Monday, February 11, 2013

Pas Hampir Pasti Keluar Pakatan..


 
 
Sebenarnya penolakan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO dalam apa bentuk sekalipun bukanlah disebabkan oleh UMNO Tolak Islam. Bukan juga disebabkan oleh Pas pernah ditolak keluar dari BN seperti yang Nik Aziz pernah katakan.
 
Alasan sebenar Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO ialah kerana karenah pemimpinnya yang keterlaluan mengutuk UMNO siang dan malam.
 
Tidak ada rasanya pemimpin Pas yang tidak mengutuk pemimpin UMNO apabila dapat memegang mikropon. Jika mereka tidak mengutuk pemimpin UMNO dan kerajaan, mereka tidak akan popular. Mereka tidak akan kekal lama dalam Pas. Mereka tidak akan ada modal untuk berceramah.
 
Jika mereka tidak memfitnah kepimpinan UMNO dan kerajaan apa bahan yang ingin mereka suakan kepada pendengar mereka dalam setiap ceramah mereka.
 
Itu sebenarnya halangan Pas untuk berbaik-baik dengan UMNO ini. Pemimpinnya telah malu alah, seolah-olah akan menjilat kahak sendiri sekiranya sanggup bekerjasama dengan UMNO. tambahan kahak tersebut berwarna hijau pulak.
 
Tetapi apa nak dihairankan, jika pemimpin Pas boleh bekerjasama dengan PKR di mana suatu waktu dulu mereka juga tidak kering gusi dalam mengutuk Nuar Brahim, kini sanggup pula tidur sebantal dengan Nuar. Fikirkanlah demi kuasa Melayu ini. 

Demi agama, bangsa dan negara, juga demi maruah Melayu dan Raja-raja serta survival anak cucu cicit, Pas wajib akur dengan saranan bekas Naib Presidennya yang juga kini Presiden Jalur Tiga iaitu Datuk Dr Hassan Ali supaya Pas meninggalkan pakatan haram tersebut.
 
 
  
"Ekaulah umumkan.. sosuai dgn jawatan ekau sobagai Kotuo Umum.."
 
Saranan Hassan Ali adalah seperti berikut:
 
 
Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka.

Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat.
 
Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.
 
Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.
 
Saya melihat saranan diatas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ust Nasharudin yang terbaru itu.
 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
11Februari 2013


 
Pernah Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada rakyat Amerika supaya menolak Bush dan jangan mengundinya kerana tidak ada kuasa lain yang boleh menegur Bush kecuali undi dari rakyat.
 
Ada persamaan dengan saran Hassan Ali di atas dan jikapun sesetengah kepimpinan Pas masih berdegil dan tidak mahu menyelamatkan ummah ini maka sekarang ahli Pas mempunyai kuasa veto dalam PRU13 kelak.
 
Pas boleh bekerjasama dengan UMNO dan rasanya kedua-dua penyokong tegar akan menyambut baik persefahaman tersebut. Apa nak dimalukan. jika UMNO Tolak Islam, DAP juga Tolak Islam. Apa bezanya. Jika dengan DAP boleh berpelukkan, sepatutnya dengan UMNO juga boleh berpelukkan.
 
UMNO Tolak Islam??, namun banyak juga jasa UMNO dalam mempertabatkan Islam di Malaysia ini sehingga mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia Islam kecuali dari Pas dan DAP. Lihatlah sekeliling dan kita boleh nampak jasa UMNO terhadap perkembangan syiar Islam di bumi bertuah ini.
 
Jadi ikutlah saranan bekas Naib Presiden Pas tersebut, ada hikmahnya nanti.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment