Wednesday, October 24, 2012

Adoiiii!!! Sanggup Pulak Menjilat Kahak Hijau Ni.. Apa Hal..


 
 
Dulu semasa dia mengeluarkan kenyataan bahawa bekerjsama dengan orang kafir akan membawa kepada kekafiran. Agaknya masa itu dia pun belum habis mengaji.. Kini setelah dia tamat mengaji, membaca Al-Quran maka barulah dia sedar bahawa dibolehkan bekerjasama dengan orang-orang kafir ni.
 
Dulu dengan kenyataan dia tersebut membuatkan suasana masyarakat begitu kalut, ramai rakyat yang merasa was-was dan ragu dengan akidah masing-masing. Banyak berlaku sembahyang dua imam ketika itu. Sembelihan orang UMNO haram dimakan. Imam yang mengijab kabulkan pengating jika dari UMNO maka pernikahan tersebut tidak sah. Sehingga begitulah kalutnya masyarakat apabila dia membuat fatwa politik ketika itu.
 
 
 
Kini Hj Hadi terpaksa menjilat semula kahak hijau yang dia pernah ludahkan dulu demi untuk mendapat secebis kuasa. Maka mulalah dia mengaji semula, menyemak hadis-hadis yang dia terlepas pandang dahulu, menyemak ayat-ayat Al-Quran yang bersangkut paut dengan kenyataan terkini beliau iaitu dibolehkan bekerjasama dengan orang-orang kafir ni.
 
Orang UMNO lama dah tahu perkara ini dan tidak pernah mempolitikkannya. Kini Hj Hadi dengan muka selamba dan tidak tahu malunya sudah mula mahu membuat fatwa baru demi untuk menghalalkan dan mempertahankan kerjasama PAS dengan DAP.
 
Teruskanlah kerjasama tersebut, tak payah nak cari-cari alasan, tak perlu nak baca-baca hadis lagi. Jika PAS merasakan DAP boleh membantu PAS dalam melaksanakan segala agenda jumud mereka maka teruskanlah bekerjasama dengan DAP tersebut. Ada rakyat kisah???? Tak ada. Sedikit adalah, selebihnya rakyat Malaysia faham bahawa semua itu adalah rencah dan asam garam politik.
 
Mari kita hayati kenyataan Hj Hadi beberapa hari yang lalu seperti di bawah:
 
 
Jangan Pelik PAS Bekerjsama Dengan DAP
 
KOTA BHARU 22 Okt. - Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku dalam ceramah perdana sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, di sini malam tadi.
 
Jika sebelum ini, pembangkang terutama Pas cukup berbangga dengan sambutan hangat rakyat Kelantan terhadap ceramah-ceramah politik mereka, namun suasana agak hambar dialami Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin pembangkang lain yang berceramah sempena program itu.
 
Ceramah yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu antara lain turut menampilkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Muhammad Nur Manuty.
 
Selain kurang mendapat sambutan, ceramah anjuran Urus Setia Penerangan Negeri itu juga menyaksikan tiada lagi pengasingan antara lelaki dan perempuan.
 
Dalam pada itu, Abdul Hadi dalam ceramahnya berkata, orang ramai tidak seharusnya berasa pelik mengapa Pas sebagai sebuah parti Islam boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR.
 
"Memerintah negara boleh bercampur dalam persamaan dan tidak boleh paksa dalam perkara yang berbeza.
 
"Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW seluruhnya," katanya.
 
Abdul Hadi mendakwa, perjuangan Pas sebagai 'tahalluf siasi' yang boleh melibatkan kerjasama atau persefahaman antara orang Islam dan bukan Islam.
 
"Malangnya, UMNO gunakan tok-tok guru yang mengaji bab sembahyang sahaja, tidak mengaji bab politik, ini menjadi masalah, samalah dengan orang yang mengaji bab sembahyang, tak mengaji bab haji pergi ke Mekah, dia melontar (jamrah) batu besar lengan.
 
"Kena belajar Islam jangan belajar dengan surat khabar, jangan mengaji dengan surat khabar, kena mengaji dengan kitab. Di sana ada perkara yang berbeza dan sama dalam kalangan manusia, yang berbeza kepercayaan kepada Tuhan, cara buat ibadat, cara makan minum, halal dan haram," katanya.
 

Tidak ada sesiapa yang merasa pelik dengan kerjasama politik ini kerana PAS juga gila kepada kuasa, nak merasa juga nikmat dunia politik ini.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment