Monday, June 24, 2013

BN Dan SPR Menipu Lagi.. Kali Ini Dalam Parlimen Pula..


 
Jika perbuatan dia tidak melampau, banyak jiwa yang nyaman melihat potret ini, namun akibat keterlampauan dalam tindakan, tutur kata, perbuatan dan tohmahan, banyak hati yang terguris menatap gambar ini.
 
 
Gambar yang tidak ingin dilihat.
 

Pakatan haram pembangkang nampaknya tidak berpuas hati dengan kekalahan calon Speaker yang mereka tonjolkan. Cara pengundian tidak telus, nombor siri ada di kertas undi, nama perlu dicatatkan dan ditanda tangani.
 
Budak darjah enam di Ceruk Tok Kun pun tahu jika dua calon bertanding, seorang mewakili BN dan seorang lagi mewakili pakatan, maka sudah tentulah calon BN akan menang. Tidak perlulah kecoh-kecoh, malah sepatutnya sebagai 'pemimpin' yang matang, perkara tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh tiga minit, tanpa perlu bersusah payah menyediakan kertas undi. Angkat tangan sudah cukup.
 
BN mengemukakan Tan Sri Amin Mulia seorang anak pendekar sebagai Speaker Dewan Rakyat. Sementara pakatan pembangkang mengemukakan nama bekas Hakim Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon Speaker mereka.
 
Adakah dengan sebanyak 89 undi di belakang mereka, pakatan berangan-angan bahawa calon mereka akan menang???? Dan jika kalah mereka akan memprotes hingga menyebabkan hiruk pikuk berlaku di Parlimen dengan menuduh itu ini dan kertas undi tidak sepatutnya bersiri.
 
Setiausaha Parlimen sudah menjelaskan nombor itu perlu bagi mengelakkan Ahli Parlimen menipu dengan mengundi dua tiga kali. Apa perlunya Mahpooozzz mempertikaikan cara pengundian tersebut. Kalah sudah tentu kalah. Buat jelah kerja bodoh tu, tulis nama dan tanda tangan, nak puaskan hati ketuo pombangkang @ kotuo ponipu tu. 
 
Banyak benda-benda pelik yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia ini. Kerajaan nak bentangkan bajet, diapun nak ikut bentangkan bajet, kononnya bajet dia lebih hebat, lebih mesra rakyat dan lebih mapan.
 
Orang nak calonkan Speaker, diapun nak calonkan speaker. Orang nak susun tempat duduk ikut kekananan Menteri diapun nak juga cadang ikut kekananan parti mereka. Orang berbahas demi untuk kepentingan rakyat mereka sibuk nak keluar Dewan beramai-ramai. Pembangkang di Negara ini sesungguhnya tidak sama dengan mana-mana pembangkang di Negara luar. Tinggal lagi bertumbuk je yang belum berlaku di sini. Mungkin suatu hari nanti, tidak mustahil..

Ketua pembangkang di Negara lain apabila selesai Pilihanraya, sibuk menyususn strategi untuk membantu kerajaan yang memerintah agar rakyat mendapat faedah. Ketua Pembangkang di Negara ini selesai sahaja PRU sibuk berdemo, menjerit di tengah jalan raya untuk meruntuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.
 
 
 
??????????????? Seronok sangat ke melihat rakyat dan penyokong di luar bersengketa tak sudah???
 
 
 
Tak ado kojo caghi kojo... monyusahkan oghang..
 
 
Nanti kamu lawanlah Nuarrrrrr, sebab Nuar tipu kamu..
 
 
 
 
 
 
 
Koleksi gambar kat sini:

 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Ini semua fitnah UMNO. Lelaki dalam gambar bukan saya sebab perut dia buncit dan kotenya bengkok..kata Anwar..

    ReplyDelete