Saturday, April 6, 2013

Lagi Petanda PAS Nak Kalah... Tajuk Yang Paling Jokiden Gemari.


 
Azizan dikatakan tersadung sesuatu di tangga.. tumbang!!!
 
 
Nuar dikatakan jatuh terjelepoh akibat disergah oleh Ummi Hafilda di Pegoh.. tumbang!!!
 
 

Apa hal ni, banyak pula yang terjatuh sejak kebelakangan ini. Alamat tidak baik ke?. Selepas pemimpin, penyokong pula jatuh.
 
Jika berlaku kepada pemimpin UMNO/BN atau perkasa begini, mahu tidak cukup muka surat para pencacai pakatan memainkan isu ini.
 
Jatuh ini selalunya membawa alamat yang tidak baik, entah ia entah tidak. Tetapi dalam waktu terdekat kerapa sangat pemimpin pembangkang terjatuh, maka bolehlah diandaikan bahawa perjuangan mereka juga akan terjatuh.
 
Persekongkolan mereka akan terjatuh. Persefahaman antara tiga pakatan tersebut akan musnah dan mereka akan terus bercakaran sesama sendiri. Tanpa persepakatan maka akan muncul lebih banyak calun-calun bebas dalam PRU13 ini nanti.
 
Terkini musibah melanda lagi pakatan bukan sahaja dalam perebutan memilih tempat yang selamat untuk ditandingi, tetapi juga perebutan dalam mengumumkan calun-calun yang akan bertanding. Semakin kalut puak-puak ini dan semkain tipis harapan mereka hendak menang.
 
Nik Aziz tanpa hujan dan tanpa ribut petir mengeluarkan kenyataan terbaru iaitu sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala. Ingat dia ke yang menyediakan pahala untuk semua orang Islam ni.
 
Biasalah ayat bisa dia, UMNO tolak Islam. Itu je yang dia faham dalam hidup dan perjuangan dia. Bila diberitahu yang UMNO tidak menolak Islam, sebaliknya dia sendiri yang mempersendakan Islam dan menolak Islam serta sekutunya DAP, maka dia tidak mahu percaya. Mungkin dalam hatinya berkata "mana ada PAS tolak Islam"
 
Itu sahaja yang dia tahu. UMNO kebangsaan, PAS Isle. Perbandingan Nik Aziz selalunya tidak masuk akal, tetapi apa nak buat, itu je yang dia tahu sebut.
 
Bila diberitahu bahawa dalam perlembagaan UMNO jelas dinyatakan perjuangan untuk menjaga kesucian agama Islam, dia tidak mahu percaya. Apabila dikatakan di dalam Perlembagaan PAS tidak ada perjuangan Islam dia melenting. Payah dengan dia ni. Selayaknya dia bertanding satu lawan satu dengan Tok Mon.
 
Apa kata UMNO pergi pujuk Tok Mon suruh dia bertanding melawan Nik Aziz, tengok siapa yang lari tengah malam. Jika mereka kata UMNO memperlekehkan PRU umum dengan meletakkan wanita berusia hampir se abad untuk beradu dengan dia, maka kita akan jawab, itupun yang layak untuk dia hadapi. Apa bezanya usia 83 tahun dengan 93 tahun. Serupa.
 
  
 


PRU-13: Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit

ORANG ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
 
JOHOR BAHRU 6 April - Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.
 
Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.
 
Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.
 
Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
 
Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan. - UTUSAN ONLINE



 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment