Tuesday, November 6, 2012

Dah Agak Dah...

 
Kalaulah D Ibrahim Ali menari begini, dalam rumahpun akan disalak oleh pencacai pakatan..
 
 
Dengan prestrasi yang merudum sebagai Ahli Parlimen di Lembah Pantai, Nurul Izzah akhirnya terpaksa mencari sesuatu untuk mendapatkan liputan meluas dalam media arus perdana dan media puak pakatan.
 
Dengan penampilan Raja Nong Chik yang mesra rakyat dan mendapat sokongan DS Shahrizat, Nurul Izzzahhhhh sudah terbayang kerusi empuk Lembah Pantai bakal melayang kepada UMNO?BN dalam PRU13 kelak.
 
Cari punya cari, maka secara tidak sengaja terkeluarlah dari mulut dia bahawa Orang Melayu juga bebas memilih agama mereka.
 
Jokiden ulangi sesuatu yang spontan seperti Karpal Sinki dalam ucapannya mengatakan keinginan dia untuk melihat Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri yang terkeluar dari mulut penututnya adalah sesuatu yang datang dari hati. Lalu kenyataan Izzahh ini adalah dari hati beliau.
 
Dia berkata begitu mungkin untuk mengambil hati penganut agama lain supaya melihat dia sebagai seorang yang cukup liberal untuk menjadi pemimpin di Malaysia ini. Dia sedar seperti juga Ahli Parlimen Kelana Jaya, kemenagan dia di Lembah Pantai adalah secara tidak sengaja, fluke.
 
Dia bukan seorang tokoh yang sepatutnya mampu mengalahkan DS Shahrizat ketika itu. Dia calun payung terjun. Rakyat Malaysia ketika itu tengah bengkak hati dengan pelbagai isu, menuju ke peti undi dengan niat untuk mengajar UMNO/BN, maka hasilnya beberapa calun separuh masak dari pembangkang telah berjaya menjadi MP. Itu dulu.
 
Kini keadaan telah semakin baik dan pulih. Dalam tempoh tiga tahun menerajui negara kebolehan dan kemampuan DS Mohd Najib telah teruji, diakui oleh dunia dan diakui oleh kawan dan lawan. Jika sebahagian rakyat di ketika awal beliau mengambil alih teraju negara pada 2009 dahulu berasa skeptikal, kini tidak lagi. Rakyat teruja dengan semangat kental beliau, dengan kebijaksanan beliau dan kesabaran beliau dalam menghadapi kemelut yang gawat ini. Beliau sesungguhnya telah berjaya.
 
Kejayaan terpenting beliau ialah menjaga Malaysia daripada terjatuh ke lembah kemelesetan ekonomi seperti yang dialami oleh kebanyakan negara lain di dunia ini. Beliau mendapat A+++ dalam hal ini.
 
Tranformasi politik beliau amat mengkagumkan. Orang Melayu telah lebih 65% kembali kepada UMNO. Kepada beliau disandarkan keyakinan dan harapan. Ini semua membuatkan pembangkang terutamanya Nurul Izzah terus meroyan. Tarian dia menjadi sumbang..
 
Menyedari bahawa kenyataannya mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak maka Nurul Izzah seperti bapanya juga mulalah cuba menyalahkan pihak lain. Yang biasa ialah pihak media arus perdana, Utusan dan TV3 berniat jahat, membuat fitnah, tersalah lapur dan bla..bla..bla..
 
Untuk menaikan laggi darjah kebenaran dia maka timbullah tindakan untuk menyaman pihak itu dan ini. Tujuannya supaya mahkamah melarang isu mulut celupar dia daripada terus diperbincangkan. Dalam erti kata lain hendak menyekat kebebasan bersuara oranglah.. Dia sahaja yang mahukan kebebasan..
 
Apapun 'wake up call' seperti yang disarankan oleh blogger pro BN tidak perlu dipandang sepi terutamanya poster-poster kecil Wan Jijah yang mula menembusi pasaran. 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment