Sunday, October 21, 2012

Hari Ini Ternyata Nuar Brahim Bertambah Rungsing..

 
 
 
 
 
 
 
Nampak gayanya segala petanda adalah menjrus kepada kemenangan besar BN dalam PRU13 kelak.
 
Sambutan terhadap acara yang melibatkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN amat-amat menggalakan termasuk oleh kaum Cina. Yang terbaru ialah sokongan masyarakat Cina yang dizahirkan semasa perhimpunan MCA hari ini.
 
Mood perwakilan MCA ternyata bersemangat sehinggakan PM menyatakan Pilihanraya Umum boleh diadakan bila-bila masa sahaja sekarang. Sudah pastilah sokongan masyarakat Cina terhadapa MCA akan memberi kelebihan kepada BN. MCA sebenarnya tiada pilihan, mereka harus berani menerima kenyataan bahawa rakan kongsi mereka sejak lama ialah BN. Mereka mesti sanggup timbul dan tenggelam bersama BN khususnya UMNO.
 
Keadaan ini sudah pasti merungsingkan pemikiran Nuar Brahim yang memang telah sedia rungsing dengan pelbagai masalah tersebut. Cuma sebagai seorang 'pejuang' kononnya lagak beliau dihadapan umum tidaklah boleh kelihatan tertekan atau murung.
 
Lahak beliau dihadapan umum mestilah lagak seorang hero yang bertahan dalam apa cabaran sekalipun. Orang Melayu sudah kembali bersama UMNO. Orang India juga sudah lama meninggalkan perjuangan pakatan haram tersebut. Kini sekiranya sokongan orang Cina menerusi MCA meningkat kepada 30 hingga ke 35 % pastilah kemenangan besar akan memihak kepada BN.
 
Parti komponen di Sabah dan Sarawak juga akhirnya akan kekal bersama BN sekiranya pencapaian di Semenanjung memberangsangkan kelak.
 
Nuar masih dengan 'keyakinan' yang dibuat-buat, mencanangkan kepada sekolompok penyokongnya bahawa pakatan mereka akan menawan Putra Jaya, sebuah misi yang kini kelihatan amat mustahil.
 
Dengan penerimaan rakyat secara meluas terhadap gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh PM, ternyata pembangkang terpaksa menempuh jalan berliku.
 
Nizar sudah membayangkan kekalahan. Ambiga sudah tidak yakin lagi. Karpal Sinki, LGE dan Lim Kit Siang biasalah dengan retorik memohon simpati mereka yang kadang kala kelihatan seperti orang tersalah kain.
 
Justru itu merasakan mereka akan terpukul kali ini, maka pembangkang melalui setiap pidato Nuar Brahim sering menghamburkan rasa yakin untuk menawan Putra Jaya sebagai halwa telinga kepada pendengarnya. Mereka seolah-olah telah bersedia untuk memberikan alasan sekiranya rakyat yang menjadi hakim negara dalam PRU13 kelak tidak memihak kepada mereka.
 
Mereka pastilah akan mengatakan bahawa SPR telah memanipulasi keputusan PRU untuk kepentingan UMNO/BN dan kerajaan. Itu sahajalah yang mereka akan mampu lakukan kelak. SPR akan dipersalahkan dengan harapan akan ada rakyat yang percaya.
 
18 daripada 22 kehendak pembangkang telah diterima oleh SPR untuk diguna pakai dalam PRU13 kelak. Namun mereka sudah pasti tidak akan percaya dengan daftar pemilih yang terkini. Di Selangor jumlah pemilih baru yang didaftarkan telah diragui oleh pembangkang. Sedangkan merekalah yang paling ramai mendaftarkan pengundi baru.
 
Apabila SPR mempamirkan senarai pemilih yang berjumlah 12 juta tersebut selama sebulan, hanya 1,900 yang membuat semakan. pembangkang langsung tidak ambil kisah kerana mereka sebenarnya tahu bahawa daftar pemilih tersebut adalah bersih. Mereka terus dengan andai-andaian penipuan untuk menaikan suhu kemarahan dan kebencian rakyat.
 
Apabila SPR meminta bukti-bukti yang mereka ada, mereka senyap sunyi, namun di pentas-pentas ceramah mereka terus menggoyang-goyang kertas seolah-olah itu adalah bukti nyata apa yang mereka katakan. Terdapat kes-kes dan aduan yang SPR layan dimana di depan pegawai SPR mereka mengangguk tanda setuju, namun bila kembali ke pentas ceramah mulalah mereka kembali dengan andai-andaian usang mereka sambil mengatakan SPR tidak dapat memberikan penjelasan.
 
Keghairahan pembangkang dalam merekasaya cerita ini pernah diulas dengan panjang lebar oleh Parpu Kari tidak lama dahulu.  Klik Sini  
 
Pembangkang mahu meletakan punca kekalahan mereka kelak kepada UMN/BN, kerjaaan khususnya SPR. Pada hal nyata kini rakyat sudah bosan dengan pelbagai karenah buruk mereka yang tak sudah-sudah. Rakyat pasti menolak mereka kerana mereka juga pandai berjanji dan pandai memungkiri janji. Apabila kesalahan kelak diletakan sepenuhnya kepada UMNO/BN dan SPR, dia tetap jadi herolah.. Taktik usang!!!!!!!
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Hahaha perhimpunan JUAL MELAYU... Tgk Resolusi semua berkaitan cina cina cina. Bapa vernakular kan ada situ.

    ReplyDelete