Sunday, February 10, 2013

Bersyarat Pulak Dah....

 





 



Pas Terengganu sudah menyiapkan manifesto untuk terus membohongi rakyat atau untuk terus berjanji tetapi tidak akan ditepati. Dalam ertikata lain-lain mereka ni tak habis-habis bersifat hipokrit atau munafik.
 
Antara yang terkandung dalam manifesto tersebut ialah PAS akan mengwujudkan 17,000 peluang pekerjaan sekiranya rakyat memberi mandat semula kepada PAS untuk memerintah Terengganu selepas PRU13 ini kelak.
 
PAS juga nak membuat lebuhraya persisiran jika menang nanti. Tidak perlulah PAS bersusah payah membuat janji itu dan ini kerana rakyat sudah tahu janji puak pakatan ini bukannya boleh pakai sangat. Hanya untuk menipu sahaja. Lagipun semua pembangunan itu kerajaan UMNO?BN buat lama dah.
 
PAS dah kehabisan modal untuk menyaingi UMNO/BN. Dah di bagi peluang sepenggal dulu, tidak ada kerja lain yang kerajaan PAS Terengganu lakukan melainkan mengeluarkan permit menggondolkan hutan. Itu je yang mereka tahu sebagai sumber hasil. 
     
"Dengan segala perancangan yang kita buat jika kita memerintah nanti, saya yakin kita berjaya menyediakan 17,000 peluang pekerjaan itu," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Abdul Razak (gambar atas).
 
Ia boleh dilakukan dengan syarat royalti petroleum diberikan semula kepada kerajaan negeri. (Pulak dah)

"Saya yakin projek ini akan memberikan sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaaan," katanya ketika menjelaskan rancangan untuk menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan itu.

 
Maknanya PAS ini memang tidak cerdik atau tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan pembangunan. Tidak tahu bagaimana hendak menambahkan hasil negeri selain daripada hasil minyak.
 
Pembangunan tidak dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada royalti minyak. Itu jugalah yang selalu dijadikan modal atau alasan PAS Kelantan apabila rakyat bertanyakan mana pembangunan?? Macam mana nak buat hasil royalti minyak tak adaaaaaaa... itu jawapan standard mereka sejak dulu. ish..ish..ish.

Dalam banyak hal PAS ni memang tidak beberapa cerdik. Yang mereka hebat hanyalah mengutip derma semasa berceramah, kemudian duit itu tidak ada sesiapa yang tahu ke mana dibelanjakan.. Itu memang kepakaran mereka sejak dulu. Dah memerintah pun kutipan derma 'jihad' tetap berjalan.. ish..ish..ish..

Sekali terkena, dua kali mengena.. Rakyat sudah tidak semudah itu lagi untuk menerima segala janji puak pakatan dalam manifesto mereka. Rakyat akan berfikir kerana seperti Nuar selalu cakap rakyat sudah cerdik..



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment:

  1. Memang rakyat semua tahu (kecuali ahlol PAS sahaja) yg pemimpin mereka tidak layak jadi peneraju negeri, apatah lagi sebuah negara seperti Malaysia? Pemimpin mereka hanya tahu nak rompak kekayaan yg sedia ada, dibahagi bahagi kpd kroni kroni secepat mungkin,kemudian tuduh kerajaan Umno .Rakyat Trengganu dah kenal siapa dalam gambar diatas!

    ReplyDelete