TIBAI dengan rasminya ditubuhkan, habislah Nuar..
Kita tunggu komen Nik Aziz tentang Zahid Md Arip yang telah dinobatkan sebagai Mursyidul Am TIBAI. Apapun TIBAI jangan tak TIBAI.
Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.
Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
No comments:
Post a Comment