Friday, August 24, 2012

Lagi Pasal Hudud PAS...


Ni siapa merestui siapa ni..? Tapi bukan senang nak pegang kepala Tok Guru ni.
 

Kenapa isu hudud sering dimainkan oleh PAS setiap kali menjelang pilihanraya umum? Selain tu isu royalti minyak untuk Kelantan yang sebanyak RM600 juta tu dihebuhkan siang dan malam. Yang Kelantan dapat RM4 billion tu  atas ihsan Kerajaan Pusat tak pula mereka bersyukur atau berterima kasih. 
 
Mudah je kenapa isu ini sering diputarkan kembali. Sebab isu agama ni dekat dengan hati dan jiwa orang Islam. PAS sedaya mungkin dengan seribu penyelewengan, dengan seribu kemungkaran, dengan seribu kegagalan dan dengan seribu pembohongan cuba untuk menambat penyokong setianya agar tidak beralih arah menyokong UMNO dan BN. Itu je sebabnya.
 
Beberapa orang akan diprogramkan supaya memainkan isu tersebut mengikut waktu yang tertentu. Perdebatan atau lakonan atau sandiwara cuba dimainkan oleh orang tertentu supaya nampak seolah-olah semua orang Islam di Malaysia ini akan masuk ke neraka akibat menolak hudud PAS. Mereka terlupa bahawa umat-umat Nabi yang terdahulu hanya akan masuk ke syurga setelah semua umat Muhamad selesai masuk syurga.
 
Lain-lain hukum hakam agama tidak pula puak-puak PAS ni menitik beratkan seolah-olah dosa yang lain-lain tersebut amat kecil jika dibandingkan dengan dosa menolak 'hudud PAS' tersebut. Mereka seolah-olah tidak kisah bahawa dosa kerana gagal melakukan sesuatu yang bersifat Fardu kifayah juga adalah besar untuk dibuat-buat lupa.
 
Kisah Tun M menolak 'hudud PAS' dulu dikitar semula untuk menimbulkan kebencian yang berteruskan kepada UMNO/BN. Bila Karpal Sinki menolak hudud dan penubuhan negara Islam boleh pulak puak-pauk tersebut berkompromi atas alasan Karpal tu sudah sedia kafir. Singkat sungguh cara mereka berfikir.
 
Bila Nuar Brahim menolak hudud dalam kerjasama antara pakatan, tidak pulak juak-juak tersebut membebel siang dan malam. Bila Khalid Samad menolak hudud pun mereka tidak bising sebaliknya mereka lebih rela memaki hamun Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Md Isa daripada melanyak Khalid, Karpal, LGE dan LKS.
 
Bila Hj Hadi menolak hudud tidak pulak mereka memaki hamun Presiden mereka tersebut. Bila Hj Hadi mempopularkan Negara Berkebajikan demi untuk memenuhi hasrat murni DAP, mereka membisu pula kecuali dua tiga kerat seperti Hassan Ali yang akhirnya kena pecat. 
 
Semua tindakan tersebut membuktikan nawaitu sebenar PAS ialah berpaksikan politik. Mereka melihat segala-galanya dari sudut politik.
 
Matalamat PAS inginkan kuasa sama juga seperti mana-mana parti politik lain dalam dunia ini iaitu hendakan elaun, hendakan laba GLC, hendakan kontrak buat jalan, hendakkan kompartment balak, hendakan primies perniagaan, hendakan kemudahan itu, kemudahan ini, wad kelas pertama, hotel kelas pertama, penerbangan kelas pertama dll. Maknanya mereka juga hendakan laba dunia. Rakyat belakang kira. Samalah tujuan mereka dengan apa yang mereka tuduh UMNO/BN lakukan selama ini.
 
Sekurang-kurangnya UMNO/BN memerintah rakyat selamat. Rakyat yang tidak selamat itu hanyalah ilusi mereka sahaja. Negara aman damai. Pembangunan rancak berkembang. Dulu anak-anak orang PAS yang berjaya ke menara gading boleh dibilang dengan jari. Kini beratus ribu anak orang PAS mendapat nikmat daripada kerajaan UMNO yang zalim dan kejam ini.
 
Sekurang-kurangnya UMNO meletakan agama Islam di tempat sepatutnya. Dunia mengakui Malaysia adalah negara Islam contoh, Malaysia Negara Islam yang maju. Hakikat ini diakui oleh samada negara kafir ataupun negara Islam sendiri, Malah Israel dan Amerika juga mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.  Yang tidak mengiktiraf  Malaysia sebagai negara Islam hanyalah DAP dan PAS, sebab itu mereka boleh bersekongkol.
 
Jokiden nak ulang satu perkara, di mana-mana pun kecuali di Kelantan sebelum PAS menghadirkan diri di satu-satu kawasan tersebut, tempat itu akan aman damai, masyarakatnya bersatu padu, keharmonian jelas terpampang. Namun bila sahaja PAS melalui kader-kadernya berada dan bertapak di satu-satu kawasan tersebut maka bibit perpecahan mula kelihatan. Pulau memulau mula berlaku. Sindir menyindir mula terjadi. Orang itu lebih Islam, orang ini kurang Islamik mula berputik. Perkara ini pernah di ulas oleh Mufti Perak Tan Sri Harussaini dalam Mingguan Malaysia tidak lama dahlu.
 
Kesimpulannya PAS ini memang sama sahaja dengan DAP, patutlah mereka boleh berkawan dengan intimnya sejak kebelakangan ini. Dulu di bibir mereka sahaja perkataan kafir harbi ni, sekarang harbi-harbi ni semua sudah diterima pakai.
 
Ps: Posting akan datang ialah tentang kenapa DSN yang jadi PM, kenapa tidak Nuar Brahim.
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Terkini Salahuddin jugak kata hudud tak sesuai.. apa lagi penyokong PAS, maki hamunlah dia. Klik sini,

    http://networkedblogs.com/BjAqo

    ReplyDelete