Dah agak dah, dalam Muktamar Pas kali ini macam selalu yang lepas-lepas, mestilah ada sandiwara terkini. Wayang kulit terkini. Gimik terkini, retorik terkini dll.
Selalunya wayang kulit atau sandiwara mestilah antara DAP dan Pas. Selalunya mestilah pasal hudud, tak lain tak bukan. tau dah..
Selalunya mestilah berkenaan dengan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' atau 'bersepakat untuk tidak bersepakat' Kedua-dua ungkapan tersebut hanyalah untuk menyeronokan pengikut yang tidak banyak karenah dan mengikut dengan membuta tuli sahaja.
Bagi pengikut yang cerdik sedikit dan mahu berfikir, mereka juga tidak dapat ditipu oleh pemimpin mereka. Mereka inilah kelak yang kekal sebagai ahli DAP atau PAS tetapi memberikan undi mereka kepada UMNO/BN dalam PRU13 nanti.
Apapun sandiwara hudud Pas dengan DAP ni kadang kala termakan juga oleh pengikut mereka. Lakunan mereka nampak real. Satu pihak dengan slogan 'perjuangan asal' iaitu untuk 'mempertabatkan Islam' sementara satu pihak lagi kononnya berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya. — Bernama
Yang sebenarnya kedua-dua pihak amat sedar bahawa Hudud sebenar tidak ada dalam agenda perjuangan mereka.
Cakap memang senang namun perbuatan mereka, pemikiran mereka, tindak tanduk mereka semuanya menjurus ke arah untuk menjauhkan mereka daripada Hudud Allah. UMNO sahajalah yang nampaknya semakin dekat dengan Hudud Allah ini, sebab itu perjuangan UMNO terus direstui.
Namun apabila Harun Taib menyebut pasal angan-angan nak meminda Perlembagaan dengan harapan DAP akan bersetuju, hahaha... dalam mesyuarat pre council lagi cadangan mereka itu sudah akan dibakul sampahkan oleh pemimpin pakatan haram dari DAP dan PKR. Tengoklah nanti. Tak ada mana mampunya PAS nak bersuara atau beria-ia nak membuka kertas cadangan kelak. Nuar selaku Pengerusi akan berkata KIV duluuuuuuuuuuu!!! banyak benda lain lagi. hj hadi pulak akan sambung, betul tu... 0.001 peratus je... hahaha..
Tan Seng Giaw menegur Harun Taib secara berhemah bila Ketua Dewan Ulama yang berucap sambil duduk itu mengutarakan berkenaan pasal hudud.
Karpal Singki pula seperti biasa dengan nada kerasnya menemplak Harun Taib sambil menyifatkan harun Taib sebagai 'nakal' tak reti bahasa dan dungu. Patutkah seorang veteran seperti Karpal Singki menyifatkan Harun Taib sebagai seorang yang nakal dan bermulut celupar???
Akibat suara berdehem Karpal Singki ini maka Haji Hadi selaku pemimpin nombor wahid Pas terpaksalah dalam ucapannya tidak menyebut berkenaan dengan Hudud Pas berkenaan. Nik Aziz dan Hj Hadi seperti selalu akan tunduk layu, lemah longlai apabila sahaja Karpal Singki membuka mulut.. Amik kau Pas..
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.








![AGAK-AGAKNYA BERAPA PENDAPATAN BULANAN KETUA PEMUDA UMNO DAN BEREPA BANYAK HARTA YANG DIA ADA PULA...?
#TumbangBN
KETUA PEMUDA PAS ISTIHAR PENDAPATAN, SIMPANAN
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.
"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.
Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.
Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.
"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.
"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.
"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.
P/S : Terbaik nak dengar pulak KETUA PEMUDA UMNO ISTIHARKAN PULAK....ada telur tak???
@[100000511243798:2048:Muhammad Amir],
@[100001330551021:2048:Ir Art],
@[100000091568164:2048:Bumi Putra Berjaya II],
@[1293639613:2048:Mahani Bte Masban],
@[820759878:2048:Shamsul Anuar],
@[100000227643194:2048:Mohd Fadil],
@[100000721773791:2048:Ila Comel],
@[1069494088:2048:Jilbab Putih],
@[100001810841757:2048:Kasturi Putih],
@[100000086916630:2048:Pak Tam],](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/598495_4499054247801_1058245392_n.jpg)



