Tuesday, February 12, 2013

Mat Sapu.. PAS Banyak Kali Dah Kalah Dalam PRU, Kali Ini Akan Kalah Lagi...


 

UtaraNews melaporkan bahawa Mat Sapu Timbalan Presiden Pas telah berkata bahawa Pas sejak dulu tidak pernah mahu melakukan rusuhan ala 'Arab Spring' setiap kali  kalah dalam PRU. Baca sini
 
“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya. "... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi media, hari ini.
 
Jokiden tidak menafikan kenyataan Timbalan Presiden Pas ini. Secara tidak langsung dia juga mengakui bahawa PRU di Malaysia adalah telus, saksama, adil dan bersih, sebab itu dia tidak pernah meragui sebarang keputusan PRU di Malaysia. Sebab itu PAS tidak pernah membantah keputusan PRU di negara ini.
 
Namun persepsi sekarang adalah berlainan. SPR digambarkan oleh PKR sebagai menipu, pengundi hantu berduyun-duyun keluar mengundi, SPR memihak kepada BN walaupun pembangkang berjaya memenangi banyak kerusi.
 
Persepsi ini yang menghantui dunia politik negara sekarang ini. Persepsi ini diwujudkan demi untuk menaikan darjah kebencian rakyat kepada UMNO/BN dan kerajaan dengan harapan undi popular akan beralih kepada mereka.
 
Persepsi juga diwujudkan untuk menjadikan alasan terbaik apabila mereka kalah kelak, bukanlah sebab rakyat menolak mereka, tetapi sebab BN melakukan penipuan. Sedangkan mereka sudah terbayang akan kekalahan mereka.
 
Persepsi ini bukan sahaja di buat di dalam negara, tetapi Nuar sanggup pergi ke luar negara dan membina persepsi ini di kalangan negara luar supaya mereka mempercayai bahawa PRU di Malaysia ini penuh dengan manipulasi dan kekotoran.
 
Kita bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas ini bahawa mereka tidak pernah merusuh di jalan raya apabila kalah dalam PRU. Itu sebelum mereka berkawan dengan PKR dan DAP.
 
Sekarang ini setelah tidur sebantal dengan PKR dan DAP walaupun mimpi berlainan, PAS juga sudah terikut-ikut dengan cara tidak demokratik rakan mereka.
 
Tengoklah dalam perhimpunan Shamsidar, Bersih 1 dan Bersih 2, penyokong dan ahli parti mana yang lebih ramai memenuhi jalan-jalan raya.??? Bukankah ahli Pas yang dominan?. Bukankah jentera Pas yang lebih menonjol.
 
Inilah yang dibimbangi kelak, sebab Nuar akan merekasaya segala alasan untuk mengheret ahli Pas ke jalan raya bila mengalami kekalahan dalam PRU kelak.
 
Hanya satu cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku iaitu rakyat Malaysia menolak puak pembangkang secara total. Pengundi yang berjumlah 13 juta orang tersebut memberikan kemenagna mutlak kepada BN, barulah mereka akan tersedar daripada mimpi bahawa mereka sebenarnya tidak mendapat sokongan dan rakyat telah muak dengan cara mereka berpolitik.
 
 
 
 
 
Ulamak tidak akan berperangai begini jika tidak dihasut oleh pakatan..
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment