Tuesday, April 24, 2012

TV3 SOKONG BERSIH DAN SEMUA DEMONTRASI JALANAN....SOHEH

Ini apa hal pulak ni..??
 

Peranan media terutamanya TV dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat memanglah penting dan diakui berkesan. Di negara kita selain RTM terdapat beberapa rangkaian TV yang dimiliki oleh pihak swasta yang mengutamakan keuntungan. TV yang dimiliki oleh kerajaan pula adalah merupakan alat propaganda kerajaan berkenaan dan peranannya sudah pasti menyampaikan sesuatu yang benar berkenaan dengan kerajaan.

Istilah kerajaan mengawal media hanyalah persepsi yang diwujudkan oleh pembangkang untuk menaikan suhu kemarahan rakyat semata-mata. Sedangkan pembangkang amat faham akan peranan yang dimainkan oleh badan penyiar milik kerajaan.

  

Tidak logiklah jika TV badan penyiaran milik kerajaan asyik memuji dan menyiarkan berita yang molek-molek sahaja tentang pembangkang. Begitu juga dengan 'TV pembangkang' walaupun beroperasi tanpa lesen, tugasnya tidak lain hanyalah untuk mengutuk pihak kerajaan disamping menonjolkan segala kebaikan pihak mereka.

Juga tidak logik jika TV pembangkang atau media pembangkang asyik memuji segala apa yang dibuat oleh kerajaan. jika itu berlaku alamat pembangkang akan dapat telor lah dalam PRU13 akan datang. Jadi tidak usah mempertikaikan urusan orang lain sebaliknya jalankan tugas masing-masing. Pembangkang jangan harap media kerajaan akan berpihak kepada mereka dan begitu jugalah sebaliknya.

Tidak usah pihak pembangkang dalam ceramah mereka asyik mempertikaikan peranan media arus perdana yang memihak kepada kerajaan, kerana itu memang tugasnya. Seluruh media dalam dunia ini berperanan begitu. Tak faham kah??? 

Mengenai penyiaran berita serta gambar-gambar yang dapat kita tonton di saluran pelbagai TV di negara kita Jokiden nak komen sedikit tentang TV3. Pihak mereka mungkin mempunyai sebab tertentu untuk menyiarkan sesuatu berita tersebut secara berulang kali. Mungkin tindakan tersebut untuk memberi impak yang lebih. Mungkin juga ada sesuatu yang tersirat oleh orang tertentu, yang cuba disampaikan secara halus, yang akhirnya akan disedari juga oleh pendengar.

Suatu waktu dulu, TV3 amat berminat dengan demontrasi baju merah di Thailand. TV3 bukan sekadar memetik berita kedua dari sumber-sumber tertentu, tetapi siap menghantar wartawan mereka berkampung di sana semasa peristiwa menggulingkan Thaksin begitu memuncak.

Liputan TV3 amat terkini, meluas dan meningalkan kesan yang mendalam dijiwa rakyat Malaysia yang mempunyai semangat memberontak. Soalnya apa kebaikan yang rakyat Malaysia dapat apabila TV3 membuat liputan secara langsung tentang pendemo berbaju merah yang mengepung lapangan terbang, menawan hospital, menduduki pusat-pusat perniagaan  dan menawan parlimen serta badan penyiaran di Thailand.

Kota Bangkok lumpuh ditunjukan dengan jelas oleh TV3. Kenapa dan mengapa??? Ada agenda tersirat ke??. Kapal terbang tidak dapat mendarat di Thailand, semuanya dapat diketahui oleh rakyat Malaysia kerana wakil TV3 ada di sana. Akibat demontrasi di jalanan yang tidak terkawal, kerajaan Thailand kerugian berbillion ringgit. Akhirnya Tentera mempunyai alasan untuk merampas kuasa.

Begitu juga dengan demontrasi di tempat-tempat lain, di Mesir, Libya, Indonesia, Pakistan, TV3 akan mendahului TV-TV lain dalam membuat liputan. Tak perlu dibuat terlampau sangat kerana perkara itu tidak baik dan ia mempengaruhi pemikiran puak-puak kuno yang ada di negara kita.

Dulu mana ada warna-warna baju semasa sekelumit rakyat Malaysia yang berdemontrasi ni. Sekarang ni je sudah pandai memakai baju berwarna kuning untuk keluar berarak-arak. Dulu mana ada tidur baring di mana-mana dataran berhari-hari untuk berdemo. Dua tiga jam selesai. Kini rakyat Malaysia sudah pandai pulak berkampung di Dataran Merdeka selama berhari-hari sehingga mencacatkan pemandangan indah Kota Kuala Lumpur. Semua itu hasil pendidikan halus TV3 dan berjaya dihayati oleh pihak pembangkang. Ish..ish..

Lain kali jika berita itu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan, tidak usahlah diulang tayang berpuluh kali. Tidak perlulah menghabiskan banyak duit untuk menghantar krew TV ke lokasi-lokasi tertentu untuk membuat liputan..


"Orang gila lebih waras daripada orang tak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean  


No comments:

Post a Comment