Tuesday, March 12, 2013

Ini Buktinya Pas Semakin Jauh Dari Rahmat Allah..

Perjalanan yang tidak direstui.. Inipun salah UMNO ke??
   

Pemimpin Pas semakin dimurkai oleh Allah swt. Sebabnya ialah mereka terlalu berani dan melampau dalam menyalahgunakan agama Allah untuk kepentingan politik sempit mereka. Apa sahaja sekiranya mereka tersepit, mereka akan cuba menghalalkan sesuatu tersebut dengan menggunakan agama.
 
Pengikut mereka pula sebahagiannya begitu taksub dengan pemimpin mereka lalu tiada pilihan dan mereka telah bersubahat dalam maksiat dan kemungkaran. Pengikut yang terpedaya dengan tipu muslihat pemimpin Pas dan tidak menjauhkan diri tetap mempunyai saham dalam urusan kemungkaran tersebut.
 
Pas kini sudah buta hati dan buta perut. Segala-galanya hendak dipolitikkan tanpa sedikitpun rasa bersalah. Seboleh-bolehnya keuntungan politik ingin dicari melalui peristiwa setiap tragedi. Warga Pasir Mas telah turut terkorban di Lahad Datu, tidakkah ada terasa apa-apa di hati puak-puak Pas ini.
 
Malam tadi di Bahagian Jempol Negeri Sembilan, Pas menganjurkan ceramah. Tahu siapa penceramah jemputannya?? Tidak lain dan tidak bukan ialah Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua.
 
Beribu-ribu penceramah pakatan sedia untuk menabur segala fitnah, di mana sahaja, kenapa Pas Jempol memilih dan menjemput Tian Chua.? Kenapa Pas Jempol memberi peluang kepada Tian Chua sedangkan mereka tahu Tian Chua sedang panas punggung akibat menuduh kejadian di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.
 
Adakah Pas ingin test market, nak tengok orang Negeri Sembilan boleh menerima kehadiran Tian Chua atau tidak. Adakah Pas ingin menduga sejauh mana kemarahan orang Melayu lalu membawa Tian Chua ke kawasan Melayu di Jempol.
 
Perbuatan menjemput Tian Chua di pentas ceramah oleh Pas samalah biadapnya dengan kenyataan Tian Chua yang menghina anggota polis yang terkorban tersebut. Pas sengaja tunjuk belang. Pas sengaja ingin memuliakan Tian Chua di saat orang Melayu sedang membara kemarahannya.
 
Orang Melayu sedang beremosi dengan kenyataan Tian Chua, tetapi Pas melihat sebaliknya dan ingin mempastikan apakah benar Tian Chua ini dibenci oleh masyarakat Melayu.
 
Wahai Pas, kamu sahaja yang bersekongkol dengan Tian Chua. Orang Melayu yang ada maruah tidak sekali-kali dapat memaafkan perbuatan Cina kafir terkutuk ini.
 
Mempertahankan negara ini wajib wahai Pas. Fisabilillah wahai Pas, jika yang gugur tidak mendapat Syahid Akhirat mereka akan mendapat syahid dunia. Pas itu Islam, yang meninggal itu juga Islam. yang menghina tersebut Cina, kenapa kamu nak belai wahai Pas???
 
Apa perkiraan politik Pas ini?? nak tunjuk lagak, nak tunjuk besar kepala, nak tunjuk samseng, membaling YB Dato' Zainal dengan telur?? Apa sebenarnya matalamat Pas di Jempol ni.
 
Dulu bila orang UMNO berkawan dengan orang MCA dan MIC, sedap mulut je mereka berkata, esok orang UMNO meninggal, mintalah orang MCA dan MIC tersebut menyembahyangkan jenazah. Apakah kini Pas nak meminta Tian Chua pulak untuk menyembahyangkan mereka jika mereka mati??
 
Kenapa orang Pas ini memuja sangat Tian Chua ni?? Besar sangatkah jasa dan pengorbanan Tian Chua dalam membantu perjuangan Pas selama ini. Banyak sangatkah syiar Islam ini yang telah ditingkatkan oleh Tuan Chua sehinggakan Pas sanggup mengusungnya ke hulu ke hilir.
 
Berapa ribu anak-anak Pas yang telah Tian Chua berikan biasiswa wahai Pas? Berapa ribu sekolah agama yang Tian Chua sudah bina di Pasoh2 atau di Air Hitam?? Berapa ribu derma yang Tian Chau sudah hulurkan kepada NGO Islam di negara ini. Pernahkah Tian Chua mendermakan sejadah atau pernah kah dia membayar bil elektrik di mana-mana surau atau masjid.??
 
Jika tidak ada wahai Pas, kenapa disanjung sangat Cina kafir ni. Kenapa diusung untuk memberi ceramah di pentas Pas. Apa yang kamu harapkan darinya. Kamu gila berceramah di sini mengutuk dan memperlekehkan anggota keselamatan di Lahad Datu sedangkan nyawa anggota terus melayang. Di mana sifat perihatian dan sifat kemanusiaan kamu wahai Pas.
 
Apa sebenarnya yang orang Pas ni minta Tian Chua jelaskan dalam ceramah di kawasan Melayu tersebut.??. Memanglah sah Pas semakin jauh dari Rahmat Allah.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

2 comments:

  1. salam bro ni lah writing paling terbaik pnah gua baca.......
    knape lah orang islam sendri nk jahanamkan saudara sesama islam sendri.....siap doa kn KO lagi......
    ye mmg lah kita rasa yang kita ni ditindas oleh kerajaan ....melayu masih di takuk lama ,miskin dan low class.
    cube pikir balik apa yg buat kita low class.....
    budak2 kita sibuk berdemo dan budak2 bangsa lain sibuk belajar.....
    bukannya dapat apa pun kalo berdemo tu....
    orang dapat cpa dan cgpa baik2 dan xperlu bayar balik pinjaman.....
    kita pulak sibuk demo nak hapuskan pinjaman sebab xmampu bayar disebabkan cpa dan cgpa setakat cukup2 makan.....
    sedarlah sikit wahai anak "melayu" .........
    jangan kita silap jalan nanti kita sendiri yang merana .......

    ReplyDelete
  2. Wkslm bro, tqvm kerana baca blog ini.

    ReplyDelete