Angin tidak, ribut pun tidak, namun tetiba sahaja Jokiden teringat kepada 'spender gergasi stopa' Apa hal dengan kes itu hah??? senyap je sehingga ke hari ini. Orang telah mula melupakannya. Sekarang ini isu semasa yang amat relevan untuk diperkatakan ialah tentang pemilihan UMNO dan penayangan Filem Tanda Putera.
Sebagai Orang UMNO Jokiden telah menetapkan pilihan hati. Presiden YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Tim Presiden YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Naib Presiden Tan Sri Mohd Isa Samad, Dato' Seri Ali Rustam dan Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin. Ketua Wanita Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak bersetuju tidak apa, kita mempunyai ramai calon seperti Dato' Mustapha Mohamed, Bung Mokhtar, Razali Ibrahim atau Suraya Yaakob.
Sehari dua ini timbul pulak isu dialog yang ditimbulkan oleh Nuar anak Brahim. Bijak sungguh Nuar ni hendak mengletakkan dirinya dalam polimik yang bakal memberikan dia publisiti percuma. Sedikit sahaja dia mencuit maka lintang pukanglah para pemimpin UMNO memberikan jawapan 'terbaik' yang membuatkan Nuar tersenyum kambing.
Di dalam respon di fb Jokiden telah mengatakan bahawa Nuar ini hanya layak berdialog dengan Nik Aziz sahaja. Dengan yang lain-lain dia tidak layakkkkkkkkkkk!!!! sebabnya??? Banyakkkkkk!!!!!!
Nuar cuba mengheret para pemimpin UMNO supaya mengikut rentak tari dia. Sudah beratus kali Nuar menggunakan taktik ini namun para pemimpin UMNO masih seronok untuk dimanipulasi oleh Nuar. Dikaitkan nama Zahid Hamidi, Tengku Nan, Ezam Md Nor dan ramai lagi. Tentulah Anuar Shaari atau Lokman Nor Adam juga akan turut memberi ulasan nanti.
Dilaporkan oleh akhbar bahawa pemimpin UMNO berpendapat Nuar sebenarnya tidak 'ikhlas' untuk berdialog ini. Baru sekarang ke mereka sedar yang Nuar ni tidak ikhlas???? Sejak 174 lagi!!!! sejak peristiwa Baling lagi... mana pernah dia ikhlas??? Jusoff Kalla pun kono tipu, apo laie pemimpin UMNO???? Cukuplah tu, jangan menari ikut rentak dia. Nokhtah.
Seorang rakan menghantar sms kepada Jokiden mengatakan sebenarnya perbincangan telahpun diadakan di beberapa lokasi seperti London, Phuket, Jakarta dan KL. persetujuan telah 'dicapai' seperti Nuar akan berhenti, Tian Chuak, Khalid dan Nurul Izah akan jadi Menteri. Azmin akan jadi Presiden PKR, BN jadi CM dan Wan Azizah akan masuk pondok. Mak oii aaii bermacam andaian dan lagi kata sms tersebut DAP akan diharamkan selepas CEC. Akhirnya dengan kemasukan PKR ke dalam BN, maka BN mempunyai majority 2/3.
Seorang rakan menghantar sms kepada Jokiden mengatakan sebenarnya perbincangan telahpun diadakan di beberapa lokasi seperti London, Phuket, Jakarta dan KL. persetujuan telah 'dicapai' seperti Nuar akan berhenti, Tian Chuak, Khalid dan Nurul Izah akan jadi Menteri. Azmin akan jadi Presiden PKR, BN jadi CM dan Wan Azizah akan masuk pondok. Mak oii aaii bermacam andaian dan lagi kata sms tersebut DAP akan diharamkan selepas CEC. Akhirnya dengan kemasukan PKR ke dalam BN, maka BN mempunyai majority 2/3.
Samada kita perasan atau tidak sejak penyokongnya tergulin-guling di Padang Merbok dan di depan Bangunan Parlimen tempoh hari, kisah Nuar sudah dilupakan orang. TV3 yang amat dibenci oleh Nuar dan penyokongnya sudah tidak menyebut lagi kisah dia. Utusan Malaysia yang selamanya memedihkan jiwa dia sudah tidak kerap lagi menyiarkan tentang dirinya.
Yang paling Nuar tidak suka dalam dunia ini ialah apabila dua media utama ini tidak menghiraukan lagi tentang dirinya, tentang kewujudannya dan apa sahaja tentang beliau sudah tidak menjadi berita sensasi lagi.
Dia kena melakukan sesuatu supaya kisah tentang dirinya mesti dipaparkan di media arus perdana. Jika tidak rakan-rakan sekongkolan dia dari Amerika, Turki dan Australia akan terlupa tentang kewujudnya di alam maya ini.
Sungguh, Jokiden sudah agak terlupa tentang diri Nuar ini. Tak tahu perkembangannya. Ada lagi ke atau sudah tiada. Masih sihat kah atau selalu sakit dan masuk wad. Sudah masuk penjara semula ke atau masih bebas. Ada dalam Negara ke atau luar Negara??? Ada buat open house ke atau buat majlis tahlil sahaja??? Itulah bagusnya apabila Utusan dan TV3 'memboikot' tentang Nuar ini, pasti lambat laun dia akan menggelabah.
Dalam kesunyian yang abadi itu muncullah isu hendak berdialog ini. Maka timbullah pelbagai persepsi dan pendapat, pro dan kontranya. Timbullah isu kerajaan perpaduan. Dia ingin rakyat percaya bahawa dia ini seorang yang baik, lembut, berbudi bahasa, penyayang, mementingkan Negara dan bla...bla... bla... Soalan, apa perlunya para pemimpin UMNO respon kepada retorik Nuar ini??? Tak ada Nuar ni politik Malaysia tidak ceria ke???, tidak meriah ke??? Lupakan je dia ni sehingga ke PRU14 kelak.
Penciptaan isu 'Kerajaan Perpaduan' nampaknya tidak beberpa menjadi. Sebenarnya ini satu lagi kisah penglipur lara yang tragis dalam senario politik Negara. Apa Nuar ingat DAP itu batu dan PAS itu kayu dengan sewenang-wenangnya membenarkan PKR nak bergabung dengan UMNO/BN.???
Ingat PAS dan DAP tidak ada hati perut dan dengan mudah sahaja hendak diketepikan oleh PKR?? Mana logiknya saranan Nuar tentang kerajaan perpaduan ini. Berani pula nak minta jawatan itu dan jawatan ini??? Para pemimpin UMNO nak tertipu lagi ke??? Dulu apabila Hj Hadi dalam ucapan di Muktamar PAS menyatakan tentang idea 'Kerajaan Perpaduan' ini, PKRlah yang paling lantang menentang dan dalam satu sidang media selamba je Hj Hadi menafikan apa yang dia perkatakan kerana waktu itu Nuar Brahim berada di sebelah dia. Hj Hadi kata itu semua adalah putar dan belit media milik UMNO.
Kali ini apakah kita ingat DAP dan PAS akan membiarkan sahaja PKR hendak menikam mereka dari belakang??? Payah!!!
Sejak kebelakangan ini rakyat termasuk penyokong pakatan telah mula ingin menyayangi semula PDRM. Rakyat telah mula menunjukkan rasa terima kasih kepada apa yang PDRM lakukan demi untuk kesejahteraan mereka terutama setelah Negara hampir menjadi Negara koboi dengan berlakuknya tembak menembak di jalanan dan bom diletakkan di merata tempat.
Rakyat telah mula kembali menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis terutamanya di musim perayaan yang lalu di mana di kala orang bercuti sakan merayakan Aidilfitri, anggota keselamatan tetap bertugas di serata tempat. Jokiden setiap kali melalui pos kawalan mereka akan membunyikan hon kereta sambil mengangkat tangan tanda hormat dan terima kasih. Siapa sebenarnya yang selalu memperlekehkan polis dan menyebabkan kredebiliti polis begitu merudum dalam Negara ini??? Kita tahu jawapannya kan.
Kembalinya rakyat menyayangi PDRM tentulah tidak menggembirakan Nuar. Kembalinya rakyat menyakini usaha dan tindakan PDRM pastilah membuatkan Nuar terkedu. Terbaru usaha pemimpin Hindraft bertaraf menteri yang cuba hendak menyalahkan polis dalam kes 5 orang penjenayah di tembak mati tempoh hari ternyata gagal dan menggerunkan Nuar. Tambahan dua hari selepas itu di Nibong Tebal berlaku lagi kes tembakan dan enam orang India cedera ketika sedang menjamu selera.
Di Pulau Pinang kes tembak ini kerap sangat berlaku dan Lee Kuan Yew telah mula sedar bahawa Johor lebih selamat untuk para pelabur jika dibandingkan dengan Pulau Pinang.
Ada juga aktivis kaum India yang cuba hendak menyalahkan polis dalam cubaan untuk membentras geng kongsi gelap ini dan mengkaitkannya dengan isu perkauman, namun rakyat tidak memberikan respon kepada mereka.
Rakyat masih ingat kes Sosilawati dan 3 Orang Melayu yang lain dileburkan hingga menjadi debu oleh Peguam India, namun tidak ada Orang Melayu yang mengarak keranda sebagai tanda protes. Orang Melayu membiarkan proses undang-undang mengambil tempatnya.
Begitu juga dengan Orang Melayu yang dibunuh kejam di sebuah ladang di Perak tidak lama dahulu, tidak berlaku perarakan untuk membantah. Sekali lagi Orang Melayu membiarkan proses undang-undang dijalankan. Berlainan dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang apabila 5 penjenayah tegar ditembak mati oleh polis, maka beraraklah mereka dan bersimpang siurlah kenyataan yang cuba membela penjenayah tersebut dan cuba digambarkan betapa zalimnya polis dalam melakukan tindakan tersebut.
Bertuahnya Negara Malaysia ini, dan beruntungnya sesiapa yang menjadi rakyatnya. Selama 56 tahun UMNO/BN menabur bakti membangunkan nusa bangsa sehingga mendapat pengiktirafan dunia, malangnya segelintir rakyat Negara ini yang buta mata, buta perut dan buta hati telah memilih untuk menafikan segala jasa baik kerajaan selama ini.
Dikala sebahagian besar rakyat menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, maka segelintir makhlok perosak memilih caranya yang tersendiri untuk menyatakan rasa terima kasih atas pengurusan cemerlang Negara ini oleh UMNO/BN. Maka dicarilah segala titik bengik yang mengharuskan mereka bercakap seolah-olah merekalah pejuang tulin dan merekalah yang paling berjasa dalam menjadikan Malaysia ini seperti apa yang kita dapat lihat pada hari ini.
Sebahagian aktivis politik memilih untuk mengadakan ceramah umum pada malam menjelangnya sambutan hari Kemerdekaan Yang Ke 56. PAS umpamanya mengadakan ceramah di seluruh Negara dan pastilah antara tujuan utama mereka ialah untuk mencaci dan mengutuk UMNO/BN supaya rakyat terkeliru dan melupakan segala jasa baik serta sumbangan besar UMNO/BN dalam membangunkjan Negara ini yang memungkinkan ramai para pemimpin PAS hidup senang lenang dan kaya raya. Tentulah mereka berselindung di sebalik jenama jubbah, penampilan dan jenama agama. Apa lagi yang PAS mampu lakukan selain daripada memanipulasi agama untuk tujuan dunia dan tujuan politik sempit mereka. Lalu daripada para pemimpinya sehinggalah kepada pengikut tegarnya sentiasa bergelumang dengan maksiat yang dicantikan dan diindahkan oleh iblis seolah-olah semua itu adalah perkara baik yang mereka telah lakukan.
Disaat rakyat jelata sedang menyayangi Jalur Gemilang, muncul pula individu yang inginkan publisiti secara hina terpekik, terlolong mengibarkan bendera yang bagi mereka itulah yang sebenarnya patut dihormati dan bukannya Jalur Gemilang. Singkat sungguh pemikiran mereka yang tidak tahu bersyukur ini dan rakyat masih tertanya-tanya apakah sumbangan penting mereka dalam memelihara keamanan, kestabilan, kedaulatan, keselamatan dan pembangunan Negara ini??? Tidak ada yang signifikannya.
Tak ado kojo lain yang lobih bopaedah ko, yang kawan Nuar ni nak buek??? Memilih cara songsang untuk menyumbang???
Sebelum terlupa ingin juga dicatatkan di sini bahawa pentadbiran Kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah semakin bercelaru. Pemimpin mereka lidahnya berbelit-belit dalam membuat kenyataan. Kisah jenayah telah semakin meningkat dan pelaburan asing di Pulau Pinang sudah merudum akibat daripada kecekapan pemerintahan DAP.
Orang Melayu dan Agama Islam telah mula menerima kesan pemerintahan kuku besi DAP. Jika dulu ramai yang memuji segala tindakan dan pendekatan LGE sehingga ada yang menyamakan beliau dengan Khalifah Umar Abdul Aziz, maka kalian tunggulah sedikit hari lagi. Kita tidak akan melupakan perkara paling hina dan memalukan yang pernah PAS lakukan iaitu mendoakan LGE dalam setiap khutbah Jumaat.
Berbillion peruntukan untuk kemajuan Agama Islam di Pulau Pinang yang diberikan oleh kerajaan UMNO/BN sepanjang 56 tahun merdeka ini, peruntukan ciput dari DAP juga yang PAS sanjung. Berbillion ringgit disediakan oleh kerjaaan UMNO/BN sejak Merdeka melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan fakir miskin yang memerlukan, namun pemberian untuk menggabui mata yang sejemput dari DAP juga yang mereka agung-agungkan.
Selangor pula menunggu masa untuk hancur sedikit demi sedikit dalam pelbagai bidang. Dan jangan lupa PAS turut bersubahat dalam ke semua kemusnahan tersebut. Kisah air pastilah akan berakhir tidak lama lagi kerana Khalid sudah tentu dengan segala alas an dangkalnya akan bersetuju dengan segala syarat kerajaan Persekutuan kerana PRU13 telah berakhir dan mereka telah kembali memerintah negeri kaya tersebut.
Jokiden teringat sangat akan kata-kata Khalid apabila ditanya oleh wartawan kenapa beliau berpindah dari Ijuk ke Pelabuhan Klang. Jawapannya ialah, "pengundi sudah tidak suka, kita kena pindahlah... bla..bla..." Rupa-rupanya di kedua-dua kawasan tersebut PKR telah menang. Anih.
Keanihan turut berlaku di Lembah Pantai, Gelang Patah dan juga di Bukit Katil. Rakyat sudah tidak peduli lagi dengan jasa dan pengorbanan para pemimpin mereka dalam membuat keputusan atau pilihan. Sesiapa yang celupar, 'berani', banyak cakap, gila memaki hamun, gila rasis dan gila melawan polis akan lebih mudah dipilih sebagai pemimpin.
Jokiden ingin mengulangi lagi, DAP tidak akan berjaya memenangi banyak kerusi jika rakyat memilih berdasarkan rekod perkhidmatan. Sebaliknya DAP menang kerana isu perkauman. Ini yang berlaku di seluruh kawasan bandar yang mempunyai majority pengundi Cina. Sudah tentulah sebagai rakan sekongkolan PKR dan PAS akan meraih sedikit keuntungan politik.
Para pemimpin UMNO/BN dan NGO Melayu Islam, jangan sekali-kali cuba bercakap untuk mempertahankan kepentingan Orang Melayu, Agama Islam dan Raja-raja, termasuk apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, maka secepat kilat mereka akan dilihat sebagai rasis. Inilah cara terbaik pemimpin pembangkang untuk menutup segala salah laku mereka.
Melihat Datuk Lee Chong Wei bertanding di mana sahaja, dada pasti berdebar-debar dan setiap saat Jokiden mengharapkan beliau akan menang dan terus menaikkan nama Negara. Namun melihat Tian Chua walaupun dengan songkok tinggi 10 inci di atas kepalanya dengan berbaju kebangsaan, Jokiden tetap meluat. Begitu juga apabila melihat LGE dalam apa urusan sekalipun, hati pasti berdetik dan rasa menyampah menguasai fikiran ini. Rasiskah Jokiden.???
56 tahun Negaraku Merdeka, rakyat terus dapat hidup dengan aman dan makmur, bukti sohih UMNO/BN telah Berjaya dalam mentadbirkan Negara ini. Sehingga posting ini ditulis, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa dan jamuan masih berjalan di sana sini, merangkumi pula majlis meraikan mereka yang bakal ke Tanah suci.
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..
No comments:
Post a Comment