Thursday, February 14, 2013

Tanda-tanda Awal Pakatan Akan Kalah Dalam PRU13..


Kini rakyat Malaysia keluar rumah, menyusuri jalan-jalan raya samada dengan menaiki kenderaan mewah ataupun kenderaan sederhana kemudian kembali ke rumah semula dengan penuh ketenangan. Tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rakyat Malaysia keluar rumah ke pusat-pusat membeli belah samada untuk membeli barang keperluan atau sekadar meninjau-ninjau sambil menyejukkan badan, kemudian kembali ke rumah tanpa rasa resah gelisah, berdebar-debar, takut atau kena marah dengan ahli keluarga. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Segalanya berjalan seperti biasa.  Ini petanda pertama bahawa BN akan memasuki PRU13 dengan penuh tenaga, ceria dan bermotivasi tinggi. BN akan menang lebih 2/3.
 
Petanda kedua pakatan akan kalah ialah apabila Nuar Brahim pergi ke luar negara, bukan sahaja untuk meburuk-burukkan negara ini tetapi juga untuk memberitahu kawan-kawannya di sana bahawa PRU di Malaysia penuh dengan penipuan dan manipulasi daripada SPR. Dia mendakwa gabungan parti dia akan 'menang' dalam PRU13 kelak walupun segala petunjuk menjurus kepada kekalahan pakatan dia. Bila dia kalah kelak, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Dia akhirnya diketawakan oleh rakan-rakan luar negaranya.
 
Petanda ketiga pakatan akan kalah ialah apabila MCKIP di Gebeng dirasmikan oleh Perdana Menteri. Melalui kempen hijau untuk membantah kilang Nadir Bumi di Lynas, pakatan mendakwa pelabur akan melarikan diri sejauh mungkin dari Malaysia. Hakikatnya MCKIP bakal meraih pelaburan melebihi RM10 billion dan bakal mengwujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan. Ramai juga tenaga kerja dari Tanah Besar China yang tidak takut mati oleh radiasi di Lynas akan datang ke Gebeng.
 
Petanda keempat setiap hari kini terdapat ahli-ahli PAS yang berdemo di merata tempat sambil memijak bendera rakan kongsi mereka dengan pelbagai slogan yang menghinakan kerana membantah penggunaan Kalimah Allah oleh bukan penganut Islam. Walupun mereka dikatakan bukan ahli PAS dan mereka dituduh menyamar sebagai ahli Pas, namun kebenaran mana boleh disembunyikan. Ahli Pas tetaplah ahli Pas walaupun tanpa janggut atau jubah.
 
Petanda kelima pakatan akan kalah ialah setiap hari kini terdapat ahli-ahli akar umbi DAP dari seluruh negara yang bangun memberontak mempertikaikan keputusan pemilihan CEC DAP bulan lalu dan ada yang mendesak supaya ianya diadakan semula.
 
Petanda keenam, hampir setiap hari kini terdapat ahli-ahli pakatan yang keluar parti dan menyertai parti-parti gabungan dalam BN. Walaupun tidak berlaku kemasukkan secara besar-besaran, namun kesanggupan mereka meninggalkan parti yang telah mereka sertai sejak berpuluh tahun dahulu membuktikan sebahagian mereka telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.
 
Petanda ketujuh ialah apabila setiap ceramah pemimpin pembangkang sudah tidak mendapat sambutan lagi kerana rakyat sudah muak mendengar perkara yang sama diulang beratus kali oleh mereka. Cuma ceramah di kawasan pendalaman yang masih mampu meraih kehadiran yang ramai.
 
Petanda kelapan ialah apabila sudah tiada orang lagi mahu mendengar penjelasan Mazlan Aliman dan ANAK. Beliau dihalau dan dihambat ke mana sahaja dia cuba pergi. Anak peneroka yang sentiasa menimbulkan prasangka dan menghasut ini, sudah tidak dapat lagi memasuki mana-mana kawasan Felda tanpa mendapat bantahan.
 
Petanda kesembilan ialah apabila isu hudud dan isu royalti minyak yang sebati dengan rakyat Kelantan sudah tidak mampu lagi menghiasi dada-dada akhbar pakatan.
 
Petanda kesepuluh ialah apabila kerajaan pakatan begitu rakussssssssss menebang balak, mengorek pasir, meluluskan projek-projek dan meluluskan rumah urut atau hiburan kerana ingin mendapatkan komisyen berjuta ringgit sementara masa masih ada. Rakyat marah apabila bukit gondol, sungai tercemar, kroni bertimbun-timbun dan hiburan menjolok mata berlaku sepanjang masa. Pendek kata apa yang pakatan tuduh UMNO/BN dulu semuanya mereka lakukan kini.  

Petanda kesebelas, semua hiraki kepimpinan UMNO menyerahkan soal pemilihan calon untuk PRU13 bagi mewakili UMNO kepada Presiden Parti DSMN. Dulu-dulu pun semua menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti namun di belakang ada yang mensabataj parti kerana tidak terpilih sebagai calon atau orang yang disokong tidak terpilih. Kali ini ahli parti di belakang Presiden sepenuhnya. Mana-mana pihak yang tidak menyokong calon pilihan Presiden akan menjadi 'kera sumbang' tengoklah nanti.

Ada pencacai pakatan mengatakan index kedudukan rasuah di dalam dunia ini Malaysia berada di tempat keempat paling rasuah. Hakikatnya kedudukan Malaysia telah bertambah baik dan jauh mengatasi negara-negara membangun yang lain dan juga negara maju. Dan kedudukan ini akan terus berubah setiap tahun dimana rasuah semakin berkurangan di negara ini. Dan ini menjadi petanda kedua belas betapa pakatan akan kalah dalam PRU13 kelak.
 
 
Orang muda di Johor 3/2/13
 
Petanda ketigabelas, kehadiran atau sambutan yang begitu menyakinkan setiap kali PM dan TPM turun padang. Diberitakan ketika melawat Kelantan lebih 40,000 orang menyambut beliau. Kemudian TPM juga turun ke Kelantan dan lebih 40,000 juga menanti beliau. Rakyat Kelantan tersangat teruja sekarang ini untuk membuat perubahan kepimpinan. Tidak cukup dengan gambaran tersebut semasa pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat Negeri Kelantan tempoh hari sebanyak 100,000 orang telah menyertainya.
 
 
 
5/2/13 TPM di Penang
 
Di Pulau Pinang sambutan terhadap PM dan TPM amat menggalakkan di mana lebih 30,000 orang menyertai majlis mereka setiap kali diadakan. Masyarakat Cina sekarang ini telah mula menyayngi Perdana Menteri dan tidak peduli dengan arahan DAP supaya memboikot majlis PM dan TPM. PAS akan gigit jadi di Penang, buktinya sebanyak lebih 15,000 orang menyertai perarakan Maulidur Rasul tempoh hari dan 80,000 orang datang ke majlis sambutan Tahun Baru Cina dengan PSY.
 
 
 
PM di Selangor 3/2/13
 
Port Dickson 3/2/13

Petanda keempatbelas ialah apabila kerajaan UMNO/BN mampu menyediakan peluang pekerjaan baru sebanyak hampir sejuta sejak 3 tahun lalu mengatasi peluang pekerjaan yang mampu dilahirkan oleh Barack Obama dan kadar pengangguran di Malaysia adalahlah di bawah 3 peratus. Jika di sesebuah negara itu kadar penganggurannya di bawah 3 peratus maknanya lebih kurang pengganguran sifarlah.

Petanda kelimabelas ialah Malaysia terselamat daripada kemelut kemelesetan ekonomi dunia yang bermula sejak dua tahun lepas. Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri berjaya menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelata. Segala-galanya tentang ekonomi nampaknya berjalan lancar dan ekonomi negara tidak menguncup. Semua pihak termasuk komuniti perniagaan mendapat faedah daripada pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Petanda keenambelas, 80 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam kini bersama kerajaan. Hanya 20 peratus yang tetap tidak berpuas hati walaupun bermacam-macam insentif dan penambah baikkan telah dilakukan oleh kerajaan untuk kebajikan kaki tangan awam sehinggakan mereka dicemburui oleh kakitangan swasta. Bonus, gaji, elaun sara hidup, elaun luar kawasan, elaun perumahan dan pelbagai lagi semuanya telah dikaji dan dinaikkan.

  
Petanda ketujuhbelas, rakyat nampaknya semakin muak dan meluat dengan retorik pembangkang yang asyik membangkang seolah-olah tidak ada sesuatu yang baikpun yang dilakukan oleh kerajaan. Hakikatnya negara terus aman makmur di bawah UMNO/BN sejak Merdeka lagi.

Puak pembangkang juga menikmati segala hasil usaha UMNO/BN ini walaupun mereka kebanyakannya kufur nikmat. Kini rakyat sudah muak untuk melayan pembangkang dan rakyat kini hanya menunggu masa sahaja untuk meluahkan kebencian mereka kepada pembangkang melalui peti undi. Seperti kata Nuar rakyat sudah cerdik walaupun satu ketika dulu dia begitu bijak mengawal emosi rakyat supaya mempercayainya. Huraian menarik ada di sini.

Petanda kelapanbelas yang menunjukkan pakatan akan kalah teruk dalam PRU13 kelak ialah kajian dan soal selidik yang dilakukan oleh banyak pihak. Dalam soal selidik tersebut rakyat kini berpuas hati dengan pentadbiran DS Mohd Najib. Tahap kepuas hatian mereka yang ditemu bual mencecah sehingga ke 70%. Dalam mana-mana negara jika pemimpin nombor satu berjaya memperolehi 65% sementara lawannya ketinggalan dengan 30% maka itu petanda yang pembangkang akan kalah teruk.

 Pertanda kesembilanbelas ialah apabila Perdana Menteri telah memberi amaran kepada puak pakatan supaya menerima keputusan rakyat pada PRU13 kelak. Jangan nak menghuru-harakan negara apabila kalah nanti. PM juga mengingatkan agar keputusan yang dibuat oleh rakyat kelak mestilah dihormati oleh semua pihak, seperti UMNO/BN menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU12 dahulu.

(Respon segera yang teramat bangang daripada Naib Presiden PAS Mahpooozzz bean adalah seperti berikut:

"Apa maksud beliau? Mengapa dia terlampau yakin BN akan menang?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan keyakinan luar biasa Najib itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan yang penuh dengan kecurigaan.

"Adakah gambaran bahawa Najib benar-benar pasti BN akan menang itu didorong oleh lengkapnya perancangan dan persiapan di luar amalan demokrasi yang bersih untuk memastikan kemenangan BN?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Mahfuz juga mempersoalkan dakwaan Najib kononnya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

"Najib berbohong kepada rakyat.

"Tak mungkin pilihan raya adil dan bersih dapat diadakan jika daftar pemilih tidak bersih, antaranya seperti yang kian terdedah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu pendatang asing di Sabah," kata beliau.

Mengulas lanjut kenyataan Najib supaya pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu, Mahfuz berkata pembangkang tidak pernah mengadakan huru hara kerana tidak menerima keputusan pilihan raya.

"Yang selalu membuat pakatan jahat kerana tidak dapat menerima keputusan pilihan raya ialah Umno dan Barisan Nasional.

"Siapa rasuah dan beli wakil rakyat supaya melompat parti bila kalah pilihan raya?" katanya.
 Dari blog MPP)   Ini pun dia tak tau, yang nak rasuah beli wakil rakyat ialah Nuar Brahim.

Petanda keduapuluh ialah semangat membara Wanita UMNO dan Wanita BN hari ini. Sebahagian besar pengundi ialah wanita. Jentera wanita terbukti berkesan sejak dulu dalam meraih undi untuk UMNO/BN. Begitu juga dengan Puteri UMNO yang keahliannya melebihi keahlian dalam parti PKR. Wanita selalunya tidak terusik dengan provokasi pembangkang. Mereka akan terus merayu undi sehingga ke saat-ssat akhir.

 
PWTC 09.02.13

Petanda keduapuluh satu ialah apabila pembaca dan pembeli akhbar Utusan Malaysia terus meningkat di sebalik cemuhan puak pakatan. Walaupun usaha dilakukan untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia namun puak pakatan ternyata gagal apabila Utusan terus meningkatkan jualan. Begitu juga dengan penonton TV3 dan TV1 terus meningkat dan tidak ada langsung tanda-tanda pemulauan oleh puak pakatan telah berjaya.

Petanda keduapuluh dua ialah apabila Nuar Brahim secara sulit telah mengunjungi Datuk Dr Haroun Din ataupun sebaliknya, dimana mesti ada sesuatu yang besar diperbincangkan dan bukannya setakat pertemuan dua orang sahabat lama untuk sekadar hendak kena teh tarik..

Petanda keduapuluh tiga pakatan akan kalah dalam PRU13 ialah apabila ulama pondok Kelantan telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram mengundi Pas dalam PRU kelak selagi Pas bersekongkol dengan musuh Islam seperti DAP dan PKR.

Petanda keduapuluh empat apabila pemimpin kanan pakatan terus bertelagah dalam pelbagai isu antara satu sama lain. Mereka bersetuju untuk tidak bersetuju dalam kebanyakan hal. Bukan sahaja pertelagahan berlaku dikalangan pemimpin antara parti tetapi juga pertelagahan antara pemimpin di dalam parti. DAP sanggah Pas, PKR sanggah Pas dan sebaliknya. Ahli Pas dengan pemimpin Pas dan ahli DAP dengan pemimpin DAP.

Petanda yang ke duapuluh lima, ahli pakatan sudah tidak berani lagi mengzahirkan sokongan secara terang-terangan seperti mempamirkan sticker di cermin kenderaan atau memasang bendera parti di kenderaan sedangkan election is just around the corner.

Akhirnya petanda yang jelas dan nyata selain daripada himpunan jalanan, kesemua ceramah pemimpin pembangkang sudah tidak mendapat sambutan lagi. Rakyat benar-benar muak. Ceramah Pas sudah tidak memasukkan lagi pemimpin pakatan yang lain samada dari DAP atau PKR.

Ini tanda-tanda awal.. tanda-tanda akhir akan menyusul apabila Parlimen dibubarkan kelak.



 
Dengar Ummi ada Nuar jatuh terduduk di Peguh??



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment