Wednesday, November 28, 2012

UMNO Selamanya Mengatasi PAS..


Barisan ini gagal disaingi oleh Pas dan PKR.
   

Sesak nafas pemimpin dan pengikut Pas selepas mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semalam. Ada yang seperti orang baru kehilangan bini. Ada yang seperti baru terbangun dari tidur dan mimpi ngeri. Reaksi ini dapat difahami apabila kita menilai setiap butir komen dari mereka.
 
Berdasarkan komen-komen yang pelbagai yang dihamburkan oleh pencacai pakatan menerusi laman atau media sosial, ternyata mereka meroyan dengan apa yang mereka dengar. Apa yang disampaikan oleh Timbalan Presiden tersebut hanyalah ulangan atau ingatan terhadap kenyataan yang ada di depan mata mereka.
 
 
Sedap dipandang mata.. 
 
Jelas pencacai pakatan ini takut, fobia dan bimbang untuk berhadapan dengan realiti. Mereka takutkan kebenaran. Mereka lebih sukakan khayalan.
 
Realiti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen, parti mana yang mempunyai kerusi lebih walaupun satu kerusi maka parti itulah yang akan mengetuai pemerintahan. Menjadi Perdana Menteri tidak sama dengan menjadi Ketua Pembangkang.
 
Kerusi kurangpun jika rakan sekongkol atas sebab-sebab tertentu boleh bersetuju dengan calun dari parti yang memperolehi kerusi paling sedikit untuk menjadi Ketua mereka.
 
Begitu juga apa yang berlaku di Perak tidak sama dengan apa yang mesti dipraktikkan di Putra Jaya. Undang tubuh negeri-negeri di Malaysia berbeza.
 
 
Ini gagal disaingi oleh PKR
 
Di Perak walaupun Pas hanya melukut di tepi gantang, namun berjaya memperolehi jawatan Menteri Besar kerana Undang-undang Negeri Perak tidak membenarkan selain daripada Bangsa Melayu menjadi Menteri Besar. Jadi DAP terpaksa beralah.
 
Pas tidak mahu belajar dari kenyataan, mereka lebih sukakan syok sendiri. Merasa hebat, tetapi tidak hebat. Merasa lebih Islamik dari orang lain tetapi sebaliknya lebih mungkar. Merasakan lebih alim tetapi sebenarnya lebih jahil. Merasakan diri lebih membangun bersama Islam, tetapi sebenarnya lebih mundur. Ini semua pernah dikatakan oleh Nuar suatu ketika dahulu.
 
DAP sebaliknya belajar daripada pengalaman. Sebab itu sekarang ini DAP bersungguh-sungguh mencari calun-calun Melayu yang boleh mereka kotak katikkan untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 kelak sebagai persiapan sekiranya memperolehi majoriti, maka calun merekalah akan menjadi Menteri Besar.
 
Mereka akan meletakkan calun Melayu di Perak, di Melaka, di Sarawak, di Negeri Sembilan dan juga di Pahang. Perancangan DAP jelas menuju ke arah kuasa mutlak. Pas sebaliknya asyik beralah dan tunduk layu terutamanya apabila di sergah oleh Karpal Singki. Terbaru ialah kes salun di Kota Baru Kelantan.
 
 
Lambang kemegahan umat Melayu
 
Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja daripada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan menjadi Perdana Menteri sekiranya memperolehi majoriti dalam PRU. Jadi dalam isu ini jangan mimpilah DAP akan meletakkan calun Melayu untuk bertanding di kawasan Parlimen yang mereka boleh menang. DAP tidak akan mengorbankan  kerusi Parlimen mereka. 
 
Sebagai sebuah parti otai dalam sistem politik Malaysia, Pas menyedari perkara ini. Jika sudah tersedar daripada mimpi, apa kata dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 kelak Pas menuntut pembahagian yang sama rata.
 
Pas bertanding di 74 kawasan, PKR 74 dan DAP 74. Sama rata, sama rasa. Ucapan TPM yang membuka mata penyokong tegar Pas (jika mereka insaflah) pastinya membuatkan Nuar meroyan kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan perancangan Nuar dalam pembahagian kerusi kelak.
 
Sekarang ini apa yang mereka bersetuju untuk tidak bersetuju ialah PKR bertanding di 90 kerusi, DAP 72 dan Pas merosot ke 60. Maknanya belum memasuki PRU13 Pas sudah kalah dan sudah menjadi minoriti.
 
Harus diingat tidak berlaku di mana-manapun dalam negara ini apabila orang Islam tidak memegang kuasa kedudukan Islam kekal terpelihara. Tidak berlaku. Sebaliknya tanpa kuasa orang Islam akan terus di hina sepanjang masa. Perhatikanlah.


TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment: