Monday, March 11, 2013

Bagilah Apapun.. Aku Tetap Tidak Akan Sokong BN...

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
  

Kaki tangan awam merupakan tenaga pengerak dan jentera pelaksana kepada segala polisi yang dirangka oleh sesebuah kerajaan. Peranan kaki tangan kerajaan dalam sektor awam amatlah penting sekiranya sesebuah negara tersebut ingin maju dalam serba serbinya.
 
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kecekapan pentadbiran sesebuah kerajaan tersebut. Di Malaysia pada hari ini peranan kaki tangan awam amatlah besar dalam usaha kerajaan memacu negera menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
 
Bertuahnya kaki tangan awam di Malaysia ialah semua kesalahan, kesilapan dan kegagalan polisi kerajaan diletakkan sepenuhnya ke atas bahu orang politik. Sedangkan hakikatnya sebaik mana polisi tersebut sekiranya kaki tangan awam gagal melaksanakannya maka polisi yang baik tinggal polisi semata-mata sedangkan hasilnya tidak seberapa. 
 
Bertuahnya lagi kaki tangan awam di Malaysia ialah mereka bebas memilih pendirian politik masing-masing. Tidak ada fatwa yang mengatakan haram gaji yang diterima dari kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong kerajaan dalam PRU. Di pejabat mereka kaki tangan kerajaan, di luar pejabat mereka menyertai kempen pembangkang dan mereka mengutuk kerajaan.

Di pejabat mereka tekun menjalankan tugas. Di luar mereka antara yang terlibat mengsabotaj kerajaan dengan membocorkan pelbagai maklumat kerajaan termasuk yang bertaraf rahsia. Di pejabat mereka tunduk lesu kerana malu dengan kebajikan yang kerajaan bagi. Di luar pejabat merekalah hero mencaci pemimpin kerajaan dan terlibat menabur fitnah.

Di mana-mana Jabatan, Kementerian atau agensi terdapat mereka yang menyokong pembangkang atau bersimpati kepada pembangkang. Sebab musabab kenapa mereka berbuat demikian hanya mereka sahaja yang tahu. Setengahnya sebab dikatakan kerajaan keterlaluan dalam menangani puak pembangkang.

Setengahnya disebabkan kawan dan hubungan lama. Setengahnya disebabkan keegoan diri. Setengahnya dirasuah oleh pembangkang. Setengahnya disebabkan oleh inferioriti komplek. Setengahnya disebabkan marah kepada bos atau majikkan. Setengahnya kerana merasakan diri kurang dihargai oleh kerajaan. Setengahnya ada kes-kes dimana keluarga terapat terpaksa bertugas berjauhan antara satu sama lain. Setengahnya disebabkan memang bersifat menentang sejak lahirnya. Setengahnya sebab-sebab pegangan agama. Pendek kata terdapat pelbagai punca dan sebab kenapa terdapat kaki tangan awam menjadi tali barut pembangkang atau bersimpati dengan pembangkang.

Mungkin terdapat satu dua kes yang melampau, dan kerajaan terpaksa mengambil tindakan tata tertib ke atas kaki tangan awam disebabkan oleh sebab politik. Selebihnya kerajaan Malaysia terlalu baik hati dan kaki tangan awam dilayan sama rata tidak kira apa ideologi dan pegangan politiknya.

Imbuhan yang diterima oleh sektor awam dinikmati oleh semua. Tidak kira samada menyokong kerajaan atau yang menyokong pembangkang. Apa yang mereka nikmati sekarang amat dicemburui oleh kaki tangan sektor swasta tambahan mereka juga berkerja 5 hari dalam seminggu.

Ada pendapat popular mengatakan  produktiviti yang dihasilkan oleh kaki tangan awam sekarang ini adalah sekitar 60% daripada kemampuan sebenar mereka. Sekiranya kaki tangan awam mengikuti sepenuhnya etika sebagai penjawat awam, maka kes-kes seperti yang berlaku pada hari ini akan dapat dikurangkan ke tahap minimum.

Sekiranya kaki tangan awam meningkatkan kemampuan sebenar mereka ke tahap 80%, Malaysia sebenarnya telah menjadi negara maju 10 tahun yang lalu. Pendapat tersebut tentulah mempunyai pro dan kontranya.

Apapun, tujuan posting ini ialah untuk mengatakan bahawa apa sahaja yang pihak kerajaan cuba lakukan untuk kaki tangan awam, penentangan terhadap kerajaan tetap akan berlaku. Pada masa dahulu kaki tangan awam yang menentang kerajaan ini mungkin berjumlah 50% daripada 1.4 juta orang. Namun dengan pelbagai penambah baikan dan transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, rasanya jumlah tersebut telah berkurangan ke 20% sahaja.

Berbanding pada masa PRU12, dimana ramai kaki tangan awam berpihak kepada pembangkang, kini kaki tangan awam telah kembali kepada parti kerajaan. Kelompok yang masih tinggal yang kurang daripada 20% ini akan kekal dengan pembangkang walau apapun senarionya. Mereka tidak akan berganjak, berilah apa sahaja kepada mereka, undi mereka tetap kepada pembangkang. Ini tak dapek nak nolong ea doh.

Suatu hari di sebuah pejabat kerajaan, suasana selalunya ceria. Hubungan antara kaki tangan amatlah mesra. Bos juga baik, boleh bergelak ketawa. Jika adapun isu politik yang sekali sekala ditimbulkan, semua di pejabat itu kelihatan seolah-olah 100% penyokong kerajaan. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan terdapat penyokong pembangkang di kalangan mereka.

Hendak dijadikan cerita sewaktu tergesa-gesa hendak mengetik kad perakam waktu, beg tangan seorang kerani wanita tersangkut ke kerusi dan dia tertarik dengan kuat sehingga kesemua isinya terbarai keluar. Alangkah terkejutnya kesemua rakan-rakan sepejabat ketika itu kerana yang terkeluar daripada hand bag itu ialah segala macam risalah pakatan, termasuk sticker dan rantai kunci serta gambar-gambar. Ramai yang terkedu dan kerani wanita tersebut kelihatan hampir menitiskan air mata.

Kita tidak akan suka-suka menyimpan sesuatu tentang mana-mana parti sekiranya kita bukan penyokong tegar parti tersebut. Usahkan nak menyimpan risalah, hendak membawa rantai kunci yang mempunyai gambar pemimpin pakatan juga rasanya tidak sanggup. Namun itulah realitinya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
 

Semua pangkat ATM, PDRM disetarakan dengan perkhidmatan am

PUTRAJAYA 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji.
 
Pengumuman Perdana Menteri itu mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
 
Contohnya kata Najib, pangkat koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am.
 
Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am. anakala bagi pangkat kapten dalam ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam PDRM yang sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44.
 
Bagi pangkat mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis pula akan disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A.
 
Pangkat kolonel dalam ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

No comments:

Post a Comment