Wednesday, February 13, 2013

Bubarkanlah DUN Selangor.. Jika Berani..


 

Dulu kerajaan pakatan ini begitu takut untuk membubarkan DUN yang mereka kuasai. Sebabnya mereka sedar bahawa setelah lebih empat tahun menguasai negeri berkenaan mereka masih tidak mampu untuk menunaikan kebanyakan janji yang mereka buat melalui manifesto PRU12 dulu.
 
Jikapun Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen mereka dikatakan tidak akan berbuat demikian dan rela mengadakan PRU berasingan bagi DUN.
 
Untuk menyelamatkan duit rakyat dan masa serta tenaga kaki tangan SPR, maka Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah mengambil langkah bijak iaitu dengan menangguhkan PRU13 sehingga tamat tempoh pemerintahan.
 
Bisinglah pulak pencacai mereka mengatakan bahawa PM takut nak membubarkan Parlimen. UMNO/BN bergantung kepada talian hayat terakhir untuk berkuasa. Sibuklah media sosial mereka mempolimikkan isu kelewatan pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri ini.
 
PM nampaknya relax sahaja, tidak mengelabah, masih tenang dan tidak terganggu dengan segala macam polimik yang ditimbulkan.
 
Tetiba Khalid Ibrahim selaku orang yang berkuasa di Selangor mengatakan selepas Chap Goh Mei jika Dewan Rakyat masih tidak dibubarkan, maka Selangor akan membubarkan DUN nya. Baca juga di sini.
 
Khalid bukan tak tahu sekiranya pun DUN atau Parlimen terbubar sendiri maka SPR di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan masih mempunyai 60 hari untuk menguruskan PRU. Maknanya jika Dewan Rakyat terbubar sendiri selepas 21 Mac, SPR masih mempunyai masa sehingga Mei untuk mengadakan PRU.
 
Elok sangatlah Khalid membubarkan DUN Selangor selepas minggu depan dan untung-untung SPR mengadakan PR untuk DUN Selangor pada bulan Mac ini. Lagipun bajet sebanyak RM35 juta untuk melaksanakan PR itu nanti akan diambil dari sumber kerajaan Negeri Selangor.
 
Rakyat Selangor dan rakyat Malaysia ingin melihat apakah kerajaan pakatan PKR di Selangor mampu bertahan dan masih mampu untuk menipu rakyat dengan segala manifesto barunya kelak.
 
Rakyat juga ingin melihat apakah tokoh-tokoh puak pakatan seperti Elly Wong dan Assmin Ali masih mampu bertahan di Selangor. Yang penting apakah PKR masih akan mempertaruhkan Khalid di Ijuk kelak???
 
Bubarlah kalau betul-betul anak jantan..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment