Agaknya ramai pemimpin pakatan semenjak kebelakangan ini telah terlupa untuk memakan ubat yang sepatutnya mereka makan. Melihat perangai mereka yang langsung tidak mahu memahami sesuatu keadaan dan hakikat yang terpaksa mereka hadapi maka, dikhuatiri mereka ini sebenarnya memerlukan bantuan ubat-ubatan.
Mereka seolah-olah gagal mengawal diri dan mengajak pula sebahagian rakyat supaya turut bersama mereka gagal menguasai diri.
Apabila dikatakan tidak ada penipuan dalam PRU13 dahulu, mereka tidak percaya dan mereka kata ada penipuan. Apabila dikatakan tidak berlaku lampu padam, namun mereka bersungguh-sungguh mengatakan lampu memang padam.
Apabila undi yang mereka terima di peringkat DUN, mereka kata itu sah, sebalinya undi yang diberikan kepada BN di peringkat Parlimen, itu adalah penipuan dan manipulasi SPR. Sepatutnya kepercayaan mereka ialah, calon mereka dapat undi di peringkat DUN, mereka juga patut dapat undi di peringkat Parlimen.
Semua fakta sudah tidak mereka hiraukan lagi, sebaliknya mereka terus dengan agenda demontrasi mereka. Yang tidak syoknya ialah mereka mengajak orang lain pula.
Di SOGO pada hari ini telah berlaku provokasi untuk mengajak orang berdemo. Mungkin mereka juga terlupa untuk makan ubat. 15 orang telah ditangkap oleh polis kerana menjerit-jerit di depan orang ramai. Orang yang sihat adakah akan menjerit-jerit di tempat awam. Tentu dia akan merasa malu.
Di Serian pula seorang yang telah terlupa untuk memakan ubat, telah gagal untuk mengawal dirinya dan bertindak menikam dirinya sendiri dengan gunting. Oklah juga sebabnya sekurang-kurangnya dia tidak mengajak orang lain supaya turut menikam diri sendiri dengan gunting.
Tikam diri sendiri dengan gunting
SERIAN 15 Jun - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menikam diri sendiri dengan sebilah gunting selepas mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa bunuh di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Soh itu cedera di kiri dada serta kanan perut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Jamali Umi memberitahu, lelaki itu pada mulanya panik kerana mendakwa terdengar bisikan ada orang ingin membunuhnya.
"Dia berkata lebih baik dia membunuh diri daripada membiarkan diri dibunuh orang lain.
"Lelaki itu kemudian terus mencapai sebilah gunting sebelum menikam diri sendiri di dada dan perut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Jamali, berdasarkan keterangan isterinya, lelaki itu sebelum ini pernah dirawat di hospital kerana menghidap masalah mental.
"Dia dipercayai bertindak di luar batasan kerana tidak mengambil ubat yang dibekalkan. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cubaan membunuh diri. - UTUSAN ONLINE.
KUALA LUMPUR 15 Jun - Sebanyak 15 individu termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan polis kerana enggan bersurai ketika melakukan demonstrasi berhampiran pusat beli-belah Sogo di sini hari ini.
Kesemua yang ditahan dibawa menaiki sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 3 petang sementara dua daripada mereka dibawa berjalan kaki.
Kumpulan terbabit hadir ke lokasi berkenaan sekitar pukul 2 petang untuk mengadakan demonstrasi dan melakukan 'flashmob' anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Demonstrasi itu bertujuan mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dirancang minggu depan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu, kesemua yang ditahan akan diambil keterangan.
"Kami mendapat laporan daripada orang awam yang mengatakan terdapat gangguan ketenteraman awam di sekitar pusat beli-belah itu dan bertindak atas itu, polis mengarahkan mereka bersurai.
"Bagaimanapun penahanan ini dipercayai kerana kumpulan terbabit mempunyai kaitan dengan satu perhimpunan haram yang dirancang minggu depan. Mereka cuba mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia. - UTUSAN ONLINE
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
No comments:
Post a Comment