Friday, December 14, 2012

Ini Disebabkan Terlampau Ego Atau Lupa Daratan Ke Ni..


"Ekau jangan main-main Khalid, tosilap cakap mampusss!!!, jangan jadi Taliban!!"
 

Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa buktikan dahulu yang ibu-ibu tunggal yang berjumlah beribu-ribu orang di Selangor tersebut telah benar-benar mengundi PKR, DAP atau PAS, barulah berhak menuntut royalti RM100 sebulan yang dijanjikan itu.
 
Terkedu juga kita mendengarnya kerana dia boleh sesuka hati memperbodohkan daya pemikiran ibu tunggal berkenaan. Jika itulah pra syaratnya maka Khalid perlukan kelulusan khas daripada SPR supaya wakil-wakil pemerhati pembangkang dalam setiap bilik mengundi dibenarkan membuat catatan siapa yang pengundi pangkah dan membawanya kepada Khalid untuk dibayar royalti.
 
Sistem demokrasi kan jelas setiap undi itu sulit dan apabila rakyat telah membuat keputusan dan kerajaan telah dipilih serta dibentuk, maka menjadi tanggung-jawab kerajaan yang memerintahlah untuk menjaga segala kebajikan rakyat di bawah jajahan takluknya.
 
Kan itu juga yang selama ini dituntut oleh pembangkang sehinggakan mereka diajar supaya jangan berterima kasih kepada setiap budi baik kerajaan UMNO/BN kerana itu memang telah menjadi kewajipan dan di pihak rakyat pula sudah menjadi hak termaktub.
 
Jika cara Khalid inilah yang nak diikut oleh UMNO/BN, maka jawapnya suku kakitangan kerajaan tidak akan mendapat bonus pada 18 Disember ini. Lebih mudah lagi untuk mengenal pasti ialah mereka yang telah pencen dan akan menerima bonus pada 17 Disember depan sekiranya telah menyertai parti pembangkang maka ikut cara Khalid tak yak dapat bonuslah. 
 
Layanlah dengan cara baik rintihan ibu-ibu tunggal tersebut wahai MB. Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja. Jangan tunjukan sangat ke egoan tersebut. Melepaskan hajat ibu-ibu tunggal serta janda-janda kan ke besar sangat pahalanya.
 
Atau mengaku sahaja bahawa janji tersebut tidak aklan dilaksanakan kerana duit Selangor dah kering, atau duit sudah digunakan untuk urusan lain yang lebih penting atau duit ada tetapi untuk digunakan sepenuhnya dalam PRU13 kelak. Senang cerita.
 
Tak perlulah nak ikut cara DAP PP yang mengatakan janji-janji tersebut tidak perlu ditepati kerana ia janji yang tidak disengajakan. "Ingat kita tidak boleh menang hari tu.."
 
Jika hati ibu-ibu tunggal ini terus disakiti bayangkan kesannya kepada sokongan yang bakal hilang kelak 6000 orang kali dengan 4 orang dalam sekeluarga, jumlahnya sudah melebihi 20,000 tu. Dalam saat getir ini satu undipun penting wahai 'MB terbaik' dan MB yang mempertikaikan kemampanan ekonomi negara seperti unjuran yang di buat oleh Morgan S.

Mengenai air bersih di Selangor Khalid dilaporkan sanggup bertahan sehingga 100 tahun, dia tidak akan tunduk dengan isu Langat 2. Apa salahnya beri kerjasama demi untuk rakyat kerana masalah akan menjadi lebih rumit selepas 5 ke 10 tahun dimana Khalid mungkin sudah tidak ada lagi dalam senario politik tanah air.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Thursday, December 13, 2012

Patutlah Nuar Meroyan Sakan..


 

Kita pun tertanya-tanya juga kenapa Nuar geram sangat dengan Pas, dgn Hj Hadi, dgn Takiyuddin dan dgn Nik Aziz. Ingatkan pasal Hj Hadi menyokong penuh dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang memberikan subsidi disel kepada para nelayan.
 
Rupanya ada sebab lain yang Nuar Meroyan dan membiarkan Karpal Singki membelasah Hj Hadi. Sebabnya ialah isu video. Klik Sini. dan sini
 
Nuar ni pobhia sikit bila sebut video-video ni. Dulu dia seronok dah sebab emimpin Pas kata, video cuma besi dan tidak boleh dijadikan saksi untuk sebarang pembuktian apa-apa kespun.
 
Kini Pas dah mula nak jilat ludah sendiri. Video boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu kejadian. Maunya Nuar tak bengkak.
 
Menjadikan Nuar dan Ambiga lebih meroyan ialah Pas menangkap dua orang yang sama jantina kononnya sedang berduaan-duaan dalam sebuah kereta sedang menikmati waktu santai melihat kapal terbang turun naik.
 
Hak asasi mereka dinodai dan dinafikan. Jika mengikut kemahuan puak-puak LGBT ni, apa kisah dengan perlakuan dua orang yang sama jantina dalam kereta milik mereka?? Boleh belako..
 
Dua tiga hari ni pulak sibuk dengan isu pemilik salon gunting rambut di Kota Baru kena saman, sebab tukang gunting perempuan menggunting dan memegang kepala lelaki. Kepala lelaki mana boleh dipegang sesuka hati oleh kaum perempuan.
 
Apapun dua isu ini nampaknya bakal menyebabkan 'keharmonisan' hubungan dalam pakatan pembangkang menjadi semakin berkurangan.
 
Pas ingin membuktikan sesuatu. PKR ingin menjaga hati kedua-dua pihak. DAP pulak ingin menunjukkan mereka tetap jaguh dalam menundukkan Pas.
 
Keputusan EXCO Kelantan yang bersidang semalam, memberi tamparan kepada semua pihak. Mereka akur dengan tuntutan DAP. Sokongan sepatutnya diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan sesuatu bagi menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU13 ini.
 
DAP pulak semacam tidak mahu berkompromi dengan Pas. Nuar dalam hal ini hanya senyum simpul. Sebenarnya dalam dua isu ini Pas boleh bertindak, cuma mestilah dengan cara yang bijaksana. Janganlah sampai tindakan tersebut seperti yang digambarkan oleh Kepal Nasi Kepal Beras iaitu meletakan katil dan tilam di ruang tamu dan bukannya dibilik tidur..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, December 11, 2012

Janji Ditepati..Guan Eng Bakal Tumbang Di PP..


Bertemu kawan lama
DR. MAHATHIR Mohamad bertanya khabar dengan rakan lama beliau, Ahmad Mat (duduk), 87, dari Kampung Bukit Berangan, Belantik semasa melawat Kampung Pelangi, Gulau, Sik, Kedah, semalam. - BERNAMA
 

Nampaknya marah betul Lim Guan Eng dengan kempen terkini Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN di Pulau Pinang tempoh hari. Secara halus dan bernada rasis beliau mengingatkan bahawa pengundi Cina tidak mungkin akan tergoda dengan janji-janji PM itu. Contoh yang beliau kaitkan ialah semasa PRK di Sibu.
 
Guan Eng juga mungkin tersedak dan tersentak dengan kemasukan Zaharain Hashim bersama lebih 300 orang penyokongnya ke dalam UMNO. 300 di dikalikan dengan 4 sahaja sudah menjadi 1000 orang lebih yang bakal menjadi jentera UMNO/BN dalam PRU13 kelak di Bayan Baru.

Dia ni seorang pemimpin yang suka putar belit yang suatu ketika dahulu di labelkan sanggup masuk penjara semata-mata kerana hendak membela seorang gadis sunti Melayu. Ish..ish.. bila pulak dia membela gadis berkenaan??

Faktanya dia terperosok dalam penjara sebab menghina mahkamah, mempertikaikan keputusan mahkamah, maklumlah dia super hebat, super berani.

Cantiknya demokrasi berparlimen di Malaysia ialah bekas banduan masih boleh meraih kehidupan popular dan masih diterima menjadi 'pemimpin' masih boleh menjadi YB dan masih boleh menjadi Ketua Menteri.

Semasa dia keluar penjara pemimpin Pas yang paling tinggi mengangkat bendera meraikan pembebasan dia di Plaza Tol Air Keroh ialah Timbalan Presiden Pas sekarang, tetapi berbaloilah kerana dia akhirnya melantik Mat Sapu menjadi bos air di PP dengan kemudahan VVIP.

Sedap mulut je dia mengkritik Perdana Menteri dengan mengatakan PM menabur janji untuk PRU13. Yang dia selama bertahun-tahun menabur janji bulan bintang cakrawala tu dia tak sedar pulak.

Memanglah dalam kempen untuk menarik sokongan janji amat perlu. Soalnya PM dan BN bila berjanji seboleh mungkin akan ditunaikan apabila mendapat kejayaan, Maksudnya janji ditepati.

Pembangkang pulak bila berjanji bukan untuk ditepati tetapi untuk memainkan sentimen rakyat semata-mata. Janji hapuskan tol, apabila menang dan rakyat menagih janji berkenaan, selamba je pembangkang mendakwa janji tersebut tidak boleh pakai sebab itu janji tak sengaja. "ingatkan kita tidak boleh menang" pulak. Siapa mereka nak bodohkan ini.

Manifesto PRU bukannya janji, itu cuma main-main sahaja. Sebab itu ibu tunggal 2020 orang menyaman pembangkang di mahkamah.

Bila menyedari kedudukannya di PP semakin tidak selamat dan goyah, LGE nampaknya semakin meroyan sehinggakan air mata perwakilan di Perhimpuan Agung UMNO turut menjadi bahan ceramah dan sindiran beliau.

Bila Ketua pembangkang di DUN PP bertanya kenapa jumlah kemasukan pelabur asing ke Pulau Pinang pada tahun ini begitu merudum, bukan dia nak menjawabpun sebaliknya segera mengatakan itu fitnah jahat, putar belit dan sengaja nak memburukan kerajaan DAP di PP. Jawap jelah, kenapa dan bersilat lidah. Jika tak faham soalan, minta ulang semula, kenapa pelaburan asing cuma RM1.8 sahaja kerana pada tahun 2010 ianya berjumlah lebih RM10 billion.

Tak reti sangatkah kerajaan DAP hendak mendapatkan pelaburan baru. Dulu bukan main bongkak mendakwa PP masih terus mendapat kepercayaan asing dan pelaburan FDI melonjak. Lupa pulak dia bahawa itu semua adalah hasil usaha kerajaan BN yang terdahulu.

Berbangga dia apabila dipuji melangit oleh pemimpin Pas bahawa peruntukan untuk Agama Islam meningkat menerusi pembentang bajet setiap tahun. Tetapi kenapa pewruntukan itu tidak dibelanjakan?? saja nak mengkaburi mata rakyat ke?? Lapuran Audit mengesahkan perbelanjaan untuk urusan agama tidak dibelanjakan sepenuhnya. Datuk Dr Helmi juga pernah menulis di akhbar mengenai perkara ini.

Apa yang pembangkang tidak janji dalam PRU12 dulu? semua mereka hamburkan dalam kempen mereka. Hendak memperbaiki itu dan hendak menyelamatkan ini, segala-galanya. Bila rakyat memberikan kepercayaan dan amanah kepada mereka, maka mereka lupa dan lalai dibuai oleh ulitan kuasa yang enak.

Mereka hendak menyelesaikan segala kemungkaran UMNO/BN, kemungkaran kerajaan, kemungkaran pemimpin namun setelah berkuasa rakyat melihat mereka lebih teruk lagi daripada orang yang mereka pernah tuduh.

Berbuih mulut mereka setiap malam menyebut segala isu daripada isu babi, isu hudud, isu minyak, isu subsidi, isu kroni, isu SPR, isu polis, isu rasuah, isu air, isu rumah, malah segalanya seolah-olah akan terhapus semua sekali jika rakyat memberi mereka mandat. Setelah mendapat kuasa di beberapa negeri?? apa yang terjadi??? Jawablah sendiri, PRU13 hampir menunjukkan diri.

Bercakap memang mudah. Berjanji memang mudah, namun sebelum pembangkang naik leka dan masih bernostalgia dengan kemenangan dulu harus diingatkan bahawa punca penolakan rakyat terhadap UMNO/BN bukanlah semata-mata yakin dengan kemampuan pembangkang.

Rakyat ingin 'mengajar' kerajaan dan pemimpin. Jika pemimpin lupa daratan, tidak boleh ditegur, maka rakyat gunakan peti undi untuk memberikan peringatan. Ramai yang berkata, " alah undi aku seorang tak menjadi kudis.." akhirnya apabila ramai yang ke peti undi dengan sikap yang demikian maka keputusannya di luar jangkaan. Itu sahaja, bukannya rakyat menerima agenda pembangkang sepenuhnya.

Pembangkang apabila mendapat kuasa rupanya serupa sahaja dan mereka juga melakukan segala kemungkaran. Ibarat beruk dapat bunga atau sikudung mendapat cincin. Kata dulang paku serpih..

Pemimpin kerajaan pula sebaliknya cepat menginsafi keadaan dan berubah kerana tidak mahu terus diubah. Transformasi berlaku setiap  hari, setiap waktu diterajui oleh Perdana Menteri meliputi segenap denyut nadi rakyat. Slogan 1Malaysia rakyat didahulukan, janji ditepati, zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan terkini 1Malaysia tolak fitnah, semakin dihayati oleh rakyat.

Rakyat akan terus selamat di bawah teraju UMNO/BN. Rakyat akan kembali menyokong UMNO/BN. Yakinlah. Buktinya semua ceramah Perdana yang melibatkan pemimpin besar pembangkang telah gagal menarik pendengar.

 
Saya akan kembali bertanding di Melaka sebab PP tidak lagi selamat untuk saya. 
 
 
Ceramah Di Klang.. 200 orang je hadir??? paghah!!!

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, December 4, 2012

UMNO/BN Bukan Milik Sdn Bhd..


Perhimpunan Agung UMNO 2012
 

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari dan sehingga bulan Mac tahun hadapan rasanya fokus pemimpin, ahli parti dan rakyat kebanyakanya ialah tertumpu kepada pembubaran Parlimen dan PRU13 akan diadakan.
 
Topik perbualan di warung-warung kopi atau di loby Hotel mewah juga tidak boleh lari dari kisah PRU ini.
 
Pelbagai kisah daripada kekuatan parti, ramalan terkini, sehinggalah kepada bakal calun dan YB yang bakal digugurkan tidak lepas daripada tajuk perbualan.
 
Sipolan akan digugurkan, sipolan calun winabble, jika sipolan tidak dicalunkan parti ini dan itu akan kalah.
 
Membaca blog-blog politik dari NSDK juga paparan di FB ternyata perbualan juga berkisar kepada PRU13. Ramalan berlegar setiap minit. Tidak terkecuali ialah kisah sabotaj parti, sabotaj calun oleh orang tertentu yang bakal menghantui senario politik tanah air hari ini.
 
Presiden parti dalam penggulungan hujah di Perhimpunan Agung UMNO juga tidak lupa berpesan malah beliau mengwar-warkan satu kaji selidik yang perlu dijawab oleh setiap pendukung parti. "Sekiranya anda tidak terpilih sebagai calun, apakah anda akan...??? Lima andaian sebagai jawapan yang digariskan oleh PM.
 
Kisah sabotaj, merajuk, keluar negara, tidak menunjuk muka serta cah keting bukanlah perkara baru dalam mana-mana PRU di negara ini. Pemimpin parti sejak dahulu sehingga kini sering mengingatkan betapa pentingnya ketaatan kepada pemimpin parti dan kepatuhkan kepada setiap keputusan yang telah diambil.
 
Sungguhpun berkali-kali diingatkan, namun perbuatan sabotaj dan sebagainya itu berlaku juga. Akibatnya calun yang dipilih tidak mendapat sokongan yang padu dan parti akhirnya akan kalah.
 
Ada yang berpuas hati dan merasa gembira apabila calun yang dia tidak sokong kalah kerana itu membuktikan bahawa pemimpin telah tersilap memilih calun. Pemimpin tidak akan tersilap dan calun akan menang sekiranya dia yang dipilih.
 
Pemimpin atau ahli parti yang sebegini sebenarnya merugikan parti. Jika calun yang dipilih tidak disokong kerana ingin membuktikan sesuatu, maka yang rugi ialah parti.
 
Untuk PRU13 ini semuanya seolah-olah menjadi getir. Sebab itu Presiden Parti dan Pengerusi BN mengingatkan berkali-kali betapa pentingnya ahli parti menyokong sepenuh hati calun-calun yang bakal terpilih nanti.
 
 
Transformasi politik pastinya akan dilaksanakan oleh Presiden parti selpeas ini walaupun tidak disukai oleh sesetengah pemimpin. Perubahan terpaksa dilakukan demi masa depan parti, rakyat dan negara.
 
Terdapat kini pemimpin BN yang telah bertanding dalam PRU sebanyak 3 hingga 6 penggal. Bermakna telah menabur bakti selama antara 12 hingga 20 tahun. Tidak mengapa jika tidak mahu berundur, tetapi jika nama tidak tersenarai, jangan cuba-cuba hendak membuat angkara.
 
Jika YB-YB  yang telah otai ini masih juga dikekalkan, kebolehan dan kemampuan mereka setakat itu sahaja. Mereka tidak  akan tiba-tiba sahaja menjadi gemilang dan terbilang selepas PRU13 kelak. Bagi orang lain pula kesempatan untuk menabur bakti. Pusaka bergilir pemimpin berganti.
 
Mereka yang tidak terpilih ini tidak kira siapa mereka, apa kedudukan mereka sekarang, mestilah insaf bahawa masa mereka telah tamat sebagai YB. Berbaktilah dengan cara dan saluran lain pula.
 
Jika masa kita dahulu berduyun-duyun orang menyokong demi untuk memenangkan kita, apa salahnya kali ini kita pula mendukung dan menyokong orang lain agar parti mencapai kejayaan.
 
Bagi ahli parti, orang parti dan rakyat biasa kita mesti sedar bahawa kuasa kita adalah penting. Sekiranya terdapat pemimpin yang tidak terpilih, mereka mengajak kita mengikut mereka mensabotaj calun yang dipilih oleh pucuk pimpinan maka peranan kita adalah jelas, iaitu tinggalkan mereka begitu sahaja.
 
Katakan kepada mereka bahawa kita menyokong parti dan mengutamakan parti. Tidak ada makna sekiranya calun parti kita kalah dan air muka kita jatuh terkebawah.
 
Sebelum pemimpin yang tidak terpilih ini berjaya mengsabotaj parti dalam apa bentuk sekalipun, maka mari kita beramai-ramai mengsabotaj beliau dengan menjauhkan diri dari mereka dan menumpukan sepenuh sokongan kepada calun yang terpilih.
 
Soal tidak puas hati memang tidak dapat dielakkan. Samada calun diumumkan awal atau lambat, perasaan kecewa tidak dapat dihindarkan. Ada pro dan kontranya jika calun diumumkan terlalu awal.
 
Yang penting setiap ahli parti mestilah menerima hakikat bahawa daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terpilih sebagai calun hanya sekitar 0.003 peratus  sahaja. Selebihnya adalah merupakan pendukung parti.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, December 3, 2012

Anggota Polis Malaysia Telah Berlebihan..


 

Kepada pembaca blog, Jokiden mohon maaf kerana blog ini lama tidak diupdate. Tidak ada apa-apa masalah, cuma masa agak terhad sejak Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. Pada Sabtu dan Ahad pula banyak sangat jemputan kenduri.
 
Blog ini akan dikemaskinikan seperti biasa. Sebelum itu mari kita baca artikel yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia ini jika ada yang terlepas pandang dan sama-sama kita renungkan.
 
 

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.
 
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.
 
"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.