Sunday, February 10, 2013

Yang Tinggal Hanyalah Simpati.. Inipun Bahaya Juga..


"Ini semua hang punya pasal.. sebab gelar aku al-juburi dulu.."
 


Musibah apakah pula kali ini? Cerdik pandai selalu berkata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lagi peribahasa silam yang masih relevan yang cuba dibuat-buat lupa oleh puak pakatan.
 
Cerdik pandai dan para ilmuan juga pernah berkata bahawa sesuatu kebenaran akan timbul juga akhirnya dan kebatilan akan musnah.
 
Di dalam Muktamar terakhir Pas pada tahun lalu adalah jelas bahawa suara akar umbi telah mengzahirkan denyut nadi mereka iaitu mereka tidak sanggup berketuakan Nuar Brahim. Jika dahulu suara-suara bantahan tersebut berjaya dibendung dan cuba disembunyikan, namun akhirnya ada juga perwakilan PAS yang begitu berani dan lantang menolak Nuar sebagai Perdana Menteri.
 
 
 
"Kah..kah..kah.. depa tolak aku sebagai PM..kah..kah..kah"
 
  
Para pemimpin PAS jika terus mempunyai kesepakatan untuk melantik Nuar Brahim sebagai 'Perdana Menteri' mereka juga akhirnya akan ditolak oleh ahli akar umbi parti. Jadi sebelum nasi menjadi bubur, mereka terpaksa mencari helah untuk menjauhkan diri mereka daripada terus bersekongkol dengan Nuar. Dalam hal ini mereka mempunyai cara atau kaedah yang kelihatan berwibawa iaitu mengguna pakai keputusan Majlis Syura.
 
Nik Aziz pernah berkata bahawa air tidak boleh disekat, jika disekat ia akan melimpah. Suara akar umbi PAS sekiranya tidak diperendahkan oleh kepimpinan PAS maka tunggulah akibatnya dimana tentangan mereka kelak sudah pasti sukar dibendung oleh mana-mana pemimpin PAS.
 
DAP memang diketahui berpura-pura inginkan Nuar sebagai Perdana Menteri kerana hanya dengan cara itulah sahaja mereka akan memperolehi kuasa lebih dalam politik Malaysia. Samada DAP akan menjadikan Nuar sebagai Perdana Menteri Boneka yang terpaksa akur dengan segala kehendak DAP, ataupun setelah memenangi banyak kerusi atas kerjasama songsang tersebut, maka DAP akan menggunakan kaedah perundangan untuk menolak Nuar sebagai Perdana Menteri.
 
Sesungguhnya DAP mempunyai agenda yang lebih besar, lebih jauh dan dalam perkiraan Karpal Singki, Nuar boleh dicucuk hidungnya dengan segala rahsia berada di tangan mereka. DAP mungkin hanya membenarkan Nuar menjadi 'Perdana Menteri' untuk tempoh seminggu, sebulan atau dua bulan. Namun pasti ianya tidak akan sampai setahun.
 
Sebab itu Karpal Singki begitu yakin dan pernah tersasul mengumumkan bahawa Lim Guan Eng lah 'Perdana Menteri' sebenar pilihan mereka. Bagi DAP yang tersurat dan tersirat adalah tidak sama. Jokiden pernah menulis bahawa sesuatu yang keluar secara spontan, ia adalah lambang pernyataan hati. Maka itulah yang ada dalam hati Karpal Singki.
 
Dari segi hukum akal dan hukum logik rakyat sebenarnya keliru dengan cara berpolitik yang digunakan oleh PAS. Siang malam mereka bercakap berkenaan 'Islam' mempamirkan sifat-sifat luaran mereka yang kononnya lebih 'islamik' dari orang lain, namun dalam mengejar habuan dunia PAS sanggup pula berkompromi, merendahkan martabat sehingga tersasar daripada perjuangan asal dengan bersekongkol bersama DAP dan PKR yang diketahui jelas menolak Islam.
 
Persepsi bahawa PAS mengamalkan matalamat menghalalkan cara kini masih lagi terpakai jika melihat daripada kesediaan mereka menggabungkan diri bersama PKR dan DAP. Sukar bagi orang yang berfikiran waras untuk menerima hakikat persekongkolan PAS ini. PAS berkawan dengan musuh Islam untuk menegakkan Islam.. pelik dan ajaib.
 
Boleh diterima alasan bahawa jika orang kampung di pendalaman yang tidak terdedah dengan sumber maklumat tidak mengetahui atau mengenali siapa Nuar, siapa LGE, siapa LKS dan siapa Karpal Singki yang sebenarnya.
 
Namun bagi para pemimpin seperti Hj Hadi, Harun Taib, Mat Sapu, Nik Aziz, Husam Musa, Tang Seng Giaw, Karpal Singki, Woo Chee Keong, Zulkifli Nordin, Zahid Hamidi, Lee Kuan Yew, Baracck Obama, Tayip Endorgan, Musa Hassan, Dr Mashitah Ibrahim, Khairy Jamaluddin, Mohd Mursi, Sultan Hasanol Bulkiah, Ehud Barak, Netanyahu, Assmin Ali, Ummi Hafilda, SBY dan ramai lagi sudah pasti mengetahui akan tabie insan yang bernama Nuar Brahim. Pemimpin2 ini terdedah kepada banyak sumber maklumat samada daripada wiki leak ataupun dari sumber perisikan.
 
Seperti rahsia terbuka yang diketahui umum, sebelum orang lain mempertikaikan kisah moral Nuar Brahim ini dua orang pemimpin pembangkang pada tahun 1997 iaitu Mat Sapu dan Karpal Singki telah terlebih dahulu mencanangkan ke seluruh dunia siapa Nuar brahim yang sebenarnya. Merekalah yang terawal menimbulkan isu moral ini dan mahukan Nuar yang ketika itu menjadi TPM disiasat dan dipecat.
 
Jadi jika tidak ada udang di sebalik batu atau masakan tempua bersarang rendah...mahukah PAS dan DAP 'mempersetujui' Nuar sebagai pemimpin mereka. DAP mungkin tidak faham tentang halal haram, dosa pahala, namun PAS yang siang malam menyebut pasal Islam, tetapi pada masa yang sama bersetuju berketuakan Nuar, maka ini sesuatu yang membingungkan orang ramai dalam dan luar negara. Terbuktilah matalamat menghalalkan cara dan pemimpin pakatan telah hilang jati diri, intergriti dan kredibiliti serta maruah diri.
 
Apabila akhirnya Majlis Syura PAS menolak Nuar sebagai 'Perdana Menteri' dan mungkin akan diikuti oleh kepimpinan tinggi DAP, maka apa lagi yang tinggal dengan Nuar untuk menmghadapi PRU13 ini???
 
Simpati!!! ya simpati kepada nasib yang menimpa beliau mungkin akan membantu beliau untuk terus bertahan dalam arena politik tanah air ini. Undi simpati ini jika tidak ditangani dengan betul nanti ia mungkin akan memudaratkan UMNO/BN. Segala segi harus diambil kira bukan sahaja rusuhan ala Arab Spring yang harus diutamakan.
 
 
 
PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. 1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK

No comments:

Post a Comment