Tuesday, April 2, 2013

Kegilaan Pakatan Haram


Di saat rakyat Pulau Pinang dahagakan pembinaan rumah kos rendah mampu milik terutamanya oleh pegawai dan kaki tangan kerajaan, LGE begitu tegar dengan Projek Terowong 6 lorong dalam lautnya. Di saat rakyat PP merintih dengan masalah pengangkutan dan kenderaan yang bertambah padat, Guan Eng hanya memekakkan telinga sahaja.
 
Di dalam siaran berita TV tempoh hari LGE berkata biar rakyat tentukan samada menyokong atau tidak projek tersebut. Rupa-rupanya DAP telah mula memainkan sentimen perkauman melalui projek Terowong ini.

 
 
 
SMS sudah mula berlegar (Klik sini) dan sentimen ke Cinaan sudah mula menguasai Pulau Pinang. Semasa PRK Bukit Gantang sibuk puak-puak Cina kiasu ni berkempen secara rasis dengan mengatakan kerajaan Melayu mahu meruntuhkan kerajaan orang Cina. Jokiden juga sudah pernah menulis bahawa tanpa kempen perkauman DAP tidak akan kemana.

Di saat rakyat Kedah hauskan pembangun dan mimpikan sebuah kerajaan yang cekap daripada PAS, mereka asyik pula berebut kawasan untuk bertanding. Mereka sibuk dan gawat pula menikam antara satu sama lain.

Dikatakan ada 4 puak PAS yang berkuasa di Kedah, namun dua puak iaitu puak Azizan dan puak Phahrolrazi dikatakan lebih menonjol. Rakyat mahukan air bersih dan sampah diurus dengan baik. Ini dua perkara asas dan pokok.

Namun Kerajaan Kedah lebih sibuk untuk memecat tanaga kerja KUIN dan lebih sibuk untuk memindahkan kampus KUIN ke Kuala Ketil. Bangunan belum siap, asrama belum siap namun mereka berdegil dan perpindahan berlaku juga.

Disamping itu kerajaan PAS Kedah masih gila menggondolkan hutan dara atau hutan janda dibeberpa kawasan termasuk kawasan hutan simpanan di Tasik Pedu. Rintihan rakyat seolah-olah tidak dipedulikan langsung. Peruntukan selenggaraan jalan untuk dinikmati oleh rakyat telah digunakan untuk tujuan lain.

Rumah-rumah urut bertambah pula di Kedah. Pusat-pusat hiburan tumbuh tanpa kawalan dan inilah yang mereka sering laungkan membangun bersama Islam, sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

 


Keangkuhan Azizan ialah ketika dia berkata, Kerajaan PAS Kedah akan terus menebang balak kecuali kerajan pusat memberikan kepada Kedah sebanyak RM100 juta.

Saat ini juga lebih 2000 kontraktor dalam pelbagai bidang di Kedah menghadapi zaman malap kerana tidak ada projek pembangunan dan mereka boleh gulung tikar dalam waktu terdekat walupun taraf mereka sudah turun dari A kepada F.
 
Di saat rakyat Selangor masih merintih dengan tuntutan bantuan untuk ibu tunggal dan untuk warga Emas, kerajaan PKR Selangor masih gila dengan projek-projek meganya seperti Datum Jelatik. Penjimatan peruntukan senggaraan jalan sebanyak 24% pula menyebabkan banyak sangat jalan-jalan dan lorong di Selangor yang rosak termasuk di taman-taman perumahan.

Khalid juga begitu angkuh apabila berkata harga rumah mahal pun masih ada orang yang nak beli, sebab itu Kerajaan PKR Selangor masih tegar untuk meneruskan projek Datum Jelatik tersebut. Sehingga kini PKR Selangor gagal membina rumah kos murah dan sederhana untuk rakyatnya.


               


Sementara masalah air yang meruncing terus dijadikan bahan dan modal politik murahan mereka dan pada tahun 2014 jika Khalid panjang umur dia sendiri akan mula menyaksikan kemelut air yang lebih meruncing di Selangor.

Akibat kegagalan menguruskan masalah air juga maka lebih 100 cadangan projek pembangunan termasuk industri terpaksa dibatalkan di Selangor dan ini menghilangkan peluang pekerjaan sebanyak lebih 15,000. Inipun tidak dipedulikan oleh kerajaan PKR Selangor dan mereka berbangga kononnya simpanan duit Selangor kini adalah terbanyak, hakikatnya ialah Selangor telah hampir muflis dikerjakan oleh PKR.

Di saat rakyat Kelantan inginkan tanah, Kerajaan PAS pula sibuk memberikan tanah kepada syarikat-syarikat dari luar Kelantan. Tidak cukup dengan pemberian tanah-tanah baru, tanah yang telah diterokai selama lebih 30 tahun juga dirampas oleh kerjaaan Pas Kelantan dan diberikan kepada orang luar.

Penggondolan tanah dan menyapu habis kayu balak di Gua Musang dan Hulu Kelantan terus berlaku atas alasan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan 'ladang rakyat' Bantahan terus merebak sehinggakan rakyat mahukan Sultan turut campur tangan.

Di saat rakyat memprotes Kerajaan PAS Kelantan, kepimpinan PAS pula tidak memandang sebelah matapun akan permasalahan rakyat mereka, sebaliknya sibuk membuat majlis pecah tanah untuk membina Stadium tercanggih di atas muka bumi ini.

Kadang kala kita berasa hairan dengan penasihat kepada Nik Aziz ini kerana sejak dulu untuk mengaburi mata rakyat mereka akan segera membuat majlis pecah tanah dan menaikan papan tanda, kemudian membiarkan papan tanda tersebut reput dimakan anai-anai atau ditumbuhi oleh lalang.

Masalah pokok di Kelantan seperti masalah air bersih, masalah peluang pekerjaan, pembinaan kilang-kilang baru dan kemudahan asas sudah begitu lama terpinggir iaitu sejak 23 tahun lalu, namun usaha jitu tidak pernah diambil kerana pemimpin asyik untuk mengkayakan diri sendiri sahaja. Anihnya mulut mereka dengan mudahnya menuduh UMNO/BN yang tidak menjaga kepentingan rakyat dan merompak harta benda rakyat. Kata dulang paku serpih..

 


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

No comments:

Post a Comment