Monday, May 7, 2012

Rempuhan Terhadap Polis, Lagi 250 Perusuh Ditahan..

Akibatnya pembangkang akan semakin kehilangan undi pos..
   

Semasa memberi reaksi dengan nada kegembiraan yang melampau Nik Aziz mengatakan dia akan terus menyokong sekiranya Bersih 4,5 hendak diadakan. Dia juga akan terus menyumbang wang ringgit untuk peserta.. "salah apa...dia nak pergi..."

Dia bersungguh-sungguh mengatakan bahawa untuk menjatuhkan kerajaan 'mungkar' demontrasi adalah dihalalkan. Menjatuhkan kerajan yang 'menolak Islam' semua bentuk rusuhan boleh dilakukan. Beliau mengatakan di negara komunis sekalipun demontrasi dibenarkan.

Kerajaan Malaysia memang membenarkan demontrasi yang dijalankan secara aman. Namun demontrasi yang diiringi dengan provokasi melampau dan tidak mematuhi syarat-syarat sudah tentu mengundang tragis.

Di negara kita, perhimpunan beramai-ramai sejak menyambut Merdeka pada kali pertama lagi, bukanlah merupakan perkara baru. Sejak dahulu rakyat Malaysia telah biasa berkumpul beramai-ramai ini dan telah menyertai beribu-ribu kali perhimpunan dan oleh kerana tidak ada ucapan yang bernada hasutan semua perhimpunan tersebut berakhir dengan aman.

Antara contoh perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu peserta pada satu-satu masa ialah semasa menonton perlawanan bola sepak, semasa menyambut Hari Kemerdekaan, semasa menyambut perayaan termasuklah sejuta orang di Batu Cave setiap tahun. Semasa menyambut Thaipusam ada ucapan yang bersemangat, namun rakyat tidak juga merusuh.

Jom Heboh juga berjaya mengumpulkan puluhan ribu orang pada satu-satu masa, tak kecohpun sebab tidak ada provokasi oleh puak-puak yang berniat jahattttttttttttt. Perhimpunan membakar semangat di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung baru telah berpuluh kali diadakan, namun orang tidak merusuh, kerana niat berkumpul adalah murni.

Hanya demontrasi jalanan sahaja yang mengundang padah. Demontrasi ini pula yang pasti membawa huru hara ialah yang disertai oleh Nuar Brahim dan kuncu-kuncunya. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan. kehadiran anggota keselamatan hanyalah sebagai alasan sahaja. 

Yang terkini hampir sejuta rakyat Malaysia berhimpun dalam tempoh sepuluh hari di PWTC kerana menghadiri Pesta Buku Antarabangsa. Tidak berlaku kekacauan  sedikitpun. Semuanya terkawal. Masalahnya ialah demontrasi jalanan yang di api-apikan dengan tujuan supaya menentang kerajaan. Itu yang membawa kepada rusuhan.

Salahkanlah pihak polis yang dikatakan menimbulkan provokasi dan menjadi punca rusuhan. Tidak akan ada orang yang percaya dengan kenyataan dungu tersebut. Yang mencipta provokasi ialah pemimpin pembangkang. Mereka mahu peserta demontrasi bertindak agresif kerana hanya itu saja cara yang boleh membuatkan polis bertindak.

Polispun sebenarnya tidak suka bertugas lebih masa mengawal manusia yang setengah gila tersebut, namun terpaksa juga meninggalkan anak bini demi tugas menjaga keselamatan awam.

Di mana-manapun dalam dunia ini berlaku rusuhan antara polis dengan peserta demontrasi apabila arahan serta syarat tidak dipatuhi. Menyalahkan polis hanyalah merupakan alasan polis untuk melepaskan segala tanggung-jawab.

Rusuhan di London tidak berapa lama dulu, mengakibatkan Bandar tersebut lumpuh. Di Bangkok, Istanbul, Paris, Newyork, Syria, Tripoli, Manila atau di Jakarta semuanya berakhir dengan kekecohan apabila disuruh bersurai oleh polis namun tidak diendahkan.

Semalam berlaku rusuhan antara Polis dengan perusuh di Moskow. benarlah seperti yang didakwa oleh Nik Aziz di negara komunispun demontrasi dibenarkan, namun berakhir dengan pertempuran juga dan pemimpin pembangkang yang menjadi dalang ditangkap juga. Harap Nik Aziz dapat baca laporan AFP seperti di bawah: 

Polis anti rusuhan, perusuh bertempur di Rusia


MOSCOW 7 Mei - Polis anti rusuhan Russia bertempur dengan ribuan perusuh dalam satu demonstrasi di ibu negara itu semalam.

Pertempuran tersebut tercetus ketika tunjuk perasaan yang diadakan menjelang pelantikan Vladimir Putin sebagai Presiden buat penggal ketiga.

Seramai lebih 250 perusuh termasuk tiga pemimpin pembangkang telah ditahan dalam pertempuran tersebut.

Pihak polis mendakwa ketiga-tiga pemimpin pembangkang berkenaan ditahan kerana dipercayai menjadi dalang yang mencetuskan keganasan ketika tunjuk perasaan tersebut. - AFP


Ps: Sedikit Untuk simpanan, Jokiden ambil dari Blog The Unspinners seperti di bawah:

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Nik Aziz Mengamuk Sakan... Isu Bersih Mengatasi Isu Hudud..

Selalunya menjelang pilihanraya umum talian hayat PAS yang terbukti berkesan ialah isu Hukum Hudud. Isu tersebut sejak dahulu berjaya mengekalkan kesetiaan penyokong tegar PAS kepada parti. Di mana sahaja pencacai politik PAS akan bersembang mengenai UMNO menolak hukum hudud ciptaan PAS. Untuk menambahkan asam garam kepada ramuan tersebut PAS akan memfokuskan kepada seorang individu iaitu Dr Mahathir Mohamad.

 

Cakap sahaja dalam mana-mana ceramah yang Dr Mahathir menolak hudud pasti penyokong PAS akan panas telinga. Dr Mahathir digambarkan sebagai seorang yang sangat zalim dan berkuasa penuh di negara ini dan PAS dilihat sebagai mangsa yang teraniaya. 

Dr Mahathir Mohamad tanpa belas kasihan telah diberikan gelaran yang tidak masuk akal semata-mata untuk mengwujudkan rasa kebencian dikalangan rakyat. Beliau di katakan oleh puak pembangkang sebagai bapa kepada segala diktator yang wujud di muka bumi ini. Beliau dipanggil sebagai maha zalim dan gelaran firaun selamba sahaja keluar daripada mulut setiap penceramah PAS yang pastinya akan di sahut dengan takbeerrrrrrrrrrrr!!!

Ya sedikit sebanyak pembangkang berjaya juga mengalih perhatian rakyat daripada menyayangi Dr Mahathir kepada membencinya. Kemuncak kepada peristiwa tersebut ialah kisah mata lebam Nuar pada tahun 1998. Akibat penanaman rasa benci tersebut BN hilang banyak kerusi pada PRU10 dahulu. Terengganu terlepas kepada PAS.

Dr Mahathir tidak pernah menyuruh Tan Sri Rahim Noor menumbuk mata Nuar dengan cincin siap dijarinya. Ketika itu Nuar di tahan di lokap polis. Provokasi pihak pembangkang terhadap polis ternyata sukar di terima dan dihadapi oleh Tan Sri Rahim. pelbagai kata nesta dihamburkan terhadap organisasi beliau semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu moral yang menghambat Nuar ketika itu.

Dia hilang sabar  dan mata Nuar lebam. Akibatnya UMNO/BN terpaksa tanggung kerana rakyat terkeliru dengan lakonan Nuar dan simpati datang mencurah-curah. Hasilnya ialah BN kalah banyak kerusi. Kini menjelang PRU13 Nuar sedang berlakon hebat meraih simpati daripada rakyat. Pelbagai helah lagi akan muncul selepas ini kelak yang bakal kita saksikan.

Isu Bersih hanyalah permulaan. Mungkin juga isu skandal sex Azmin Ali yang dimuat turun dalam blog sejak 13 Disember 2011 yang kini sedang hangat diperkatakan merupakan salah satu strategi meraih simpati juga. Siapa tahu??

Sejak lama dahulu isu hudud menguasai suasana kempen pilihanraya pembangkang terutamanya PAS. Isu tersebut lebih berkesan di negeri Pantai Timur. Isu tersebut timbul 4 atau 5 tahun sekali tetapi ia tetap merupakan senjata ampuh PAS. UMNO tolak hudud!!!! Ituah yang mereka jaja, lalu orang yang ingin kelihatan lebih Islamaik dan lebih alim memberikan sokongan kepada mereka.

Hj Hadi pernah berkata bahawa jika PAS menawan Terengganu, sebelum ayam berkokok hukum hudud akan dilaksanakan. Dia terlupa bahawa bercakap memangnya mudah.. Melaksanakan belum tahu. Sebab itu selepas beribu-ribu ayam selesai berkokok, hudud tidak juga dilaksanakan, maka apabila ditanya oleh wartawan selamba je Hadi menjawab "hudud hanya 0.0001% dari hukum Islam.." Maksudnya banyak benda lain tentang hukum Islam yang dia hendak lakukkan..

Tentu saja dia boleh nafikan berkata begitu, seperti dia nafikan berkata ingin menukar perlembagaan negara dan membuang Islam sebagai agama rasmi sekiranya ke Putra Jaya..

Nik Aziz tidak beberapa lama dahulu apabila merasai bahang PRU13 semakin panas telah cuba kembali dengan isu hududnya. Kitab lama hendak dibuka kembali. Namun setakat ini dia mendapati isu bersih lebih menguasi suasana dan isu hudud seolah-olah tenggelam sedikit demi sedikit.

Nik Aziz juga sudah naik syok dengan bersih hinggakan ibu jari naik, hinggakan pakai baju kuning, hinggakan mengeluarkan kenyataan adalah halal meruntuhkan kerajaan 'mungkar' melalui demontrasi haram dan hinggakan sanggup membiayai pendemo dari Kelantan yang ingin ke KL. Jangan terperanjat sekiranya dalam bersih4 kelak Niz Aziz dan kapal Sink akan turut hadir walaupun dengan berkerusi roda.."salah apa.."


Kesanggupan memakai baju inipun sudah lebih daripada menggembirakan Ambiga.
 

Juga jangan lupa Tok guru, Majlis Fatwa Kebangsaan siang tadi telah memutuskan demontrasi bersih adalah harammmmmmmmmmmm!!!, Jangan sampai menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah dibeli oleh UMNO sudahlah.. Jadi fikirkan lah... nak teruskan dengan isu bersih atau nak kembali kepada isu lama iaitu hudud PAS.??

Ps:


"Kita mesti ada kebebasan untuk menyatakan pendirian dan pendapat dengan berani walaupun berdepan dengan risiko...Kita akan minta penjelasan daripada majlis fatwa supaya tidak dilihat fatwa ini akan memosong pemikiran orang Islam," - Shamsul Iskandar Md Akin

Komen: Ada sesiapa ke yang melarang anda bersuara???. Anda merasa tidak cukup bebas ke bercakap selama ini??? Anda berada di Singapura ke???
  

Sunday, May 6, 2012

Awang Selamat Sifatkan Anwar Lebih Teruk dari Hitler

Awang Selamat dari Utusan Malaysia hari ini menyifatkan Nuar lebih teruk daripada Hitler dan Stalin kerana ada sifat yang tidak terdapat pada kedua diktator tersebut tetapi dimiliki oleh Nuar.

Artikel ini elok disimpan di dalam bog. Alahai kena saman lagilah nampaknya Utusan.


Anwar, Hitler, Stalin...



SELEPAS menghadapi tekanan daripada rakyat dan pelbagai pihak ekoran keganasan perhimpunan haram Bersih 3.0, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjadi tak keruan.

Kerana tiada lagi hujah dan alasan konkrit yang boleh beliau beri, Anwar pada satu sidang akhbar mendakwa kerajaan telah bertindak seperti diktator Adolf Hitler dan Joseph Stalin dalam menangani Bersih 3.0.

Awang hanya senyum. Anwar seperti biasa cuba mengalihkan isu kemarahan rakyat terhadap beliau, dengan menyalahkan pula kerajaan dan polis.

Perhimpunan tersebut menyerlahkan lagi agenda jahat Anwar. Daripada keengganan beliau untuk berhimpun di kawasan lebih sesuai seperti di stadium hinggalah kepada menghasut, boleh dinilai oleh rakyat.

Paparan video bagaimana beliau memberikan isyarat agar peserta Bersih merempuh Dataran Merdeka, membuktikan lagi hakikat itu.

Anwar boleh asyik berbohong tetapi bukan semua pembohongan beliau akan bertahan lama. Kebenaran akan tetap muncul akhirnya.

Apabila beliau menyebut soal Hitler dan Stalin, ia hanya membuka pekung diri sendiri. Pada Awang, sebenarnya Anwar mempunyai sebahagian ciri-ciri pada kedua-dua tokoh tersebut. Beliau diketahui suka mendesak dan memanipulasi pihak lain untuk kepentingan sendiri. Nafsu untuk berkuasa begitu luar biasa, sama sifatnya dengan Hitler dan Stalin. Anwar tidak boleh ditegur dan dikritik dan sebab itu sudah puluhan pemimpin PKR meninggalkan beliau. Wajah Anwar yang makin keruh sekarang, pernah hampir sama keruhnya dengan wajah Hitler ketika detik-detik kejatuhan diktator itu.
Tetapi ada sifat Anwar yang tiada pada Hitler dan Stalin. Kedua-dua pemimpin silam itu tidak pernah terpalit dengan isu gay atau biseksual.

Jika dibuat perbandingan, Anwar walaupun lahir di negara sebelah Timur dikatakan lebih ‘hebat’ kehidupan seksnya daripada Hitler dan Stalin.

Ketika Anwar ghairah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi sehinggakan dilihat sanggup mengorbankan agama dan kedaulatan negara, Hitler dan Stalin adalah nasionalis tulen.

Sebab itu, kedua-duanya tidak tunduk kepada pihak lain apatah lagi anasir luar berbanding Anwar yang menggunakan pengaruh luar untuk berada di tampuk kuasa. Dalam politik tanah air pula, Anwar mengaku beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP.

Hitler dan Stalin juga tidak mengheret rakyat dengan isu moral dan peribadi sedangkan Anwar tanpa malu mempergunakan rakyat untuk menyelamatkan diri.

Dari segi integriti, Hitler dan Stalin sedikit sebanyak boleh dipuji. Hitler misalnya walaupun dianggap diktator hanya memiliki wang 180,000 reichsmark sahaja di dalam tabungnya. Itu semua diperolehi daripada penjualan buku dan gajinya selama 12 tahun. Dia tidak pernah mengambil wang negara dan mengagihkannya kepada kroni-kroni.

Di Malaysia, Anwar dianggap pemimpin nombor satu dalam membina empayar kroni ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Banyak lagi perkara yang tidak terdedah atau mungkin orang ramai sudah lupa tentang beliau. Salah satunya pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Abdul Murad Khalid pada 1999.

Menurut Murad, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk (master accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 billion (ketika itu).

Anwar juga pernah mendesak BNM supaya menyerahkan pengurusan rizab BNM sebanyak RM50 bilion kepada sebuah kumpulan pemikir Barat yang berpusat di Washington.

‘‘Saya hanya patuh kepada Anwar kerana pada ketika itu dia berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,’’ demikian petikan sidang akhbar Murad yang pernah disiarkan oleh media. Ditanya apa akan terjadi jika arahan Anwar tidak dituruti, beliau menjawab ‘‘saya akan dicincang.’’ Awang geleng kepala.

Dari semasa ke semasa, banyak laman blog menyiarkan kekayaan Anwar dan para kroninya yang melimpah sehingga ke hari ini.

Ada lagi tentang sejarah Hitler dan Stalin. Mereka berdua tidak pernah memburuk-burukkan negara sendiri tetapi ia merupakan perkara biasa bagi Anwar.

Kedua-dua tokoh itu juga mendokong institusi keselamatan termasuk polis. Berbeza dengan Anwar, sentiasa cuba menghasut rakyat mempersoalkan kewibawaan polis demi kepentingan politik dan peribadinya.

Hitler dan Stalin juga dikenali sebagai individu yang susah bercakap bohong tetapi reputasi Anwar dalam hal itu diketahui umum. Belum lagi berkuasa di Malaysia, Anwar Ibrahim sudah menjangkaui rekod Hitler dan Stalin.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Saturday, May 5, 2012

DS Najib Menjadi Punca Di Sebalik Demontrasi Bersih.. Buktinya...

Apo laie yg puak ni ondak ni..?    

Setiap perhimpunan dikawasan awam, dimana sahaja atas muka bumi ini, atas nama apa sekalipun tetap mengundang risiko. Jika dibenarkan pula penganjur atau pemimpin berucap dan membakar semangat para peserta, keadaan pasti menjadi lain. Ketenteraman yang dijangkakan pada awalnya akan bertukar ganas.

Berbeza sedikit dengan perhimpunan yang diadakan di kawasan tertutup, dalam bangunan atau dalam stadium. Perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pemerintah sekalipun tetap mempunyai risiko. Apa lagi perhimpunan yang bertujuan untuk menentang sesuatu isu atau pihak.

Jika polis anti rusuhan pun ada kalanya tidak mampu untuk membendung orang ramai apabila mereka merusuh, apalagi kemampuan penganjur. Bila suasana sudah menjadi tidak terkawal penganjur akan menghilangkan diri sambil memikirkan strategi terbaik untuk melepaskan semua tanggung-jawab. Mereka akan mencari pihak lain untuk diletakan semua kesalahan. Selalunya polis dan pihak keselamatanlah yang akan dijadikan kambing hitam.

Penganjuran bersih tidak sepatutnya dilakukan jika benar pembangkang di Malaysia inginkan satu penyelesaian yang terbaik. Mereka telah membuat tuntutan dan SPR telah berjanji untuk memenuhi tuntutan mereka. Daripada 8 tuntutan mereka 7 telah diterima. Asalnya 22 tuntutan dan 17 diterima oleh SPR. Wakil mereka dalam PSC dengan sendirinya dianggap bodoh. 

Walaupun kerajaan berlembut dengan tuntutan mereka, pembangkang terpaksa mencari kaedah lain untuk menunjukkan mereka masih wujud di negara ini. Maka SPR dijadikan modal terbaik, tanpa rasa malu. Bersih3 diadakan. Apa hasil yang mereka dapat?? sudah bertambah bersihkan SPR??

Sejak Perdana Menteri DSN mengambil alih kuasa, satu persatu transformasi dilakukan oleh beliau. kemampuan beliau menyelesaikan semua masalah membuatkan pembangkang hilang punca dan hampir pitam. Kemampuan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib membela rakyat menyebabkan kewujudan pakatan pembangkang seolah-olah tidak relevan lagi.

Kejayaan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah dengan sendirinya membuatkan pakatan pembangkang kelihatan CACAT di sana sini. Dalam temph tiga tahun menerajui negara, dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan kejayaan jelas terpampang di depan mata dan rakyat menerimanya dengan baik.

Sedangkan pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah terus kucar kacir, pincang dan serabut dengan pelbagai masalah. Senario yang menyebelahi BN ini  membuatkan pembangkang menghitung hari-hari terakhir mereka sebagai pentadbir.

Masalah asas rakyat seperti sampahpun tidak dapat mereka selesaikan hinggakan negeri maju suatu ketika dahulu, kini dikenali sebagai negeri sampah. 

Kegigihan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam mempastikan seluruh lapisan rakyat mendapat pembelaan, menyebabkan Nuar serta rakan sekongkolannya menghadapi jalan buntu serta resah gelisah. Semua warga mendapat pembelaan Perdana Menteri dan yang terakhir rasanya ialah warga koperat. Mood rakyat yang semakin berpihak kepada DSN dan BN membuatkan pakatan haram seperti orang hilang arah.

Sebenarnya ramai yang tahu bahawa Nuar dan puaknya menyedari kemampuan DSN dalam menerajui negara ini. Sebab itu mereka berusaha seboleh mungkin supaya DSN tidak dinobatkan sebagai Perdana Menteri sejak awal lagi. Jika pentadbiran negara terus lemah, pastilah dalam PRU13 pakatan haram akan mudah memenangi hati rakyat. Kini mereka ketandusan isu.

Ketenangan DSN dalam menghadapi sebarang masalah, membuatkan pemimpin pembangkang yang utama sebagai orang dungu. Ini yang menghantui mereka. Sesuatu mesti dicipta supaya rakyat tidak terus terusan menerima baik segala pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan.

Jadi Bersih mungkin boleh mencalar sedikit sebanyak imej tenang, cool  Perdana Menteri:

Ingin menunjukkan kerajaan seolah-olah hilang kawalan,
Ekonomi negara bertambah baik,
Pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah gagal dan mesti ditutup,
Golongan ulama' menyokong UMNO/BN,
Golongan muda berpihak kepada UMNO/BN,
Isu PTPTN menjerat pembangkang,
Penyelewengan pembangkang mengatasi penyelewengan UMNO/BN walaupun baru sepenggal berkuasa,
Masalah kejumudan pemimpin UMNO/BN hampir selesai sepenuhnya,
Kakitangan awam dihargai,
ISA, AUKU, Akta mesin cetak dihapuskan,
Isu FGVB hanya 8/120,000 orang menentang,
BR1M, KR1M, KLINIK1M, GTP, ETP, 1MDB
Gulungan peniaga Cina  selesa dengan pertumbuhan ekonomi,
Media baru tidak disekat,
Bantuan buku percuma,
Elektrik percuma,
Nadi rakyat didengar.
Tol dihapuskan,
Harga minyak kekal,


Kata-kata PM yang pembangkang tidak sanggup dengar:

"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi.."
"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.

Sesuatu yang amat sukar, yang tidak akan mampu dilakukan oleh Nuar ialah, kejayaan Perdana Menteri menyelamatkan negara daripada terjerumus kekancah kemelesetan dengan pendekatan yang pragmatik membuatkan pembangkang macam cicak termakan kapur. Terkebil-kebil.

Barang keperluan mencukupi, harga terkawal, perniagaan berjalan seprti biasa, kilang-kilang terus beroperasi, bank masih banyak wang, penjualan kereta walaupun ada sekatan, terus berdaya tahan, hujung minggu pusat pelancungan masih meriah dan negara terus aman damai.

Semua faktor di atas tidak memihak kepada pembangkang. Isu-isu lama sebelum DSN menjadi PM seperti kes Liong Sik, Chan kong Choy, Khir Toyo, NFC, sedikit sebanyak menjejaskan juga persepsi rakyat terhadap BN, namun dapat ditangani oleh secara berhemah oleh DSN. Pening..pening..  bertambah pening Pakatan haram. Jadi Bersih hanyalah alat untuk menunjukkan mereka masih ada dalam senario politik Malaysia ini.

Di awal perlantikan DSN sebagai Perdana Menteri pada 2009, tumpuan ialah untuk menyerang peribadi beliau, isteri beliau dan keluarga beliau. Pembunuhan karakter dilakukan semaksimum mungkin, namun nampaknya kurang menjadi dan PM tetap cool, tidak melatah, tidak terusik dan terus bekerja untuk membela rakyat. Pembangkang mati akal lagi.

Melalui perbincangan strategi mereka menemui jalan yang paling berkesan dan ada uummphh ialah keluar ke jalanan buat hiruk pikuk, kacau bilau, panggil press dari luar negara dan jadikan SPR serta polis sebagi kambing hitam.

Apakah mereka semua Ambiga, Nik Aziz, Mat Sabu, LKS, LGE, nuar, Azmin, Wan Azizah, tian Chua, Hj Hadi tidak nampak risikonya bila berhimpun di kawasan lapang dan ditempat awam??? Mereka tahu semua risiko dan semua kemungkinan tersebut.

Mereka tahu akan ada yang cedera, mereka tahu akan ada harta awam yang rosak, mereka tahu jumlah yang ramai tidak akan dapat dikawal, mereka tahu ramai reporter akan hadir, mereka tahu polis akan dimaki hamun, mereka tahu kedai-kedai akan terpaksa ditutup, mereka tahu teksi akan lumpuh, mereka tahu ramai yang akan berkaki ayam, mereka tahu sampah sarap akan bersepah, mereka tahu FRU akan bawa gas dan mereka tahu imej negara akan tercalar. Jadi kenapa jalan yang busuk ini mereka pilih??? Kerana hanya itu talian hayat terakhir pembangkang.

Bila semuanya seolah-olah berjalan elok, polis dan FRU yang kena makipun buat dek je, Nuar telah 
segera bertindak dengan mengarahkan supaya peserta demontrasi merempuh polis dan tercapailah apa yang dia inginkan....Dia sebenarnya tersenyum.


Ps: Dengarnya ibu Azmin akan muncul di TV3 malam ini..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

HAJI HADI PITAM LAGI... SURAT KE 2


Sambungan Surat

"Ini rahsia besar ni.."
 
Tuan berdua serta puak-puak tuan sepanjang masa memutar belitkan kenyataan. Sepanjang masa menabur fitnah. Malah PAS hidup atas isu fitnah, maki hamun serta isu hudud sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu. Budaya memfitnah dan memaki hamun dalam setiap ceramah disegarkan oleh parti dan puak tuan. 

Namun yang digambarkan sebagai pemfitnah ialah media arus perdana, lalu tuan menjadikan alasan untuk meneruskan demontrasi jalanan siri ke4. Silakan sekiranya tuan merasakan hujah tersebut wajar. Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pemegang saham terbesarnya ialah UMNO. Patut sekali semua yang baik tentang kerajaan, UMNO dan BN ditonjolkan.  

Sesuatu yang benar tetapi merugikan pembangkang apabila disiarkan oleh media perdana maka segera akan dituduh sebagai fitnah jahat. Sedangkan tuan menutup mata dan memekakan telinga sekiranya fitnah disebarkan oleh media lidah rasmi milik tuan dan puak sekongkolan tuan.

Masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana pantasnya media pembangkang memainkan isu Menteri Penerangan dituduh merogol pembantu rumahnya, sedangkan kesahihan berita tersebut belum dipastikan. Jika menerima berita dari orang fasik, selidikilah dahulu kesahihan berita tersebut. Namun 'pesalah' tersebut ialah pemimpin UMNO maka segalanya diharuskan dan dibelasah tanpa belas ihsan. Tidak ada teguran terhadap editor akhbar berkenaan kerana isu tersebut menguntungkan pembangkang. tuan menyedari puak tuan tidak memerlukan bukti soheh, cukuplah rakyat dibiarkan membuat andaian sendiri.

Perdana Menteri dituduh sebagai pembunuh Altantunya tanpa perlukan bukti. Setiap akhbar puak tuan serta setiap ceramah tuan sejak 5 tahun lalu memainkan isu tersebut tanpa teguran kerana tuan tahu isu itu dekat dengan hati rakyat.

Keberanian DSN bersumpah sebanyak 4 kali di dalam masjid dengan menyebut nama Allah, tidak sedikitpun dapat menghentikan ribut fitnah tersebut, sedangkan tuan tahu dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh. Tuan jangan mengharapkan akhbar dan media propanganda kerajaan hendak menyebelahi tuan, jika itu yang tuan tuntut ianya pasti tidak akan berlaku dan tuan mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan bersih4. teruskanlah..


Tidur lagi.. negara tidak boleh diuruskan melalui mimpi tuan..
 
Rakyat sesungguhnya tidak mudah lupa dengan apa yang tuan perkatakan. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Suatu waktu dulu tuan menyebut, mengaibkan pemimpin adalah dibolehkan. Tuan mempunyai hujah untuk berkata demikian kerana yang hendak diaibkan tersebut ialah pemimpin dari BN.  Kebelakangan ini puak tuan berhujah bahawa tidak boleh sama sekali mengaibkan pemimpin hanya kerana yang diaibkan tersebut ialah pemimpin dari puak tuan. Berlaku adillah sikit tuan. Walaubagaimanapun tidak kira dipihak mana, mengaibkan seseorang tetap tidak boleh.

Beberapa hari yang lepas tuan dikatakan berkata bahawa Perlembagaan Negara akan diubah dan Agama Islam akan digugurkan sebagai agama rasmi. Pastinya apabila orang mempertikaikan perkara tersebut tuan akan mengatakan media arus perdana tersalah tafsir dan putar belit. Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai agama rasmi.

Menyedari keresahan rakyat Perdana Menteri terpaksa mengulas dengan berkata perlembagaan negara tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya.  Jikalah kenyataan hendak menggugurkan agama Islam sebagai agama rasmi keluar dari mulut Ibrahim Ali, mungkin tuan dan puak-puak tuan tidak cukup air liur untuk membelasah beliau. 

Pemimpin UMNO/BN digambarkan sebagai makhluk perosak, kejam, zalim, perasuah, gila kuasa, fasik, munafik,  mungkar, penuh skandal, tidak Islamik dan tidak bermoral. Hakikatnya di pihak tuan juga tidak kurang pemimpin sebegitu dan kini satu persatu terbongkar. Walaupun tuan mengatakan jijik dengan segala pembongkaran tersebut, tetapi tidakkah tuan percaya bahawa semua itu sudah ketentuan Allah.

Ambiga tuan sanjung, puji dan puja sedangkan tuan amat tahu, suatu waktu dulu wanita tersebut merupakan musuh parti tuan dan menentang tuan dalam pelbagi isu. Hari ini wanita yang sama seolah-olah begitu suci dan wangi perjuangannya. Segalanya semata-mata demi keuntungan politik.

UMNO Tuan perlekehkan dan tuan tohmahkan sebagai menolak Islam, sedangkan selama ini UMNOlah yang menyelamatkan dan mempertabatkan Islam di bumi ini. Tuan lebih percayakan DAP kerana menurut tuan pemimpin DAP tidak tolak Islam dan dah mula faham Islam. Benarkah??? Sila tuan baca pendedahan ini iaitu Rancangan Halus DAP. Tuan dianggap besyubahat.

Tuan mungkin teruja yang amat sangat dengan 'kejayaan' bersih3 tempoh hari sehinggakan tuan melihat ada peluang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini melalui cara tersebut. Sebab itu tuan ingin meneruskan dengan bersih4. Silakan.. Mulut tuan mengatakan kehadiran melebihi 200,000 orang, sedangan hati tuan mungkin berkata hanya setakat 70,000 orang sahaja.

200,000 atau 70,000 bukan soalnya, namun yang dikesalkan ialah imej negara yang tercemar, kemusnahan harta benda, kecederaan anggota keselamatan, wartawan serta penyokong tuan tidak sedikitpun menginsafkan tuan berdua. Hati tuan tidak terusik sedikitpun dan tidak ada rasa malu pada diri sendiri kerana tuan dan puak tuan berjaya menyakinkan penyokong tuan bahawa yang patut disalahkan ialah pihak polis, kerajaan, UMNO/BN, SPR dan media arus perdana sebagai punca segala masalah.

Jika semua itu membanggakan tuan maka silakanlah menganjurkan bersih4 secepat mungkin.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.