Setelah 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh kerajaan dan sukar bagi sesiapa sahaja yang berfikiran rasional untuk menafikan hakikat ini.
Kejayaan yang tiada tolok bandingannya ialah keharmonian hidup antara kaum yang begitu ketara yang dinikmati sejak merdeka. Jika tidak berlakulah peristiwa hitam 13 Mei 1969, pastilah rekod bersih dan cemerlang ini berdiri megah sebagai bukti kejayaan pemerintahan negara yang telah menjangkau usia lebih setengah abad ini.
Pencapaian rakyat dalam pelbagai bidang telah mengatasi pencapaian banyak negara yang seusia Malaysia. Kadar celik huruf jauh mengatasi negara India yang merdeka lebih dahulu dari Malaysia walaupun dari segi saiz penduduk India jauh mengatasi Malaysia, namun sistem pembelajaran negara telah memungkinkan rakyat mendapat pendidikan asas yang sempurna.
Perkapita penduduk Malaysia jauh mengatasi perkapita Republik Indonesia. Prasarana negara jauh mengatasi banyak negara lain dan menyamai standard negara maju. Malah dalam kebanyakan bidang pencapaian negara adalah luarbiasa dan hampir setaraf pencapaian negara maju.
Bangunan pencakar langit tumbuh di serata bandar yang dibina dengan teknologi moden, sedangkan pada masa yang sama banyak negara asing masih menggunakan teknologi lama dan primitif. Malah satu ketika Malaysia pernah mencatatkan nama sebagai negara yang memiliki dua buah bangunan tertinggi di dunia.
Ekonomi negara berkembang pesat dari setahun ke setahun dan bukannya bertambah menguncup. Dikala banyak negara menghadapi krisis ekonomi dan mata wang suatu ketika dahulu, negara terselamat dengan langkah berani yang diperkenalkan oleh kerajaan. Banyak negara ketika itu, termasuk negara maju seperti Korea Selatan terpaksa berhutang dengan IMF. Malaysia dengan beraninya memperkenalkan kawalan ke atas mata wang negara dan penyangak mata wang sudah tidak boleh lagi memunipulasi turun naik mata wang negara ketika itu.
Tidak ramai rakyat yang berterima kasih kepada kerajaan ketika itu. Malah terdapat tokoh-tokoh utama negara dan masyarakat yang turut sama senada dengan negara asing mengutuk tindakan drastik kerajaan Malaysia memperkenalkan kawalan ke atas mata wang negara.
Masih segar dalam ingatan saya bagimana mantan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak. Malaysia segera digelar negara pariah. Kekuatan iltizam, mental dan keyakinan tinggi Tun Dr Mahathir sebenarnya menjadi kunci kejayaan tindakan tersebut.
Terdapat para menteri yang beliau lantik telah tidak menyokong tindakan beilau dan turut menikam beliau dari belakang. Jika terdapat beribu kejayaan Tun Dr Mahathir sepanjang 22 tahun beliau memerintah Malaysia, saya tetap mengatakan bahawa tindakan berani beliau dalam memperkenalkan kawalan ke atas mata wang negara adalah merupakan kejayaan terhebat beliau.
Maruah negara walaupun pada awalnya diragui oleh banyak pihak, namun akhirnya ternyata Malaysia berdiri megah kerana tindakan berani Tun Dr Mahathir telah berjaya menyelamatkan negara daripada muflis. Akhirnya juga para pengkritik beliau terpaksa gigit jari dan akur bahawa tindakan beliau adalah tepat.
Akhirnya juga beberapa tahun berikutnya beberapa negara asing turut meniru langkah yang telh diambil oleh Tun dalam menangani sebarang krisis ekonomi yang disebabkan oleh spekulator mata wang. Dalam perkara ini smpai bila-bila pun rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada beliau.
Menulis tentang kejayaan dan pencapaian negara sejak merdeka sebenarnya memerlukan masa yang panjang kerana sejarah telah membuktikan kehebatan pencapaian tersebut.
Di mana sahaja kita berada, apabila membuka mata dikala bangun pagi, sambil menghirup udara nyaman di bumi yang merdeka ini, kita akan dapat melihat suasana yang aman tenteram, tanpa kacau bilau seperti di sesetengah negara lain.
Ini jelas menjadi bukti kejayaan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO dan disertai oleh 14 buah komponen parti lain. Kerjasama erat sejak merdeka ini berjaya dikekalkan kerana terdapat sikap tolak ansur dalam memperjuangkan hak kaum masing-masing.
Tanpa semangat toleransi yang tinggi dikalangan kaum-kaum ini jangan mimpi negara kita akan terus aman sejak 53 tahun yang lalu. Jadi kejayaan ini sebenarnya menjadi bukti sahih nan kukuh, bahawa kerajaan BN sejak dulu telah berjaya mentadbir negara berbilang kaum ini dengan jaya dan jitunya. Jika dasar2 BN selama ini bobrok, rasuah, pentingkan diri, menindas rakyat dan sebagainya sudah pastilah kerajaan ini tidak akan mampu bertahan begitu lama.
Bila BN berjaya memerintah negara selama lebih setengah abad ini, bermakna segala dasar dan perlaksanaan yang dilakukan adalah baik untuk rakyat dan tidak menindas. Tidak seperti di Jepun, India, Indonesia, Filipina, Thailand, Pakistan dan banyak contoh lagi dimana parti-parti dominan di awal kemerdekaan akhirnya ditolak oleh rakyat.
Lalu apa sebenarnya yang berlaku sejak 10 tahun lalu, dimana kerajaan Malaysia, BN khususnya dimomokan sebagai gagal memerintah negara ini. BN digambarkan sebagai sebuah pertubuhan yang gagal membawa apa-apa pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat negara ini.
Semuanya kini seolah-olah tidak berguna lamgsung, Malaysia digambarkan seolah-olah negara miskin, negara kuku besi, penindas dan semua sistem yang diguna pakai dalam negara ini adalah ketinggalan zaman, mundur dan korup.
Segala rupa dan bentuk keburukan sekarang ini dilabelkan kepada pihak pemerintah oleh pihak pembangkang yang telah mula merasai nikmat kuasa. Gambaran terhadap kerajaan pada hari ini dilukiskan dengan segala keburukan seolah-olah kerajaan ini tidak pernah langsung berjasa kepada rakyat negara ini.
Kerajaan pimpinan UMNO ini digambarkan dengan segala kekotoran yang tidak masuk akal dan rakyat diajak supaya terus membenci pimpinan kerajaan yang telah banyak berjasa ini.
Semua ini adalah persepsi negatif tentang kerajaan yang cuba ditanamkan oleh pembangkang dengan harapan akhirnya rakyat akan termakan juga momokan mereka, lalu melupakan segala keburukan, kelemahan serta kegagalan pihak pembangkang. Persepsi ini diwujudkan supaya akhirnya rakyat diharap akan mengalihkan sokongan kepada mereka pula.
Untuk mengwujudkan persepsi buruk ini pihak pembangkang menggunakan pelbagai taktik, pelbagai pihak, pelbagai tenaga, pelbagai medium dan pelbagai peralatan. Semuanya dikerah demi untuk tujuan yang satu iaitu untuk menggambarkan betapa buruk, betapa gagalnya, betapa korupnya, betapa sialnya, betapa zalimnya dan betapa tidak demokratiknya kerajaan BN ini.
Coretan mengenai persepsi ini akan ditulis dalam posting yang akan datang. Dalam sebuah keluarga mungkin ada seorang dua ahli yang tidak keruan atau bermasalah. Dalam sebuah organisasi mungkin ada seorang dua yang tidak berguna. Dalam sebuah sekolah mungkin ada seorang dua murid atau guru yang bermasalah. Dalam sebuah negeri mungkin ada rakyat yang bermasalah atau menimbulkan masalah.
Begitu juga dalam organisasi kerajaan mungkin ada yang tidak beberapa baik anggotanya. Dalam kabinet pun mungkin ada yang rosak, namun janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Atau lebih tepat lagi jika ada berperangai buruk, janganlah anggap keseluruhan anggota kaboinet itu begitu. Masih ramai yang sebenarnya baik dan berguna dan membela rakyat. Dalam setandan kelapa mungkin ada sebuah dua yang mumbang.

No comments:
Post a Comment