Sunday, November 4, 2012

Wahai Rakyat NSDK, Kenapalah Tak Mahu Bangkit Niiii???

 
 
 
 
 
 
 
Poster dan banner atau kain rentang di pasang sejauh berpuluh kilometer. Sehingga ke Bayai Serting dan Batu Kikir. Semasa Jokiden pulang ke kampung untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal, Jokiden dapat saksikan kain rentang terbentang di Batu Kikir, meminta rakyat NSDK datang beramai-ramai ke Seremban Jaya untuk mendengar coloteh Nuar, Hj Hadi dan Kit Siang.
 
Gambar tiga pemimpin hebat pembangkang ini menghiasi poster-poster mereka. Mereka ini dijadikan 'crowd puller' kepada 'Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat' ini. Membaca posteri inipun rakyat sudah menyampah, sikit-sikit rakyat, sikit-sikit rakyat.. dulu bolehlah hati nurani dan jiwa rakyat dimainkan atau disentuh dengan ayat-ayat 'rakyat' tersebut. Kini rakyat dah bukak mata luas-luas, susah dah mereka nak perbodohkan rakyat ni.
 
Konsep ala-ala Jom Heboh atau Sure Heboh ni diguna pakai oleh puak pakatan haram ini, kononya untuk menunjukan kebangkitan rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN.
 
Tidak ada cerita baru yang dibangkitkan dalam perhimpunan ini, semuanya cerita lama tidak kira siapa yang berucap samada Mat Sabu, Kit Siang, Hadi Awang mahupun Nuar Brahim.
 
Di Seremban, mungkin juga di tempat-tempat lain sejak dua tiga hari ini hujan selalu turun dengan lebat dari tengah hari membawa ke malam.
 
Disamping Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat ini terdapat lagi satu acara di Padang MPS iaitu Konsert Perpaduan yang dihadiri oleh antaranya Hattan, Nabil dan Katay.
 
Jokiden sempat hadir dalam kedua-dua acara 'besar' ini dan rumusan Jokiden sepintas lalu ialah kedua-dua acara ini gagal menghimpunkan orang ramai. Entah dimana silapnya tiada siapa tahu. Promosi ada, namun kehadiran amat mengecewakan.
 
Ada blog dan fb yang melapurkan bahawa di Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat kehadiran rakyat mencecah 30,000 orang, 20,000 orang, 10,000 orang, 5,000 orang dan 3,000 orang. BH lagi hebat dengan mengatakan kerusi lebih banyak daripada orang.
 
Apapun daripada penilaian Jokiden yang tidak beberpa arif tentang crowd ini, kehadiran adalah sekitar 2,000 orang sahaja. Konvoi dari luar memang ramai sejak tengah hari lagi.
 
Tokoh-tokoh besar dari puak pembangkang memang ramai yang hadir dari siang hingga ke malam. Ternyata rakyat NSDK tidak teruja untuk mendengar celoteh Nuar, Hj Hadi dan Kit Siang. Mereka mungkin perlu mencari tokoh lain sebagai 'crowd puller' selepas ini. Mereka mungkin perlukan Nik Aziz dalam setiap program yang mereka anjurkan, jika tidak mereka akan GAGAL!!!
 
Nampaknya seperti yang Jokiden selalu tulis dalam blog ini Negeri Adat Perpatih ini akan kekal dalam tangan UMNO/BN. Gigit jari jelah puak pakatan ni.
  
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment