Tuesday, February 12, 2013

Terjun Gaung Dan Masuk Neraka..Ini Bukan Saya Cakap...


Banyak dah rakyat diperingatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan segala dakyah puak pakatan pembangkang ini. Rakyat harus berhati-hati dalam membuat pilihan dalam PRU13 kelak jika tidak mahu 'menderita' akibat tersalah pilih.
 
Terbukti selama lebih 50 tahun BN menerajui pemerintahan di negara ini rakyat berada dalam keadaan selesa samada dalam hubungan antara kaum, dalam kehidupan seharian mahupun dalam pembinaan kekayaan peribadi.
 
Jika didengar tohmahan dan fitnah pembangkang siang dan malam, seolah-olah negara ini telah menjadi padang jarak padang terkukur akibat daripada dasar-dasar yang dibawa oleh BN. Ini tidak berlaku malah kegemparan yang ditimbulkan oleh Nuar Brahim yang mengatakan seorang rakyat Baling telah mati kebuluran hanyalah gimik untuk meraih populariti semata-mata.

Di mana-mana negara sekalipun memang wujud rakyat yang sentiasa tidak berpuas hati. Di Malaysia akibat kemakmuran negara, keamanan negara dan kemewahan rakyat yang menyebabkan jalan raya menjadi sesak dengan kenderaan sejak dua hari lepas juga merupakan sesuatu yang mesti 'dirungutkan' dan sesuatu pihak mesti dipersalahkan.
 
Mereka tidak melihat kemampuan rakyat untuk berada di lebuh raya sebagi lambang kemajuan sebaliknya mengatakan rakyat dizalimi.
 
Keadaan lebuh raya pada 11/2/13
 
 
Mereka tidak melihat kebebasan rakyat hendak pergi ke mana sahaja tanpa sedikitpun perasaan takut sebagai kebebasan yang dinikmati oleh rakyat negara yang sedang membangun, namun mereka tetap berpendapat rakyat di negara ini ditindas sehingga menakutkan rakyat untuk bersuara.
 
Mereka menuduh PM dan TPM berkempen ke hulu ke hilir sejak kebelakangan ini, namun mereka lupa bahawa pakatan pembangkang telah mula berkempen siang dan malam tanpa henti sejak dari keputusan PRU12 diumumkan lagi.
 
Untuk sekadar mengambil iktibar mari ita tengok kembali kenyataan pemimpin terdahulu dan terkini, dalam memberikan peringatan agar rakyat tidak tersalah pilih dalam PRU13 nanti.
 
jika keamanan dan kemakmuran negara ini ditafsirkan oleh puak pembangkang sebagai penindasan, kezaliman dan kegagalan kerajaan UMNO/BN dan rakyat telah 'tersiksa' selama lebih 50 tahun, maka kita juga boleh mengatakan rakyat di negeri yang duikuasai oleh pakatan sejak 4 tahun lalu juga menderita dan terseksa. Rakyat di Kelantan juga sudah dizalimi oleh kerajaan Pas lebih dari 22 tahun.
 
 


Kini menyokong Nuar, bermakna mereka juga mungkin ingin turut ke neraka.
 


Sokong DAP ibarat terjun gaung

Hasan Hamzah, Azwanddin
 
 
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang Melayu yang menyokong DAP disifatkan sebagai ‘terjun ke dalam gaung’ kerana pendirian parti itu yang tidak pernah menjunjung dasar-dasar Islam serta kedudukan masyarakat bumiputera di negara ini.
 
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah berkata, orang Melayu perlu bersatu-padu menolak DAP kerana dasar parti itu yang begitu cauvinis selain bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
 
“Jangan ingat Malaysia tidak boleh menjadi negara republik macam Singapura, kalau Melayu terus berpecah, ini tidak mustahil. Jangan lupa, mereka ada kuasa duit, kekuatan kebendaan, mereka boleh beli pengaruh dan menjadikan orang Melayu macam ayam laga.

“Apa pun, perkara yang paling kita tidak rela ialah kesucian agama Islam dicabar. Isu kalimah Allah yang dibangkitkan DAP sudah cukup untuk membuka mata orang Melayu, sudah tiba masanya kita bersatu, kalau terlambat sudah tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kemana arah tuju sekarang ini, ke gaung, ke lombong atau ke laut??? Tempat-tempat itu belum tentu selamat.

Karpal Singki ini pulak macam orang tak reti bahasa. Dah orang tak mahu, namun dia masih beria-ia mahukan si Nuar menjadi PM, memanglah dia ada udang di sebalik batu. Tapi apa kita hairan, apa lagi yang dia mampu lakukan selain daripada mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Karpal tetap mahu Anwar jadi Perdana Menteri


GEORGETOWN 12 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.
 
"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment