Hari ini jadi ketua Bahagian UMNO atau jadi wakil rakyat UMNO esok lusa sudah berubah hidup jadi kaya raya. Dalam negara ini jika seseorang ingin menjadi kaya cepat ia haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin UMNO seterusnya menjadi wakil rakyat, seterusnya menjadi Setiausaha Parliamen, seterusnya menjadi Timbalan Menteri dan akhirnya menjadi Menteri kalau tidakpun menjadi menantu raja.
Sebelum zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kedudukan sosial dalam negara ialah pertama Golongan Kaki Tangan Kerajaan, kedua Golongan Peniaga atau Usahawan dan ketiga Golongan Politik, kecuali yang menjadi menteri.
Apabila Tun Mahathir mengambil alih kepimpinan negara sedikit demi sedikit kedudukan sosial ini mula berubah dimana akhirnya Golongan Politik mengambil alih tempat pertama diikuti oleh Golongan Usahawan atau lebih glamour dengan istilah koperat dan Kaki Tangan Kerajaan jatuh dalam kelompok ketiga.
Kita menyaksikan dominan kaki tangan kerajaan terutamanya guru-guru sebagai perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO telah lama kelamaan diambil alih oleh ahli-ahli koperat atau golongan peniaga. Ahli politik mendapat penghargaan dan penghormatan yang tinggi dalam masyarakat dan ini merupakan pencapaian istimewa Tun Dr Mahathir selain daripada terhapusnya kegilaan kaki tangan tinggi kerajaan yang suka minum arak dalam majlis-majlis sosial mereka sebelum itu.
Peningkatan kedudukan sosial ahli politik ini menyebabkan bidang politik menjadi kegilaan ramai dan semuanya berebut-rebut untuk menceburkan diri dalam dunia yang penuh mencabar ini. Tanggapan menjadi ahli politik dan mendapat jawatan tertentu merupakan batu loncatan mengubah taraf sosial dan gaya hidup seseorang. Akhirnya timbul tanggapan bahawa perebutan untuk mendapat kuasa dalam politik bukan lagi bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, tetapi sebaliknya untuk mengubah keadaan diri dan keluarga.
Sebelum pembangkang menjadikan perkara ini sebagai bahan kempen untuk kepentingan mereka, maka tidak banyak isu timbul, tetapi apabila pihak pembangkang dan juga golongan kecewa dalam parti pemerintah melihat ini sebagai salah satu cara untuk melemahkan parti pemerintah dan mereka mungkin akan mendapat keuntungan politik, maka mereka telah menggunakannya ke tahap maksimum.
Soalnya sekarang jikapun terdapat pemimpin parti yang benar-benar ingin berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara namun perjuangan itu tetap kelihatan cacat kerana pihak pembangkang telah berjaya menanamkan ke dalam jiwa sebahagian rakyat bahawa tujuan sebenar seseorang pemimpin itu adalah jahat, busuk, untuk kepentingan diri dan untuk kekayaan keluarga.
Kejayaan pembangkang ini yang sukar dijelaskan atau disanggah oleh pemimpin pemerintah, dengan sendirinya menutup segala kudis, perilaku sumbang, jahat, tidak bermoral, hipokrit dan talam dua muka ahli politik pembangkang walau dari parti mana sekalipun.
Bagi orang yang tidak suka menganalisa, selalunya perkara negatif lebih diminati daripada perkara positif atau baik. Ini memudahkan pihak pembangkang memanupulasi keadaan melalui pelbagai kaedah seperti pengedaran VCD, kaset, ceramah, risalah, forum dan juga melalui internet.
Kesahihan, ketepatan dan kebenaran berita atau peristiwa yang dipaparkan dalam internet sudah tidak diutamakan lagi oleh segelintir rakyat. Yang mereka banggakan ialah mereka merupakan antara orang yang terdedah kepada maklumat menerusi alam maya ini yang tentunya tidak ramai yang akses kepada medium tersebut. Ini menguntungkan pihak pembangkang yang membuat tuduhan.
Daripada bahan internet ini penyampaian dari mulut ke mulut akan berlaku dan penyampai selalunya akan dikagumi dan kemusnahan telah dilakukan. Contohnya bagi rakyat yang malas berfikir sehingga hari ini masih ada yang percaya bahawa DS Rosmah Mansur dan PM terlibat dalam kes Altantuya pada hal DS Najib telah beberapa kali bersumpah menafikannya.
Daripada mempercayai sumpah PM segelintir orang lebih relah mempercayai kenyataan RPK atau Balasundram, kerana orang lebih mudah tertarik untuk mempercayai perkara negatif.
Di sebuah kampung yang terpencil terdapat seorang anak gadis yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Dia satu-satunya budak celik kampung berkenaan. Cerita kejayaan dia tidak menarik minat masyarakat desa itu dan kegembiraannya hanya dikongsi oleh keluarga terdekat sahaja. Ada juga yang mencebik dengan mengatakan patutlah dia berjaya kerana dia tidak bercampur dengan orang dan dia anak orang politik. Cerita kejayaan itu mati begitu sahaja.
Dalam kampung yang sama beberapa hari berikutnya terdapat seorang gadis yang dirogol oleh kekasihnya, maka cerita itu segera merebak, menjadi bualan di kedai-kedai kopi, menjadi bualan ke beberapa buah kampung yang berjiran malah berita itu merebak sehingga ke Kuala Lumpur. Malah kisah rogol tersebut menjadi minat setiap orang dan ceritanya terus panas hingga berbulan-bulan.
Persepsi buruk yang ditanamkan oleh pembangkang terhadap pemimpin kerajaan memanglah mudah menarik minat rakyat, kerana rakyat merasakan mereka tertipu, teraninyaya, tersilap pilih, mereka tidak dapat apa yang pemimpin dapat dan akhirnya perasaan benci terhadap sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin akan tumbuh segar dalam hati nurani rakyat.
Hari ini jika kita perhatikan terdapat beribu-ribu orang bekas pemimpin UMNO termasuk yang pernah menjadi wakil rakyat dan telah pencen, hidup dalam keadaan melarat, tidak sempurna, tidak dihargai, terasing dan terbuang. Bukan semua yang pernah bergelar YB tersebut akhirnya hidup mewah seperti yang didombakan oleh pembangkang. Malah ada yang ke sana sini dengan hanya berkereta buruk, pada hal semasa menjadi YB dahulu beliau adalah seorang yang amat menjaga kebajikan rakyat.
Memang ada yang menukar cara hidup apabila sahaja menjadi wakil rakyat. Ini diperlukan demi untuk membina imej supaya lebih dihormati oleh rakyat. Ada YB yang menukar kepada kenderaan yang lebih selesa apabila memenangi pilihanraya, namun untuk mengatakan ia mendapat kenderaan itu melaui rasuah atau komisyen adalah tidak adil. Demi untuk menjaga nama baik YB, terdapat sanak saudara dan sahabat handai yang bergotong royong menyediakan pinjaman wang untuk YB membeli kenderaan baru. Ini pastinya tidak salah.
Namun tidak dinafikan terdapat segelintir yang tiba-tiba membeli kenderaan mewah, membina mahligai, bercuti mewah ke luar negara dan pelbagai lagi pebuatan yang mengelikan rakyat. Namun untuk terus menuduh merreka memperolehi itu semua secara tidak sihat, tidak betul dan untuk menunjuk-nunjuk adalah tidak adil jika kita tidak mengetahui kedudukan sebenar.
Menukar imej apabila menjadi YB bukan sahaja terhad kepada wakil rakyat BN malah ia turut dilakukan oleh YB pembangkang. Cuma bezanya YB pembangkang bijak berlakun, mereka hipokrit. Di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang, kebanyakan pemimpin mereka adalah jutawan, namun mereka digambarkan sebagai sangat bersih dengan imej waraq, imej merendah diri dan sederhana.
Terdapat pemimpin mereka menaiki kereta mewah untuk menghadiri sesuatu ceramah, namun untuk kelihatan miskin mereka akan letak kereta 2 atau 3 kilometer daripada tempat majlis berlangsung dan sebuah kereta proton saga buruk akan mengambilnya untuk sampai ke tempat ceramah atau majlis tersebut. Mereka sebenarnya menipu diri sendiri, menipu keluarga dan menipu rakyat. Namun untuk kuasa politik mereka sanggup lakukan itu semua.
Pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ada bezanya dengan pemimpin BN, malah mereka lebih teruk dan lebih rakus lagi daripada pemimpin BN apabila mendapat kuasa. Cuma mereka berjaya melahir dan mengwujudkan persepsi bahawa yang bersikap buruk itu ialah pemimpin BN dan yang suci bersih itu ialah mereka. Persepsi ini masih gagal ditangani oleh pihak pemerintah sehingga hari ini.
Gambaran bukan sahaja dilakukan terhadap para pemimpin BN, malah persepsi buruk, rasuh, kroni, penindas, penyamun wang rakyat dan pemilik harta haram ini turut diberika kepada kaum keluarga pemimpin berkenaan. Untuk mengwujudkan persepsi buruk ini pembangkang sanggup menidakan usaha keras anak watan yang berjaya. Mereka pastinya cuba memalitkan kejayaan seseorang itu dengan unsur-unsur tidak baik seperti rasuah dan putar belit.
Kejayaan anak watan bagi pembangkang bukanlah untuk dibanggakan malah semestinya dikutuk dan diberi gelaran yang tidak enak didengar. Dasar Ekonomi Baru yang banyak membantu kejayaan anak bangsa mestilah diperlekeh demi untuk menidakan kejayaan kerajaan BN.
Lebih tidak adil ialah gambaran hitam yang dipalitkan kepada anak, isteri dan saudara mara. Semua harta atau perolehan mereka sedaya upaya dikatakan secara tidak betul.
Setelah 53 tahun negara merdeka dan pembanguna pesat berlaku, kemajuan terserlah dalam pelbagai bidang, sudah tentulah ramai anak watan, Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban yang berjaya dalam bidang profesyenal. Selepas memiliki kerjaya yang hebat dalam tempoh 10 tahun atau membuka perniagaan sendiri para profesyenal ini sudah tentu mampu untuk memiliki kereta mewah dan rumah besar.
Malang bagi anak-anak pemimpin UMNO dan BN yang jadi jurutera, doktor, peguam, akauntan atau juruterbang ababila mereka ingin membalas jasa baik kerajaan lalu menjadi ahli Pemuda UMNO atau Puteri UMNO, dan menghadiri program parti dengan datang memandu kereta mewah, mereka akan segera dicop sebagai ingin menunjuk-nunjuk harta rasuah.
Namun anak profesyenal PAS, DAP dan PKR tidak pula digambarkan sebagai memperolehi semua itu dengan cara haram sebaliknya dengan usaha gigih mereka sendiri. Terdapat pemimpin parti pembangkang yang terlalu mabuk kuasa, secara tidak sedar diri ingin melupakan segala jasa baik kerajaan dalam menglahirkan beliau sebagai seorang profesyenal. Jika pun beliau tidak mampu untuk berterima kasih kepada jasa kerajaan menanggung segala perbelanjaan pembelajarannya, janganlah digigit tangan orang yang pernah berjasa kepadanya.
Ratusan ribu anak-anak orang PAS atau PKR yang menerima bantuan 100 peratus dari kerajaan dan akhirnya berjaya memperolehi kelulusan cemerlang dan menjadi anak yang mempunyai masa depan di negara bertuah ini telah dihasut dan dididik supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan. Mereka menanamkan persepsi bahawa adalah menjadi tanggung jawab kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan dan rakyat tidak perlu berterima kasih kerana rakyat membayar cukai. Berapa banyak orang PAS dan PKR yang membayar cukai dan berapa billion jumlah cukai yang dibayar? Agaknya ciput je tak?
Sekarang ini demi untuk menjaga hati penyokong dan pengundi, terdapat anak-anak UMNO yang ingin menghadiri program UMNO akan menaiki kereta buruk sahaja, kereta mewah atas usaha titik peluh mereka ditinggalkan di rumah takut dituduh ingin menunjuk-nunjuk atau gagal menjelaskan bahawa kereta itu hasil usaha sendiri sebagai sorang doktor. Terdapat anak-anak UMNO yang berpakaian tidak senonoh dan hodoh dikala menghadiri program kerana bimbang dituduh untuk bergaya atau berlagak.
Semua ini harus ditamatkan. Setelah 53 tahun merdeka tidak kira anak siapa, jika mampu memiliki kereta mewah, rumah besar, silakan dan nikmat kemajuan ini dan sebagai anak merdeka, mestilah diambil. Persetankan dengan persepsi pembangkang yang selamanya hodoh dan melampau. Meluncur lajulah dengan kereta mewah anda di mana-mana lebuhraya dan jangan sesekali merasa bersalah kerana memperolehi nikmat tersebut.
Juga tidak adil sebagai seorang Menteri seperti Ong Tee Keat, Samy Vellu atau Mustapha Mohammad yang menjaga kebajikan rakyat dan negara tetapi membiarkan anak beliau menjadi pemotong rumput atau mencuci tandas. Sekurang-kurangnya sebagai ayah yang perihatin anak-anak beliau semestinya dicarikan pekerjaan yang munasabah dan sesuai atau diberi peluang untuk memiliki rumah kedai atau perniagaan sendiri dan dibantu sedikit sebanyak.

PERSEPSI SAMPAI BILAPUN TIDAK HABIS
No comments:
Post a Comment