Thursday, October 31, 2013

Mahpooozzz Beans Dah Ikut Style Lim Kit Siang Pulak Dah..


 

Lain kali kalau nak buat sesuatu tu, fikir beribu kali jika tidak mahu terkantoi. Niat di hati hendakkan laba, tetapi sebaliknya mendapat bala pula. 

Tetapi apa nak hairan, seperti kisah orang buta yang tidak mahu mengaku dia buta, maka Hj Hadi dan Mahpooozzz Bean pastilah ada alasan yang munasabah kenapa mereka beria-ia sangat menabur benih padi ke dalam bendang yang penuh dengan air.

Setidak-tidaknya esok apabila padi tidak tumbuh kerana semua benih telah dihanyutkan oleh air, maka mudahlah mereka nak menuduh ini semua salah UMNO.. Kah..kah..kah..kah.. kihkihkih..

Sebagai 'pengamal agama' tak kan puak-puak PAS ini tidak menyedari bahawa menyerahkan sesuatu amanah kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya. Kepakaran Hj Hadi ialah sebagai Nelayan. Jika dia tidak lagi memimpin PAS dan berhenti daripada menjadi YB, makan duit pencen selepas itu dangan isteri-isterinya maka dia mengatakan dia akan kembali menjadi 'Nelayan' 

Yang si Mahpooozzz Bean ni mengajak Hj Hadi membuat gimik menabur padi dalam bendang yang penuh dengan air, maka makan diri strategi ini nampaknya. Orang PAS merungut dan merasa malu dengan gimik tersebut sementara jentera BN ketawa terbahak-bahak dan terguling-guling. Mahpooozzz dikatakan sudah hilang idea dan keyakinan diri.

Mahpooozzz mengatakan majoriti lantai PAS hanya tinggal 500 sahaja. Maknanya jika jentera BN masih mampu menarik dalam 300 undi lagi maka calon PAS boleh bungkus di Sungai Limau ini.

Mahpooozzz nampaknya terdesak menggunakan taktik yang biasa sangat digunakan oleh lim Kit Siang setiap kali dia terdesak. Kit Siang akan mengatakan BN kuat, susah nak lawan BN, harapan kita kabur dan bla..bla..blaa... maka itu cara Kit Siang merayuuuuuuu undi pada saat-saat akhir. Bila Mahpooozzz mengatakan majoriti lantai PAS sudah tinggal 500 daripada 2700 undi maka kelihatan dia cuba meniru cara 'mentor' DAP dia itu. Untung-untung pengundi akan bersimpati dan mana-mana yang awal-awal lagi telah membuat keputusan untuk berhijrah, ada kemungkinan akan berpatah balik. Atau ada pengundi yang pada awalnya tidak mahu keluar atau pulang mengundi maka mungkin rayuan Mr Bean ini akan membuatkan mereka berfikir semula.

Secara kasarnya Sg Limau dikatakan sebagai 'kubu kuat PAS' sejak 5 penggal lalu menguasi DUN tersebut. Realitinya bukan mudah untuk BN untuk mengurangkan majoriti PAS di situ apa lagi untuk memenanginya. Lalu jika BN keluar sebagai pemenang maka pujian haruslah diberikan kepada YAB DSMM. Faktor dia yang memungkinkan pengundi beralih angin.

Di Sungai Limau dikatakan pengundi tegar UMNO/BN ialah 30.2%. Sementara pengundi tegar PAS pula ialah 32.3%. Pengundi di atas pagar dikatakan ada seramai 3000 orang lebih untuk direbutkan oleh UMNO dan PAS.

Sifir mudahnya ialah jika semua pengundi tegar PAS keluar mengundi, maka peluang BN adalah tipis. Namun jika pengundi tegar PAS ramai yang tidak keluar dan di pihak UMNO/BN pula berjaya menyakinkan lebih ramai pengundi pulang mengundi maka keputusan pasti akan memihak kepada calon BN walaupun dengan kelebihan yang tipis seperti di bawah 50 undi. Rasanya perhitungan ini ada di dalam pemikiran jentera kedua-dua pihak.

Kepada pengundi Sg Limau berhijrahlah kepada keadaan yang lebih baik.
  


Tuesday, October 22, 2013

Dah Kalah Tu Ontok-Ontok (Diam) Yolah..


Dalam menjalani kehidupan ini, siapa diri kita suatu masa dulu adalah tidak penting. Yang penting siapa kita pada hari ini dan apa kedudukan kita.
 
DAR seharusnya memahami perkara ini terutamanya dalam dunia politik yang serba kemungkinan. Jika sehari selepas menganakat sumpah sebagai Senator tempoh hari beliau dilantik oleh PM sebagai Menteri Pengangkutan, maka situasi pemilihan dalam jawatan Naib Presiden UMNO mungkin berlainan dan mungkin ada sinar yang beliau boleh harapkan.
 
Beberapa hari atau minggu selepas beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, DAR masih meneruskan aktiviti hariannya walaupun keceriaan di wajahnya jelas berkurangan. Jokiden pernah meninggalkan pesanan di fb beliau agar beliau mengurangkan sedikit demi sedikit aktiviti harian beliau. "Kurangkan sedikit Dato nanti Dato' penat" begitu Jokiden tulis.
 
'Penat' bermaksud luas, seperti kecewa, merajuk, tak puas hati, terkilan, kecil hati, rasa tertipu, bosan, enough is enough, tidak ikhlas, duit akan habis dan pelbagai tafsiran lagi. Beliau tidak mengurangkan aktiviti harian dan ini dapat dilihat dengan kehadiran orang ramai ke rumah beliau atau beliau terus menghadiri pelbagai majlis.
 
Biarkan Sam Kemetot pula yang mengambil tanggung-jawab menguruskan kebajikkan rakyat di Bukit Katil tersebut. Takkan dia nak makan gaji buta sahaja. 
 
Kitapun rasa terkedu apabila Bahagian Ketua Menteri dan lain-lain Bahagian UMNO di Melaka tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden atas dasar sekurang-kurangnya hendak menjaga 'air muka' beliau. Ini tidak selamba sahaja para perwakilan mengundi tokoh luar, seolah-olah DAR tidak wujud dalam senarai calon tersebut. "Ini tidak adillllllll!!!!!"
 
Jika DAR masih kecewa ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan menjadi Ketua UMNO di Kubang Pasu selama berpuluh tahun tetapi apabila tidak menjadi Perdana Menteri maka dia kalah dalam pertandingan untuk menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur. Peristiwa tersebut turut menyebabkan Nelson Mandela dan Bush terkejut besar.
 
Begitu juga tidak ada sesiapa yang peduli dengan rekod cemerlang TRTC semasa menjadi Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu. Masanya telah berlalu dan beliau juga tidak mendapat undi daripada rakyat Melaka. TSMIAS juga mengalami nasib yang sama. Jadi terimalah hakikat.
 
Inilah dunia politik. Siapa kita dulu tidak penting, siapa kita hari ini yang lebih penting. Jika dulu kita merupakan seorang yang sangat alim, banyak ilmu ugama, berceramah ke sana sini dan selalu menjadi imam, tiba-tiba kita disabitkan dengan kes rogol budak bawah umur, masuk penjara dan kena sebat, maka reputasi kita akan lenyap.
 
Jika dulu kita seorang yang sangat kaya dan suka menderma, tetiba kita jatuh muflis dan tidak mampu lagi untuk menghulurkan derma, maka kita tidak akan lagi dijemput untuk menghadiri mana-mana majlis.
 
Jika dulu kita merupakan gelandangan, mengemis pagi dan petang, tetiba kita menang SPM (Sijil Simpanan Premium) kita jual kereta mewah tersebut dan gunakan duitnya untuk modal berniaga dan akhirnya kita menjadi kaya, maka putaran hidup kita pasti berubah dan masyarakat mula memberikan perhatian kepada kita.
 
Jika kita dulu artis terkenal dan disanjung siang dan malam, jika hari ini kita sudah tua dan rambutpun sudah jarang2, jangan cuba-cuba hendak memberikan pendapat tentang dunia artis hari ini. Banyak lagilah kisah dan tauladan sekiranya kita ingin mengambil iktibar.
 
Kepada Dato' Mohd Ali Rustam, jagalah PUNB tersebut sebaik mungkin kerana itu juga merupakan khidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara.
 

Mohd. Ali terkilan Melaka tidak beri sokongan



 
 
MELAKA 20 Okt. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian UMNO di negeri ini mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
 
Menurutnya, beliau hanya mendapat undi daripada UMNO Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.
 
“Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.
 
“Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.
 
“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tidak siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya.
 
Mohd. Ali ditemui ketika menziarahi jenazah bapa mertua Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang meninggal dunia di Klebang Kechil di sini hari ini.
 
Mohd. Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi bahagian.
 
Mohd. Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan MT.


© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 
 
Ini Jokiden amik daghi Blog Paneh...
 
 

Wednesday, October 9, 2013

Nik Aziz Sudah Kembali...

  

 
Admin Fb Nik Aziz merapu untuk kesekian kalinya tanpa sedikitpun memikirkan bahawa punca kehancuran Melayu adalah disebabkan oleh propaganda PAS sejak dulu kini dan mungkin selamanya. Kembali dah dia bersuara setelah lama menyepikan diri..
 
Dia masih tidak Nampak yang menghancurkan agama ini ialah puak lebai PAS. Yang menggunakan agama sewenang-wenangnya untuk tujuan politik sempit adalah puak lebai PAS. Yang menjatuhkan imej agam Islam selama ini ialah puak PAS.
 
Yang memalukan Islam ialah puak PAS. Orang kafir terutamanya puak DAP sudah terlalu berani menghina orang Islam, mempersendekan Islan disebabkan oleh pemimpin PAS memberikan sokongan.
 
Ikut jalan mana sekalipun yang meletakkan Islam berada di bawah dalam segala segi atau sudut ialah PAS, namun mereka tidak mahu mengakui kesilapan mereka dan tidaak mahu memperbetulkan sikap dan nawaitu mereka.

Kenyataan Admin Nik Aziz seperti berikut:

 Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya tertarik apabila membaca akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas berkenaan Sidang DUN Kelantan kelmarin. Antaranya memuatkan ucapan seorang ADUN UMNO di DUN Kelantan yang menyebut bahawa Melayu sudah di ambang kehancuran.

Pada saya, Melayu tidak akan hancur selagi berpegang dengan Islam. Orang yang hanya bimbang bangsanya hancur tetapi tidak bimbang agamanya hancur ialah orang yang lemas dalam lautan kebangsaannya

Tidak insaf lagi nampaknya dia ni. Mula kembali dah nak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain. Orang Melayu sememangnya berpegang dengan agama Islam. Orang Melayu dalam UMNOlah. Orang Melayu dalam PAS???? tanyalah hati sendiri. Betul ke orang Melayu dalam PAS berpegang dengan Islam???
 
Kalau betul kenapa sampai kiamat ingin bermusuh dengan UMNO, apakah itu tuntutan Islam. Kenapa kutip derma tetapi tidak diperincikan penggunaannya, apakah itu ajaran Islam?? Kenapa mengkafirkan orang UMNO, kenapa mengatakan sembahyang orang UMNO tidak sah??? adakah itu perkara benar atau hanya hendak mengongkong penyokong sendiri?? Kenapa mengatakan Tuhan mencarut, atau jika Tuhan mencarut apakah manusia juga boleh mencarut.??
 
Kalau PAS berpegang kepada Islam kenapa sibuk pulak nak bekerjasama dengan musuh-musuh Islam?? apakah itu suruhan agama Islam?? Nak menang undi sanggup pulak mengambil syaitan sebagai kawan, apakah itu juga ajaran Islam.
 
Kenapa sibuk sangat nak mengelirukan pengikut dengan semangat Assobiyah, semangat kebangsaan sedangkan pengikut PAS lagi totok kepada para pemimpinnya.
 
Kesilapan kecil UMNO/BN dibesar-besarkan, sedangkan kesilapan BESAR PAS sehingga melibatkan akidah cuba dikatakan betul sepanjang masa.
 
Kalau tak adalah UMNO/BN ini tidak tahulah apa nak jadi dengan agama Islam di Negara tercinta ini?? Sebab UMNO inilah Islam berada ditempat yang istimewa dan terpelihara tidak seperti kedudukan Islam di Negara lain, dimana orang Islam tidak memegang kuasa.
 
Dulu sibuk sangat PAS ini dengan kilang arak dan kandang babi. Selepas PAS berkuasa di Selangor, wakil PAS sanggup pulak melawat kilang arak tersebut dengan alasan kilang itu terletak dalam kawasan Parlimennya.. Ehwah!!
 
Kandang babi tak yah ceritalah, berjuta peruntukan disediakan oleh kerajaan PAS. Rumah urut tak yah ceritalah. Pusat SPA tak yah ceritalah, semuanya PAS tutup mata semata-mata menikus dengan rakan kongsi DAP dan PKR. Ada tokoh PAS yang sanggup menentang itu semua namun kemudian dipecat pula dengan cara paling zalim dan paling kuno dalam dunia ini. Itupun PAS masih nak mendabik dada mengatakan UMNO ni tak baik, PAS je yang betul.
 
Mana baiknya PAS ini??? tak nampakpun, pemimpinnya asyik-asyik cakap UMNO tolak Islam, UMNO tolak Islam.. APO BONDO ea ni??
 
Sebelum PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR dulu, ada berani pemimpin DAP yang tidak mandi junub tu membaca ayat suci Al-Quran dengan tunggang langgang. Siapa yang membenarkannya??? Pemimpin PAS dengan alasan hendak menguatkan hujah. Adakah itu ajaran Islam???
 
Kalau pemimpin UMNO/BN melakukan kesilapan, tak sempat siang atau tak cukup air liur atau tidak cukup dakwat mereka mengutuk dan mencaci, walaupun pemipin itu belum tentu bersalah.
 
Jika puak mereka melakukan kesilapan dan kesalahan pandai pulak puak mereka untuk coverline, fitnahlah, rekasayalah, putar belitlah, besi tak bulih pakailah, kamera tipulah, diperangkaplah dan pelbagai cara lagi. Comeonlah pemimpin PAS janganlah selamanya hendak mengelirukan pengikut. Husam Musapun sejak memakai songkok hitam dan baju Melayu ini sudah juga pandai mengkritik kerajaan PAS, pada hal benda yang dia kritik itu berlaku dizaman dia. Macam mana tu??
 
Manusia tetap manusia. Ini yang pengikut PAS kena faham dan jangan percaya 100 peratus apa yang pemimpin cakap. Manusia mempunyai kelemahan dan manusia jangan dibuat perbandingan dengan Nabi dan Rasul apa lagi Allah Azawajjala.
 
Sibuk mengkritik laporan Audit Negara nak dibandingkan pula dengan Audit Akhirat. Yang pemimpin pakatan dedahkan itu yang buruk sahaja sedangkan beribu dalam laporan Audit itu yang baik-baik tentang kerajaan UMNO/BN ini.
 
Laporan baik tentang kerajaan pakatan sibuk pula mereka mencanangkan sedangkan ada beribu keburukan pentadbiran kerajaan pakatan tidak pula mereka dedahkan. Itu ajaran agama ke tu??
 
Siapa nak jawab di akhirat kelak kalau rakyat masih terbiar, terpinggir dan tidak mendapat keperluan asas?? PAS terlepas ke?? Fardhu Kifayah, PAS boleh serahkan semua ke atas bahu UMNO/BN ke. Apa guna menjadi pemerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor jika semua hendak diserahkan tanggung jawab menjaga rakyat kepada Kerajaan Pusat?? PAS tidak disoal ke dalam hal ini nanti sedangkan gaji pemimpin PAS juga dibayar dengan duit cukai dari rakyat.
 
Hospital tidak sempurna, ubat tidak ada, nurse tidak cukup, ambulance tidak sampai pada waktunya PAS boleh lepas tangan ke?? UMNO buat segalanya apa yang agam ini tuntut, hospital, rumah, sekolah, university, api air, biasiswa, jalan raya, bank, farmasi, kedai runcit, pertahanan, polis dan macam-macam lagi. Ada PAS, DAP dan PKR berterima kasih??? Tak ada malah dihasut pula rakyat supaya jangan berterima kasih kepada pemerintah kerana itu memang tanggung-jawab pemerintah..
 
Malas nak tulis banyak tentang PAS ini. Mereka masih tidak sedar dan mereka ingat mereka boleh terlepas tanpa dikira bersyubahat dalam memperlekehkan Islam bersama pemimpin DAP dan PKR ini. Tidak terlepas. Jawablah nanti, macam pemimpin PAS asyik mengatakan UMNO berpegang kepada fahaman kebangsaan dan itu menjadi alasan untuk meruntuhkan silaturrahim..
 
 

Monday, October 7, 2013

Pemilihan UMNO, Gandingan Tan Sri Isa, Datuk Mohd Ali Dan Datuk Mukhriz Tidak Mantap..


Betul ke apa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 30 September ini?? Jika tidak betul apakah Utusan akan disaman oleh DSH nanti??  Mari baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan atau apa yang dimaksudkan oleh DSHTH seperti di bawah.
 
 
  

Pilih gandingan mantap yang telah terbukti



Hishammuddin
 
 
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Para perwakilan UMNO perlu memilih gandingan yang mantap dan telah terbukti keberkesanannya dalam membantu Presiden serta Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Oktober ini.
 
Justeru, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan sedia ada wajar dinilai bagi memperkemaskan gerak kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Menurutnya, dalam memilih pucuk pimpinan, perwakilan yang berjumlah 146,500 perlu mengekalkan kematangan diri dengan membuat penilaian berdasarkan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti.
 
Beliau yang memuji kematangan ahli-ahli UMNO kerana bertindak bijak tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden berkata, sikap tersebut perlu diteruskan ketika mengundi jawatan tertinggi lain.
 
"Kematangan seperti ini diharap terus kekal dalam kalangan ahli UMNO bagi memilih pemimpin tertinggi berpaksikan prestasi, pencapaian dan kesetiaan kepada parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambah Hishammuddin, hasil kematangan politik ahli UMNO telah membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan jayanya baru-baru ini.
 
Katanya, hal itu tidak mungkin berlaku jika wujud pertandingan bagi jawatan Presiden kerana tumpuan Perdana Menteri mungkin terjejas sedangkan beliau perlu berdepan dengan pemimpin-pemimpin dunia.
 
"Malaysia juga bakal melakar sejarah apabila dua Presiden kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan China bakal mengunjungi negara pada Oktober. Ini pengiktirafan terbesar kepada negara, UMNO dan Barisan Nasional (BN).
 
"Jika UMNO serta BN memimpin negara dengan prestasi yang kurang memberangsangkan, mana mungkin dua kuasa besar dunia ini berminat sehingga (Presiden) mahu berkunjung ke Malaysia," jelasnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 
   


Kisah Chin Peng nampaknya masih menguasai berita. Ingatkan sudah habis, maklumlah sudah mati sejak 16 September lagi. Apa perlunya media arus perdana berterusan menyiarkan berita tentang si Komunis ini tidaklah kita ketahui.
 
Sampaikan semalam Lee Kuan Yew juga dikatakan pernah mendapat bantuan Komunis. Kisah pengeboman Tugu Peringatan dan kisah Tan Sri Osman Aroff meminjamkan mukanya untuk dibuat tugu.
 
Kisah pemilihan UMNO nampaknya semakin rancak. Pelbagai kenyataan di keluarkan. Kita tidak berasa hairan sekiranya ada kenyataan-kenyataan tersebut yang akan memakan diri sipenuturnya kelak. Lagi banyak cakap lagi banyak silap nanti. tidak bolehkah mereka ini hanya tersenyum sahaja sambil bersalaman dengan para perwakilan???
 
Sekarang ini kita lihat semua calon seolah-olah ingin dilihat rasis supaya boleh menarik undi perwakilan. Hairannya di masa yang sama juga mereka mengatakan para perwakilan sudah bijak-bijak belaka.
 
Semuanya berebut untuk membuat kenyataan, membidas itu ini, hendak membela agama bangsa dan negara dan akhirnya kelak apabila Melayu dihina, agama dicerca, raja dipersenda, NGO juga yang akan bersuara. Pemimpin UMNO samada yang menang atau yang kalah akan pilih jalan selamat dengan menikus dan menyepikan diri.
 
Beberapa hari yang lalu Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri terus dihina di dalam fb, tak adapun orang UMNO atau pemimpin UMNO yang membela beliau. Sebaliknya NGO yang yang ke depan dan membuat laporan polis.
 
Berbalik kepada kenyataan DSHTH di atas, apa yang kita dapat fahami ialah hanya mereka bertiga iaitu DSZH, DSSA dan beliau yang 'telah terbukti' merupakan gandingan mantap untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam PRU14 kelak. Betul ke???
 
Mengikut tafsiran mudah, gandingan lain tidak akan cukup mantap. Gandingan DSMAR, DSZH dan DSSA, atau gandingan DSHTH, TSIS dan DMM tidak akan mantap. Kata mudahnya mereka bertiga sudah terbukti mantap dan Berjaya membantu Presiden.
 
 
 tokmat2
 
 
Ahli UMNO, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan para pemimpin dunia sebenarnya amat sedar dan faham bahawa pemilihan para pemimpin UMNO ini amatlah penting kerana ia bakal menentukan para pemimpin yang bakal menerajui Negara ini.
 
Para pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, PAS MCA tidak akan berpeluang untuk menjadi pemimpin nombor satu, dua atau tiga. Sebab itu Nuar Brahim meroyan tak habis-habis untuk kembali kepada UMNO kerana UMNO sahaja yang memungkinkan dia untuk menjadi Perdana Menteri.
 
Pemilihan Naib Presiden UMNO menjadi amat penting kerana apa sahaja terjadi kepada Presiden atau Timbalan Presiden maka merekalah yang akan naik mengambil kekosongan tersebut. Ini semua orang tahu.
 
Lalu melihat kepada enam calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, siapakah dikalangan mereka yang kita harapkan untuk menjaga Negara, menjaga rakyat, menjaga agama dan menjaga bangsa ini sekiranya berlaku kekosongan di peringkat atasan kelak.
 
Umur bukanlah penentu lama atau singkatnya seseorang itu berada di tampuk kuasa. kita lihat TSMY lebih tua dari DSMN. Sekiranya TSMY terpaksa pergi dulu, maka DSMN terpaksalah memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh TSMY. Jadi siapa dia yang layak???
 
Ditakdirkan pula DSMN terpaksa pergi dulu, maka TSMY akan mengisi kekosongan yang beliau tinggalkan dan beliau terpaksa juga memilih seorang daripada tiga Naib Presiden untuk berada di kerusi Timbalan Presiden UMNO merangkap mungkin Timbalan Perdana Menteri. Jadi siapa dia yang layak???
 
Mengikut maksud tersirat DSHTH di atas tidak ada yang layak melainkan mereka bertiga. Maknanya DSMAR, TSMISAS dan DMM tidak layak, belum layak, belum terbukti atau tidak mantap.
 
Enam calon, semuanya mempunyai pengalaman luas dalam hiruk pikuk politik UMNO dan politik Malaysia. Mereka juga punyai kelebihan dan kekurangan. Mereka juga pernah diberikan pelbagai gelaran yang buruk-buruk samada oleh ahli UMNO, pemimpin lawan mahupun rakyat jelata.
 
DSHTH mempunyai kelebihan menguasai Bahasa Inggeris. Ini sangat diperlukan kerana kita tidak mahu para pemimpin lain yang difikirkan, lain pula yang dicakapkan. Tetapi tidak menguasai Bahasa Inggeris tidak bermakna mereka tidak boleh dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Cuma dalam hal ini DSHTH dilihat mempunyai kelebihan.
 
Beliau juga dilihat sebagai gagal semasa mengetuai KDN dan sering dikatakan atau dirujuk sebagai 'Menteri Amaran' Ini sangat tidak membantu beliau dan ternyata beliau berusaha keras untuk mengikis imej tersebut. Payah.
 
Biarlah ahli UMNO yang menilai mereka ber enam tersebut, tidak manis rasanya untuk blog ini memperincikan buruk baik dan kelebihan atau kekurangan mereka. Lagipun Jokiden telah lama membuat pilihan sebelum mereka mengisi borang pencalonan lagi iaitu TSMIAS, DSMAR dan DMM selaku pemimpin pelapis UMNO di peringkat Naib Presiden ini. Rasanya setakat hari ini pilihan itu masih kekal.

 
Di Kelana Resort 8 Oktober, beribu hadir, banyak duit keluar ni..


 

Tuesday, September 24, 2013

Pemilihan Pemimpin UMNO


            
"Tak ado sapo-sapo yang sughuh sei botanding doh.., ini koputusan sei."



             
Siapalah antara mereka yang akan terkeluar nanti..??

Sebelum pergi jauh Jokiden dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kerana 'membiarkan' blog ini tidak diupdate seperti sepatutnya. Anggaplah penulis mempunyai halangan yang tidak memungkinkan untuk membuat catatan di sini sejak kebelakangan ini.

Chin Peng bapa Komunis Malaya telahpun meninggal dan tarikh kematiannya dikatakan bertepatan pada sambutan Hari Malaysia. Maka hiruk pikuklah puak-puak pakatan hendak menjadikannya sebagai isu politik dan bersungguh sangat mengemukakan hujah untuk membawa pulang abu mayatnya ke Negara ini. Kerajaan telah memberi peluang kepadanya selama setahun untuk kembali menjadi warga Negara, namun keputusan beliau adalah sebaliknya. Dia tiada hak di sini.
 
Begitu juga dengan Hishammuddin Rais, jika dia tidak kembali ke Negara ini selepas Nuar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memilih untuk terus menjadi pelarian politik dan tidak mempunyai kad pengenalan maka dia juga tidak layak untuk disemadikan di sini. Apapun ketentuan di mana kita mati dan dimana kita dikuburkan pastilah menjadi rahsia Allah swt.
 
Apa perlunya rakyat Negara ini  mensensasikan tentang kematian Chin Peng ini yang ada juga khabar mengatakan dia sebenarnya telah mati sebelum itu, cuma sekadar di istiharkan sahaja pada 16 September.  Adakah untung dan faedahnya kepada rakyat dan Negara selain daripada cubaan puak pakatan hendakkan keuntungan politik???
 
Dia bukan hero Negara seperti Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja memenangi Terbuka Jepun untuk kali ke empat. Datuk LCW patut diberikan penghargaan dan kemuliaan oleh semua pihak termasuk oleh puak pakatan kerana mengharumkan nama Negara melalui sukan badminton.
 
Beberapa hari yang lalu sempena dengan musim pemilihan UMNO ini, Nuar kelihatan sibuk pulak mempersoalkan kenapa Datuk Shafie Abdullah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan liwat Saiful Bakhari. Susah juga kalau orang tidak mahu memahami proses undang-undang ini. Lama dah senyap sunyi dan aman damai system kehakiman tidak diserang oleh Nuar, kini pastilah dia akan kembali menuding jari kepada mahkamah dan Pejabat Peguam Negara. Itu je modal yang dia ada.
 
Beria-ia dia mengatakan semua orang kampong sudah tahu yang Datuk Shafie adalah peguam UMNO yang akan berat sebelah, bla..bla.. bla.. Amenda nya Nuar oii.. Yang membuat keputusan nanti ialah Tuan Hakim, bukannya Shafiee. Nuar ni terlupa ke bahawa orang kampong juga sudah tahu bahawa pada tahun 1997 dahulu Karpal Singkilah yang beria-ia menimbulkan isu liwat ini dalam Parlimen dan mendesak Dr Mahathir memecat Nuar, yet tanpa rasa segan dan malu Nuar amik juga Karpal Singki sebagai Peguam Belanya.
 
Orang kampong juga sudah tahu bahawa Ketua Pendakwaraya dalam kes Saiful ialah Datuk Yusoff, pun Nuar lantik juga dia sebagai Peguam Belanya. Amenda ni Nuar oii.. Kelihatan juga muka Nuar berkilat-kilat, licin macam buah tembikai atau telur ayam dara. Ada yang mengatakan bahawa dia menyuntik botox, betul ke???? jangan besok bila muka sudah berubah dia menyalahkan pulak UMNO dan BN.
 
PAS berpendapat Pakatan kini bertambah kuat. Kerjasama harus dipertahankan. Betul ke??? Hj Hadi menyokong pulak saranan Kit Siang Ikan dengan mengatakan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra tidak sepatutnya berlaku. Wee Kah Siong kelihatan celupar mempertikaikan tindakan Perdana Menteri yang ingin memberikan bantuan kepada Bumiputra supaya kedudukan ekonomi Orang Melayu bertambah baik. Presiden MIC juga cuba hendak menjadi jaguh sementara. Pelik kita.
 
Pemerkasaan Ekonomi Orang Melayu ini menyusahkan kaum lain ke??? Bahagian kaum lain merosot ke, kurang ke atau dihapuskan ke???? Tidak!!! Malah penguasaan ekonomi kaum Cina dan India akan bertambah meriah lagi dengan adanya bantuan daripada kerajaan kepada Bumiputra ini.
 
Orang kampong juga seperti yang Nuar cakap sudah tahu bahawa 10 Orang Melayu mendapat kontrak nilainya cuma RM100 juta, namun satu Orang Cina mendapat kontrak bernilai RM100 juta. Yang 10 orang kontraktor  Melayu dapat RM100 itu pun akhirnya 90 peratus akan pergi kepada kontraktor atau pembekal Cina juga. Apa susah. Seperti pemberian BR1M akhirnya apabila duit itu dibelanjakan untuk apa tujuan atau bidang sekalipun berbillion akan pergi kepada Orang Cina juga. Jadi apa susah??? Wee Kah Siong Dan G Palanievel ontok-ontok lah.. PRU lambek laie..
 
UMNO sedang menjalani proses pemilihan kepimpinan. Sistem baru ini memungkinkan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri. Sistem ini memberi peluang kepada lebih banyak ahli untuk mengundi dan memilih pemimpin. Ok, namun jumlah perwakilan atau pemilih yang ingin di 'sort' ataupun dibeli oleh pemimpin tentulah juga bertambah. Berakhirkah politik wang dengan system ini???? atau bertambah meriah kah penggunaan wang untuk mendapatkan undi?? Hanya orang UMNO yang tahu.
 
Pelbagai alasan diberikan oleh para pemimpin yang ingin bertanding merebut jawatan pada kali ini. Alasan biasa ialah untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Orang Melayu. Betul ke tu??? Kita anggap betullah, nanti alas an tidak logic pula atau tidak kreatif.
 
Ramai ke pemimpin kita ini yang menjerit apabila kesucian agama Islam dalam Negara ini dicabar, dihina dan dipersendakan??? Berapa kerat pemimpin ini yang bersuara lantang membela institusi diraja apabila ia dipersendakan oleh warga Negara yang jahil?? Untuk 'melanyak' Namawee pun para pemimpin UMNO ini berfikir 1000 kali. Balik-balik pemimpin Perkasa yang dituduh rasis juga yang berani bersuara.
 
Apabila kedudukan istimewa orang Melayu diperkotak katikan oleh DAP, PAS dan PKR, mana suara lantang pemimpin Melayu yang bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk merebut jawatan ini menyanggah sebarang cubaan untuk menggugat kedudukan Orang Melayu ini??? Balik-bali NGO juga yang lantang bersuara. Pemimpin yang memberikan alasan untuk menjaga Agama, menjaga bangsa dan Negara tadi tetap terus membisu seribu bahasa. Matanglah kononnya, cerdiklah kononnya, tetapi sebenarnya mereka pilih jalan selamat yang tidak kontroversi.. Hahaha..
 
Lama dalam posting yang terdahulu Jokiden sudahpun menetapkan pilihan tentang siapa yang harus menerajui UMNO ini. Seperti orang lain, Jokiden juga mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri. Apapun kita doakan segalanya berjalan lancar dan UMNO bakal mempunyai para pemimpin yang benar-benar akan memperjuangkan Agama, bangsa dan Negara kelak.