Tuesday, March 12, 2013

10 Taktik Kotor BN Yang Wajib Ditentang....

Ini Jokiden ambil dari fb Mafiaboss Melayu, penyokong pakatan kot, dimana Lee Khai Loon, Ketua Penerangan AMK menyarankan agar rakyat  menolak UMNO/BN dalam PRU13 kelak, kerana kononnya menggunakan taktik kotor. Mari kita tengok dan jawab sikit-sikit je cukuplah.

  
"U ulang sekali lagi, I saman you.." Kah..kah..kah..kah..



Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
 
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.
 
24 keping ni sikit ni. Cuba semak berapa Terresa Kok dapat tanah. Berapa banyak tanah bernilai milik PKNNS yang diberikan kepada Datum Corp? Berapa banyak tanah yang diberikan kepada Ngeh dan Ngah yang mempunyai nilai balak berjuta ringgit. Berapa banyak tanah peneroka yang telah mengusahakan tanah di Kelantan selama 30 tahun tetapi dengan mudah sahaja dirampas oleh PAS dan diberikan kepada syarikat tertentu. Banyakkan??
 

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
 
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
 
Ini kurang ni, masa Nuar berkuasa dulu polispun disuruhnya jadi posmen, pergi chop surat kononnya surat itu benar-benar dari pejabat pos. Dikerahnya polis supaya menghambat Ummi Hafilda. Cara dia mengawal media massa terutamanya Utusan, NST, Berita Harian dan TV3 masa tu, amat menakutkan dunia ketika itu.

Cara dia mengarahkan Murad Timbalan Govenor Bank Negara supaya mengawal 20 akaun yang ada kena mengena dengan dia. Cara Khalid Ibrahim menggunakan kedudukannya untuk menggunakan wang rakyat termasuk untuk membeli lembu korban, tayar kereta baru dan mengherdik JAIS kerana menyiasat DUMF masih segar dalam ingatan. Cara Khalid Gagap merampas tanah YBK Selangor dan melarang pembinaan UiTM Mara dan menyuruh memulangkan cukai yang telah dibayar adalah contoh penyalah gunaan kuasa yang jelas. Dia marah sebab tidak dilantik sebagai Pengerusi YBK.

Lagi campur tangan PKR dalam perlantikan Setiusaha Kerajaan Selangor. SUARAM menipu rakyat Malaysia tetapi yang dungu percaya, Mahkamah Perancis tidak pernah menyiasat sesiapa pun dari Malaysia mengenai pembelian Scorepene ini. DAP juga menggunakan kuasa dengan lebih teruk dalam perlantikan kakitangan awam di Pulau Pinang. Kata dulang paku serpih.
 

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
 
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

UMNO/BN tidak pecah dan perintah,  tetapi di dalam BN, ialah parti berasaskan kaum kerana ini yang sesuai untuk Malaysia. UMNO tidak rasis kerana telah berkongsi kuasa selama 55 tahun, malah UMNO cukup bertolak ansur dengan kaum2 lain. Kuasa Orang Melayu bakal tergugat, itu bukan menakut-nakutkan tetapi itu realiti yang bakal terjadi jika DAP berkuasa. Mereka mana pernah peduli dengan kaum lain. Bukti telah nyata di depan mata dan PERKASA bercakap perkara yang betul. Melayu boleh bersuara ke di Selangor kini?? Di Pulau Pinang suara Melayu dan India didengar ke?? Ada DAP pedulikan suara Melayu di sana??

Yang menang atas dasar perkauman ialah DAP. Mereka menggunakan akhbar berbahasa Cina yang AMK tidak faham kandungannya untuk menaikan sentimen. Mereka guna SMS masa PRU, mereka guna blog dan fb. Jika DAP tidak memainkan sentimen bencikan Orang Melayu, DAP tidak akan menang satu kerusipun, habis disapu oleh MCA dan Gerakan. Pemimpin DAP menyedari perkara ini sebab itu mereka asyik dengan isu perkauman. UMNO tidak boleh langsung untuk mempertahankan agama Islam dan Raja-raja, jika melakukan juga maka siang malam DAP akan kata UMNO rasis.

Perkasa tidak boleh langsung bersuara mempertahankan hak orang Melayu, pastilah DAP akan kata itu rasis. PERKASA tidak pernah pertikaikan hak Cina dan India, tetapi PERKASA marah apabila hak Melayu di sentuh. Itu rasis ke?? Membela Melayu rasis??? Habis nak biarkan sahaja orang Melayu ni dipijak2 kepala oleh orang Cina?? baru tidak rasis?? Pelik.
 

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
 
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Ini hanya persepsi pembangkang untuk menutup segala kelemahannya. Malangnya ada rakyat yang percaya. Yang ramai rasuah ialah penguatkuasa dan kakitangan kerajaan yang memegang kuasa. Di zaman DS Mohd Najib lagilah tidak ada pemimpin politik yang mengamalkan rasuah. Mereka tidak akan dilindungi.

Rausah paling teruk diamalkan oleh DAP yang disokong oleh PAS dan PKR, sebab itu segala kemungkaran berlaku secara berleluasa di PP, Kedah dan Selangor. Nak nafi ke?? cubalah. Zaman BN ada 700 lesen pusat hiburan. Zaman PKR, DAP dan PAS ada 3,000 lebih lesen baru dikeluarkan. Tidak ada rasuah??? Itu yang diberi lesen, yang beroperasi secara haram sehingga ke kawasan pekan kecil mungkin berpuluh ribu lagi.. Itulah jasa PKR, DA dan PAS selama 5 tahun ini.

Politik wang dalam UMNO sudah dibendung. Namun politik wang di dalam PAS, DAP dan PKR kini amat menakutkan. Tanyalah Husam Musa, Assmin Ali, Ronnei Lu, Terresa Kon dan Nizar Lambai. Dalam DAP politik wang tak yah ceritalah. Kata dulang paku serpih...
 

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
 
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Ini pendapat orang kalah dan dipercayai pula oleh mereka yang dungu dan malas berfikir atau tidak mampu berfikir. Saifuddin Naso tidak dapat membuktikan bahawa kedua-duanya ahli UMNO dan terpaksa meminta maaf untuk mengelakkan saman. Namun jika mereka ahli UMNOpun apa masalahnya?? tidak menjadi kesalahan.

Senarai pengundi tidak bersih?? Ini persepsi pembangkang saja. Bila dipanggil oleh SPR dan minta buktikan semuanya termenung di dalam bilik. Bila keluar dari bilik mula balik bercakap itu ini semata-mata untuk mengikat penyokongnya supaya tidak lari. Pemindahan pengundi dilakukan oleh Pas dan DAP demi untuk memenangkan calon mereka. Mana kawasan yang dijangka pasti kalah, mereka pindahkan undi ke tempat lain. Ini diakui oleh PAS dan DAP.

Jika adapun pengundi hantu dan jumlahnya beribu-ribu, cuba terangkan bagaimana hantu-hantu ini boleh mengundi??. Tidak ada pemimpin pembangkang yang mampu menjelaskan bagaimana pengundi hantu ini berjaya membuang undi. Mereka hanya membuat persepsi supaya rakyat benci kepada SPR. Ada satu dua kes yang tersilap daftar, tersilap IC atau kawasan, itu dilakukan oleh kakitangan SPR yang pro pembangkang. Itulah yang mereka jaja, kononnya ada pengundi hantu. Sekarang pengundi berdaftar dan yang akan layak mengundi ada 13 juta. Selalunya 75 ke 80 peratus akan keluar mengundi. Pergilah cari kok ada yang mampu mengundi dua kali, 3 kali atau 8 kali seorang. Bangang bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis.

Dengan pengundi hantu dan senarai yang tidak bersih Kelantan boleh menang selama 22 tahun. Tan Seng Giaw boleh menang 5 penggal dengan adanya pengundi hantu. Hantu banyak sangat di Permatang Pauh, sebab itu Nuar menang banyak. Kesimpulannya pengundi hantu ini amat diperlukan oleh pakatan untuk memenangi PRU. Ditempat mereka menang dia kata daftar undi bersih. Di tempat dia kalah dikatanya daftar pengundi tidak bersih. Bukankah kenyataan bangang namanya itu. Yang turut mempercayai juga adalah bangang. Nuar kata UMNO sudah tidak boleh lagi memperbodohkan rakyat. Habis yang percaya dengan cakap-cakap dia tu, cerdik ko bangang tu??? Jawablah sendiri.

Media tidak bebas??? Habis Harakah bebas?? Roket bebas?? Suara Keadilan bebas?? setiap hari dari muka pertama hingga ke ms terakhir asyik memuji UMNO/BN ke media pakatan ini?? Pernah kerajaan menyekat apa yang media pakatan ni tulis??? Yang menyekat kebebasan ialah Nuar asyik nak menyaman je Utusan dan TV3. Mana media arus perdana dalam dunia ini yang bebas 100% dan tidak memihak kepada kerajaan?? Utusan sahamnya dimiliki oleh UMNO, apa hal pulak nak cerita kebaikan pakatan. Media sosial atau media alternatif, mana pernah kerajaan kawal?? Pa yang tidak pakatan kutuk kerajaan dalam media sosial tersebut. Malah mereka dibayar pulak dengan duit rakyat untuk berkempen bagi pihak pakatan.

18 daripada 22 tuntutan puak pakatan melalui Bersih tentang transformasi pilihanraya telah dipenuhi oleh kerajaan dan SPR. Tak cukup lagi???   Sampaikan nak guna dakwat kekal, kembali ke zaman kuno, pun kerajaan ikutkan. Malu kepada negara maju. Yang belum dilaksanakan ialah yang melibatkan perundangan kerana buat masa ini Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda kerana pakatan pasti tidak akan menyokong.

Masa kempen singkat??? Chis!!! Pakatan telah berkempen selama 365 hari siang dan malam tanpa henti dan bendera serta sepanduk dipasang juga 365 hari. Tak cukup lagi?? Nak nafi?? Itu tidak termasuk kempen melalui media sosial, youtube dan VCD. Semak dengan polis sejak 2008 jika ada 100 permit yang dikeluarkan untuk ceramah, pakatan dapat 90, UMNO/BN cuma dapat 10. Tak adil lagi tu???
 

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
 
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Ini sudah merapu ni. Tidak tahu bersyukur ni. Bagi betis nak peha ni. Semua akta di atas sudah dihapuskan sehingga penceroboh Lanun Sulu tidak dapat disekat walaupun ada maklumat, tetapi tidak cukup bukti untuk menahan mereka. Pelajar Universiti juga sudah berangan-angan untuk menjadi calon menentang PM di Pekan. Apa nak lagi. Persepsi zalim tu hanyalah mainan pembangkang untuk menutup kelemahan mereka dan untuk memberikan alasan kepada pengikut dungu mereka.

UMNO/BN mencabuli hak asasi hanyalah ilusi pakatan semata-mata. Tidak ada satupun hak asasi rakyat di negara ini yang dicabuli atau dinafikan. Rakyat sudah terlampau bebas sehinggakan isu sensitif seperti agama, raja-raja dan isu perkauman dimainkan sesuka hati oleh pakatan.  Di negara lain rakyat tidak akan dapat menikmati kebebasan seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun setiap negara mempunyai undang-undang dan perlu dihormati. Rakyat tidak boleh mengambil undang-undang dalam tangan sendiri seperti yang berlaku di Kelantan dua minggu lepas di mana seorang pemuda mencuri 2 tandan pisang, lalu dipukul sehingga mati. Jika tidak mahu mematuhi undang-undang, jika nak memijak-mijak gambar orang, nak memijak kenderaan polis, lebih baiklah duduk di hutan rimba dan buat undang-undang sendiri.  

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
 
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Ini sudah dijawab dalam point 5. Tetapi tak apalah, nak jawab lagi aaa. Semua media yang disebut di atas adalah alat propaganda kerajaan, lalu sudah sewajarnya laporan memihak kepada kerajaan. Tidak guna jadi media kerajaan tetapi melaporkan sesuatu yang buruk terhadap kerajaan. Seperti Harakah, berapa kali sudah ditegur oleh ahli akar umbi kerana melebihkan laporan tentang PKR dan DAP daripada laporan tentang PAS. Memang Utusan, TV3 dan RTM berperanan menyerang Pakatan Haram ini. Itu tugas utamanya.

Namun apa yang dilaporkan itu adalah benar. Yang menjadi tidak benar ialah kerana pakatan tidak mahu menerima kebenaran kerana kebenaran itu bakal merugikan puak mereka. Jadi mereka hasutlah supaya penyokong mereka jangan mempercayai apa yang media arus perdana tersebut laporkan. Pemimpin pakatan wujudkan persepsi bahawa media tersebut putar belit, sedangkan ianya amat benar. Sebab itu mereka tidak mahu penyokong mereka terpengaruh, lalu mereka menyarankan supaya memboikot akhbar arus perdana. Sedangkan mereka sendiri mendapatkan sumberita daripada media arus perdana tersebut. Mereka sebenarnya menipu penyokong mereka hidup-hidup dan mati-mati penyokong mereka percaya.

Media arus perdana tidak hilang kridebiliti, sebaliknya rating penuntun TV3 bertambah-tambah sekarang ini dan Utusan Malaysia terus meningkatkan jualannya walaupun ada media alternatif.

Yang ada pemimpin pakatan tersebut menang satu dua kes saman terhadap media arus perdana, itu adalah tafsiran mahkamah dan peguam pula mampu menimbulkan keraguan, sebab itu mereka menang. Ini tidak bermakna laporan tersebut salah atau silap atau putar atau belit.
 

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
 
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Ini bukan fitnah dan bukan mengaibkan pembangkang. Ini semua benar belaka dan seluruh dunia melihat apa yang telah terjadi. Pembangkang seboleh mungkin cuba menghasut peserta supaya melakukan provokasi terhadap polis seperti cercaan yang tidak masuk akal. namun polis tetap bersabar dan tidak bertindak. Polis hanya bertindak apabila undang-undang telah dicabuli dengan sengaja oleh peserta demontrasi.

Demontrasi memang menyusahkan banyak pihak dan menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. Memanglah peserta demontrasi tidak rugi apa-apa, tetapi pelancung? peniaga kecil? peniaga besar?pemandu teksi? pemandu bas? orang yang mengadakan kenduri? orang nak ke hospital? bagaimana??

Lagipun apa perlunya berdemontrasi??? Tidak ada cara lain ke hendak menyampaikan maksud yang tersirat?? Hari tu pakatan berhimpun di Stadium Merdeka, kan elok dan aman. Melalaklah sepuas hati di Stadium tersebut, tiada siapa yang ganggu. Cuma kurang galmour lah sikit, sebab tak ada kejar mengejar, tak ada pancutan air dan tak ada pijak memijak kereta polis. Wartawan luar negarapun tak ada bahan sensasilah nak dilaporkan.

Kerajaan tidak pernah mengaibkan pembangkang. Sebaliknya pembangkang yang siang malam mengaibkan kerajaan dan UMNO/BN. Tetapi apabila kerajaan menjawab balik segala tuduhan tersebut, maka pembangkang ibarat meludah ke langit lalu menimpa ke muka sendiri, maka pembangkang teraib dengan sendirinya. Maknanya pembangkang mengaibkan diri sendirilah.

Tengok ramai artis masuk pembangkang, mereka senyap je tak ada nak menuduh itu ini, maka tiada siapa yang mengusik mereka. Tetapi artis seperti Abby Abady, Bob Lokman, Hairie Othman dan Aishah baru dua hari masuk pembangkang sudah memilih untuk menyerang kerajaan dan UMNO/BN. Apabila dijawab balik, hah mereka terpaksalah menerimanya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Kau sedap memaki hamun orang, sepatutnya sangguplah kena maki balik. Adil.
 

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
 
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Dulu-dulu perkara ini tidak berlaku. Namun budaya samseng ini dimulakan oleh PAS sejak tahun 1981. Mulanya secara kecil-kecilan, lama kelamaan semakin membuas. Mereka seperti orang hilang akal sampai melilit-lilit kepala. Di Kelantan, di Lunas, di Teluk Kemang dan di Permatang Pauh jentera UMNO/BN tidak berani langsung untuk bersuara.

Kemudian samseng-samseng Pas ini bertambah gedeber setelah disertai oleh samseng-samseng PKR. Oleh kerana tidak mahu dianggap dayus maka ada kalanya UMNO/BN bertindak balas dan biasalah apabila UMNO/BN membalas semula, pakatan akan kalah. Untuk menutup kesalahan dan kelemahan mereka maka biasalah UMNO/BN lah yang dituduh.

Malam tadi di Air Hitam Jempol sedang YB Datuk Zainal berucap samseng Pas telah membaling mereka dengan telur. Akibatnya berlaku pergaduhan antara kedua-dua pihak..

Betul, dulu-dulu mana ada koyak-koyak poster ni, mana ada simbah-simbah cat. Pembangkang buat ceramah orang UMNO/BN selamba je pergi dengar segala maki hamun mereka tu, tak ada hal punya. Sekarang ini pelbagai tektik mereka gunakan. Mereka tampal poster, mereka sendiri yang robohkan. Mereka simbah bawa bas, mereka sendiri yang simbah cat. Mereka sendiri yang bawa batu, mereka sendiri yang baling-baling. Ini semua rakyat sudah tahu baling batu sembunyi tangan.
 

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
 
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.

Yang menipu dalam isu Lynas ni ialah pakatan. Mereka dengki. Orang DAP dengki sebab kilang nadir bumi yang terbesar ialah di negeri Cina dan menguasai hampir 80% pasaran dunia. Jika kilang di Gebeng ni siap kelak 30% pasaran dunia datang dari sini.

Isu tidak selamat tersebut hanya untuk mengaburi mata sahaja. Jika nak matipun sebab kok ada radio aktif ialah pekerja yang bekerja di situ hampir 800 orang jumlahnya. Yang PKR sibuk merekasaya dan memperbodohkan rakyat tu apa hal. Di Perak sudah lama ada kilang Nadir Bumi ni. Di Penang sudah ada, kenapa tak bising nak bakar kilang tu.

Ini isu sahaja, bila Nuar Brahim ditanya oleh wartawan Australia (penyokong kuat dia) bagaimana kedudukan Lynas jika berkuasa kelak, eh selamba je dia jawab, dia akan sokong jika sekiranya terbukti ianya tidak berbahaya. Hahaha..kantoi dia.

Sebenarnya pakar dari seluruh dunia sudah mengakui bahawa kilang nadir bumi tersebut selamat dan tidak berbahaya. yang dungu sangat nak percaya cakap Fauziah Toron tu pasal apa?? Dr Zulkifli ahli Parlimen Pas kata, nak pecat, pecatlah dia, namun dia tetap mengatakan kilang Lynas selamat.

Malah habuk bijih besi yang diangkut oleh lori melalui Kg Rahmat Ilir Rantau Panjang Kelantan sejak bertahun-tahun dahulu adalah lebih merbahaya daripada 'radiasi' Lynas ini. Kenapa Nuar tak sibuk bantah??

Lynas akan memberi menafaat kepada rakyat. Peluang pekerjaan banyak. Harga tanah menlambung. Perniagaan sampingan akan wujud dan berpuluh-puluh lagi punca rezeki akan lahir dari sana asalkan kita tidak berfikiran negatif. MCIKP juga dengan pelaburan sebanyak 4 billion telah datang ke sana. Mahukah pelabur Cina tersebut datang sekiranya kawasan itu tidak selamat. Fikirkanlah.

Yang suka mengalih fokus ini ialah pakatan. Nak tutup isu tertentu cipta pula isu lain. Lepas satu, satu tak pernah habis. Kini isu ilmu sihir pulak dah. Si PI Bala disahkan mengalami sedikit serangan jantung, tup-tup timbul isu kononnya dia terkena ilmu hitam.. Kah..kah..kah..kah.. lawaklah pakatan ni. 



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

2 comments:

  1. good comments with simple and logic explanation. but the stupid will never undestand it

    ReplyDelete
  2. what crap! just view points without validation but stated as if it is facts.

    ReplyDelete