Saturday, April 6, 2013

Putrajaya Kini Sudah Ditawan..

 
Purple walk.. habislah pakatan..
 
 
Semalam 5 April Jokiden ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia iaitu Putrajaya pada sebelah tengah hari dan petang. Kemudian pada sebelah malamnya Jokiden ke INTAN Damansara, juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan.

Program di Putrajaya ialah bersama dengan Tengku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP. Hadir lebih kurang 300 orang terdiri daripada Kelan UMNO Pegawai Kanan Pesara Kerajaan. Lalu mereka terdiri daripada mereka yang hampir 95% bergelar Tan Sri, Dato' Seri dan Dato'
 
Mereka adalah bekas-bekas pegawai kanan kerajaan yang telah bersara dan Kelab ini diterajui oleh Tan Sri Dr Aseh Che Mat. Mereka dari pelbagai bidang perkhidmatan yang membuat dasar dan pelaksana dasar suatu ketika dahulu, termasuklah dari perkhidmatan polis dan tentera. 
 
Kelab ini ditubuhkan sejak 2009 dan beberapa perjumpaan telah diadakan. Setiap negeri mempunyai cawangan dan penerajunya pastilah yang bergelar Tan Sri atau Dato'
 
Berbeza sekali dengan 5 orang bekas Jeneral yang menyertai pembangkang tersebut, mereka ini nampaknya masih setia bersama kerajaan dan mereka begitu perihatin dengan apa yang sedang berlaku dalam senario politik tanah air ketika ini.
 
Ada yang datang daripada Perak, Johor dan Melaka. Ada yang datang secara bersendirian dan ada yang datang dengan pengangkutan bas. Dalam usia emas Jokiden dapat merasakan keterujaan mereka apabila menyertai perbahasan. Oleh kerana mereka terdiri daripada bekas pegawai kanan, maka apa yang mereka sampaikan adalah penuh dengan info2 yang menarik.
 
Tengku Aziz tidak mengambil masa yang lama bercerita kisah DAP dan kisah dia menyertai DAP dan akhirnya meninggalkan DAP. Isinya tidak ada beza dengan apa yang telah kita ketahui menerusi media massa dan media sosial. Kelab ini pada 8 hb April pula akan bersama dengan Perdana Menteri juga di Putrajaya iaitu di PICC. Dijangka lebih 3,000 orang akan menghadirinya.
 
Apa yang ingin Jokiden catatkan di sini bukan kisah majlis bersama dengan Tengku Aziz ini. Sebaliknya ialah tentang suasana Putrajaya kini yang ceria dengan kibaran bendera di segala sudut. Di keliling bukit, di sepanjang jalan dan di kiri kanan jambatan.
 
Di mana-manapun hanya kelihatan bendera Barisan Nasional berkibar tanpa gangguan. Terdapat rubuan pelancung asing dan juga pelancung tempatan di merata tempat, namun yang menjadi tumpuan pastilah berhampiran kawasan Masjid. Bas persiaran berpuluh-puluh. Bangga Jokiden walaupun semalam bukannya hujung minggu. Semalam hari Jumaat.
 
Seorang daripadanya berlari-lari menuju ke kereta Jokiden apabila memasuki petak parking. Dia dengan kameranya terus mengambil gambar, tup tap, tup tap, klik. Bila Jokiden tanya kenapa ambil gambar kereta Jokiden, dia kata warnanya yang cantik. Ish..ish..ish. ke situ pulak.
 
Kami berbual sebentar, sementara rakan-rakannya datang mengerumuni kereta Jokiden. Lantaklah. Dia memberitahu baru sahaja tiba dari California dan di bawa ke situ dengan bas persiaran. Apabila ditanya di mana mereka menginap, katanya di Kapal Persiaran Mewah, Cruise.
 
Biasalah jawapan standard pelancung asing ni, Malaysia bagus, Malaysia Indah, Malaysia mesra, bla..bla..bla..,walaupun baru beberapa jam menjejakkan kaki ke bumi ini.  Takkan mereka nak kutuk pulak kan.  
 
Di tepi tasik juga penuh dengan orang. Sambil melihat ikan mereka lebih banyak bergambar. Di tempat makan, kerusi meja penuh sesak. Nasi kandar mamak kelihatan laris betul. Bukan murah tu, Dengan dua jenis lauk biasa dan segelas air sudah RM15.
 
Di situ tidak ada yang merungut tentang harga makanan dan minuman. Nak, ambil dan bayar. Agak-agaknya budak-budak pencacai ni pernah tak pergi makan di situ, kerana dalam ceramah mereka asyik mengatakan kos sara hidup kini semakin meningkat. Tidak logiklah kalau kos sara hidup makin menurun.
 
Dia asyik nak menyamakan dengan zaman Nuar menjadi Menteri Kewangan dahulu di mana ketika itu harga minyak mentah dunia ialah RM66 satu tong berbanding sekarang RM300 satu tong. Mereka ingin kembali ke zaman Nuar di mana harga sekeping petai tua ialah 20 sen sepapan. Kini petani telah menjual  sepapan petai dengan harga RM1. nak ambil, tak nak jangan makan petai.
 
Duduk makan di sebelah meja Jokiden ialah sepasang pelancung Cina. Penuh pinggan mereka dengan goreng udang galah. Bila Jokiden tanya mamak tersebut harga udang itu ialah antara RM30 ke RM40 seekor. Pelancung itu tentunya membawa duit yang banyak. Dua tiga ekor kucing juga dijamunya dengan udang tersebut. Yang indahnya semua sisa makanan kucing itu dibersihkannya semula.

Di INTAN Bukit Kiara, Jokiden menghadiri satu majlis lagi yang melibatkan pegawai awam. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) INTAN adalah di bawah JPA. Seorang Dato' semasa mengalu-alukan kehadiran kami turut dengan semangatnya mengatakan dia orang BN dan memakai baju biru adalah lambang pernyataan hatinya.

Bukan majlis politik namun Dato' tersebut yang juga seorang pesara kerajaan yang masih lagi menyumbang dalam bentuk nasihat dalam pelbagai perkara, tanpa segan silu menyarankan bahawa BN adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Dua majlis yang  melibatkan kakitangan kerajaan dan bekas2, mengambil kesempatan agar semua kami menyokong BN, bermakna, jelaslah hanya segelintir sahaja pegawai awam yang masih tegar menyokong pembangkang. Mungkin hanya sekitar 20% daripada 1.4 juta kaki tangan awam yang bersimpati dengan puak pakatan ini atas sebab-sebab yang mereka sahaja mengetahuinya.

Stadium Putra juga ditawan pada malam ini sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional, Aku Janji dengan penuh gilang gemilang sebagai semarak obor pembakar semangat menuju kejayaan yang cemerlang.
 
   
Stadium Putra 6/4/13
 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment