Friday, April 5, 2013

Guan Eng Berjaya Nyahkan Mansor Othman... Pakatan Penang Bergolak.


 
Terima kasihlah sobab sahkan eden jadi PM...
 
Sakit hati sampai membuntang-buntangkan mata oleh Lim Guan Eng terhadap timbalannya nampaknya telah berakhir apabila Mansor Othman tidak akan dicalonkan oleh PKR dalam PRU akan datang.
 
Guan Eng amat tersinggung apabila di dalam satu mesyuarat sulit, orang kanan dia telah sanggup mengatakan dia sebagai Tokong, Arrogant dan tidak boleh ditegur. Sudah tentulah Guan Eng memendam rasa dan menunggu peluang untuk bertindak balas.
 
Gelaran Tokong dan angkuh tersebut didengari ke seluruh negara apabila ianya disiarkan melalui berita TV. jika kudis sembuh parit pasti akan tinggal juga. Sejak itulah hubungan antara dua orang penting di PP tersebut dingin sehingga ke hari ini.
 
Andaian Guan Eng telah mendesak Nuar Brahim supaya menyingkirkan Mansor ini tidak dapat ditolak begitu sahaja kerana di satu majlis penting yang sepatutnya Mansor turut hadir dan berucap, kelibat dia tidak kelihatan.
 
Mungkin juga dia sedang bercuti ke luar negara seperti yang berlaku kepada Chua Jui Meng. Apapun rakyat sudah dapat melihat betapa antara DAP dan PKR, mereka cuma tidur sebantal, sedangkan mimpi mereka tetap berlainan.
 

Lebih banyak masalah yang dihadapi oleh pakatan haram ini menjelang hari pengundian, maka makin cerahlah peluang BN untuk merampas kembali Pulau Mutiara tersebut. Biarkan mereka berkecamuk sesama sendiri kerana itu akan memudahkan misi BN.


PRU-13: Ketiadaan Mansor Othman timbul tanda tanya

PULAU PINANG 5 April - Ketiadaan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dalam Ceramah Rakyat Padang Kota di Dewan Perhimpunan Cina dekat sini malam tadi menimbulkan persoalan.
 
Ini kerana promosi ceramah berkenaan mengatakan Mansor adalah antara tokoh utama yang akan menyampaikan ucapan dalam ceramah sempena hari terakhir kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir negeri ini, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pagi ini.
 
Malahan, poster yang digantung di luar dewan itu juga menimbulkan tanda tanya apabila Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu sahaja yang memakai kot hitam sedangkan pemimpin lain termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Profesor P.Ramasamy, Chow Kon Yeow, Datuk Abdul Malik Kassim dan Chong Eng semuanya dalam persalinan putih.
 
Mansor sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi tidak sebulu dengan Guan Eng apabila menggelarkan 'bosnya' itu sebagai angkuh, sombong dan tokong. - UTUSAN ONLINE
 



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Mansur Melayu bodoh. Padan muka membodek tak kena tempat. Sekarang apa jadi kena halau.

    ReplyDelete