Harakah melapurkan PM panik, lalu membatalkan SBPA. Ketua AMK pulak mengatakan PKR ada saham dalam pembatalan SBPA. Katanya PM membatalkan SBPA atas desakan Anwar Ibrahim..bla..bla..bla..
Sementara Naib Presiden PAS memuji pulak tindakan kerajaan membatalkan SBPA dan mengekalkan SSM dengan penambah baikan dalam pelarasan gaji.
Yang sohehnya (saheh) dengan pembatalan SBPA pembangkang telah kehilangan peluru emas yang amat berharga untuk mereka gunakan bagi menembak PM, UMNO dan BN,
Pembangkang sebenarnya berharap sangat kerajaan membuat kesilapan dengan meneruskan SBPA dimana hanya sekitar 6,000 orang yang akan terlebih menerima nikmat ataupun durian runtuh, sedangkan 1.3 juta lagi penjawat awam walaupun menerima kenaikan gaji, sudah tentu merasa tidak puas hati kerana perbezaan kenaikan yang begitu ketara.
Pembangkang akan menggunakan isu perbezaan ini untuk menghasut kaki tangan awam supaya membenci kerajaan kerana lebih mementingkan kumpulan pengurusan yang jumlahnya tidak ramai dan meminggirkan sejumlah besar kaki tangan sokongan.
Pastilah mereka akan mengatakan kerajaan mengzalimi 1.3 juta penjawat awam. Perkiraan mudah mereka ialah 1.3 juta kali 2 campur 1 (suami/isteri dan sorang anak atau keluaga terdekat), maka jumlah yang tidak akan mengundi BN dalam PRU13 pasti melebihi 3 juta dan undi mungkin diserahkan kepada pembangkang. Jika itu terjadi maka mereka pulak yang menerima durian runtuh.
Namun mereka lupa bahawa PM seorang yang cool, berhemah, tidak pernah gelabah, sentiasa perihatin kepada denyut nadi rakyat, maka kebijaksanaan beliau mengatasi semua ramalan orang lain.
Soheh pembangkang hilang satu modal dan terpaksa spin guna cara lain.. hahaha..
No comments:
Post a Comment