Rasanya Real Madrid juara tahun 2012 ini.
Jokiden baru sahaja habis menonton perlawanan antara Real Madrid dengan Barcelona pagi ini. Kemenangan berpihak kepada Real 2/1. Keputusan pada pagi ini mungkin menentukan pasukan mana menjadi juara dalam Liga Sepanyol. Pengajaran atau moral penting dari keputusan tersebut ialah menguasai permaian 74/26 belum tentu keluar sebagai pemenang.
Sebelum itu semalam mungkin satu rekod yang sempat Jokiden cipta iaitu tidak tidur secara terus menerus selama lebih kurang 30 jam kerana menguruskan majlis perkahwinan anak saudara. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Dari pukul berapa hingga pukul berapa waktu yang terlibat tersebut biarlah menjadi kenangan buat Jokiden.
Politik, politik jugak, bola sesekali kena tengok. Pasukan mana kita sokong tidak menjadi hal. Pilihan hati masing-masing. Pelbagai sebab kita menyokong sesuatu pasukan tersebut. Ada orang menyokong Real sebab minat kepada C Ronaldo. Ada orang menyokong Real sebab dia minat Hose Maurinho. Seperti PM kita dia penyokong tegar MU, dulu, kini dan selamanya..
Ada orang sokong Baca sebab L Messi atau sebab pasukan ini bermain cantik serta menghiburkan. Ada juga sokongan sebab mereka sememangnya penyokong fanatik pasukan tersebut sejak dia lahir lagi. Lahir-lahir je dia sudah di didik oleh ayah atau abang-abangnya supaya meminati Baca atau Real. Tidur baring, celik lena semuanya pasukan itu yang disanjung dalam keluarga mereka
Samalah dengan penyokong fanatik PAS di Rantau Panjang. Lahir sahaja mereka ke alam maya ini 21 tahun lalu, ibu bapa dan keluarganya telah menanamkan dalam minda serta pemikiran mereka bahawa hanya Parti PAS yang ada atas muka bumi ini. Perbualan seharian mereka ialah PAS, PAS dan PAS. Tok Guru, Tok Guru dan Tok Guru. Jokiden pernah terdengar kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun berbicara mengenai perkara tersebut semasa suatu hari membeli belah di Rantau Panjang.
Oleh itu apa sahaja ideologi yang datang kemudian sudah dianggap tidak benar atau tidak wujud sama sekali, kerana selama 21 tahun mereka hanya tahu PAS, PAS dan PAS. Kemudian mereka tiba-tiba sedar bahawa mereka telah layak mengundi, lalu mereka memasuki pusat mengundi. Pembaca sudah tentu dapat mengagak parti mana yang bakal dia pangkah.
Penyokong fanatik Barcelona sudah tentu menyalahkan UMNO/BN atas kekalahan pasukan pilihan mereka kepada Real. Hanya itu alasan yang mereka ada untuk memujuk kekecewaan hati masing-masing. Apa lagi alasan yang mereka boleh cipta selain meletakan semua kesalahan atas semua isu yang tidak menyebelahi mereka ke atas bahu UMNO/BN.
Jika mereka tidak berbuat demikian, para pemimpin mereka akan merekasaya cerita bahawa kekalahan Baca adalah sebab kongspirasi UMNO/BN untuk memastikan Real menang. Mereka akan mengatakan pengadil tidak adil, permainan tidak bersih, pengadil sudah dibeli, keputusan sudah ditentukan lebih awal, pemain sendiri sudah dibeli berjuta-juta, tambahan ada yang ternampak Puyol keluar minum bersama dengan Cassilas sehari sebelum itu di sebuah pub. Atau secara kebetulan seorang Naib Presiden UMNO berada di sebuah pusat membeli belah di Sepanyol dua hari sebelum itu dimana pengadil perlawanan pagi tadi juga sedang berada di situ.
Cerita tersebut diulang-ulang sehinggalah penyokong tegar mereka percaya kepada semua teori yang dicipta oleh pemimpin mereka dan mulahlah mereka pula menyampaikan dari mulut ke mulut tentang kebenaran dakwaan tersebut.
Puaslah pemain, penyokong dan pentadbiran Real cuba untuk memperbetulkan situasi, namun semuanya gagal dan sia-sia kerana mereka telah menerima bulat-bulat kenyataan pemimpin mereka bahawa UMNO/BN berniat jaaaahhhhaaaaattttt!!! untuk menghalang kemaraan Barcelona.
Malang sungguh parti keramat bangsa Melayu yang telah berjasa puluhan tahun ini dimomokan dan digambarkan oleh pakatan pembangkang sebagai parti yang tidak pernah mempunyai bakti sekelumit pun, semata-mata untuk mengwujudkan persepsi serta sentimen kebencian dengan harapan rakyat akan memberikan undi kepada mereka.
Pengadil sudah tentu mempunyai kelemahan dimana-mana. Begitu juga dengan SPR yang sudah tentu tidak 100% sempurna. Puaslah pengadil untuk berlaku adil dalam membuat keputusan dan cuba melayan sedaya upaya bantahan para pemain, namun penyokong tegar tetap melihat keputusan tersebut berat sebelah dan memihak. Puaslah SPR melakukan sesuatu, berusaha memberikan penjelasan, menerima segala cadangan, namun untuk memuaskan hati pembangkang jauh sekali.
Buatlah apa sahaja, mereka akan cuba manipulasi dengan suara garau atau memik muka yang terlebih emosi untuk membuatkan rakyat mempercayai segala dakwaan mereka adalah benar. Pembangkang tidak akan puas hati walaupun tempoh berkempen dipersetujui lebih daripada 10 hari. Pembangkang tidak akan puas hati walaupun cara kuno iaitu penggunaan dakwat kekal diguna pakai. Penuhilah apa sahaja tuntutan mereka, pasti akan ada tuntutan lain selepas itu. Itulah perangai jumud pemimpin pembangkang di Malaysia yang memualkan rakyat.
Segala niat baik yang dilakuan oleh SPR akan dipandang atau diterima sebagai prasangka buruk, kerana mereka ini semua terdiri daripada insan-insan kecewa dan mempunyai rasa rendah diri yang terlampau. Rakyat sudah jelak dan rakyat akan menghukum pembangkang dalam PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment