Wednesday, December 30, 2009

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Selamat Tahun Baru.

Menulis bukan sesuatu yang mudah, ianya memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi. Membaca juga bukan sesuatu yang mudah, banyak masa diperlukan untuk membaca. Selalunya jika saya membaca sesebuah buku tidak kira apa jenisnya maka saya membaca secara beransur-ansur. Ia akan mengambil masa seminggu, dua minggu, sebulan malah ada buku yang saya baca hingga tiga bulan barulah saya mampu menghabiskannya.

Kira-kira dua bulan yang lalu saya membeli sebuah buku bertajuk "UMNO Akhir Sebuah Impian" Buku ini tidak beberapa tebal, tidak sampaipun 200 muka surat. Saya mula membacanya kira-kira jam 10.30 malam.

Gaya penceritaannya menarik dan hampir separuh daripada isi kandungan buku tersebut telahpun saya ketahui isinya melalui bayangan imiginasi saya. Kisah-kisah di dalamnya telah banyak yang saya dengar samada melalui perbualan hari ke hari dengan pelbagai jenis orang mahupun melalui penulisan pihak-pihak lain.

Yang menariknya cara penulis buku tersebut menyampaikan ceritanya secara santai dan bersahaja dan beliau telah berjaya memaksa saya meneruskan pembacaan saya tanpa henti. Saya mengikuti setiap baris ayat yang dituliskan. Saya cuma sesekali berhenti rihat sekadar kurang dari setengah jam.

Akhirnya saya selesai membaca "UMNO Akhir Sebuah Impian" kira-kira jam 11.00 pagi keesokan harinya tanpa henti selama hampir 13 jam. Sudah tentu ramai yang telah membaca buku tersebut yang ditulis oleh seorang tokoh Veteran UMNO yang telah banyak berjasa iaitu Tan Sri Mohammed Rahmat yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini Jumaat, 1 Januari 2010. Pemergian beliau mengejutkan saya dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, ameen..Alfatihah.

Saya teringat kisah perbualan Allahyarham dengan anaknya yang menekankan jika tidak sekarang, bila lagi beliau akan memulakan penulisan beliau tentang sejarah perjuangan beliau dalam politik. Saya sendiri memahami bahawa hasil tulisan beliau yang pertama tersebut bukanlah merupakan yang sempurna kerana banyak lagi kisah yang tersimpan dalam ingatan beliau.

Dua hari lalu bekas Presiden Indonesia Abdul Rahman Wahid yang lebih dikenali sebagai Gusdur juga telah kembali ke Rahmatullah dan semuga Allah juga merahmati rohnya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Hidup mesti diteruskan..




Tahun baru juga menjelma dengan pengumuman kerajaan tentang kenaikan harga gula sebanyak 20 sen se kilogram. Banyak komen yang saya sempat dengar di TV, ada yang setuju, ada yang akur dan ada yang tidak beberapa setuju. Biasalah mana ada 100% setuju. Kaitan juga dibuat dengan kenaikan yang bakal berlaku ke atas barang lain yang melibatkan penggunaan gula. Itupun perkara biasa.
,
Ada juga yang tiba-tiba mengaku sebagai rakyat yang berpendapatan rendah akan susah dengan kenaikan ini. Betul ke kenaikan 20 sen menyebabkan rakyat susah? Elok juga kita lihat perbandingan ini
,
Harga baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sekilogram berbanding Thailand (RM2.50), Singapura (RM3.05), Indonesia (RM3.40) dan Filipina (RM3.62),” katanya.
.
Sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU