Saturday, April 6, 2013

Hj Hadi Dan Nik Aziz Akhirnya Memohon Maaf....


  
 

Di dalam suasana kempen PRU ini banyak orang ingin mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata kerana berhasrat memohon maaf daripada beliau di atas keterlanjuran silam.
 
Zulkifli Nordin memohon Maaf. Cikgu abc memohon maaf. Ulama pondok juga memohon maaf. Hari ini ditunjukkan gambar Dr Sidek Baba menemui Tun Mahathir semata-mata untuk memohon maaaf.
 
Tun Mahathir berjiwa besar, dia menerima sesiapa sahaja dan memaafkan sesiapa sahaja. Apa sebenarnya kesalahan mereka dan berjuta yang lain terhadap Tun Mahathir? Selain daripada hasrat untuk membunuhnya, mencaci dan menghina beliau serta memaki hamun siang dan malam,ramai juga yang  rasa bersalah kerana bersekongkol dengan puak-puak pembangkang dalam menentang beliau secara berlebihan semata-mata kerana beliau memecat Nuar Brahim.
 
Ingin ditegaskan di sini Nuar Ibrahim dipecat selain daripada sebab-sebab moral dan penyalah-gunaan kuasa, dia juga dipecat atas desakan dua rakan karib beliau sendiri iaitu Karpal Singki dan Mat Sapu. Jika kita ingat pada tahun 1997 mereka berdua inilah yang terlalu gila mendesak Tun Mahathir supaya memecat Nuar anak Brahim ini.

Ramai pihak yang telah memohon maaf kepada mantan Perdana Menteri atas keterlanjuran mereka dalam membuat tuduhan yang tidak berasas suatu masa dahulu. Jenerasi dahulu akhirnya mengakui bahawa Tun Mahathir berada di pihak yang benar.
 
Seperti yang selalu orang sebut, kebenaran akhirnya akan muncul. kebatilan akan musnah. Hari ini Tun Mahathir semakin dihargai dan biasalah beliau tidak kisah dengan itu semua dan seboleh mungkin akan melupakan dan memaafkan orang-orang yang pernah mengutuknya dahlu.
 
Jika diimbas kembali cacian terhadap beliau amatlah keterlaluan dan sangat kejam. Beliau digelar sebagai maha zalim, maha firaun, maha kuku besi dan maha kroni. Darah beliau dihalalkan oleh para pemimpin PAS. Beliau diberi gambaran yang paling buruk oleh puak pembangkang namun beliau masih bertahan ketika itu dan mampu menerajui negara dengan jayanya.
 
Beliau dibenci, disayangi dan dikagumi. Kini beliau ingin membalas semua itu dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap UMNO/BN. Penglibatan beliau nampaknya berkesan dan membawa impak. Ini tidak menyenagkan puak pembangkang terutamanya Lim Kit Siang.
 
Generasi terkini sepatutnya tidak terikut-ikut dengan generasi lalu yang mengutuk beliau tanpa asas. Jika kalian turun ke gelangang PRU13 dengan semangat waja untuk mengundi buat pertama kalinya, maka ingatlah ketika kalian berusia antara sehari sehingga kalian berusia 21 tahun kini, sedikit sebanyak jasa Tun Mahathir sempat kalian nikmati. Tidak mengapa jika hendak mengundi selain UMNO/BN, namun elakan daripada berprasangka buruk terhadap Tun. 
 
Oleh kerana sudah terlalu ramai memohon maaf kepada beliau, apakah masih belum terbuka pintu hati Nik Aziz dan Hj Hadi untuk turut memohon maaf sementara kesempatan masih ada. Atau mereka berdua beranggapan tidak ada sebarang kesalahan mereka terhadap Tun selama ini. Entahlah.
 
 

Rancang bunuh: Zainon lega selepas mohon maaf kepada Dr. Mahathir

DR. Mahathir Mohamad bersama Zainon Ismail (lima dari kiri) dan Abdullah Saamah (enam dari kanan) serta wakil-wakil NGO dan ulama pondok dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam.
 
PUTRAJAYA 3 April - Sekumpulan ulama pondok yang sebelum ini penyokong tegar Pas termasuk percaya ahli UMNO sebagai orang kafir memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Selain itu turut meminta maaf dengan Dr. Mahathir hari ini ialah Zainon Ismail atau C.N. Al-Afghani yang mengakui pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri tersebut bagi mempercepatkan proses pemerintahan Pas.
 
Zainon berkata, beliau berasa lega selepas memohon maaf daripada Dr. Mahathir dan sedar bahawa dasar-dasar Pas sebelum ini adalah tidak betul.
 
"Pada Januari 2003, Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) nyatakan Perlembagaan daripada penjajah boleh digunakan oleh barisan alternatif dan ini bermakna dia pun setuju Perlembagaan yang digunakan oleh kerajaan Dr. Mahathir adalah betul.
 
"Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng juga bersetuju andainya menang Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13), mereka tidak laksanakan hudud. Ini bermakna kerajaan sedia ada telah pun betul.
 
"Kita juga ada fakta bahawa banyak perkara yang dilakukan pakatan pembangkang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas memohon maaf kepada Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, beliau dan ulama-ulama pondok yang lain berasa banyak bersalah dan perlu memohon maaf supaya tidak mahu mati bersama kesilapan yang dilakukan.
 
"Untuk keselamatan orang Melayu dan Islam, kita perlu bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Oleh itu kami datang ke sini," katanya.
 
Antara wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir untuk meminta maaf kepada Dr. Mahathir ialah Ikatan Cendekiawan Islam, Persatuan Minda Pondok dan Aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati).
 
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menyimpan dalam hati segala kesilapan yang pernah dilakukan orang lain terhadap dirinya.
 
"Ini cuma salah faham. Kita sebagai manusia tidak bebas daripada melakukan kesilapan," katanya.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment