Monday, November 5, 2012

Pukul Anak Sindir Menantu... Akulah Yang Layak Jadi PM..

 
Ingat dulu Gus Dur pun uruskan negara melalui mimpi..
 
 
Kadang kala pencacai pakatan haram ni bukan faham sangat dengan bahasa-bahasa kiasan ini. Namun untuk menjaga hati pihak tertentu, bahasa kiasan terpaksa juga digunakan. Orang guna malaikat dan syaitan pun dia orang tak faham atau buat-buat tak faham. Tetapi jika dikatakan seseorang itu macam malaikat.. mungkin ramai yang faham.
 
Presiden PAS Hj Hadi Awang yang diharapkan menjadi faktor penarik pendengar supaya datang beramai-ramai ke Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Jaya pada Sabtu lepas juga tidak ketinggalan suka sangat menggunakan bahasa sindiran untuk menyatakan sesuatu maksud dia. Baca di sini dan sini
 
Pada Jumaat lepas Presiden yang bertimbalkan Mat Sabu ni, dikatakan jika parti mengarahkan dia bertanding di Pekan, maka dia bersedia. Ikut kehendak parti. Parti itu siapa?, ketua parti siapa?. Ini cakap budak-budak.
 
Itu yang kita nampak tersurat. Apa pula yang tersirat dibenak Hj Hadi ini sekiranya benar dia hendak menyabung nyawa atau 'menyerahkan tengkuknya'( Hah inipun peribahasa ni) dengan pergi bertanding di Parlimen Pekan melawan Perdana Menteri.
 
Lim Kit Siang pernah cuba dulu menyerahkan tengkuknya di kawasan Khoo Soo Koon. Mat Sabupun pernah menyerahkan tengkuknya di Permatang Pauh melawan Nuar Brahim ketika itu. Jadi bukan sesuatu yang baru jika gimik begini dilakukan.
 
Pelbagai cara orang hendak menjadi hero. Hj Hadi akan tewas dengan calun muda di PRU13 ini jika bertanding di Parlimen Marang. Daripada kalah kepada budak hingusan lebih baik kalah sebagai 'anak jantan' kepada Perdana Menteri.
 
Namun yang tersirat mungkin ialah, Hj Hadi telah diyakinkan oleh Nuar bahawa pakatan haram akan menang dalam PRU13 nanti dan mereka akan ke Putra Jaya. Hj Hadi juga akan menang di Pekan. Lalu Hj Hadi ingin memberi mesej awal kepada Nuar atau Lim Guan Eng bahawa yang layak menjadi Perdana Menteri ialah dia dan bukanya Nuar atau Guan Eng kerana dia berjaya mengalahkan PM.
 
Mungkin juga Hj Hadi ingin mengakhiri karier politiknya sebagai jagoan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ish..ish kang ada juga yang tak faham peribahasa kang.
 
Dia tidak rugi apa-apa, duit banyak dah, pencen ADUN ada, pencen Parlimen ada, pencen Menteri Besar ada.. tak heran kalau kalah bertanding di Pekan. Makan tak habis..
 
Tidak beberpa lama dahulu Hj Hadi ada mengatakan dia tidak mahu lagi bertanding dalam PRU13 nanti. Ramailah yang memujuk dia apabila kenyataan itu dikeluarkan. Ramai juga yang berpendapat ketika itu dia sebenarnya menyindir Nik Aziz, supaya berundur sahaja dan serahkan kepimpinan kepada orang yang lebih muda.. Entahlah.. Kadang-kadang cakap pemimpin pembangkang ni bukan boleh dipercayai sangat.. Maklumlah berjanji bukan untuk ditepati atau bersetuju untuk tidak bersetuju.. Ish..ish..ish..

Pesan Jokiden kepada Tuan Guru Hadi Awang ialah, cuba hayati tulisan Sasterawan Negara Usman Awang dalam novel beliau dimana beliau pernah menulis.. "Tak ado kojo caghi kojo, ado kojo tocongang-congang.."

Nuar Brahim elok jika berani bertanding di Parlimen Teluk Kemang melawan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad... Ada berani????
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment