Sunday, February 10, 2013

Artikel Ini Menyebabkan Zulkiflee Bakar Akan Di Saman RM200 juta..


Habis kau Nuar.. mana mau lari??? Sekiranya betullah Majlis Syura PAS menolak Nuar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, bermakna harapan Nuar hanya tinggal harapanlah nampaknya.
 
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan tulisan wartawannya Sdr Zulkiflee Bakar seperti di bawah:

Majlis Syura tolak Anwar?


 

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.
 
Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.
 
"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.
 
"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.
 
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
 
Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.
 
Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.


Artikel Penuh: Baca di Utusan.
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment