Saturday, April 21, 2012

BENCI, JIJIK, MUAK, MENYAMPAH, MELUAT, MELOYAKAN..NUAR NAIK MAHKAMAH LAGI.

 

Jokiden pun sudah naik  muak untuk menulis pasal isu SPR tidak bersih ini. Masalahnya jika tidak dilayan atau ditangani maka akan ada pulak yang terpengaruh dan percaya dengan dakwaan pembangkang ni. Yang anihnya SPR dikatakan menipu, bersekongkol, manipulasi dan tidak bersih, tetapi pembangkang menang juga pilihanraya. Apakah mereka fikir jika SPR tidak menipu, mereka akan memenangi semua kerusi di Malaysia ni???

Yang percaya dengan fitnah pembangkang ini bukan calang-calang orang. Kalau penduduk desa yang tidak mahu berfikir panjang percaya kepada dakyah mereka adalah jugak logiknya. Jika mahasiswa dua tiga kerat yang berdemo tersebut, itupun ada logiknya. Jika nelayan yang tidak pernah membaca akhbar, internet dan tak tengok TV adalah jugak logiknya kerana mereka asyik bergelumang dengan ikan.

Ini yang percaya dengan hasutan pembangkang ini termasuklah juga golongan cerdik pandai, profesor, guru besar, pengetua, peguam, tokoh veteran dan juga alim ulama'. Sekali fikir mereka ini mungkin ada inferiority complex tak? Rasa rendah diri yang keterlaluan.

Contohnya suatu ketika dia berada di dalam saf kepimpinan UMNO/BN, menjawat pelbagai jawatan tinggi dan utama, tiba-tiba bila masa sudah berlalu, tetapi masih mahu dimuliakan, dikompangkan, di beri taraf VVIP, tetapi tidak lagi mendapat keistimewaan tersebut, maka mulalah dia mencari kesalahan UMNO/BN. Mulalah dia mengatakan kerajaan zalim, tak telus, rasuah bla..bla.. sebiji dan senada dengan tokoh pembangkang yang suatu ketika dahulu amat dibencinya. Mereka ini benar-benar seperti kacang lupakan kulit...Tetiba je UMNO/BN busuk, DAP, PKR dan PAS wangi.

Berbalik kepada isu pengundi hantu, daftar pemilih SPR yang tidak bersih dan SPR menipu, seperti yang mereka dakwa tetapi tidak ada bukti tersebut, elok rasanya tindakan lain diambil oleh SPR. Berbuih penerangan diberikan, di depan SPR mereka akan akur, semua berpuas hati, bila keluar dewan mereka mula memainkan isu itu semula kerana mereka tahu isu tersebut mudah menyintuh hati rakyat.

Nuar Brahim, dalam Parlimen masih menimbulkan isu berkenaan, dalam ceramah masih menimbulkan isu itu, niatnya hanyalah untuk mencipta persepsi buruk supaya rakyat marah dan benci lalu mengundi mereka. Macam orang nyanyuk dia mengatakan ada 40,000 orang warga  asing didaftarkan. Dulu dia kata ada 18,000 pengundi hantu di Pekan. Dia kata lagi ada satu juta pengundi yang diragui, dia kata ada buuuukkkkttttiiii kukuuuuuuhhhh!!!!. Mana buktinya??. Dalam perjumpaan dengan SPR tempoh hari kenapa tak bentangkan semua bukti tersebut.

Mungkin jalan penyelesaian kepada isu ini hanya satu... SPR saman fitnah Nuar ni di mahkamah, minta kes ini disegerakan, bicarakan, bagi dia peluang membentangkan bukti palsu dia itu, bagi dia ambil peguam tercerdik di Malaysia ni, atau mana-mana peguam dari Amerika... Kalau dia kalah, denda dia berjuta-juta macam LKY buat kepada tokoh pembangkang di Singapura, supaya dia hilang kelayakan untuk menjadi calon dalam PRU13 ini. Kes istimewa... benarkan ia dijalankan secara langsung... biar rakyat tonton, biar CNN tonton. Cuma satu jangan benarkan penangguhan... ya penangguhan tidak dibenarkan sama sekali kerana rakyat perlu tahu akan kebenarannya.... Ada berani SPR.. nama baik SPR terjejas teruk ni dan UMNO/BN serta kerajaan yang terpaksa memikul bebannya.
    

1 comment: