dari Negara Padang Pasir, kepulauan Australia dan New Zeland sehinggalah ke Amerika dan Utara Rusia. Semuanya kelihatan ceria dan bersyukur. Sebahagian besar pelajar tersebut adalah ditaja oleh pihak kerajaan dan mereka merupakan insan-insan bertuah dikalangan 28 juta rakyat Malaysia. Malangnya segelintir daripada mereka walaupun menerima sumbangan dari kerajaan, masih ada yang sanggup menggigit tangan yang menyuapkan makanan ke mulut mereka. Kembali nanti mereka akan melahirkan kesyukuran mereka dengan berpihak kepada pembangkang yang bijak menguasai minda mereka.
 
 
SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN SETULUS HATI.
 
 
   

No comments:

Post a Comment