Wednesday, April 3, 2013

Pengerusi SPA Ini Bakal Kena Pecat..

 
 
 
 
 
Punyalah dengki puak-puak pakatan ini terhadap kaki tangan awam. Jika Tian Chua atau Tony Phua tu kita fahamlah kerana mereka bersifat perkauman. Kaki tangan awam terdiri daripada lebih 80% adalah kaum Melayu. Terkini terdapat lebih daripada 1.4 juta kaki tangan awam.
 
Jumlah ini bagi puak pakatan yang rasis ini adalah terlalu ramai dan sekiranya mereka berkuasa kelak,jumlah ini pasti akan dikurangkan. Nak salahkan siapa jika kaki tangan awam ramai terdiri daripada Orang Melayu, kerana bangsa asing tidak begitu berminat untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan.
 
Mereka lebih suka berkhidmat dengan pihak swasta atau syarikat persendirian. menyertai sektor awam adalah merupakan pilihan terakhir dalam kerjaya mereka. Kini kaki tangan awam di negara ini mendapat layanan istimewa daripada pihak kerajaan.
 
Sumbangan bakti kaki tangan awam dalam merealisasikan segala polisi terutamanya GTP dan ETP yang dirangka oleh kerajaan amatlah dihargai dan kini ramai pula mereka yang berkhidmat di sektot swasta mencemburui segala nikmat yang diperolehi oleh kaki tangan awam.
 
Namun terdapat juga segelintir kaki tangan awam yang kurang bersyukur dan mahu menunjukkan kehebatan diri lalu memilih untuk menentang kerajaan. Ini tidak ketinggalan di kalangan pesara-pesara yang makan pencen dengan kerajaan seperti yang berlaku kepada 5 orang Jeneral tua tersebut.
 
Cuma kita kurang faham dengan sikap Nurul Izzah anak Nuar Brahim hasil perkongsian hidup bersama Wan Azizah ini, juga selalu mencemuh kaki tangan awam terutamanya polis. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan polis, kitapun kurang faham.
 
Asyik dia nak mengurangkan anggota keselamatan tersebut sekiranya Pakatan mendapat kuasa kelak. Entah apa asas yang dia gunakan tidaklah kita arif sangat. mengikut dia anggota perkhidmatan awam sudah berlebih daripada keperluan. Polis juga sudah berlebihan.
 
Dia ingat bila anggota polis diperlukan boleh diambil begitu sahaja tanpa latihan asas, tanpa penyaringan dan tanpa proses temuduga. Dia ingat semudah dia bercakap terkatup bibir atas dan bawah semata-mata.
 
Dia lupa jumlah kaki tangan awam ini mesti ditambah setiap tahun bukannya ditamatkan. Pengambilan adalah mengikut keperluan. Keperluan pula disebabkan sekurang-kurangnya oleh duia keadaan. Pertama sebab setiap tahun pasti ada kaki tangan awam yang bersara, yang meninggal, yang menjadi warga negara asing atau yang berhenti kerja.
 
Keduanya penduduk negara kian bertambah pada setiap tahun. Pada tahun 2020 jumlah penduduk Malaysia dijangkakan mencecah 31 juta orang. Jika 27 juta kini diuruskan oleh 1.4 juta kaki tanga awam, munasabahkah jika 31 juta masih diuruskan oleh jumlah kaki tangan yang sama. Mesti ada peningkatan.
 
Justru kaki tangan awam mestilah menolak pakatan haram ini dalam PRU kelak kerana dibimbangi jika mereka berkuasa nanti, ramai dikalangan kalian akan disingkirkan daripada jawatan masing-masing. Ataupun jumlah pencen yang kalian terima setiap bulan akan dikurangkan dengan alasan tidak produktif lagi.
 
Apa yang diumumkan oleh Tan Sri Pengerusi SPA ini sudah tentulah menaikan suhu kemarahan Nurul Izzah dan mungkin dia akan membebel dalam ceramahnya nanti.   
 
 

SPA jangka isi 80,442 jawatan kosong tahun ini



PUTRAJAYA 3 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 80,442 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.
 
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan sesi pertemuan SPA dengan suruhanjaya perkhidmatan negeri, polis, kehakiman, dan guru pada minggu lepas.
 
Katanya, melalui pertemuan itu terdapat pertambahan kekosongan pelbagai jawatan sama ada secara lantikan tetap dan kontrak yang perlu diisi di pelbagai peringkat jabatan.
 
"Sebelum ini kita ada umumkan terdapat 60,000 jawatan kosong perlu diisi dan selepas pertemuan dijalankan jumlahnya mengalami pertambahan.
 
"Mungkin juga akan bertambah lagi selepas pertemuan hari ini. Kita mahukan maklumat lanjut dalam masa seminggu ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat Tahunan SPA dengan kementerian, jabatan pentadbiran negeri di bawah kuasa suruhanjaya itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN
 
   
 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. jika BN menang ramai akan dapat kerja dengan kerajaan,tapi kalau PR menang ramai akan hilang perkerjaan dengan kerajaan,

    ReplyDelete