Monday, June 10, 2013

Berita Yang Menyebabkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Meroyan..

  
 
 
Entah apa yang si Nurul Izzah ini sakit hati sangat dengan anggota polis, tidaklah diketahui. Nak dikatakan polis negara ini zalim, tidak juga. Jauh lagi kezaliman polis-polis dari luar negara. Nak kata semua polis Malaysia ini rasuah tidak juga, ramai polis di negara ini yang amanah dan alim.
 
Kalaulah terjadi pakatan menang dalam PRU13 lalu, maka anggota polis akan dikurangkan dan pengambilan baru tidak akan dilakukan. Ini adalah kerana kononnya jumlah anggota polis dalam negara ini telah melebihi kuota PBB di mana bagi setiap 250 orang penduduk maka seorang anggota polis.
 
Dia terlupa agaknya rakyat makin bertambah setiap tahun. Kawasan operasi semakin meluas. Yang pencen awal dan bersara wajib jumlahnya meningkat setiap tahun. Polis yang mati kena tembak atau kena langgar dengan mat rempit juga terpaksa diganti jika tidak jumlah anggota mengikut nisbah PBB semakin membesar jurangnya iaitu  300 orang penduduk bagi setiap seorang anggota.
 
Polis baharu terpaksa menjalani latihan sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Jika pengambilan polis tidak dirancang dengan betul, pastilah akibatnya negara akan menghadapi kekurangan anggota dalam tempoh terdekat. Memang tidak bijak kenyataan Nurul Izzzah anak Nuar Brahim ini. Suka hati dia je nak mengurangkan dan nak memberhentikan pengambilan anggota polis yang baru. Nasib baiklah pakatan tidak monang aghi tu.
 

Tambahan 4,000 anggota polis baharu

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses pengambilan 4,000 anggota baharu pelbagai pangkat seperti yang terkandung dalam akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
 
Pengarah Pengurusannya, Datuk Mortadza Nazarene berkata, pengambilan itu bagaimanapun akan turut bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada dalam pasukan berkenaan.
 
Beliau berkata, pengambilan tersebut dijalankan secara berperingkat-peringkat dan mereka yang terkandas khususnya ketika sesi temuduga awal akan disenaraikan sebagai calon simpanan.
 
"Kita ada tiga pengambilan iaitu konstabel daripada kalangan lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), lulusan diploma untuk kadet sarjan dan pemegang ijazah untuk jawatan inspektor. Pengambilan ini dibuat secara berperingkat-peringkat," katanya.
 
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2013 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini malam tadi. Yang hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa dan Timbalannya, Datuk Hamzah Md. Jamil. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_36/Tambahan-4000-anggota-polis-baharu#ixzz2Vnr6PqdA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lagi Cerita Menarik Pasal Keluarga Nurul,  Di Sini:
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

No comments:

Post a Comment