Saturday, July 14, 2012

Antara Dua Darjat..

 Anuar Zain terima bayaran tertinggi



KUALA LUMPUR 12 Julai - Penyanyi terkenal, Anuar Zain dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi untuk satu-satu persembahan makan malam dengan nilai kira-kira RM50,000.

Bagaimanapun, difahamkan, bayaran bagi setiap persembahan penyanyi yang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu bergantung kepada jumlah lagu yang dinyanyikan.

Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 42, mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.

Sementara Datuk Siti Nurhaliza pula dikatakan menerima bayaran antara RM30,000 hingga RM35,000 untuk sesebuah persembahan.

Penyanyi Misha Omar dan Adibah Nor pula dikhabarkan menerima bayaran kira-kira RM15,000 untuk setengah jam persembahan menggunakan minus one.

Bayaran kepada artis tempatan adalah berbeza mengikut acara dan kebiasaannya mereka menerima bayaran tinggi bagi persembahan sebuah majlis makan malam.

Khabarnya untuk penampilan di televisyen (TV), Astro merupakan antara stesen TV yang menyediakan bayaran yang tinggi mengikut gred artis yang ditetapkan iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi artis gred A.

 

Taylor Swift selebriti muda terkaya


Taylor Swift
WASHINGTON 13 Julai - Penyanyi Taylor Swift mendahului senarai selebriti bawah usia 30 tahun yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$57 juta (RM178 juta) dari Mei tahun lalu hingga Mei ini, menurut majalah Forbes.

Forbes melaporkan, penyanyi berusia 22 tahun itu memperoleh pendapatan tertinggi selepas menjayakan sebanyak 111 konsert menerusi siri jelajah Speak Now di Amerika Utara dan Australia.

Setiap daripada konsert yang dijayakannya, Swift dilaporkan menerima keuntungan secara purata sebanyak AS$1 juta (RM3.1 juta) selain penjualan album yang mendapat anugerah platinum dan menjadi duta pelbagai produk.

Penyanyi itu dijangka melancarkan album terbarunya pada Oktober ini.

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber, 18, menjadi satu-satunya selebriti lelaki yang berada dalam senarai lima teratas dan pada kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM171 juta).

Memperoleh pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM164 juta) membolehkan penyanyi Rihanna berada di tempat ketiga.

Jika tahun lalu Lady Gaga mengungguli senarai dengan pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM279 juta), namun tahun ini menyaksikan penyanyi berfesyen pelik itu jatuh di tempat keempat dengan AS$52 juta (RM161 juta).

Sementara itu, tempat kelima menjadi milik penyanyi Katy Perry yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM140 juta). - AFP


 
Jokiden:

Perbezaan antara ahli sukan negara dengan ahli sukan negara asing juga begini. Pemain Bolasepak negara kita bergaji RM20,000.00 sebulan. Pemain MU bergaji RM4 juta sebulan.


 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment